tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cerita korea. Show all posts
Showing posts with label cerita korea. Show all posts

Thursday, December 08, 2016

Drama Korea - The Legend Of The Blue Sea

Sekarang Yui suka tengok cerita Korea yang sedang bersiaran di chanel 393, The Legend Of The Blue Sea. Duk tengok ulangan hari Sabtu sebab hari biasa kat rumah sewa takde astro, balik SS baru boleh. Hehe.




Yui tak berkesempatan nak tengok episod pertama tapi tengok yang seterusnya pun dah rasa seronok. Kalau korang tak tengok dari awal, biasanya korang akan confuse sikit la. Yela, kejap macam zaman moden, eh kejap zaman dulu pun ada. Heeeee.




Suka dengan watak perempuan tu, ala-ala blur sikit. Yelah, dia asalnya ikan duyung. Yang lelaki plak berlakon watak jahat sikit tapi ada hati yang baik. Nampak tegas tapi penyayang. Kawan-kawan dia plak ingat perempuan tu orang kaya padahal jeng jeng jeng.  


Ewaaahh, tak boleh cerita lanjut. Korang kena tengok sendiri okay.


Pssssss,
Jangan tanya nama watak tau sebab biasanya Yui tak ingat. Dok ingat jalan cerita aje. Ekekekek. 


Cerita ini lawak dan menarik!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 15, 2016

Episod akhir Kang Garry bersama Running Man menyentuh hati

Yui memang suka tengok Running Man. Suka tengok walaupun berulangkali tayang sekalipun. Suka sebab dapat merasai yang mereka tidak buat-buat beraksi. Spontan belaka.


Jumaat lepas ada tayangan RM terakhir bersama Kang Garry. Ramai sedia maklum dia undurkan diri dari RM sebab nak tumpu pada bidang sebenarnya iaitu nyanyian.


Yui tengok episod tersebut,
Alahai mengalir air mata tau terutama bila di akhir siaran. Bila sampai part Ji Hyo, entah rasa sebak sangat bila dia bagi Garry album yang penuh gambar mereka berdua. Yela, dalam RM mereka rapat sehingga digelar pasangan hari Isnin.


Maka,
Motif entry kali ini nak bagitahu, Yui dua kali tonton, dua kali juga mengalirkan air mata. Nampak tak betapa tisunya hati Yui walaupun muka garang. Huhuhu.


Bye Kang Garry,
Good luck!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 24, 2016

Buku Descendants Of The Sun

Jumaat lepas aku saja masuk Popular
Ternampak pula buku antara cerita korea pebret
Descendants of The Sun


Serius, mula-mula ingat cd
Rupanya buku




Aku tak rasa pun ini novel penuh
Dan ya betul tekaan aku


Dalam buku ini
Ada gambar berwarna dan kata-kata mudah
Atau erti kata, 
Kata-kata bermakna
Yang automatik buat korang ingat jalan ceritanya


Bagi aku memang best!
Tak menyesal beli


Harga RM 29.90


Aku berulang kali tengok cerita ini
Dan berulang kali juga air mata ini menitis
Hayati sungguh!


Ini bukan cerita cinta semata-mata
Tapi lebih kepada pengorbanan kerana tugas


Yang belum tengok, memang aku cadangkan tengok ya!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 15, 2014

Cerita Korea : King 2 Hearts

Dalam banyak cerita episod aku akan paling layan dari Korea. Drama Melayu? Bukan tak layan tapi lebih minat Korea. Korang fahamkan erti lebih minat itu?




Sekarang aku sedang layan cerita King 2 Hearts. Cerita dah bertahun tapi sebab best, itu tak jadi masalah. Cerita ini sekarang ada di kaca tv 9 setiap hari Selasa dan Rabu jam 9.30 malam. 


Apa yang best
Aku suka tengok jalan ceritanya. Lagi best bila hero dan heroin comel belaka. Mehmehmeh. Itu juga jadi faktor utama aku layan Korea. Hahaha!


Ada sampai satu tahap, kalau mak pak aku buka siaran lain, aku sanggup buka online dekat samsung grand aku ini. Berguna juga aplikasi MyTiVi. Boleh tonton di mana sahaja asalkan ada internet.


Terlepas episod?
Buka maaduu.com. Situ korang boleh layan pelbagai cerita korea lain sampai muak.



Eh! Dia kenyit mata kat aku!
Hahahaha
Layannnn







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^