tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label resepi mudah sihat. Show all posts
Showing posts with label resepi mudah sihat. Show all posts

Monday, December 18, 2017

Resepi Mudah : Kerabu Sotong Suhun

Kalau sebelum ini Yui ada share Resepi Kerabu Sotong  tapi kali ini versi lebih mudah dan senang disediakan. Campak-campak siap. Hahaha.





Bahan-bahan :
Sotong, sedikit Suhun, 1 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit lobak, sedikit daun ketumbar, 2 biji limau kasturi, 3 biji cili padi, 1/2 biji tomato,2 sudu sos ikan


Cara masak :
Rebus sotong sekejap. Rebus plak suhun hingga lembut. Bahan lain hanya perlu potong dadu/kecil kemudian gaulkan semua hingga sebati. Air perahan limau tu, biji asingkan.


Selesai.
Sedap tau ratah macam tu. Kenyang.
Ingat senang Yui rajin masak? Wakakakaka.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 09, 2016

Resepi Mudah : Sup Kaki Ayam Paling Senang & Sedap

Pertama sekali, syabas kat diri sendiri. Sebab berjaya masak sup kaki ayam. Ehhh, jangan peliklah, Yui akui Yui tak pandai masak.


Haritu sekali je tolong mak potong kaki ayam ni haaa. Potonglah kat jari tu. Buang. Takkanlah nak masak sekali kuku bagai kan. Hahahaha.



Amacam? Sempoi sangat resepi seiring dengan diri yang malas


Bahan-bahan

Kaki ayam ( Yui guna 7 kaki )
Air secukupnya 
1 bunjut Adabi ( bunga lawang, kayu manis dan herba biasa lain )
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Daun sup
Lobak
1 biji kentang 
Garam
Serbuk lada (kisar)

* kalau nak tambah sayur lain pun boleh


Cara-cara

Masukkan air, kaki ayam, bunjut, bawang, kentang dan reneh/rebus hingga kaki ayam nampak lembut. Biasanya akan nampak lemak dari kaki ( berminyak ). Sebab itu Yui tak tumis/letak minyak.


Dah mendidih dengan jaya, masukkan lobak. Biar dalam 5 minit lagi dan masukkan daun sup. Garam secukup rasa & serbuk lada.


Siap.


Siap masak dalam masa kurang 15 minit. InshaaALLAH sedap dan sangat mudah. 


Ada orang jenis tumis bahan dulu, ada jenis potong kaki bagi kecil. Ikut suka hangpa janji hangpa makan okay.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 18, 2015

Menu Atkins : "Kebab" telur sayur-sayuran

Kerlassss nama tak tahu nak letak apa. Heeeee.


Lagi menu ringkas aku nak kongsikan terutama kepada mereka yang berdiet khususnya diet atkins. Menu hari ke berapa entah. Main hentam kromo je sokmo. Hahaha.




Bahan-bahan "kulit"
3 biji telur saiz kecil kacau sebati, tambah air sedikit


Bahan-bahan isi
Ayam
Pelbagai jenis sayur
Bawang
Sos ikan ( sebagai perasa )
Sedikit garam
( tumis macam biasa )


Alaskan macam dalam gambar, boleh juga campur cheese, sos & mayonis bagi tambah selera. Oh ya, jika amda berdiet, ikutlah mana yang boleh saja okay.


Terima kasih, selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 29, 2014

Resepi Bergambar : Egg Tart versi Diet

Wah kelasss nama. Apa yang pasti menu ini paling senang & ringkas untuk disediakan. Aku dah banyak kali buat. Dah variasikan macam-macam. Memamg umphhh!




Bahan semua main letak lepas itu bakar dalam 15 minit. Nak buat versi kukus pun boleh. Sebab apa aku katakan versi diet, sebab menu ini antara menu pebret aku ketika diet atkins. Mudah & cepat.


