tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label menu induction untuk 2 minggu. Show all posts
Showing posts with label menu induction untuk 2 minggu. Show all posts

Friday, December 18, 2015

Menu Atkins : "Kebab" telur sayur-sayuran

Kerlassss nama tak tahu nak letak apa. Heeeee.


Lagi menu ringkas aku nak kongsikan terutama kepada mereka yang berdiet khususnya diet atkins. Menu hari ke berapa entah. Main hentam kromo je sokmo. Hahaha.




Bahan-bahan "kulit"
3 biji telur saiz kecil kacau sebati, tambah air sedikit


Bahan-bahan isi
Ayam
Pelbagai jenis sayur
Bawang
Sos ikan ( sebagai perasa )
Sedikit garam
( tumis macam biasa )


Alaskan macam dalam gambar, boleh juga campur cheese, sos & mayonis bagi tambah selera. Oh ya, jika amda berdiet, ikutlah mana yang boleh saja okay.


Terima kasih, selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 08, 2015

Resepi Bergambar : Kek Cheese Leleh Atkins

Ada yang tengah berdiet atkins? Kempunan nak makan kek tapi kek yang dijual tak memenuhi syarat diet atkins, sila cuba menu di bawah. Boleh buat cover kempunan tu serba sedikit. Hihi.



sumber : Kelab Diet Atkins


Aku pernah buat versi aku, bukan kukus [ entry ]. Yang kukus ini nampak menarik sebab 98% macam kek dijual di luar. Kau tengok dia punya tekstur. Menarik!


Fasa 1 boleh makan tapi aku rasa kalau fasa 1, 2 minggu tu buat "clean diet". Makan benda asas sahaja. Kalau lepas dua minggu masih teruskan induction, boleh buat resepi di atas. Yang penting. pandai kira carb intake ok.


Apa pun terpulang sebab badan masing-masing. Naik turun sendiri juga kena cover =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 03, 2014

RESEPI : Flaxseed Bread versi Oven

Sebelum ini aku share { entry } cara guna pemanggang ajaib kali ini olah guna oven. Juga boleh guna microwave. Ada bahan yang sedikit berbeza kerana bahan kali ini, hasilnya lebih mablesss.




Bahan-bahan ( dapat 4 keping roti )
1) 8 sudu flaxseed
2) 2 biji telur
3) 2 cubit garam
4) 1 sudu kecil baking powder
5) 4 sudu air

* Flaxseed ada 2 jenis. Boleh pilih mana yang anda suka

Cara-cara
1) Kisar flaxseed hingga hancur
2) Masukkan semua bahan lain & gaul hingga sebati
3) Letakkan dalam bekas & bakar lebih kurang 10 minit/hingga naik atau masak


Anda boleh hidangkan dengan menu kesukaan yang lain. Ini sebagai ganti kepada roti biasa. Menu ini aku buat untuk aku yang sudah fasa 2 dalam diet atkins. Jadi aku makan bersama jem rendah carb, 0 sugar, 0 lemak & seangkatan.


Yang berdiet atkins, ini sesuai untuk anda jika kempunan sangat nak makan roti. Muahaha! Sila tabah untuk setiap diet yang dilakukan.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 14, 2014

RESEPI MUDAH : Aiskrim Coklat Buatan Sendiri

Kalau sedang berdiet atkins tambah-tambah time induction, lepas itu teringin bebenor nak menelan aiskrim, nahhh ini resepinya. Bolehlah buat lepas gian nak telan magnum, walls, nestle sementara tengah diet.




BAHAN-BAHAN

1) 1 biji telur
2) 1 kotak whipping cream ( kotak kecil )
3) Sedikit esen vanila
4) 1 sudu serbuk koko ( vanhouten [cari rendah carb] ) ( jangan lebih nanti pahit )
5) 1/4 cawan air sejuk
6) 3 paket splenda atau 1 titik stevia ( pengganti gula ) - Tak letak pun tidak mengapa


CARA-CARA

1) Putar telur terlebih dahulu
2) Masukkan bahan-bahan lain
3) Putar hingga sebati
4) Masukkan dalam bekas dan sejukkan


Rasa aiskrim ini? Pekat dan terasa creamy whiping cream. Serbuk koko jangan terlebih takut jadi pahit ok. Masuk ikut sukatan yang seadanya.


