tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, November 04, 2014

Jem jenama smuckers sugar free

Ada yang bertanya daku jem jenama apa yang 0 sugar? Bukan less tapi tiada gula. So inilah jenama jem yang 0 sugar. Sesuai untuk mereka yang tak suka manis dan sedang dalam diet tertentu.




Rasanya pun sedap. Takdelah sampai tawar langsung sebab manis buah itu masih terasa. Harga satu balang anggaran kurang RM 9. Boleh di cari di pasaraya besar seperti Aeon, Mydin, Giant & Tesco. Kedai runcit pun kadangkala ada.


Maaf kepada yang bertanya kerana lambat update entry. Kekangan masa.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 03, 2014

Wajah bayi Che' Ta & Zain

Sejak Sabtu lepas dah tersebar wajah bayi che' ta & zain. Ya ALLAH memang indah ciptaan tuhan. Bukan main comel lagi baby depa. Putih melepak. Muka pun ada iras zain. Anak bapak sungguh!


Paling best bila tengok muka che' ta berseri-seri walau baru lepas beranak. Ramai mak-mak luar sana jelous sebab raut wajah che' ta maintain cantik. Tiba-tiba berangan wajah sendiri nanti. Krikkrikkrik.



sumber : FB


Tengok wajah baby memang satu perkara yang menenangkan. Yang penting bila dapat cium bau baby. Memang terasa lain! 


Tahniah che' ta dan zain sebab dikurniakan bayi perempuan yang cukup sifatnya. Moga anak ini membesar dan menjadi anak yang solehah. InshaaALLAH.


Gigih aku taip entry pasal artis sebab aku suka baby.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 02, 2014

PREORDER : Baju Kurung Kain Pelikat

Ehem-ehem ahkak nak jual baju kurung kain pelikat pula. Memandangkan SSM Nurul Yui Collection ada untuk pakaian, apa salahnya kembangkan perniagaan kecil yang ada sekarang.


Macam biasa, sebelum jual ahkak akak survey dan tengok harga pasaran. Rata-rata harga RM 100 ke atas. Bergantung pada mutu kain & sulaman. Macam yang ahkak nak jual, tiada sulam. Biasa sahaja. Yang pasti kain sedap di pakai & jahitan kemas. Iron pun senang.



Contoh baju ahkak


Harga pasaran RM 100 +
Harga ahkak bawah RM 90
Dan untuk harga promosi pengenalan ahkak jual RM 80 sahaja


Hujung minggu ahkak upload stok & design apa yang available. InshaALLAH akan masuk juga stok tutu skirt & shawl terkini. Semua harga munasabah. 


Ada yang berminat nak jadi dropship, boleh wassup 019-2331810. Terima kasih.


Entry ini akan statik buat sementara waktu
Pendapatan sampingan





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 01, 2014

Ambil stok baju kurung kain pelikat

Seperti yang diwar-warkan dalam {entry}, pagi ini aku, mak & abah akan pergi ambil stok baju kurung kain pelikat. Cari corak mana yang comel & sesuai untuk dijual.


Bila dah sampai tempat supplier, mahunya mata jadi rambang nanti. Doakan semua dipermudahkan. InshaaALLAH.


Moga bisnes kecil Nurul Yui Collection dipermudahkan. Untuk keluarga & juga meow-meow. Terima kasih kepada mereka yang banyak support selama ini.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^