tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

[NUSHA] - Pengganti dompet

Katanya pengganti kepada dompet lama yang agak "terlerai". Yang lama pun hadiah darinya juga. Ini dapat pula yang baru, dah jadi "turun-temurun" guna dompet orang bagi. Hahahaha !



[3] 19042016


Terima kasihlah awak. Hadiah ini sekaligus untuk mengingati setiap 17hb kita. Ewaaahh muntah hijo. Wakakaka. Terima kasih ya.


Nanti bagi lagi. Eh eh, gurau ajeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 25, 2015

Menang Vitamin C Rosehip from UK

Alhamdulillah, rezeki aku kali ini. Aku main jawab di post penjual. Aku antara yang terpilih dapat Vit C Rosehip.



Ada 30 biji, cukup untuk 1 bulan


Untung sangat dapat Vit C sebab vitamin c aku dah habis. Jimat duit.


Oh ya, sebelum ini aku pernah makan 2 botol vit c ini & memang ada hasil terutama kecilkan liang pori pada wajah. Ini pengalaman peribadi aku.  Tapak kaki pun jadi lembut. Memang tak menyesal cuba!


Ada beberapa jenis keluaran Vitamin C. Yang ini dari UK. Original sebab memang banyak testimoni.


Kalau ada nak order, boleh roger sebab kawan aku ada jual.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 17, 2015

Lip ice lemon mentholatum

Sebelum gerak balik Perak haritu, sahabat aku sempat hulurkan lip ice lemon ini. Kemain lagi katanya dia dapat banyak. Yelah, dia rajin join contest online sana-sini.

Alhamdulillah banyak yang dia berjaya! Tahniah sahabat.




Aku terima dengan tangan terbuka. Hihi. Padahal aku tak pakai benda ini. Sebab apa? Bila letak rasa lain macam je bibir. Dah pernah sapu, last-last ambil tisu tonyoh bagi clear. Hahahaha.


Nampak benor aku tak pandai bab-bab makeup. Benda basic pun dah rasa rimas.


Lagi senang calit sikit gincu je.


Apa pun, terima kasih sahabat sebab sudi bagi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 17, 2015

Reward untuk diri sendiri hasil bonus CMD

Dah dekat 2 bulan aku bersama CMD. Guna & jual. Bila dah berjaya guna, lebih mudah nak kongsi pengalaman kita pada pengguna CMD yang baru. Alhamdulillah, rezeki dengan CMD.


Untuk "menampakkan" hasil bonus CMD, salah satunya aku beli loket emas untuk diri sendiri. Terkenan pula dengan huruf N mewakili Nurul.





Hasil bonus CMD :
1) Belanja keluarga ( biasanya makan di luar )
2) Keperluan anak bulus
3) Diri sendiri ( loket )


Alhamdulillah. Korang pun boleh dengan CMD kalau rajin berusaha. InshaaALLAH. Moga rezekiku dengan CMD panjang.


Berminat nak tambahkan pendapatan sampingan dengan CMD, boleh roger daku.


Agen sah CMD,
MYPRK1135361
019 2331810


Jom tengok testimoni CMD :




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 30, 2014

Sample produk Mary Kay dari The Touchez

Pernah dengar Mary Kay? Aku pernah dengar tapi tak pernah mencuba. Ramai yang guna rupanya termasuk junior aku sendiri & dia pun dah jadi wakil Mary Kay juga. 


Hari itu ternampak post dari The Touchez yang offer sample percuma. Aku apa lagi, desuuupp komen nak cuba. Alhamdulillah sample dah selamat sampai cuma belum selamat cuba. Sayang benor rasanya!




Aku tak sabar nak cuba lipstik. Bak kata adik perempuan aku, produk Mary Kay bagus. Kawan-kawan dia ramai guna. Dari segi harga memang nampak mahal tapi kalau KUALITI BAGUS apa salahnya. Produk pun tahan lama.


Jadi, cik Aze Rahamat a.k.a owner The Touchez, Yui akan review produk-produk ini. Tunggu tau review tulus ikhlas dari Yui.


Kalau korang nak cuba sendiri produk Mary Kay, jangan segan silu "selak" FB Page yang dinyatakan seperti di bawah.


Owner : Aze Rahamat
FB page : The Touchez




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hadiah ulangtahun ke 26

Tak sangka dah "remaja purba" masih terima hadiah birthday. Kalau time kecil dulu, aktiviti wajib tukar hadiah terutama dengan kawan-kawan rapat. Walau hadiah murah tapi terasa menghargai & dihargai.




Perjumpaan lepas [entry], bos besar hadiahkan aku ini. Terharu mak nok sebab dapat beg duit. Dia tahu beg duit aku rosak maka digantikan yang baru sebagai hadiah. Warna soft yellow. Mak pun puji pandai dia pilih warna. Mehmehmeh.


Dapat kad & sepasang t-shirt lengan panjang. 


Beg dah rasmi, t-shirt masih dalam packing. Tunggu pakai masa yang sesuai. Terima kasih bos besar untuk hadiah ini. Sangat daku hargai.


Cerita bos besar hanya ku paparkan untuk tertentu sahaja. Perlu ku kurangkan kerana dia masih belum halal untuk aku. Jadi jangan pelik kalau jarang nampak kisah dia & aku dalam blog selepas ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^