Dah tengok entry bergambar? [
entry], sebenarnya itu
KALI PERTAMA aku dapat komen macam itu selama hampir 3 tahun berniaga. Dapat pula di awal tahun 2015, pembuka tirai untuk bisnes kecil aku. Hahahaha.
Sebenarnya ada sambungan tapi aku malas nak letak. Walau dia bagitahu dapat harga lagi murah dari harga aku, tapi dia masih tanya barang yang sama dan minta ku kurangkan harga. Erm, kau rasa macam mana?
Dalam situasi macam ini apa yang aku fikirkan, dia hanya mahu
"bermain harga" atau nak tengok aku boleh kurangkan lagi atau tidak. Maaf, sebab aku bukan
direct dapat dari kilang borong. Jadi, harga memang dah habis kira kos-kos terbabit.
Pelanggan & penjual kena faham.
Contoh :
Penjual dapat RM 25 dari
supplier
Penjual
up kepada harga RM 35 kepada pembeli
Sebab apa?
Itu dah kira kos minyak, kos sms/telefon, kos balut, kos panjang lebar tanya tapi tak beli ( dengan penjual ). Belum lagi kira kos kena "maki hamun" atau menghadap kerenah. Itu semua kena ambil kira dik!
RM 35 untuk harga
single. Kalau
pembeli nak beli borong, tak ke kena juga kurangkan harga? Kena fikir baik-baik.
Kalau pembeli kata boleh dapat dengan harga murah pada orang lain, apa kata beli saja pada orang itu. Tak perlu nak
mention "Eh, kenapa dengan awak mahal?". Sentap dik non kalau penjual tu hati tisu. Aku? Tak berapa nak tisu. Hahaha.
Apa pun jangan takut nak membeli dengan aku, sebab aku pemurah sebenarnya. Kadang aku kurangkan juga harga (kalau itu direct beli terus). Kadang untung aku RM 1 sahaja. Sedih tapi sebab hobi aku berniaga, ku gagah juga.
Kalau hati aku tisu, lama dah aku
stop berniaga.
Serious, untung aku tak seberapa. Kadang lepas duit minyak motor sahaja. Motor ok!
Maila jenguk
online shop aku,
Nurul Yui Collection.
Album jualan amal Dana Untuk Meow