tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Monday, January 23, 2017

Pemenang Anugerah Juara Lagu AJL 31

Yui ni tak berapa minat sangat benda gini tapi semalam sebab takde cerita menarik, tertengok juga. Walaupun tak tengok dari mula sampai habis sebab Yui tak perasan persembahan lagu Hang Pi Mana. Hahahah!


Vokal Dayang memang tak boleh sangkal lagi. Walau persembahan dia biasa, memandangkan vokal dia terbaik. memang layak dia menang.


Juara haruslah Dayang (Lelaki Teragung) 
Vokal pun menang kat Dayang



Secara kesimpulan AJL 31 kali ini,


Dayang memang layak menang
Baju Fafau macam kureeeng
Sarimah sengal macam biasa
Awal macam tak perlu pun takpe
Suara Shila Hamzah & Aliff macam kurang dari biasa



Okay itu jelah pendapat peribadi. Sebab tu tak suka tengok rancangan macam ni sebab nanti Yui melalut. Hahahaha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 05, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Zarul di tempat ketiga

Tak lepaskan peluang tengok GV Akhir malam tadi. Yelah, yang Yui sokong masuk final. Miahahahaha.


Gmie memang nyanyi ok
Ameng nampak biasa walau nyanyi lagu sendiri
Intan Sarafina pula rasa macam pancit je
Azharina not bad
Siti Sarah bolehlah sebab macam biasa
Zarul pun bolehlah tapi nampak menarik mungkin sebab lagu


Malas nak komen artis lain lebih-lebih sebab Yui tak berapa minat + itu bukan bidang Yui wahhhh gituuu. Apa pun, tahniah semua.


Zarul tetap terbaik!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 28, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Nora tersingkir di separuh akhir

Maaf lambat bersiaran. Busy sikit pagi ni. Macam biasa, 9 malam hari Ahad udah get ready depan tv nak layan Gegar Vaganza punya pasal. Hahaha.


Semalam tengok GV sebab dah separuh akhir. Korang pun sedia maklum Nora tak dapat ke final. Takpelah, rezeki dia sampai situ. Lagipun dia nyanyi pun ok je semalam.


Macam biasa,
Haruslah bercerita tentang Zarul sebab Yui sokong padu kat dia. Mehmeh. Nyanyian solo lagu Hafiz memang best!. Berduet dengan Marsha pun sama. Tapi Yui terganggu tengok pakaian Marsha. Hahaha. Fesyen baru plak tengok.


Dahlah, tunggu minggu depan plak final.


#teamzarul




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 21, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Zur Eda terkeluar

Tengok GV semalam? Haaa, macam biasalah kalau takde kerja lain memang tengok GV la sebab mak Yui layan hat tu. Kerjasama sebab dia layan RM bila time Yui. Muahahah.


Semalam berdebar sikitlah pasal 2 orang takde lagu. Dah tu, Dato Seri Vida guna imuniti ke apa ntah namanya. Antara Gmie dan Zur Eda, akhirnya Gmie yang dipilih. Haaaa, elok sangatlah. Yui pun dok rasa Gmie patut terus lagi.


Ok, dah bercerita pasal siapa yang tersingkir.


Memang Yui kagum bila Nora nyanyi lagu Bring Me To Life dari Evanescence, lagi kagum bila dengar suara Boy dari Projek Pistol. Fuhhh, suara dia. Memang terbaik!


Macam biasa,
Kesukaan Yui dalam GV ialah Zarul. Nasib baik semalam dia nyanyi ok ajee. Heee, dan nasib baik dia masih ada untuk minggu depat. Syok syok.


#teamzarul




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 15, 2016

Episod akhir Kang Garry bersama Running Man menyentuh hati

Yui memang suka tengok Running Man. Suka tengok walaupun berulangkali tayang sekalipun. Suka sebab dapat merasai yang mereka tidak buat-buat beraksi. Spontan belaka.


Jumaat lepas ada tayangan RM terakhir bersama Kang Garry. Ramai sedia maklum dia undurkan diri dari RM sebab nak tumpu pada bidang sebenarnya iaitu nyanyian.


