Friday, January 30, 2015

Bila DELETE berkuasa

Jari dah laju menaip
Laju mengolah ayat agar teratur
Tapi tiba-tiba tekan DELETE
Tak mampu teruskan


Itulah dia diri نرول فريحه


Thursday, January 29, 2015

ST 2 [2015] - Jalan yang pudar

Masih tak nampak usaha
Masih samar-samar
Masih menyepi


Akhirnya ia menjadi
Jalan yang pudar


BLANK SPACE!



Wednesday, January 28, 2015

Tentang Yui : Menangis

Air mata dengan perempuan macam sinonim sangat. Tambah bila usia dah makin beranjak, emosi pun semakin fuhhhh! Tak tau nak gambarkan macam mana.


Aku?
Menangis ada 3 sebab utama

1) Perkara menyentuh hati
2) Perkara menyakitkan hati
3) Perkara menggembirakan hati


Tapi banyak no 1 & no 2. No 3 jarang menangis kegembiraan.


Kadang bila aku terkenang benda menyedihkan, sambil basuh baju dalam bilik air, air mata pun laju menitik. Nak mandi pun kadang macam itu. Macam mana laju air pancut, macam tu lah juga laju air mata keluar.


Nampak macam entah apa tapi itulah aku.
Sukar nak tengok dengan mata orang lain macam mana aku nangis. Aku tak suka tunjuk tapi bila ada yang nampak, itu memang aku tak dapat nak cover.


Kadang aku pandai nak sorok tapi kadang tak mampu.
Aku manusia biasa juga.


Menangis luaran perkara biasa
Menangis dalaman, makan hati namanya


Bila aku nangis, aku suka sendiri. Nak tenangkan diri sendiri.


Tapi bila aku ketawa, sampai orang tak tahu hakikat sebenar hati sedang merintih.
Pandai kan aku tutup kesedihan di sebalik kegembiraan?
Cehhh!




Resepi bergambar : Biskut Tiramisu



sumber : Resepi Ringkas


Aku tak pasti kenapa nama resepi tiramisu sebab takde pula bahan tiramisu. Yang ada milo/serbuk coklat yang sedap di makan.


Ada apa pada nama?
Yang penting rasanya sedap dah cukupkan?


Selamat mencuba!



Tuesday, January 27, 2015

Tersepit untuk membuat pilihan

Pernahkan menghadapi situasi tersepit saat untuk membuat pilihan?


Biasanya kita diberi 2 pilihan.
Kita perlu pilih hanya satu antara dua.
Tidak dibenarkan untuk kedua-duanya.
Itu namanya pilihan.


Pabila buat perbandingan
Kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Nak pilih A, B juga ada
Nak pilih B, A juga ada


Akhirnya kita sendiri tersepit
Tak tahu mana satu pilihan yang tepat
Buntu!


Moga pilihan terakhir adalah pilihan terbaik
Maafkan jika tersalah membuat pilihan
Manusia mana yang sempurna


Alangkah bagus jika tiada PILIHAN buat masa ini






2 kemalangan sepanjang perjalanan

Semalam balik dari SS otw terus ke office, sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit, ada 2 kemalangan yang aku nampak. Dua-dua melibatkan motor dan kereta.


Aku yang menunggang motor rasa debarnya. Melihatkan keadaan motor, tak dapat bayang macam mana kecederaan si penunggang.


Orang selalu kata menunggang motor ini berbahaya. Bagi aku, bahaya ada di mana-mana cuma yang membezakan adalah % cara kita protect diri.


Kadang kita dah bawa elok, ikut undang-undang tapi ada juga yang terkena. Salah orang lain!


Tak tahulah macam mana nak komen cara para penunggang & pemandu di Malaysia ini. Banyak aku jumpa pentingkan diri sendiri saja. Asal lepas tekak sendiri, orang lain dah tak peduli. Ingat, kita buat jahat kat orang, mana tahu satu hari nanti terkena pada kita.


Macam itu juga ketika di jalan raya.
Jangan nak tunjuk eksyen baik yang tunggang atau memandu.
ALLAH nak tunjuk kejap sahaja.






RESEPI : Jus Avokado atau Alpukat



Kalau pergi Bandung, air wajib dicuba ialah jus alpukat. Perghh nikmat!


Jom buat sendiri untuk lebih puas hati.


Bahan-bahan
1) 1 biji avokado
2) 1 cawan susu
3) Sedikit gula
5) Susu manis jika perlu


Cara-cara
1) Blend semua hingga sebati
2) Boleh tapis jika nak


Cara hidangan 
1) Picit coklat hershey's dalam cawan
2) Tuang jus tadi
3) Siap!



Monday, January 26, 2015

Aksi Lela & Shinchan



Rasa nak gomol saja dua-dua ekor ini!



RESEPI : Jus Oren Susu




Jus yang sangat mudah disediakan.