Aiskrim ini semua orang boleh makan. Tidak terhad untuk yang berdiet. Kalau kreatif, boleh ubah perisa dan tambah apa yang patut. 


Selamat mencuba.


Kalau nak tengok antara menu atkin lain yang telah aku sediakan








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 17, 2014

Menu fasa induction minggu kedua diet atkins

Alohai tu dia aku ambil masa nak update menu fasa induction aku. Maaf ya  pada yang ternanti sambungan. Sekarang aku bagi settle tunjuk menu aku selama 2 minggu "berpantang". Lepas itu aku share pengalaman seterusnya.



Telur separuh masak
Ikan bakar & salad
"Nasi" gorengversi atkins


Salad & brokoli
Salad campur
Ayam dari Tesco


Telur separuh masak & brokoli
Ayam & sayur
Telur berlada


Sebaiknya menu untuk induksi, masak sendiri lagi bagus. Kita sendiri tahu bahan yang dimasukkan. Macam yang aku pernah bagitahu, tidak 100% aku follow sebab ada yang cheat. 


Contoh macam menu hari ke-13. Aku tak makan nasi tapi ambil ayam. Ayam itu bersos, maka ada terselit juga aku telan sekali sos walau aku kuiskan. Menu beli macam itulah jadinya.


Bagi yang betul-betul nak berdiet, 100% aku sarankan ikut apa yang dicadangkan ok. Hati kena kental, fizikal kena kuat.


Entry lain :

Menu fasa induction minggu pertama { entry }
Resepi versi atkins yang aku hasilkan { entry }


Sertai di FB :





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 03, 2014

Menu fasa induction minggu pertama untuk diet atkins

Punya lama nak ambil masa nak update pasal menu induction aku sepanjang 2 minggu berdiet atkins. Aku pecahkan kepada 2 entry ok. Berikut antara menu untuk minggu pertama.



Telur rebus 2 biji
Kangkung goreng belacan & tauhu telur
Salad ayam



Telur separuh masak 2 biji & 2 keping meatloaf
2 ketul ayam goreng ( dibuang tepung )
Sushi telur bersayur



2 biji telur separuh masak
Ikan bakar
Timun air



Salad telur
Sup ayam & pedal
Brokoli cheese



Telur goreng
Lasagna secret recipe ( tak boleh sebenarnya )
Ayam bakar



Telur bungkus cheese
Ayam KFC seketul ( dibuang tepung )
Sup sayur
Ikan keli bakar



Telur separuh masak 2 biji
Sup sayur
Menu kenduri kahwin ( nasi tak sentuh )


Jujur aku tak 100% follow sebab ada 10% aku cheat. Contohnya makan pada hari Jumaat. Sebab rehat lama. Huhu. 


Bagi yang betul-betul nak berdiet, 100% aku sarankan ikut apa yang dicadangkan ok. Hati kena kental, fizikal kena kuat.


Nanti aku update entry bahagian kedua merangkumi menu induction minggu kedua. Kalau nak tengok antara resepi versi atkins yang daku hasilkan { klik sini }.


Sertai di FB :





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 23, 2014

RESEPI MUDAH SIHAT : Coklat Kukus Cheese

Sesekali kalau tekak teringin kek, terpaksalah cari resepi yang bersesuaian dengan cara pemakanan yang diambil. Sebab dah screenshot, just tunggu buat sahaja.




