Salah satu buah kesukaan abah. Kami pun tumpang suka. Susah nak jumpa sekarang. Tempat tertentu sahaja. Hari itu abah bernasib baik dapat beli 5 biji dengan harga hanya RM 10. Memang murah dah bagi aku.
Bahan-bahan
1) 1 biji timun susu
2) 1 kotak kecil santan
3) Sedikit garam
4) Gula secukup rasa
5) Air secawan
6) Ais secukupnya
Cara-cara
1) Potong & masukkan kesemua kecuali ais
2) Gaul hingga sebati & masukkan dalam peti ais
3) Bila nak minum, baru masukkan ais
2) 1 kotak kecil santan
3) Sedikit garam
4) Gula secukup rasa
5) Air secawan
6) Ais secukupnya
Cara-cara
1) Potong & masukkan kesemua kecuali ais
2) Gaul hingga sebati & masukkan dalam peti ais
3) Bila nak minum, baru masukkan ais
sumber : Google
Ada yang panggil timun betik, tembikai betik. Apa pun nama asalkan benda sama aku tak kisah. Itu rupa dalam timun susu.
Ada yang gantikan santan dengan susu. Gula biasa kepada gula merah. Ikut citarasa masing-masing. Yang penting sedap!
Selamat mencuba.
13 dak comei sayang YUI:
ermmm..nyaman je rasa tekak...hihi...yui.. kfieda gris dlu loyang tu utk mula2 je..pas tu dh takyah gris dh sbb loyang tu akan sentiasa bergris dh..
buah ni mcm tembikai susu kan. tp chruncy2 gitu.
sedapnyer... dah lama tul akk x makn timun susu ni... arwah tok slu buat... tp kami lbh suka buh gula merah...
timun susu ni bukan tembikai susu ek Yui?.. eh keliru pula ROs.
tak pernah tengok la timun susu ni.. first time..hee
saya ingatkan timun sayur tu...oo timun betik..sedap2
Salam ! alahai nampak mcm mmg sedap dan menyegarkan nih..mg xpernah dgr air timun susu ni..hehe dia bukan tembikai susu tu kan?
Tak pernah rasa lagi buah ni..macam tembikai susu ye?
Masa kami kecik kecik dulu, ini adalah menu air yang wajib ada bila tiba bulan posa. Sebab timun ni kami tanam sendiri di bendang.
Ohh nostalgia sungguh.
Saya nak kena buat juga lah!
xpnh tyr pun minum air ni..blhla nak try nti...mcm honeydew pun ye jgk
salam. macam sedap ja..bole try ni
musim2 panas ni mmg elok la bsah tekak kan.. :) tq sharing yui :)
sedap eh yui
Post a Comment