Bahan-bahan
1) 2 biji oren
2) Satu cawan susu penuh krim/rendah ( guna susu kotak )
3) Gula jika perlu


Cara-cara
1) Guna shake & take
2) Blend sampai sebati


Kalau nak jadikan ala slurpee, tambahkan kiub ais. Mabless diminum ketika sejuk! Hidangan di atas boleh dapat 2 gelas seperti dalam gambar.






Saturday, January 24, 2015

Tentang nyamuk




Nyamuk hanya sejenis serangga kecil
Badannya kecil, kakinya nipis
Otaknya pun tak pasti berapa saiznya


Tapi AWAS!
Sekecil serangga ini
Sekali hisap darah
Ada yang buatkan diri manusia merana
Terluka
Mahupun terus tiada


Jangan disangka yang kecil
Tiada bahayanya
Kerana tanpa kita sedar
Ia mampu buat kita terseksa!


Berhati-hatilah



Friday, January 23, 2015

Iklan Ku Puteeehhh Barulah Putehhhh!




Adik ajak welfie, kakak dia pun apa lagi beraksi tanpa segan silu. Lepas kelebek gambar, rasa macam tangan tu trademark produk putih tu. Ala yang tuuuu. Hahahaha.


Aku tak mention produk dengan nama sebenar ya. Oh ya, ini hanya gurauan semata! Jangan nak ambil serius.


Meh bagi aku test, kot benor boleh putih. Miahahahaha!


Apa pun buat Dato' Vida,
Saya bangga dengan anda. Anak melayu Islam yang berjaya!
Moga berjaya dunia akhirat kita bersama, InshaaALLAH


Lagi orang mengutuk, lagi anda mampu berjaya. Percayalah!



Harga emas semakin naik

Kalau tanya aku, bab harga gadai aku tahulah tapi harga beli tahu gitu-gitu aje. Apa pun yang pasti, harga emas semakin naik. Naik ok!


Nak beli baru kat kedai, mahal. Buat ansur lagilah mahal ( berbaloi dengan proses bayaran ansur ). Apa cara terbaik? Beli saja barang lelong. Huhu. Tak semua barang lelong "buruk", ada juga yang baru. Boleh tengok sendiri di tempat lelong berkenaan.


Mengikut kajian akal fikiran. harga jualan akan naik sama macam situasi tahun 2013. Emas 916 harganya akan mencecah RM 170/gram. Jeng jeng jeng. Ramalan peribadi semata-mata.


Untungnya sesiapa yang suka mengumpul emas. Takde duit, boleh gadai. Ada duit, ambil balik. Senang saja konsepnya.


Ini cerita emas tulen ya. Bukan emas sadur/korea.


Kebanyakan ar-rahnu akan terima barang kemas bermula dari 18K (750) - 24K (999).


Cara untuk beli & kumpul emas dengan mudah
[ entry ]



Thursday, January 22, 2015

Resepi bergambar : Puding Biskut Crackers

Geram tau kalau kelebek fb group resepi ringkas. Tengok makanan & minuman yang ada semua menarik!



sumber : Resepi Ringkas


Cantikkan layernya? 
Sebenarnya aku masih tercari-cari kedai jual bekas itu. Warna biru. Plastik rasanya. Kat area SS aku dah cari tapi takde. Aduh! Bantut niat aku nak buat. Hahaha, alasan!


Jom try, mana tahu nanti banyak kali nak buat lagi sebab sedap.



Jus PRAN jus mangga sebenar

Aku tahu pasal jenama ini lepas aku baca entry dari blog sis Rara. Rasa membuak nak cari juga. Eceh ayat kemain!




Beli di TF SS. Satu botol RM 3.90. Beli 3 botol RM 10.50 sahaja. Memang benar airnya pekat dan sangat terasa buah mangga. Orang kata piuuurrrrrr atau asli rasanya itu menyerlah!


Tak menyesal kalau beli. Memang puas hati!



Wednesday, January 21, 2015

SALE : Cover botol susu a.k.a patung [hello kitty/turtle/duck&elephant]



Harga biasa RM 36 SM RM 40 SS

HARGA SALE SAH HINGGA 23/1/2015 SAHAJA
RM 30/PCS TERMASUK POSTAGE 1 MALAYSIA


Selepas tarikh itu, harga kembali seperti biasa
[ entry ]


Supplier bagi murah, daku jual murah
Berminat boleh sms/whatsapp 019-2331810


SELAGI STOK MASIH ADA!



Promosi Pizza Hut lebih jimat!

Ada perasan iklan pizza hut di televisyen? Sebenarnya aku bukan penggemar pizza. Tambahan bila pernah beli di satu tempat *** rotinya keras! Langsung aku tak berapa minat singgah pizza hut.




Jumaat lepas satu opis lunch makan pizza saja. Oh ya, promosi hanya sah untuk take away sahaja. Berapa harganya?


