tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, June 05, 2014

RESEPI : Cheese Cake Mudah Atkins

Mengidam nak makan cheesecake leleh tapi tak boleh ketika berdiet atkins? Takpe, kita buat cake mudah dengan bahan yang cukup ringkas. Kira lepas gian sudahhh ya.




Bahan-bahan ( dapat 3 bekas bulat )

1) 250 gram cream cheese
2) 1 kotak kecil whipping cream
3) Sedikit stevia ( ikut kemanisan )
4) 100 ml air
5) Sedikit agar-agar

* Boleh juga perah sedikit lemon

PERHATIAN :
Kalau taknak letak agar-agar pun tiada masalah
Cuma tidak sekental & mudah lembut hasilnya
tanpa agar-agar


Cara-cara

1) Putar cream cheese & whipping cream hingga kental/sebati
2) Masukkan stevia ikut kemanisan yang dikehendaki & ketepikan
3) Panaskan air & masukkan agar-agar. Kacau hingga agar-agar cair.
4) Apabila agar-agar cair, satukan dengan adunan tadi. Kacau hingga sebati.
5) Masukkan dalam bekas
6) Boleh layerkan dengan jem 0 sugar, 0 fat ( ikut suka hati korang )

* Kalau yang dah lepas induction, boleh masukkan strawberry, raspberry, kekacang untuk hiasan. Ikut kadar yang dibenarkan.


Menu ini untuk orang diet atkins. Kalau biasa, bolehlah masukkan kek span. Kemudian hiaskan dengan cream cheese. Rasa macam agar-agar cheese versi makan topping kat secret recipe punya cake. Nyummmmy!


Siapa penggemar cheese macam aku memang sesuailah menu ini.


Contoh jem 0 sugar
[entry]





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

18 dak comei sayang YUI:

ikafantasi said...

sedapnye..suka sgt cheese cake

mia izzati said...

ok gak resepi nihh..manis stevia jee

HaLuNa ReTrO said...

sedapnyee..hurmhurm~

Nur Inani said...

mari kita cuba. :)

Azhafizah Md Nor said...

kiranya agar² cheese cake la ni?

ct kektus said...

nyum nyumm ! ni yg mcm nak try sebab macam senang & nampak sedap je yui !

AnneRaini said...

nmpk mcm sedap...

wah yui dah turun byk ler.. akak belum lagi dpt bawah 60kg...target raya nilah..huhu

siti alfakhishah aman said...

EMMM SEDAPNYE.. NANTI NAK TRY LA..

- AZIE - said...

wpun style atkins..tetap nmpk sedap yui!

Nur A.Z said...

wah, tq yui share! sy pon tgh atkin!

Jie Susanos said...

sdap..selalu ke yui bt ni..

msredcheesecake said...

Canne la gaknye rasanya.... nak wat sendiri payah sikit...hhee

PetakBunga said...

mcm mudh.. enth x pernh buat.. beli je..huhu..
bila nk try buat sendiri ni..

Cik Purple said...

cheeseeee.. sedapnye kak yui.. :D

Umar Mahfuz said...

Salam'alaik.
Saya atkiners juga. Nak tanya, ada bahan lain tak untuk ganti cream cheese? Tq.

Norhaily Mad Nazri said...

Jem brand ape yg 0 sugar?

IntaNBerliaN said...

wah, mcm best je... xletak telur camni mmg akak suka... sejak2, budak2 ni kne ekzema, mmg dah xbeli telur... sekali dgn akak pntang mkn telur sbb mnyusu afrina

miie said...

Emm nie xpayah bake ea. Terus sejukkan kee?.