Boleh tambah cheese & mayonis. Boleh layerkan. Tambah serbuk lada atau cili. Pendek kata, ikut suka hangpa nak masak macam mana =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 10, 2014

RESEPI GAMBAR : Overnight Oat ( sesuai untuk diet )



Bahan-bahan

■ Oat
■ Susu
■ Dried fruits/buah2an kering (ada jual)
■ Fresh fruits *sila rujuk penerangan di bawah
■ Botol kosong (apa2 botol pun boleh)

Cara:

1. Mix kan semua bahan2 kering OAT, DRIED FRUITS.
blh tambah kulit kayu manis kalau nak saya letak kulit kayu manis sebab
 taknak rasa muak & memang sedap

2. Letak semua bahan2 tadi dlm botol.

3. Tuang susu sama banyak dgn oat.

4. Biarkan semalaman. Esok pagi MAKAN!!!

Texture die chewy2 ghewy2...sedapppp...memangkenyang...

Tips: utk yg diet, jgn pakai susu FULL CREAM atau TAMBAH GULA..dua2 ni, menggemokkan..bila dah makan oat, mesti we want the goodness of the oat kan?? 

Pakai SKIM MILK is the best utk org yg diet...low fat pun ok...tp SKIM MILK is better...SKIM MILK tak salah saya ada brand Marigold.

Soalan: Boleh pakai fresh fruits tak??
Jawpn: Boleh, tapi tahan kurang dpd seminggu tak salah saya.

Soalan: Saya tak suka minum susu. Mcm mana nak buat? Tapi teringin.
Jawpn: Percayala sy...once u buat ni, rasa susu tu takde.

Soalan: Org gastrik blh ke mkn?
Jawpn: Boleh 


Sumber : Resepi Ringkas


P/s : Letak serbuk kulit kayu manis sikit
Jangan letak sebatang pula 
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 03, 2014

Menu Diet Atkins : Keropok Lekor Celop

Menu terbaru aku cedok dari group Kelab Diet Atkins Malaysia. Jenis ikan aku ubah sebab takde ikan selayang. Yang ku jumpa kembung, maka kembunglah jadinya. Ekekekeke!




Saiz ikan half tapak tangan dewasa. Comel molek gitu. Buat 5 ekor, dapatkan 7 bebola. Nak lagi senang, korang just gulung memanjang. Ala macam keropok lekor yang korang beli sebelum goreng. Gentel panjang kemudian rebus sekejap.


Aku guna pemanggang ajaib. Untuk makluman mak jemah, menu macam ini sesuai untuk fasa 2 dan ke atas. Fasa induction boleh juga tapi aku sarankan baik makan benda normal sahaja. 2 minggu sahaja nak kena tahan.


Rasa? Sama seperti keropok lekor asli.


Buat yang tidak berdiet, boleh gunakan bahan yang sama cuma perlu tambah sedikit tebung ubi ( jika tidak salah ). Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 14, 2014

Resepi menu atkins : Lasagna ala atkins

Kadang aku bosan makan benda sama ketika berdiet atkins, jadi sekali sekala kita ubah makanan ala-ala barat tapi versi melayu celup. Suka lasagna? Aku tak berapa gemar tapi sekali sekala dapat bolehlah. Meh aku nak share resepi lasagna ala atkins.




Bahan-bahan ( boleh 2 kali makan )
1) Satu biji bawang
2) 1 batang cili padi ( untuk pedas )
3) Daging dicincang/blend ( boleh guna daging jenama ramly 2 keping = 12 carb )
4) Sayuran hijau ( tak kisah apa pun ) - lagi banyak lagi bagus
5) Sedikit garam
6) Sedikit lada hitam ( jika nak )
7) Beberapa keping cheese ( guna cheese jenis blok sebab carb jauh lebih rendah )


Cara-cara
1) Tumis semua bahan kecuali cheese
2) Masukkan sedikit bahan ditumis ke dalam bekas, lapiskan dengan kepingan cheese. Kemudian masukkan bahan ditumis hingga habis & lapiskan di atas dengan cheese.
3) Bakar 10 minit dengan suhu 150'c ( bergantung pada oven masing-masing )


Anggaran jumlah karbohidrat = 25crb
Boleh dimakan 2 kali = 25/2 bermakna setiap kali makan hanya 12.5crb
Untuk fasa induction sehari = 20crb sahaja


Jadi pandai-pandailah bajet. Boleh juga tambah bahan lain ikut kesesuaian masing-masing.


Siapa kata berdiet tak boleh makan sedap-sedap? Silap tu. Ehehehehe!