Pizza personal - RM 5
Pizza medium - RM 10
Pizza large - RM 15


Total sekali tax untuk pizza large RM 15.90. Bagi aku ok sangatlah sebab banyak. Harga biasa kalau tak silap lebih RM 30. Sekali sekala beli takpelah. Kita pulun time promotion ja.


Miahahahaha!


Cepat-cepat beli sebab ku dah tanya promosi sampai 27 Januari 2015 sahaja.



Tuesday, January 20, 2015

Cara ajar kucing kencing dah berak dalam bilik air

Ini antara kucing tua dalam rumah. Dah lebih 4 tahun. Namanya Eton. Aku tak berapa ingat macam mana dia boleh terjebak berak & kencing dalam bilik air. Yang pasti, aku memang ajar sebolehnya semua kucing yang berada dalam rumah praktik berak & kencing di bilik air. Senang, tak membazir pasir. Hahaha.



Kisah kenapa mata Eton sebegitu
[ entry ]


Dalam bilik air memang ada satu kerusi khas. Kerusi untuk kucing. Sentiasa ada. Kalau orang nak masuk baru bawa keluar. Oklah, aku nak share cara aku ajar depa.


1) Kurung sebolehnya seharian dalam tandas & pastikan ada makanan & minuman
2) Bawa sekali bila kita masuk dalam tandas


Sebenarnya aku biasa buat nombor 2. Hahahaha! Ala, bukan apa pun. Kita nak ajar dia. Mana tahu dengan bauan yang ada buat dia faham. Tak payah nak cakap kotor ke apa bukan aku buat benda pelik. 


Tapi cara yang sebaiknya adalah nombor 1. InshaaALLAH mereka akan biasa. Setakat ini aku buat cara 1. Kadang kita dah tahu bila time mereka nak buang air kecil atau besar. Biar dalam setengah jam, buku pintu tengok-tengok dah ada air kencing & tahi. 


Kerja manusia pun senang. Just bersihkan. Kurang dah penggunaan pasir.


Jadi, ajarlah kucing anda. Mana tahu dia patuh. Tak cuba tak tahu.


* Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang lain caranya. Boleh ikut kalau nak mencuba. Terima kasih.




Apabila usia 20 tahun ke atas




Memang benar!
Moga diri ini sentiasa kuat
InshaaALLAH





Monday, January 19, 2015

AJL ke 29 - Suara penyanyi ganti Mojo terkesan di hati

Semalam tengok tak tengok saja sebenarnya. Bila sampai part Alyah nyanyi, rasa seram saja. Seram kenapa tak pasti. Mungkin sebab dengar suaranya dan rasa simpati padanya perihal rumah tangga.


Antara ramai penyanyi, aku tak sabar nak tengok siapa yang ganti vokalis Mojo. Mula-mula dengar, fuh, leh tahan juga suaranya. Bila dah fokus, rupanya mereka oku. Allahuakbar! Menitik air mata sebab mereka punya bakat besar.


Sampai bahagian nafas panjang, hebat! Itu saja. Sangat terkesan nyanyiannya di hati ku. Sampai semua dalam stadium berdiri.


Apa pun puas hati sebab Mojo dapat menang persembahan terbaik.


Yang lain-lain aku tak kisah. Hehehe. Tahniah Edry sebab tonjolkan bakat yang sangat hebat. Moga mampu buat mereka lebih berjaya. Membantu orang yang susah. InshaaALLAH.



Resepi bergambar : Pengat Ngaku



Abaikan kesilapan perkataan nangku


Musim raya cina pastinya banyak jual ngaku. Selain buat kerepek, boleh juga buat pengat. Menarikkan?


Kalau harga ngaku di TF RM 2.99/kg. Tempat lain aku tengok mahal. Tapi kalau dah tak jumpa, beli sajalah buat lepas gian.


Oh ya, ngaku/china arrowhead bukan sengkuang cina ok. Lain sangat. Jangan tersilap nama & jenis =)



Sarapan pagi yang mudah disediakan

Boleh dikatakan sepanjang minggu lepas sediakan sarapan sehabis ringkas macam ini. Memang malas benar badan ini nak memasak pagi-pagi. Teruk benor anak dara ni!





Menu ringkas aku sediakan :

1) Telur 2 biji & sayur-sayuran
2) Kobis butter


Menu ini untuk breakfast. Memang kenyang!


Tak payah resepi lah ya, benda senang. Mehmehmeh.



Sunday, January 18, 2015

Cuba teka binatang apa?



Memang binatang pelik ni
Hahahaha!




Friday, January 16, 2015

Kata pelanggan mengenai mini popia ikan bilis

Dalam kita berniaga, perkara yang buat kita benar-benar puas hati bila pelanggan suka dengan apa yang dia dapat. Alhamdulillah, syukur sangat.



Antara berniaga ready stock dan makanan, banyak bezanya. Bab makanan, kita risau kalau tak berapa sedap, kurang rasa, tak kena dengan tekak. Apa pun, untuk mini popia ikan bilis, memang resepi ringkas dari mak sendiri. Kami boleh adjust kalau anda nak lebih pedas atau biasa.