Buat versi kukus sebab oven rosak. Coklat kukus cheese ini memang terasa pahit sebab daku letak sikit sahaja equal


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) 2 sudu besar serbuk koko
3) 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
4) Secubit garam
5) 6 paket equal
6) 2 sudu besar minyak atau butter yang dicairkan
7) Sedikit esen vanilla
8) 5 sudu whipping cream ( ganti air pun boleh )
9) 1 keping cheedar cheese


CARA-CARANYA 
1) Gaul semua bahan kecuali cheese guna whisk.
2) Carikkan cheese dan masuk dalam adunan
3) Kukus dalam 20 minit

* Boleh letak topping ( double boil whipping cream + serbuk koko + equal ) & curah atas kek


Siap. Itu sahaja. Diingatkan ini resepi versi atkins. Kalau biasa, guna cara biasa dan ikut sesedap tekak masing-masing. Boleh pilih serbuk koko yang berkenan di tekak anda.


Selamat mencuba.


Update :
Daku guna equal packet ( serbuk )
Versi bakar 150'c




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 10, 2014

Nasi lemak versi atkins

"Nasi" lemak atkins? Bunyi macam gempak tapi tengok bahan walaweh itu rupanya. Hahaha. Siapa kata diet atkins tu tak best? Best kalau kita disiplin & ikut apa yang telah diajarkan.




Bahan yang digunakan semuanya bersesuaian dengan DA. Nasi kita tukar kepada bunga kobis. Masih kita boleh feel itu nasi lemak. Kui kui.


InshaaALLAH minggu depan aku akan update menu yang aku ambil sepanjang 2 minggu berinduction atau fasa pertama. 


Bukan selamanya tak boleh makan nasi. Salah itu! Ikut step yang diberi sahaja. Mudah. Disiplin kena ada ok.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 07, 2014

RESEPI MUDAH SIHAT : Daging Sayuran Grill

Kali ini kita makan daging pula. Ala-ala grill gitu padahal buat macam goreng cuma guna minyak 2-3 titik sahaja.




BAHAN-BAHAN & CARA ( 1 orang )

Untuk perapan
1) 1 pek daging ( ikut kuantiti nak makan )
2) 4 ulas bawang putih
3) Sedikit lada hitam
4) Sedikit garam

* Gaul kesemua hingga sebati dan masukkan dalam peti ais ( perapan ) sekurangnya 5 jam.


5) Sedikit brokoli
6) Sedikit bunga kobis
7) Beberapa titik minyak zaitun


Campurkan kesemua seperti dalam gambar. Boleh juga masukkan dalam oven. Anggaran 20 minit atau hingga masak. 


Ini resepi menu khas untuk mereka yang amalkan diet atkins. Bagi yang lain, anda boleh tambah bahan ikut selera masing-masing.


Simple is better. Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 03, 2014

RESEPI MUDAH SIHAT : Oopsie Bread Cheese

Benda mudah harus cuba, ditambahkan lagi menggunakan barang yang sikit. Bagi mereka yang membuat diet atkins dan masih dalam fasa induction, kalau teringin nak makan roti, korang boleh try "roti" berikut.


Bukan sebarang roti tapi bahan utama adalah telur. Tiada langsung kandungan tepung. 


- oopsie bread cheese -


BAHAN-BAHAN ( 1/2 orang makan )
1) 3 biji telur
2) 100 gram cream cheese
3) 2 keping cheese


CARA-CARANYA
1) Asingkan putih & kuning telur
2) Pukul putih telur hingga meringue ( anda telangkup mangkuk putih telur tak jatuh ) { entry rupa meringue }
3) Pukul pula kuning telur dengan cream cheese
4) Satukan dengan meringue tadi
5) Kacau guna spatula hingga sebati
6) Tuang sesudu dalam bekas, masukkan kepingan cheese & tuang lagi sesudu
7) Bakar dalam oven lebih kurang 10 minit ( hingga nampak kekuningan )


Boleh letak dalam baking paper macam dalam gambar atau nak bakar sebegitu sahaja pun boleh. Ikut saiz korang nak.


Resepi mudah. Boleh letak cheese di bahagian tengah sebagai perasa sebab bahan tiada gula.


Bagi mereka yang tak berdiet atkins, boleh masukkan gula sebagai pemanis.


Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 30, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Telur Kukus

Kalau sebelum ini guna microwave, resepi kali ini guna kaedah kukus dari dapur mak daku. Sama juga mudah macam sebelum ini. Campak campak terus masak.




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Segenggam brokoli
2) 2 biji telur
3) Segenggan bunga kobis
4) 1/2 biji bawang besar
5) 1 keping cheese ( taknak letak pun boleh )
6) Sedikit garam/lada sulah ( sebagai perasa )


CARA-CARANYA
1) Masukkan semua dan kukus lebih kurang 15 minit atau hingga nampak masak
2) Siap untuk dimakan


Mudah, cepat dan sedap dimakan. Sangat sesuai untuk orang yang malas masak macam aku. Muahahaha. Ini antara menu aku semasa induction 2 minggu bersama diet atkins.


Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 27, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Taufu Telur Sayuran Cheese

Benda mudah aku nak juga kongsi. Tak kisahlah orang taknak cuba asalkan aku ingat apa aku pernah makan. Kui kui.




Kali ini main masak campak-campak masuk dalam microwave. Senang bangat!


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) 1 keping cheese ( letak 2 pun boleh )
3) Sedikit brokoli
4) Sedikit bunga kobis
5) Sedikit kobis ungu
6) Sedikit garam


CARA-CARANYA
1) Potong semua sayur
2) Masukkan kesemua sekali dalam bekas
3) Masak dalam microwave selama 3 minit ( sebaiknya brokoli direbus sekejap terlebih dahulu )


Mudahkan? Kalau perhati cara masak sama sahaja cuma bahan yang dimasukkan berbeza. Ikut tekak masing-masinglah ya. Nak tambah sosej pun boleh tapi yang ini aku banyakkan sayur. Sayur itu best!


* Aku masak kat opis sahaja




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 23, 2013

Kudapan ikan bilis untuk pengamal diet Atkins

Bagi yang dalam fasa induction, yang mana sebelum itu gemar berkeropok berjajan bagai, anda kena ketepikan itu semua. Harus follow & disiplin dengan apa yang telah diberitahu.


Ohoiiii! Siapa kata dengan berdiet Atkins korang tak boleh berjajan? Eh silap besar ok. 




Nampak tak stok aku untuk "jajan"? Hihih. Ikan bilis goreng sebagai penggantinya. Krup krap krup krap bila masuk mulut. Anggap sahaja itu seperti keropok sedap yang ada di pasaran.


Bila dah biasa, pasti dah tidak hairan. Orang kata mula-mula nak biasakan diri sahaja. Bukan selalu nak mengunyah pun. Stok sampingan.


* Esok GA Disember bakal dilancarkan & kejap lagi entry perkenalkan para sponsor. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 20, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Ayam & Sosej Grill Simple

Nama menu entah apa-apa. Merepek je. Tapi memang betul simple pun, so sesuailah nama macam itu. Nama tak penting, yang penting rasanya. 




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Isi ayam yang dipotong ikut saiz yang kita nak
2) 4 ulas bawang putih
3) Lada hitam
4) Sedikit garam
5) 2 batang sosej
6) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bawang & lada hitam ditumbuk
2) Gaul dengan ayam & masukkan garam
3) Perapkan  4 jam ke atas ( simpan dalam peti sejuk )
4) Cara perap sosej pun sama, guna bahan di atas
5) Grill dengan cara letak butter sedikit sahaja ( aku guna kuali biasa main letak-letak )

* Korang boleh tambah dengan bahan herba lain macam origano ke, original ke, yang macam letak pada topping piza. Ini resepi mudah sesangat yang aku cuba.


Yang buat terasa adalah dari bawang putih, aroma dia menarikkkkk! Korang boleh adjust tambah bahan lain. Simple sesangat. Nak buat ala-ala kepak ayam madu pun ok tapi ini disebabkan menu pantang diet atkins jadi bahan dia sangatlah mudah.


Tolong jangan nak bandingkan dengan resepi lain ok sebab ini cara masak aku. Aku suka simple asalkan boleh telan dan makan dengan kenyang. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 19, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Bebola Ayam Mudah

Kita sambung sesi masak memasak simple. Sangat boleh untuk mereka yang berdiet Atkins terutama dalam fasa induction.