Nak tengok menu diet atkins yang lain





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 13, 2014

RESEPI : Telur Tuna Gulung

Semalam mood rajin datang lagi. Bukan apa, bahan dah ada apa salahnya gunakan sebelum terpaksa masuk dalam cikpah ( tong sampah ). Resepi mudah dan menyenangkan. Paling utama mengenyangkan.




Bahan-bahan ( 1 orang )

1) 2 biji telur
2) Garam secukup rasa
3) Sedikit cheese
4) Salad
5) Tuna
6) Mayonis
7) Sos cili
8) Baby tomato 3 biji


Cara-cara

1) Kacau telur & garam hingga sebati
2) Masukkan dalam pemanggang ajaib ( lebih cantik strukturnya )
3) Taburkan cheese & tunggu hingga telur masak
4) Gaulkan tuna dengan mayonis
5) Letak salad, campuran tuna mayonis, tomato & sos cili
6) Gulungkan dan potong ikut saiz yang anda suka

* Boleh gantikan tuna dengan bahan lain. Boleh buat daging burger, ayam, udang, ketam & apa saja menu kesukaan anda. Boleh masukkan timun atau lebihkan sayur hijau yang lain.


Menu simplekan? Itu yang aku suka buat. Menu ini sesuai untuk mereka yang berdiet atkins. Aku sekarang dalam fasa 2, jadi boleh masukkan tomato. Yang berinduction boleh abaikan dahulu sekejap.


Aku suka buat menu macam ini. Motif? Nak bagi makan sayur hijau banyak-banyak. Sumbat dalam itu tak sedar ngap banyak. Hahaha.


Lepas ini nak cuba menu simple apa pula ya? Ada cadangan?


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 09, 2014

RESEPI : Egg Muffin Tuna

Kali ini kita buat egg muffin tuna. Eceh! Nama nak kerrrlaassss je jah oi. Tak kisahlah asalkan dilidahku rasanya sedap & mengenyangkan. Itu yang pentingkan?



Bahan-bahan ( dapat 6 ketul )

1) 3 biji telur
2) Sedikit garam
3) Sedikit serbuk lada
4) Sedikit tuna
5) Sedikit lada benggala/cili merah
6) Sedikit bawang 
7) 2 keping cheese


Cara-cara

1) Pukul telur & garam hingga sebati
2) Masukkan serbuk lada
3) Tumis bawang, lada, cili & tuna sekejap
4) Masukkan telur sedikit dalam bekas
5) Masukkan bahan tumis
6) Letakkan kepingan cheese ( ikut citarasa )
7) Bakar lebih kurang 15 minit dalam oven


Mudahkan? Korang boleh gantikan letak udang, daun sup, sayuran hijau lain & pelbagai bahan lain ikut tekak masing-masing. Bagi yang diet atkins, ambil bahan yang dibenarkan sahaja. 6 ketul egg muffin tuna ini aku makan 2 kali.


Rasanya ini sahaja menu-menu yang dapat aku sharekan sebab lepas ini mood aku kena siapkan 6 biji bantal perhiasan felt craft. Maka mood masak nan hado ok. Kih kih kih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 03, 2014

RESEPI : Flaxseed Bread versi Oven

Sebelum ini aku share { entry } cara guna pemanggang ajaib kali ini olah guna oven. Juga boleh guna microwave. Ada bahan yang sedikit berbeza kerana bahan kali ini, hasilnya lebih mablesss.




Bahan-bahan ( dapat 4 keping roti )
1) 8 sudu flaxseed
2) 2 biji telur
3) 2 cubit garam
4) 1 sudu kecil baking powder
5) 4 sudu air

* Flaxseed ada 2 jenis. Boleh pilih mana yang anda suka

Cara-cara
1) Kisar flaxseed hingga hancur
2) Masukkan semua bahan lain & gaul hingga sebati
3) Letakkan dalam bekas & bakar lebih kurang 10 minit/hingga naik atau masak


Anda boleh hidangkan dengan menu kesukaan yang lain. Ini sebagai ganti kepada roti biasa. Menu ini aku buat untuk aku yang sudah fasa 2 dalam diet atkins. Jadi aku makan bersama jem rendah carb, 0 sugar, 0 lemak & seangkatan.