Terima kasih dear untuk feedback ini. Siap booking untuk hari raya nanti. Hehehe.


Sesiapa lagi nak order boleh sms/whatsapp 019-2331810.




Majlis perkahwinan sahabat baik, Ira

Inilah dia majlis di mana aku jadi pengapitnya. Miahahahaha. Pengapit tersepit. Eh! Maaf sayang sebab lambat update kisah kamu.



Di majlis pernikahan
Serious rasa sebak!
Awat entah



Sesi begambar di photobooth
Antara sahabat baik yang hadir



Di pelamin yang sangat indah
Gaun dia perghh cantik!
Jauh dari Bandung


Buat sahabat baikku, Ira
Semoga bahagia sentiasa bersama suami tersayang hingga ke jannah
Moga menjadi isteri solehah
Moga peroleh zuriat soleh & solehah
Moga dipermudahkan segala urusan
InshaaALLAH


Far sayang ira tau!


Bila seorang demi seorang sahabat baik mengakhiri zaman bujang, diri rasa sebak. Tak pasti kenapa tapi itu yang ku rasa. Aku doakan kebahagiaan kalian.



Moga persahabatan kita kekal selamanya.


Nampak sangat aku ketot sebab pakai kasut flat. Padahal hakikatnya sama tinggi dengan pengantin perempuan. Hehehe.


Thursday, January 15, 2015

Sambal kuini mengancam!

Ada satu kedai makcik ini, kalau aku nampak sambal kuini, niat yang asalnya taknak makan nasi, terus hilang. Tergoda wei tengok sambal kuini! Tambahan dengan baunya. Perghh! Bayangkan. Hehehe.




Nasi tak payah banyak. Sambal kuini lagi banyak dari nasi lagilah aku suka. Lepas gian. Memang benar mengancam hidungku!


Aku main bantal saja eja kuini macam itu, KUINI. 



Kotiau goreng RM 1

Kali ini tunjuk kotiau goreng pula. Nampak tak banyak mana? Bekas yang tinggi, bukan leper tu. Faham tak ayat aku? Hahaha.




Korang tengok bahan yang ada. Fishcake, sayur, sambal. Pergh cukup lengkap! Tapi yang kurang best, kejap ada buka kejap takde. Mungkin faktor kesihatan.


Apa pun memang jimat dan nora bagi 5 bintang!


Lokasi :
Area Tesco Station 18, Ipoh



Wednesday, January 14, 2015

Bayaran BR1M 2015 untuk individu bujang telah diterima

Tengahari tadi baru gatal tangan semak online CIMB. Tengok ada dah bayaran BR1M. Rupanya petang semalam dah masuk.


Sebab dari semalam dah terima macam-macam berita, brim keluarga dapat, brim bujang dapat padahal dah diumum bermula 15 Januari 2015 baru bayaran akan dibuat.


Dapat awal kira alhamdulillah. Syukur dengan apa yang dapat. Maklum sahaja kita kerja swasta, takde dapat bonus dari pak jib. Dapat BR1M pun dah kira bagus walau rasa nak amaun lagi lebih. Mehmehmeh.


Yang lain bolehlah semak juga. Entah-entah dah habis. Ekekekeke.


Dah ada perancangan sebenarnya duit ini.




Tempahan mini popia ikan bilis sentiasa dibuka

Hari minggu yang lalu, dapat whatsapp dari customer. Jauh dari Sarawak. Katanya tengok gambar mini popia nampak sedap. Terus dapat order 1 kg. Alhamdulillah rezeki mak sebab dapat bantu dia serba sedikit tampung belanja.




Order sentiasa dibuka sebenarnya kalau bukan musim raya. Cuma nak bagitahu, daku buat hari Sabtu & Ahad. Last full payment kena clear selewatnya jam 6 petang hari Jumaat.


200 gram RM 9
Poslaju RM 7 SM & RM 11 SS

500 gram RM 22 
Poslaju RM 9 SM & RM 13 SS

Untuk COD dalam bekas bertutup warna merah


Kenapa harga poslaju sebegitu? Mohon baca sebaiknya [entry]. Kalau ada yang nak order, boleh terus hubungi daku seperti tertera dalam gambar.


InshaaALLAH sedap sebab daku gunakan ikan bilis asli! Hehehehe.







Sebab utama kenapa abah bekerja dalam pejabat

Hari itu abah aku ada jumpa kawan-kawan sekolahnya [ 2 orang je pun ]. Berpuluh tahun tak jumpa. Aku & mak pun ada time itu. Seorang membernya tanya abah aku kenapa kerja dalam pejabat.


Untuk pengetahuan, abah aku seorang anggota polis.
Apa yang dia bagitahu, buat hati aku sebak. Sedih mendengar apa yang dikatakan.


