tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label raya haji. Show all posts
Showing posts with label raya haji. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

Campur aduk

Oklah, sebenarnya takde benda nak update mana.


Lebih kepada hal-hal lain yang kena uruskan. Banyak entry kena publish selepas ini. Nak cari idea bina apa yang patut. Ecehhhh!


Macam mana raya korang semalam?
Aku buat pertama kali dalam sejarah balik kampung untuk beraya tak pakai baju kurung. Fuhhh. Maksudnya aku berseluar, blouse dan shawl sahaja. Nasib baiklaah sedara mara jenis nantak hang la. Hahahaha.


Biasa aje raya aku
Yang penting dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara mara tersayang.


Maaf tak tau nak letak tajuk apa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 25, 2015

Rempuhan di Mina

Agak mengejutkan saat kita menyambut Hari Raya Aidiladha, ada tragedi yang melibatkan jemaah haji ketika mereka berkumpul untuk melakukan ibadah melontar.


Secara tak langsung ia merupakan tragedi kedua selepas kren tumbang pada 11 September 2015. Alhamdulillah tidak melibatkan jemaah haji dari Malaysia tapi sebagai saudara sesama Islam, turut merasa sedih & simpati terhadap apa yang terjadi.


Melihatkan gambar yang tersiar di dada akhbar, tak terbayang bagaimana "sengsara" yang dirasai mereka.


Walau apa pun, mati mereka telah ditentukan di sana. Tempat menjadi idaman setiap umat Islam.
Mereka telah terpilih oleh ALLAH.


Kita saja belum pasti.


Al-Fatihah.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha

Esok dah Hari Raya Haji. Mesti ramai dah start cuti hari ini. Silap-silap dari Isnin lagi kan? Huhuhuuu.


Mood raya memang takde. Biasa-biasa je.


Apa pun nak ucapkan kepada semua pembaca blog,
Selamat Hari Raya Aidiladha, moga ibadah korban yang dijalankan berjalan lancar. 


Selamat bercuti kepada yang sambung cuti
Kepada yang bekerja hari Jumaat sama sepertiku, jangan cuba mengelat ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 25, 2014

Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 5 Oktober 2014

Bila malam tadi nampak muka pakcik danial di kaca televisyen barulah diri ini terhegeh-hegeh kelebek kalendar. Rupanya Raya Haji minggu depan sahaja. Ku sangkakan 2 minggu lagi.


Preparation
Kalau zaman aku usia bawah 22 tahun, rasa teruja nak sediakan baju baru, nak beli itu ini memang ada. Tapi bila usia sekarang, mood itu tak seberapa. Orang kata biasa-biasa saja. Yang penting keluarga ada bersama di hari tersebut.


Beraya di mana?
Beraya di kampung belah abah sahaja. Tak jauh. Ambil masa 30 minit untuk sampai. Kampung belah emak dah takde siapa sangat. Ada pun pakcik-pakcik sebab mak aku anak perempuan tunggal.


Cuti
Bila Raya Haji jatuh hari Ahad, maka automatik hari Isnin cuti juga. Jangan duk ingat Raya Haji cuti 2 hari ok melainkan kau berada di Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu. Nak sangat cuti, apply leave.


Eh! Kemain aku cerita pasal Raya Haji padahal nak story pendek saja tadi. Mehmehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^