Abaikan bentuk yang entah apa-apa ya


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 keping isi ayam 
2) Sedikit daun sup
3) Sedikit serbuk lada hitam
4) Sedikit garam
5) Sebiji telur


CARA-CARANYA
1) Ayam direbus terlebih dahulu & carikkan atau cincang halus
2) Daun sup dipotong halus. Masukkan kedalam ayam & masukkan sekali lada hitam, garam dan kuning telur
3) Gaul bagi sebati
4) Bulatkan atau bentukkan dan letak dalam bekas ( jangan tindih )
5) Masukkan dalam peti ais untuk keraskan dahulu ( 2 jam ke atas sebaiknya )
6) Untuk goreng, celup terlebih dahulu dalam kuning telur dan gorengkan hingga nampak garing


* Caranya sama macam buat bergedil juga. Boleh tambah bahan lain seperti bawang, udang, sedikit cili untuk menaikkan lagi selera anda.


Sangat mudah dan sesuai untuk orang malas masak macam aku ini. Muahahahaha!


Pelbagai resepi lain boleh anda cuba. Cari di bahagian header di atas ok. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 16, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Salad Brokoli Bersosej

Tak suka makan sayur? Kena abaikan entry ini. Kalau suka, teruskan pembacaan anda. Untuk penggemar makanan hijau.




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 3 keping salad
2) 1 cawan brokoli
3) 1 batang sosej
4) Sedikit mayonis
5) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Brokoli dipotong, sapu sedikit butter & direbus terlebih dahulu bersama sosej
2) Salad boleh dipotong kecil atau dibiarkan seperti gambar
3) Letak mayonis sebagai perasa atau boleh gaul sekali

 * Nak tambah kobis purple, sayuran lain pun tiada masalah. Ikut selera.


Senangkan? Kalau dah bosan makan telur separuh masak pagi-pagi, kita makan pula salad. Lebih segar lebih umphhh!


Ini namanya resepi bermalasan. Huhu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 13, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Nasi Goreng cara Atkins

Bagi yang tahu tentang Atkins, 2 minggu tempoh induction anda tidak dibenarkan mengambil nasi dan adik beradik dengannya. Selepas hampir 10 hari tak telan nasi, aku pun cuba buat "nasi" goreng cara Atkins. 


Resepi diambil dari group FB Kelab Diet Atkins.





BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Bunga kobis ( sukahati kita banyak mana )
2) 1/2 batang cili merah/cili padi
3) 1 biji bawang merah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 biji telur
6) Sedikit ayam ( tak letak pun boleh )
7) Sedikit garam
8) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bunga kobis dicincang halus ( ikut suka )
2) Bawang, ayam & cili dipotong ikut kesesuaian
3) Tumiskan bahan (2) terlebih dahulu menggunakan sedikit butter
4) Kemudian masukkan bunga kobis ( anggap itu nasi )
5) Masukkan sedikit garam
6) Pecahkan telur ( boleh buat telur mata juga )



Itu sahaja. Senangkan? Macam kita masak nasi goreng. Nak letak udang boleh. Ikut kesesuaian & tekak masing-masing. Bagi yang tengah "berpantang" guna bahan yang dibenarkan sahaja. Jangan langgar pula. Huhu.


Sambal petai & sayur mak aku yang masak. So itu sebagai lauk daku. Pengubat rindu kepada nasi yang dah lebih seminggu tak telan. Muahahaha!


Korang kena rasa baru tahu macam mana. Best! Belum cuba belum tahu.


Isnin 16/11/2013 genap 2 minggu
daku dalam fasa induction diet atkins
TIDAK GUNA SEBARANG PRODUK
Hanya kawal cara pemakanan
ikut fasa yang ditetapkan
=__=


Mana nasi?
Bunga kobis itulah "nasinya"


Update :
Petai juga tinggi carb
Boleh makan sikit atau sebaiknya elakkan ketika induction




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 11, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Telur Bungkus Cheese

Kita teruskan lagi dengan resepi mudah sihat versi Yui. Kali ini nak share masakan paling simple de amoreee. Makanan kesukaan dikala kemalasan melanda diri.