Kenapa dia kerja dalam pejabat?
Satu hari, dia perlu sertai roadblock. Nampak seorang pakcik bawa motor dengan keadaan motor yang sangat teruk. Lampu motor terjurai. Brek pun menggunakan kaki. Boleh bayangkan macam mana?


Pakcik itu susah tapi dia kena tahan. Dah tentu perlu keluarkan saman. Abah aku kata tak terdaya dia nak keluarkan saman dengan melihat keadaan sebegitu. Menitis air mata dia. Korang rasa antara kerja & perikemanusiaan macam mana nak handle dalam masa yang sama?


Aku tak tanya pakcik itu terlepas atau tidak. Tapi aku rasa dilepaskan. Abah aku itu orang yang cepat kesian. Jadi tak pelik kalau dia memang tak gemar sertai roadblock atau kerja-kerja menyaman orang. Sekarang memang kerja kebanyakan dalam pejabat.


Apa pun abah, orang bangga dengan abah!
Abah memang seorang yang sangat prihatin & mudah kesian pada orang.
Alhamdulillah.


Takpelah abah, kurang dari 10 tahun abah akan bersara. Sabar dengan kerja-kerja yang ada.



Pertukaran ujrah PTPTN dari 3% ke 1% telah laras

Dulu "kecoh" bab suruh tukar ujrah ptptn. Aku, bab hutang piutang selagi boleh cut, aku cuba cut. Jadi, aku pun apply/buat perubahan ujrah.




Mengikut apa yang tertera, berjaya tukar ujrah. Dari segi bayaran, aku pun tak pasti berkurang atau tidak sebab bayaran bulanan masih sama. Dan bila kira jumlah bayaran yang aku buat, lebih kurang sahaja.


Jadi buat masa ini tak nampak apa yang berubah atau aku yang tak faham. Hahahaha. 
Agaknya kena bayar habis sekaligus baru nampak kot.


Ada yang berhutang ptptn?
Mohlah bayar. Pandai pinjam pandailah langsaikan. Sekarang baru rasa apa erti sebenar BERHUTANG. Mehmeh.


Ke tunggu surat mahkamah baru nak start bayar?
Jeng jeng jeng.



Tuesday, January 13, 2015

Tentang perempuan

Perempuan
Kalau menangis, dia akan terus menangis
Hingga terlena


Kerana air mata
Adalah teman setia di kala duka
Teman setia yang sentiasa ada



Coklat dari Langkawi buah tangan sahabat

Baru ini dia minta alamat opis. Aku bagi tanpa tanya apa-apa. Tengok-tengok esoknya dapat bungkusan. Ada coklat rupanya!


Dia tahu aku gemar coklat almond gold


Alahai sayang, tengah seronok honeymoon pun masih ingat nak bagi kat kawan dia ini. Ehehehehehe. Apa pun terima kasih dear. Far sayang ira!


Baru perasan aku masih tak masukkan gambar perkahwinan dia dalam blog ini. Haaa, nanti masuk. Wajib sebab bestfriend!



Nenek Eton hilang hampir 3 hari!

Rabu lepas aku balik SS. Time maghrib, sempat belai kejap eton macam biasa. Dia pun dah awal-awal buang air besar sebab nak tidur sekali dengan aku dalam bilik. Dalam pukul 8 malam, sepupu aku datang ke rumah.


Rancak bersembang dengan mereka. Dah malam, baru sedar Eton takde dalam rumah. Sangkaan kami mungkin dia merayap ke luar. Ok, biarkan. Bila esoknya seharian pun dia tak balik, hati dah rasa tak sedap.


Laju aku tanya sepupu kot Eton ada dalam kereta. Dia dah check tapi takde! Fikiran aku pun dah lain. Eton tak pernah buat perangai macam ini selama hampir 4 tahun hidup dengan kami! Perangai dia sangat "pelik".


1) Hanya makan kibbles ( tak makan nasi, ikan dll )
2) Hanya berak atas kerusi dalam bilik air
3) Tidak mengiau ( tidak berbunyi kecuali dia marah )
4) Akan memandang jika dipanggil namanya, Eton


Sampailah ke hari Jumaat. Aku whatsapp sekali lagi sepupu aku bagitahu ciri-ciri Eton. Aku minta dia check sekali lagi. Tak pasti kenapa firasat aku kuat kata Eton ada di keretanya, Hilux.


Tak lama lepas aku bagitahu ciri Eton, sepupu aku panggil nama Eton dari dalam rumah & dia dengar loceng kucing! Bila suluh, memang ada Eton di antara tayar depan. Ya. ALLAH, laju aku pergi ambil dia.


Bukan mudah nak keluarkan dia. Dia sangat takut! Saat aku dapat capai, terasa badannya bergetar & dengupannya laju. Lama, hampir 30 minit. Aku bagi makan pun taknak. Bila bawa balik. barulah nampak dia selesa.


