tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label berita dunia. Show all posts
Showing posts with label berita dunia. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

FIFA Puskas Award : Tahniah Faiz Subri!



Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 26, 2016

Kang Gary sah tinggalkan Running Man

Sedihnya plak bila baca. Rupanya Kang Gary sah tinggalkan Running Man setelah 6 tahun bersama. Dulu dok ingat Jong Kok nak keluar tapi mungkin itu hanya khabar angin. Kali ini tidak lagi, memang benar dan sah.




Facebook rasmi : Kang Garry


Gary To Leave “Running Man” After 6 Years
On October 25, “Running Man” announced that Gary will be leaving the show. According to reports, Gary had told the show earlier this year that he planned to leave the show, and while the staff and cast tried to change his mind, he recently said, “I want to spend more time on music, and I want to study it more.”
As a result, the “Running Man” staff decided to respect Gary’s musical ambitions.

The production staff of “Running Man” said, “We sincerely thank Gary for putting everything into the show for [six] years, as one of the original members of ‘Running Man.’ Gary wishes to focus on his career as a musician, and we wish him the best.”
Gary has been a part of the SBS variety show for six years since July 2010, and his last filming with the “Running Man” cast will be on October 31.
We’re going to miss you, Gary.


Lepas ini tiada lagi panggilan sotong. tiada lagi gurauan ugly face dan paling sedih tiada lagi monday couple. Apa pun, pasti dia buat keputusan yang sukar dan ada sebab serta fokusnya sendiri terhadap muzik.

Apa pun, good luck Kang Gary!

Running Man tetap menjadi pilihan Yui walaupun berulangkali tengok. Terbaik.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 11, 2016

FAKTA TENTANG VIRUS ZIKA



Sumber : Blog




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 03, 2016

Mukhriz Mahathir letak jawatan sebagai MB Kedah

Desas desus dunia politik bukan aku tak ambil kira tapi rasa "annonying" tambah-tambah kalau kita rakyat marhen pun nampak dan terasa kita ditindas sedikit demi sedikit.


Berita terkini


=====================================


ALOR SETAR – Setelah berlarutan hampir dua minggu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-11 berkuat kuasa serta-merta.
Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah kehilangan sokongan majoriti ahli di Dewan Undangan Negeri Kedah.
“Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam (Selasa),” kata beliau kepada pemberita.
Beliau malah turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) secara rasmi berkuat kuasa serta-merta.
Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu turut dibatalkan.
Mukhriz turut mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bakal dilantik sebagai Menteri Besar ke-12.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Mukhriz yang dilantik sebagai pengerusi yang mengambil alih daripada Ahmad Bashah turut menyatakan kesetiaan kepada UMNO walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan.
Sementara itu portal AgendaDaily melaporkan, dalam kalangan ADUN BN sendiri telah mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah hotel di Alor Setar pada Selasa malam.
Mesyuarat tersebut dikatakan ada kaitan dengan persiapan BN negeri Jelapang Padi itu menjelang perubahan pucuk pimpinan Kedah pada Khamis. 
Sumber : SINI
======================================
Bertabahlah, setiap perbuatan pasti ada balasannya. Ini semua mainan dunia !



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 25, 2015

Rempuhan di Mina

Agak mengejutkan saat kita menyambut Hari Raya Aidiladha, ada tragedi yang melibatkan jemaah haji ketika mereka berkumpul untuk melakukan ibadah melontar.


Secara tak langsung ia merupakan tragedi kedua selepas kren tumbang pada 11 September 2015. Alhamdulillah tidak melibatkan jemaah haji dari Malaysia tapi sebagai saudara sesama Islam, turut merasa sedih & simpati terhadap apa yang terjadi.


Melihatkan gambar yang tersiar di dada akhbar, tak terbayang bagaimana "sengsara" yang dirasai mereka.


Walau apa pun, mati mereka telah ditentukan di sana. Tempat menjadi idaman setiap umat Islam.
Mereka telah terpilih oleh ALLAH.


Kita saja belum pasti.


Al-Fatihah.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 14, 2015

Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam kejadian kren tumbang di Malaysia

Jujurnya aku agak terkejut dengan berita yang melibatkan seluruh dunia.
Berita melibatkan tetamu ALLAH. Kren tumbang di masjidilharam.


Sayu sebak itu yang aku rasa.
Sehingga bila membaca apa yang tertulis, melihat apa yang dipaparkan, air mata ini turut sama mengalir.


Hingga saat ini,
5 orang jemaah haji dari Malaysia disahkan meninggal dunia.
1 orang terselamat
2 orang lagi masih hilang


Allahuakbar!
Tak terungkap dek kata apatah lagi keluarga mangsa. Doakan semua dipermudahkan.


Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali
Al-Fatihah








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^