Yang berdiet atkins, ini sesuai untuk anda jika kempunan sangat nak makan roti. Muahaha! Sila tabah untuk setiap diet yang dilakukan.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 02, 2014

RESEPI : Flaxseed Bread versi Pemangang Ajaib

Resepi kali ini sesuai untuk sesiapa sahaja samada yang berdiet atkins atau tidak. Resepi untuk lepas gian kepada mereka yang nak makan sangat roti. Boleh buat sendiri sebab mudah.


Ada 2 cara yang aku sendiri telah cuba. Share cara pertama guna pemanggang ajaib & resepi sedikit berbeza. Agak leper ala-ala roti pita nipis.




Bahan-bahan ( 1 orang makan )
1) 4 sudu flaxseed 
2) 1/2 sudu kecil baking powder
3) Secubit garam
4) 2 sudu mentega dicairkan
5) Sedikit serbuk oregano ( sebagai perasa )
6) 1 biji telur

* Flaxseed boleh dibeli di Aeon bahagian organik


Cara-cara
1) Kisar flaxseed hingga hancur
2) Gaul bersama kesemua bahan
3) Masukkan dalam pemanggang ajaib lebih kurang 10 minit/hingga masak


Anda boleh hiaskan dengan bahan-bahan yang disukai. Kalau yang berdiet atkins boleh letak salad, telur, sos nandos, mayonis kewpie ( merah ). 


Resepi ini sesuai untuk fasa induction-seterusnya. Apa pun bagi yang masih dalam induction digalakkan makan clean & clear. Itu lebih baik.


Selamat mencuba.


Nanti aku share versi oven yang lebih mantap hasilnya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 18, 2014

RESEPI : Jus epal hijau saderi

Saat tekak kehausan nak minuman yang menyegar dan menyamankan, apa kata cuba buat jus epal hijau saderi. Ala-ala macam di Secret Recipe itu. Sedap tau!




Bahan-bahan ( 1 orang minum )

1) Satu biji epal hijau ( buang biji )
2) Satu batang saderi
3) Sedikit gula stevia atau air gula
4) 6 kiub ais
5) 1/2 cawan air


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan dan blend guna Shake N Take
2) Tapiskan hampas yang terhasil
3) Terus nikmati jus yang menyegarkan


Kerja menyediakan jus lebih mudah dengan Shake N Take. Berminat nak dapatkan Shake N Take, boleh terus roger daku. Selamat mencuba dan selamat menikmati jus yang menyegarkan.


Sambil share resepi mudah yang daku buat dan sambil berniaga =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 09, 2014

RESEPI : Sate Ayam versi malas

Konon teringin nak buat sate sendiri tapi kenapa tajuk aku di atas malas? Sebab aku terlupa beli lidi nak cucuk perapan ayam tu. Kalau difikirkan masuk ngap dalam mulut juga. Lidi pun terbuang. Bazir! Haha.




Bahan perapan aku tengok page FB tapi dia tak bagi lengkap berapa batang, berapa ulas nak letak. Maka ku gunakan "akal" logik untuk sebatikan semua. Bajettt terror kan? 


BAHAN & CARA PERAPAN 
1) 4 batang serai
2) 3 biji bawang besar
3) Sedikit halia
4) Sedikit lengkuas
5) Garam secukup rasa
6) Sedikit jintan manis
7) Sedikit jintan putih
8) 1 sudu besar serbuk kunyit
9) 10 pek equal ( sebab diet atkins ) - Gantikan dengan gula 
10) Sedikit air untuk blend bahan di atas

* Boleh tambah cili padi jika nak pedas

Kesemua bahan diatas di blend hingga sebati. Baunya haruuuuummmmm! Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais. 


Nak simpan bahan perapan lebih lama, korang masak hingga didih. Boleh tahan mungkin hingga seminggu.


Sekarang kita pergi ke cara sate. Ala senang sahaja. Korang perap ayam yang dipotong kecil dengan bahan perapan diatas. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam. Kalau lama lagi bagus sebab lebih sebati.


Cara nak masak?


Masuk sahaja dalam oven lebih kurang 20-30 minit atau hingga nampak masak atau boleh guna cara bakar manual. Masukkan sekali sayur seperti brokoli, bunga kobis, bawang, lada benggala. Ikut suka korang asalkan korang makan.