Kesian kamu Eton. Itulah, tak pernah buat perangai macam itu. Sekarang dia tak berani keluar lebih dari pagar. Agaknya masih trauma! Huhu.


Tuan dia ni pun tak senang duduk bila tak nampak kucing-kucingnya. Sayang oiii!


Kucing hilang pun aku dah tak tentu arah, korang bayangkan kalau manusia pula hilang? Moga dijauhkan perkara sebegitu.



Monday, January 12, 2015

Bila pakai jam tangan abah

Tak perasan bateri jam sendiri mati. Disebabkan tak biasa kalau tak pakai jam, jadi janggal. Jadi, pinjam jam abah.



Lama sebenarnya aku tak pakai jenis tali macam ini. Terasa diri muda sebab zaman sekolah pakai jam tali sebegini.


Terima kasih bagi pinjam. Dah ganti bateri, dah pakai jam sendiri =)



Nasi goreng RM 1

Masih lagi nak kenalkan menu murah & jimat lagi sedap di area Tesco Station 18. Kau orang tengok sendiri dalam bekas. Berapa harganya? RM 1 sahaja.




Memang puas hati! Aku harap sangat harga, kesedapan & kuantiti sebegini akan berterusan dan inshaaALLAH moga perniagaan makcik ini berjaya. Sedap ok!


Nora bagi 5 bintang!


Lokasi :
Area Tesco Station 18, Ipoh



Sunday, January 11, 2015

PENAT

AKU DAH PENAT
PENAT DENGAN DIRI SENDIRI
=___=



Friday, January 09, 2015

Kasih ibu & anak [minah & dedek]




Kucing pun sayang anak. Nampak tak kemesraan dua beranak ini? Manja sangat aksi Adik atau Dedek di samping ibunya, Minah.


Tengok binatang takde otak pun ada perasaan sayang. Aku pelik bila ada manusia kejam yang sanggup buang anak. Akal takde!


Kisah Dana Untuk Meow
[ entry ]


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


MOHON WAR-WARKAN JIKA SUDI
TERIMA KASIH




Syiling RM 1 tahun 1980

Perghh! Kagum aku tengok dengan mata kepala lutut sendiri bila abah aku tunjuk dia simpan duit lama. Sebenarnya aku tahu dia suka simpan koleksi duit lama tapi takdelah pula aku minta nak tengok.



Saiz syiling RM 1 tahun 1980 ini lebih besar dari 50 sen sekarang. Silap pula tak snap gambar buat perbandingan.


Apa pun yang penting tahun itu aku tak lahir lagi. 8 tahun seterusnya baru baby comel nurul farehah lahir. Miahahahahaha!




Thursday, January 08, 2015

Resepi Bergambar : Kek Cheese Leleh Atkins

Ada yang tengah berdiet atkins? Kempunan nak makan kek tapi kek yang dijual tak memenuhi syarat diet atkins, sila cuba menu di bawah. Boleh buat cover kempunan tu serba sedikit. Hihi.



sumber : Kelab Diet Atkins


Aku pernah buat versi aku, bukan kukus [ entry ]. Yang kukus ini nampak menarik sebab 98% macam kek dijual di luar. Kau tengok dia punya tekstur. Menarik!


Fasa 1 boleh makan tapi aku rasa kalau fasa 1, 2 minggu tu buat "clean diet". Makan benda asas sahaja. Kalau lepas dua minggu masih teruskan induction, boleh buat resepi di atas. Yang penting. pandai kira carb intake ok.


Apa pun terpulang sebab badan masing-masing. Naik turun sendiri juga kena cover =)




Nasi lemak daun pisang RM 1

Antara juadah terawal aku cuba beli. Nampak besar dan bila buka memang nasinya banyak. Bukan sekadar besar luar, ciput di dalam ok!




Serba serbi cukup. Sambal, timun, ikan bilis, telur. Telur pun 1/4 potongannya tau. Bukan bahagi sekecil-kecilnya seperti sesetengah peniaga lain.


Nora bagi 5 bintang!


Lokasi :
Area Tesco Station 18, Ipoh



ST 1 [2015] - Menu RM 1 di Station 18, Ipoh

Gerai kecil tepi jalan
Hanya waktu pagi


Lokasi : Area Tesco Station 18, Ipoh


Aku akan tunjukkan menu-menu RM 1 yang ditawarkan
Sedap & jimat!



Wednesday, January 07, 2015

Cara mudah untuk buat telur separuh masak

Selalu aku buat telur separuh masak mesti tak berapa nak separuh. Separuh masak terus, separuh jadi setengah masak. Eh, apa ayat aku ini!




Kalau kat opis guna microwave tapi pagi tadi sebab aku "rajin" masak, aku sediakan 2 biji telur sebagai sarapan.


Macam tak percaya bila pecahkan, wahhh menarik! Puji diri sendiri. Hahaha. Aku ikut cara mak aku. Kira ajaran mak.


