tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kenangan kucing. Show all posts
Showing posts with label kenangan kucing. Show all posts

Thursday, October 06, 2016

Tiada lagi panggilan Nenek Eton

Lebih 7 tahun jaga
Dari sebesar tapak tangan hinggalah dewasa
Banyak kenangan yang ada bersama dia
Jenis tidak banyak masalah
Pandai kencing dan buang air besar dalam bilik air


Tapi ajalnya sudah tiba
Ditambahkan dengan sakit ulser mungkin menyebabkan dia tidak kuat lagi


Mak sempat telefon dan bagitahu dia tenat
ALLAH,
Tanpa fikir panjang Yui balik SS
Sempat Yui panggil namanya, basahkan bibir dia
Melihat dia terlantar buat hati semakin sayu


Esoknya Yui pergi kerja
Sempat lagi Yui ulang perkara sama
Dia menyahut saat Yui di muka pintu nak tinggalkan dia


Rupanya itu yang terakhir
Tak lama selepas itu dia pergi
Pergi yang takkan kembali...


Yui bersyukur dapat tatap dia buat kali terakhir




29 September 2016




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 28, 2016

Bila virus Parvo melanda kucing

Tak tahu nak cakap macam mana. Aku sedih dan kena redha dengan apa pun yang terjadi. Minggu lepas, Kiut mati. Tiba-tiba. Dia muntah dan cirit birit ( bau sangat kuat ).


Kiut tu lepas raya, aku kasi ( neuter ). Belum sempat lagi aku up cerita dia, ALLAH lebih menyayanginya.


Semalam 26/7/2016,
Madan pula pergi. Kisah dia pun belum sempat aku ceritakan di sini. Madan kami jumpa berlegar depan rumah waktu Ramadhan lepas. Dipercayai dibuang oleh seseorang. Madan pun alami masalah yang sama macam Kiut.


Lagi 2 ekor tunjuk simptom yang sama, Labu & Labi.
Entahlah, redha je sekarang. Sebab virus ni berjangkit. Pernah terjadi beberapa tahun dahulu, sampai 7-8 ekor mati dalam seminggu akibat virus parvo ini.


Sekarang aku tengah ikhtiar.
Doakan yang terbaik. Apa pun jadi, aku kena RELA.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 23, 2016

Puteh dalam kenangan (22/2/2016)


Gambar ketika masih sihat


Puteh, 

Ada orang hantar ke rumah bersama adik beradik yang lain. waktu tu kecik lagi, masih baby. sayangnya yang lain hayat tak lama. 

Dari sebesar tapak tangan, hinggalah membulat dengan jaya. Tak pernah alami sakit serius hinggalah demam berlarutan, dibawa ke vet dan masih sama keadaannya. Tiba tiba lumpuh tak mampu berjalan 

Apa pun kenangan bersama akan kekal diingatan kami sayang. Berdamailah dengan baik. Maaf jika ada kekurangan kami sepanjang kami menjaga mu sayang.

Puteh dalam kenangan 22/2/2016

#anakanakyui
#selamatkanstraycat
#danauntukmeow



Cerita menjadi kenangan : PUTEH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 17, 2016

Sejarah awal bagaimana Yui boleh bela kucing

Sejarah macam mana terjebak/terlibat nak bela kucing

Yui rasa kisah ni lebih 8 tahun lalu. Waktu tu dengan mak di Maybank SS. Terdengar bunyi anak kucing. Rupanya jauh ke bawah ( lorong macam longkang besar ).

Yui turun, ambil anak kucing tu. Comel, warna putih kelabu ( lebih kurang macam Puteh ). Masa itu, memang ZERO pasal kucing. Memang ambil sebab kesian semata padahal takde asas nak jaga baby kucing.


Mak namakan di Mie sebab dia kucing jantan. Alhamdulillah, walau takde pengalaman bela, Mie hidup hingga menjadi teruna. Besar, dewasa, handsome.

Sampai satu hari dia buat perangai, dia memancut. Kan bagitahu ZERO pasal kucing, memang taktaulah pasal ada pemandulan spay/neuter bagai tu.

Lama dia buat perangai lalu kami "lepaskan" dia dengan alasan mungkin dia nak kebebasan. Sebenarnya Yui menyesal lepaskan dia ( walau bukan Yui yang buat ), risau keadaan dia macam mana.

Maaf sangat Mie, itu kesilapan lama kami.
Pernah kami nampak Mie dan panggil, dia pandang. Tengok keadaan dia nampak baik. Tapi menyesal tetap ada !!

Sekarang, memang dah tau sangat peel kucing. Kisah dulu Yui jadikan panduan/pengajaran. Jangan sesekali lepaskan kucing andai kucing anda hanya terbiasa dengan persekitaran rumah.

Ini kisah dulu, sekarang sangat-sangat Yui sokong PEMANDULAN !!

Tolong jangan lepaskan atau buang atau letak kucing merata terutama di pasar. Tolong sangat jika anda taknak rasa perasaan menyesal.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 11, 2016

Dalam kenangan, Masdo



ALLAH lebih menyayangimu

Tak sempat kita nak jumpa esok sayang, Masdo.

Pergilah dengan tenang. Moga kamu bahagia selama ini dengan kami. 

Lepas ini dah takde yang mengekor kaki saat tangan pegang telur. Takde lagi muka sopan darimu. Hanya kenangan yang tinggal.

Dalam kenangan : 6.30 am, Khamis 11/2/2016

Tak dapat nak halang mata berair saat menaip


Cerita menjadi kenangan : MASDO




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^