Yui tengok episod tersebut,
Alahai mengalir air mata tau terutama bila di akhir siaran. Bila sampai part Ji Hyo, entah rasa sebak sangat bila dia bagi Garry album yang penuh gambar mereka berdua. Yela, dalam RM mereka rapat sehingga digelar pasangan hari Isnin.


Maka,
Motif entry kali ini nak bagitahu, Yui dua kali tonton, dua kali juga mengalirkan air mata. Nampak tak betapa tisunya hati Yui walaupun muka garang. Huhuhu.


Bye Kang Garry,
Good luck!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 14, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Shidi Data tersingkir

Macam biasa, malam tadi layan Gegar Vaganza 2016 degan keluarga. Korang pun dah tahu siapa yang terkeluarkan? Macam tak percaya Shidi Data yang terkeluar sebab dok rasa ada orang lain patut tersingkir. Ehhhh.


Yang perasan Ameng ada tersilap sedikit ketika buat persembahan.


Haaa, apa pun penyanyi kesukaan Yui, Zarul still the best. Walau rasa macam tak sesuai genre lagu muda macam tu tapi Zarul still perform dengan baik. Tak sangka suara dia boleh tinggi dan laju macam tu. Heeee.


Apa pun, Yui tetap #teamzarul .


Korang layan GV tak malam tadi?








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 07, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Elly Mazlien tersingkir

Fuhhh fuhhh, berhari-hari tak update. Tak juga auto publish. Nampak sangat pemalas! Hehehe. Oklah, siapa tengok GV semalam?


Yui sekeluarga layanlah juga sebab mak nak benor tengok. Macam biasa, anak tengok RM mak tak kacau, maka mak nak tengok GV, anak takkan kacau. Adil gituuu.



Serius,
Tak sangka semalam Elly Mazlien terkeluar. Dengar dia nyanyi semalam ok aje. Tapi rasa tak best lagu tu di awal bila Achong nyanyi. Macam tak kena dengan suara Elly. Alaaaa, sayang sungguh. Sedih sikitlah sebab dia terkeluar. Dok bajet orang lain out. Huhuuu.


Apa pun,
Kita tunggu minggu depan pula InshaaALLAH.


Yang penting Zarul best semalam. Kalah Anuar Zain tauuuu. Go Zarul go!


#teamzarul


RM = Running Man




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 31, 2016

Gegar Vaganza 2016 - Rem tersingkir

Siapa layan malam tadi? Atau siapa teragak nak pilih bola atau gegar vaganza? Ecececeh, Yui nak layan bola memang taklah. GV ni pun saja layan memandangkan takde RM. Hahaha.


Oh ya, sedih sebenarnya Rem tersingkir. Mula-mula bajet orang lain tapi apakan daya, rezeki dia sampai situ aje kan.


Macam biasa. Yui seronok layan Zarul & Siti Sarah. Elly Mazlein pun sama, sedap sungguh suara dia. Lembut aje dengar. Tapi tang Zarul memang tak menahan, memang kalah orang muda bila dia menyanyi, tambah bila tengok dia melompat. Wowww!


Rupanya Zarul baru berusia 43 tahun. Masih muda lagi tu, heeeee, anak seorang. Eh, apa motif Yui bagitahu? Sebab Yui suka tengok wajah Zarul. Maintain bergaya sesuai dengan kerjanya sebagai pramugara.


#teamzarul





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 09, 2014

Konsert akhir AF 2014

Malam ini adalah merupakan konsert akhir AF 2014. Rancangan realiti yang dah bertahun-tahun lamanya sampai aku pun dah tak berapa gemar tengok. Mula-mula dulu sahaja yang excited. Hahaha.


Tapi mak aku suka. Dia suka dengan peserta lelaki Firman kot namanya. Yang asal dari Sabah. Katanya suara Firman sedap. Bila aku dengar, memang betul. Ada keunikannya.


Siapa juara malam ini?
Tengoklah nanti. Harap bukan yang perempuan tu menang. Aku tak kenan, Eh, boleh gitu?


Untuk undi?
Memang taklah. Kredit sendiri pun tak topup. Mehmeh.


Good luck kepada semua peserta akhir AF 2014.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^