Caranya :

1) Basuh bersih kulit telur
2) Masukkan air dan pastikan telur tenggelam dalam periuk
3) Buka api untuk masak


Berapa minit? Bila nak kena tutup?


Haaa ini tips mak aku. Bila kau nampak saja air tu dah berbuih, ala naik buih-buih kecil dan mendidih, terus tutup api. Aku anggarkan tak sampai 2-3 minit. Tutup api dan biarkan sekejap telur tersebut ( dalam 2 minit ).


Buang air, basuh periuk dan ketuklah telur anda. InshaaALLAH menjadi separuh masaknya.


Buat telur separuh masak pun nak share. Eh, tak semua orang reti tau! Krik krik krik.



Cabaran biasa bagi seorang peniaga - pembeli main harga

Dah tengok entry bergambar? [entry], sebenarnya itu KALI PERTAMA aku dapat komen macam itu selama hampir 3 tahun berniaga.  Dapat pula di awal tahun 2015, pembuka tirai untuk bisnes kecil aku. Hahahaha.


Sebenarnya ada sambungan tapi aku malas nak letak. Walau dia bagitahu dapat harga lagi murah dari harga aku, tapi dia masih tanya barang yang sama dan minta ku kurangkan harga. Erm, kau rasa macam mana?


Dalam situasi macam ini apa yang aku fikirkan, dia hanya mahu "bermain harga" atau nak tengok aku boleh kurangkan lagi atau tidak. Maaf, sebab aku bukan direct dapat dari kilang borong. Jadi, harga memang dah habis kira kos-kos terbabit.


Pelanggan & penjual kena faham.


Contoh :

Penjual dapat RM 25 dari supplier
Penjual up kepada harga RM 35 kepada pembeli

Sebab apa?
Itu dah kira kos minyak, kos sms/telefon, kos balut, kos panjang lebar tanya tapi tak beli ( dengan penjual ). Belum lagi kira kos kena "maki hamun" atau menghadap kerenah. Itu semua kena ambil kira dik!


RM 35 untuk harga single. Kalau pembeli nak beli borong, tak ke kena juga kurangkan harga? Kena fikir baik-baik.


Kalau pembeli kata boleh dapat dengan harga murah pada orang lain, apa kata beli saja pada orang itu. Tak perlu nak mention "Eh, kenapa dengan awak mahal?". Sentap dik non kalau penjual tu hati tisu. Aku? Tak berapa nak tisu. Hahaha.


Apa pun jangan takut nak membeli dengan aku, sebab aku pemurah sebenarnya. Kadang aku kurangkan juga harga (kalau itu direct beli terus). Kadang untung aku RM 1 sahaja. Sedih tapi sebab hobi aku berniaga, ku gagah juga.


Kalau hati aku tisu, lama dah aku stop berniaga. Serious, untung aku tak seberapa. Kadang lepas duit minyak motor sahaja. Motor ok!


Maila jenguk online shop aku, Nurul Yui Collection.


Album jualan amal Dana Untuk Meow
[ link ]



Tuesday, January 06, 2015

Setuju dengan teguran ikhlas Datuk Rosyam Noor kepada Ifa Raziah

Tengok konser gegar vaganza? Tak payah tengok sampai habis, tengok persembahan pertama dari makcik ifa pun cukup [panggil makcik sebab baya mak je tu]. "Aksi" akhir persembahan darinya "dikritik" hebat oleh orang ramai.


Datuk Rosyam sebagai juri jemputan khas, menegur aksi Ifa. Benar itu aksi persembahan tapi tak perlu terlalu "over". Teguran yang sangat sopan dan bagiku memang patut.


Sebab apa?

1) Berkemungkinan besar ditonton oleh semua lapisan umur. Terlalu umum & paling penting ia siaran secara langsung

2) Walau mendapat "izin" dari pasangan masing-masing, buat yang biasa sudah. Over sangat bila part angkat kaki. Dia pula yang hulur lebih. Huhu


Apa pun makcik, ambil apa yang ditegur secara terbuka. Mungkin nak dapatkan persembahan terbaik [mamat yang dapat] tapi sayang tiada rezeki.


Konsert tu artis veteran, jadi buatlah gaya veteran. Cukup.


Ini hanya pandangan dan pendapat peribadi sendiri.



RESEPI : Kerepek Ngaku

First time aku berani nak beli dan buat sendiri. Selama ini perhati saja yang dijual. Dalam otak ingat itu adik beradik bawang. Hahaha!




Buat permulaan aku beli lebih kurang 12 biji. Tak sampai RM 2. Kupas pun senang, nipis sahaja kulitnya. Lagi senang dari kupas sengkuang.


Cara buat dah aku sertakan. Korang boleh rendam dulu dengan air garam sebelum sagat atau letak garam selepas goreng. Aku tak letak sebab aku suka rasa asli ngaku itu sendiri.


Sedap tau! Jangan lupa cuba. Tak cuba tak cinta, eh!



