tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label penyakit kucing. Show all posts
Showing posts with label penyakit kucing. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

Bila virus Parvo melanda kucing

Tak tahu nak cakap macam mana. Aku sedih dan kena redha dengan apa pun yang terjadi. Minggu lepas, Kiut mati. Tiba-tiba. Dia muntah dan cirit birit ( bau sangat kuat ).


Kiut tu lepas raya, aku kasi ( neuter ). Belum sempat lagi aku up cerita dia, ALLAH lebih menyayanginya.


Semalam 26/7/2016,
Madan pula pergi. Kisah dia pun belum sempat aku ceritakan di sini. Madan kami jumpa berlegar depan rumah waktu Ramadhan lepas. Dipercayai dibuang oleh seseorang. Madan pun alami masalah yang sama macam Kiut.


Lagi 2 ekor tunjuk simptom yang sama, Labu & Labi.
Entahlah, redha je sekarang. Sebab virus ni berjangkit. Pernah terjadi beberapa tahun dahulu, sampai 7-8 ekor mati dalam seminggu akibat virus parvo ini.


Sekarang aku tengah ikhtiar.
Doakan yang terbaik. Apa pun jadi, aku kena RELA.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 11, 2016

Cerita anak-anak Yui

Bukan taknak cerita tapi ada saja perkara "menghalang".


Lama dah nak bagitahu, dalam sebulan lepas aku ada ambil anak kucing yang berada di tengah jalan dalam keadaan sejuk sebab hujan & mungkin baru lepas dilanggar berdasarkan kesan darah yang ada.


Adik dari UUM bawa balik seekor kucing jantan. Tak sampai hati katanya nak tinggalkan kucing tu.


Terkini, dua anak aku sakit. Tak tahu, macam tiba-tiba.
Puteh, demam dalam seminggu. Sekarang dah tak mampu berjalan.
Mas, dari boleh jalan, perlahan-lahan & sekarang terlantar sakit
Dua-dua dah di bawa ke veterinar & sedih sangat bila dapat tahu Mas dah tiada harapan. Syak kanser hati berdasarkan simptom yang ada.


Takpelah, kalau ada ruang dan peluang, akan aku ceritakan lagi perihal anak-anak aku.


#anakanakyui
#selamatkanstraycat


Terkini :
Mas dah takde selamanya =(



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 25, 2015

Kucing : Kika hidap kanser payudara


Semalam aku EL kerana kucingku, Kika
Melihat keadaannya buat aku rasa tak tenang
Memikirkan kesakitan yang ditanggung


Dah bawa ke veterinar, hanya diberikan ubat cucuk
Minggu depan jika lubang yang terbuka tidak baik, perlu pembedahan
Kos?
Aku sendiri tak pasti
Tapi aku akan berusaha sebaiknya untuk kebajikan anak bulus


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}


Doakan anak bulu ku, Kika yang menghidap kanser payudara.
Sekarang ALLAH sedang menguji hamba-NYA



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^