Jangan pandang luaran tapi pandang rasanya


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) 1 batang sosej ayam ramly
3) 3 ekor udang dibuang kulit
4) 1/2 batang sederi dipotong kecil
5) Sedikit serbuk lada original ( sendiri blend )
6) Sedikit garam ( taknak pun boleh )
7) 1/2 bawang besar
8) 1 keping cheese ( 2 pun boleh )


CARA-CARANYA
1) Potong semua bahan ikut kesesuaian
2) Telur dipukul & letak garam kemudian masukkan dalam kuali ( leperkan sendiri )
3) Nampak garing sedikit telur, masukkan kesemua bahan tadi yang telah dipotong
4) Tabur serbuk lada
5) Lipatkan telur tadi & masukkan keratan cheese di bahagian tengah ( letak atas boleh juga )
6) Nampak cheese mencair, angkat & boleh makan


Senang sahajakan? Nak buat dengan tak sahaja. Ini menu untuk orang malas macam aku. Bahan-bahan boleh korang pelbagaikan cuma bahan yang ada sekarang itu yang sihat untuk aku.


Selamat mencuba menu malas ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 10, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Tomyam Putih Sayuran & Udang

Jom kita sama-sama cuba resepi mudah sihat dari daku. Kali ini kita main masak tomyam putih sayuran dan udang ( ada ayam juga ).




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 batang sederi
2) Sedikit ayam 
3) 4 ekor udang
4) 2 biji cili padi
5) Sebatang serai
6) 6 keping daun limau
7) Sedikit air
8) Segenggam brokoli
9) Segenggam bunga kobis
10) Sedikit garam
11) 4 ulas bawang putih
12) 1/2 biji bawang besar


CARA-CARANYA
1) Kesemua bahan dimasak sekali dengan api sederhana kecuali garam
2) Garam dimasukkan selepas semuanya empuk


Ok siap. Potonglah ikut kesesuaian sebab tekak sendiri juga nak masuk. Nak masakkan untuk orang buat elok-elok ya potongannya. Nanti nampak tak comel pula.


Selamat mencuba resepi mudah sihat dari daku. Simple itu yang aku suka. Muahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 06, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Brokoli Telur Cheese

Wah nama nak kelasss je kan. Asalkan basic untuk masak itu dijadikan nama sudah. Yang ini pun aku baru cuba sebenarnya. Sebenarnya takut nak cuba sebab takut tak tertelan dek kerana bahannya. Tapi aku silap ok!


Dah masuk mulut memang best. Tambahan penggemar cheese macam aku. Memang mableeesla. Nak try? Takpe aku kongsi resepi. Untuk tatapan aku juga nanti sebagai rujukan.


BAHAN-BAHAN ( untuk seorang )
1) Brokoli satu mangkuk kecil
2) 1 biji telur
3) 1 keping chicken slice
4) 1 keping cheese
5) Sedikit serbuk lada ( sebagai perasa )
6) Sedikit air


CARA-CARA
1) Rebus brokoli dengan air
2) Setelah brokolo hampir lembut, masukkan pula telur
3) Potong kecil chicken slice dan masukkan juga
4) Masukkan serbuk lada
5) Bila hampir masak baru masukkan cheese tunggu cheese cair dan siap


* Daku hanya guna microwave sebab buat di pejabat. Anda boleh guna cara kukus ya



Rupa setelah dibawa keluar dari microwave



Rupa setelah daku panaskan semula


Kalau nak tambah sedikit garam pun boleh. Nak tambah ayam yang dipotong dadu pun ok. Rasanya? Ala-ala creamy mushroom soup. So nyummmy. Rupa nampak tak comel tapi rasanya boleh telan. 


Kepada yang nak mencuba, selamat mencuba. Sayur-sayuran sebagai bahan utama. Sihat.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^