Resepi Bergambar : Nasi Goreng Cili Padi



sumber : Resepi Ringkas


Aku tengok gambar pun dah terliur wei! Aku sangat suka versi opah-opah masak. Lain sangat rasanya dengan nasi goreng sekarang. Tengok rupa dah kenal.


Goreng habis simple. Dari nasi semalam membazir, kita buat nasi goreng. Tambah sambal telur atau ikan bilis, perghhh habaq hangpa! Hahahaha.


Selamat mencuba!



Monday, January 05, 2015

Hanis Zalikha dilamar Hairul secara langsung

Sape tengok gegarvaganza ka apa namanya ntah? Kalau tengok mesti perasan part hanis zalikha dilamar hairul secara live. Ala hanis zalikha blogger yang sekarang dah makin jadi artis terkenal.


Hubungan yang nampak gayanya senyap-senyap. Lamaran yang buat hanis "terkejut" mungkin. Tengok raut wajah pun boleh agak.


Apa pun, banyak dah komen-komen ku baca baik postif atau negatif.


Pendapat aku sendiri :


1) Sweet juga buat macam itu. Kenangan indah perlu diingati ketika melamar. Sebenarnya banyak cara, tapi terpulang pada individu masing-masing. Ada yang kata ini ikut cara barat, tapi kalau tak taksub apa salahnya? Asalkan masih mengikut apa yang perlu.

2) Berani buat secara terbuka dan itu juga tanda si dia serius. Bila melamar secara terbuka, otak kena set samanda pasangan akan bagi jawapan YA atau TIDAK. Kalau ya, alhamdulillah. Kalau tidak, cari yang lain. Mehmeh.

3) Walau terbuka, sekurangnya hairul tak sarung cincin itu sendiri atau tidak berkepit tambahan itu siaran secara langsung. Suka apa yang Jihan katakan dan Jihan bertindak secara bijak!

4) Mendapat restu orang tua. Itu paling penting!


Apa pun, aku harapkan pasangan ini mempunyai jodoh yang kuat. Sama-sama suka dan sama-sama mampu, apa salahnya. Doakan kebahagiaan mereka.


Benda yang wajib, itu sebenarnya yang perlu didahulukan =)



Bahasa ekor kucing

Oleh kerana kucing tak boleh bercakap, kita boleh tahu apa yang cuba disampaikan melalui gaya ekornya. Mesti korang ada perasan.


Bab kucing takut/sedang berlawan sila jangan terus pegang mereka kerana dikuatiri akan dicakar balik kita. Ada cara terbaik untuk buat lerai pergaduhan mereka.


Ini bagi kucing yang ada ekor, kucing takde ekor/kontot macam mana?
Pandai-pandailah yang bela itu faham. Hehehehe.



Saturday, January 03, 2015

Merajuk

Merajuk biarlah sementara
Merajuk sekadar ingin memujuk hati
Jangan dibiarkan lama
Takut hati itu "mati"



Friday, January 02, 2015

Tekad untuk tahun 2015

Tahun 2014, aku takde azam. Sedih kalau tak tercapai. Maka tahun 2015, aku lebih kepada TEKAD atau erti kata lain sangat-sangat berusaha.


Apa tekad aku untuk tahun 2015?

1) Selesaikan hutang kenderaan iaitu pak LC
2) Selesaikan hutang/pinjaman barang kemas


Bak kata lain tahun cuba untuk bebaskan hutang kecuali PTPTN. Itu setiap bulan aku buat potongan gaji.


Tekad untuk diri sendiri. Untuk kemudahan diri sendiri juga. Lain-lain, tiada dalam perancangan. Hidup berdua? Belum ada jodoh. Jawapan retis. Hahahaha!


Aku ada baca tahun 2015 merupakan tahun "ekonomi tidak stabil". Kira zaman kemelesetan di mana harga naik tapi taraf hidup masih diperingkat yang rendah.


Caiyok Yui! Usaha!



Permulaan 2015 yang sedikit menggembirakan

Alhamdulillah itu yang terucap saat buka gmail dan baca isi kandungannya.



Harap cek selamat tiba. InshaALLAH.


Antara berita permulaan 2015 yang menggembirakan.


Thursday, January 01, 2015

Selamat datang 2015 selamat tinggal 2014

Walau ia hanya ANGKA, tapi pengalaman yang ada sepanjang melalui detik-detik 2014 pasti tidak dilupakan. Tidak mengira samada manis atau pahit, ia tetap akan dikenang.


Pengakhiran 2014 aku sendiri adalah sangat hambar. ALLAH sahaja mengetahui isi hati ini.


Semoga 2015 akan memberi sinar yang lebih baik. Mampu buatkan diriku mencapai apa yang diimpi dalam kehidupan. Manusia hanya merancang, tapi kuasa ALLAH lebih mutlak.


Banyak kejadian tidak diduga berlaku dalam negara kita untuk tahun 2014. Sama-sama kita bertabah.