Kalau betul dikenakan, maknanya harga lagilah ______ ( sila isi tempat kosong ).
Korang,
memandangkan harga emas sekarang rendah ( lebih kurang RM 140/gram untuk 916 ), aku cadangkan korang belilah. Ala, bajet rendah pun jadilah. Beli, lepas itu gadailah semula. Perlahan-lahan ambil balik ( buat bayaran ansuran ).
Macam mana nak buat kalau duit pun tak berapa nak cukup?
Gaji adakan? Guna sementara. Janganlah guna 100%. Jom aku tunjuk contoh.
Guna duit gaji : RM 500
Katakanlah kedai emas A : Emas 916 RM 140/g ( termasuk upah )
Dengan duit gaji RM 500, korang boleh dapat lebih kurang 3.5 gram emas 916 ( belilah barang apa pun ).
Lepas itu, pergi cari mana-mana ar-rahnu. Harga gadaian contoh emas 916 RM 134/g ( nilai gadaian tak sama dengan beli baru ok )
3.5g x RM 134 = RM 460 ( akan digenapkan )
65% dari RM 460 = RM 300 ( nilai korang akan dapat untuk gadaian )
Maknanya, korang dapat semula tunai RM 300. Beli tadi harga RM 500, gadai semula RM 300. Kesimpulannya, hanya guna RM 200 ( 500 - 300 ) sahaja nilai gaji anda ( ibarat pinjam sekejap ).
Beli tunai dengan kedai emas, pergi gadai di arrahnu. Maknanya korang hanya perlu bayar ansur di arrahnu. Inilah cara sesuai untuk kes di mana, hati nak beli emas, tapi duit tak cukup. Faham?
Faham tak "formula" aku bagi tadi?
Baca perlahan-lahan. InshaaALLAH korang akan dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Tak perlu beli barang kemas secara ansuran pada orang ( ada yang jual ibarat 1 gram = RM 250 ). Tapi kalau tak kisah, terpulang.
Lagi seronok kalau korang dapat beli lelongan barang kemas yang ada di arrahnu. Kenapa? Harga lagi rendah. Tak percaya? Pergi mana-mana arrahnu berdekatan dan tanya mereka.
Apa pun, keputusan di tangan masing-masing. Perlu pendapat? Boleh cari aku. Aku bantu mana yang tahu.
Jadi, berbalik pada isu GST, kita tengoklah nanti kesahihannya. Harap ini hanya khabar angin.
8 dak comei sayang YUI:
hopefully tak ada gst untuk emas. :)
uik :(
huhuhu.
thanks yui. aku baru tau method ni
Dgr2 camtu gak, sdhnye cincin tunang&gelang utk nikah dh siap beli,lgpun masa beli ritu emas segram rm116/gram upah rm50 je mmg berbaloi sngt rasanye....^__^
haaa??
semua nk gst?
semua nk GST mampuih ... ade interest tak yui klu kita gadai ni
tp org kate klu kite seklai tergadai nanti sikit2 nk menggadai je .. huhu
salam singgah sini dik Yui...tak lama nak beli emas pun dah tak mampu...
Hrp xde gst lah kan
Post a Comment