tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, December 16, 2013

Cara balut mini popia untuk pengeposan

Mula-mula jual dulu, memang akui aku tak berapa reti nak balut bekas mini popia ikan bilis terutama untuk pengeposan. By hand tiada masalah.


Ada pelanggan yang bagitahu bekas ada pecah, mini popia ada pecah sikit. Itu dulu dan semua itu pengalaman. Lama-lama alhamdulillah dah tahu cara yang aku rasakan terbaik untuk balut makanan mudah pecah/rangup ini. 



500 gram pos ke Johor


Cara Yui balut bungkusan mini popia

1) Letakkan bubble wrap dalam bekas
2) Masukkan mini popia ikan bilis
3) Pastikan bubble wrap menutupi ruang atas mini popia & gam
4) Jika tedapat kelonggaran lagi pada bekas, letakkan beberapa helai kertas
5) Pastikan apabila penutup ditutup, bekas kelihatan mampat ( tidak longgar )
6) Balutkan lagi sekali luar bekas guna bubble wrap
7) Akhir sekali guna brown paper yang tebal sebagai balutan terakhir


Begitula cara yang daku guna sekarang. Alhamdulillah pos baru-baru ini 1 kg ke Sarawak & 500 gram ke Johor semuanya selamat sampai tanpa ada masalah. Bersyukur dengar feedback customer. Positif hendaknya.


Sebab itu postage untuk 500 gram ke bawah RM 9 ( untuk Semenanjung ). Kenapa?


1) Berat bekas
2) Berat popia
3) 2x bubble wrap digunakan ( harga boleh tahan )
4) Guna brown paper yang berkualiti ( tebal )


Bukan suka suki daku nak letak harga pos macam itu. Bila anda order 500 gram, dah dibalut lengkap semua TIDAK AKAN jadi 500 gram juga apabila timbang. Mesti lebih!


Jadi harap para pelanggan semua mengerti. Nak jimat pos, bolehlah kongsi ramai-ramai. Aku guna pos kotak boleh sampai hampir 5 kg dan kos pos hanya RM 20 ( semenanjung ).


Terima kasih bagi yang membaca sampai habis.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

apa lagi kawan2 jom order

Azhafizah Md Nor said...

bungkusan kene betul² padat baru selamat :)

adrianna syaz said...

Popia...yui..pasir putih bleh anta c od?

Cik Nur™ said...

teliti kerja yui..bagus betul.. :)

eintan nurfuzie said...

popia yui mmg sodap..

Deqla Manjew said...

pengalaman dulu mendewasakan..hihi.. alhamdulillah..skng dah terer membalut.. =)

Mimi Azirah said...

cara pembungkusan kena betul kan yui...biar pelanggan puas hati

azizah :) said...

bagus2 yui..pasni banyak permintaan guna pos2 ni..