Boleh gantikan ayam dengan daging, udang, sotong. Bahan perapan masih yang sama. Bahan perapan di atas memang aku dah pelbagai guna untuk masak benda lain. Muahahaha!


Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 07, 2014

RESEPI MUDAH SIHAT : Daging Sayuran Grill

Kali ini kita makan daging pula. Ala-ala grill gitu padahal buat macam goreng cuma guna minyak 2-3 titik sahaja.




BAHAN-BAHAN & CARA ( 1 orang )

Untuk perapan
1) 1 pek daging ( ikut kuantiti nak makan )
2) 4 ulas bawang putih
3) Sedikit lada hitam
4) Sedikit garam

* Gaul kesemua hingga sebati dan masukkan dalam peti ais ( perapan ) sekurangnya 5 jam.


5) Sedikit brokoli
6) Sedikit bunga kobis
7) Beberapa titik minyak zaitun


Campurkan kesemua seperti dalam gambar. Boleh juga masukkan dalam oven. Anggaran 20 minit atau hingga masak. 


Ini resepi menu khas untuk mereka yang amalkan diet atkins. Bagi yang lain, anda boleh tambah bahan ikut selera masing-masing.


Simple is better. Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 03, 2014

RESEPI MUDAH SIHAT : Oopsie Bread Cheese

Benda mudah harus cuba, ditambahkan lagi menggunakan barang yang sikit. Bagi mereka yang membuat diet atkins dan masih dalam fasa induction, kalau teringin nak makan roti, korang boleh try "roti" berikut.


Bukan sebarang roti tapi bahan utama adalah telur. Tiada langsung kandungan tepung. 


- oopsie bread cheese -


BAHAN-BAHAN ( 1/2 orang makan )
1) 3 biji telur
2) 100 gram cream cheese
3) 2 keping cheese


CARA-CARANYA
1) Asingkan putih & kuning telur
2) Pukul putih telur hingga meringue ( anda telangkup mangkuk putih telur tak jatuh ) { entry rupa meringue }
3) Pukul pula kuning telur dengan cream cheese
4) Satukan dengan meringue tadi
5) Kacau guna spatula hingga sebati
6) Tuang sesudu dalam bekas, masukkan kepingan cheese & tuang lagi sesudu
7) Bakar dalam oven lebih kurang 10 minit ( hingga nampak kekuningan )


Boleh letak dalam baking paper macam dalam gambar atau nak bakar sebegitu sahaja pun boleh. Ikut saiz korang nak.


Resepi mudah. Boleh letak cheese di bahagian tengah sebagai perasa sebab bahan tiada gula.


Bagi mereka yang tak berdiet atkins, boleh masukkan gula sebagai pemanis.


Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 30, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Telur Kukus

Kalau sebelum ini guna microwave, resepi kali ini guna kaedah kukus dari dapur mak daku. Sama juga mudah macam sebelum ini. Campak campak terus masak.




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Segenggam brokoli
2) 2 biji telur
3) Segenggan bunga kobis
4) 1/2 biji bawang besar
5) 1 keping cheese ( taknak letak pun boleh )
6) Sedikit garam/lada sulah ( sebagai perasa )


CARA-CARANYA
1) Masukkan semua dan kukus lebih kurang 15 minit atau hingga nampak masak
2) Siap untuk dimakan


Mudah, cepat dan sedap dimakan. Sangat sesuai untuk orang yang malas masak macam aku. Muahahaha. Ini antara menu aku semasa induction 2 minggu bersama diet atkins.


Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 27, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Taufu Telur Sayuran Cheese

Benda mudah aku nak juga kongsi. Tak kisahlah orang taknak cuba asalkan aku ingat apa aku pernah makan. Kui kui.




Kali ini main masak campak-campak masuk dalam microwave. Senang bangat!


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) 1 keping cheese ( letak 2 pun boleh )
3) Sedikit brokoli
4) Sedikit bunga kobis
5) Sedikit kobis ungu
6) Sedikit garam


CARA-CARANYA
1) Potong semua sayur
2) Masukkan kesemua sekali dalam bekas
3) Masak dalam microwave selama 3 minit ( sebaiknya brokoli direbus sekejap terlebih dahulu )


Mudahkan? Kalau perhati cara masak sama sahaja cuma bahan yang dimasukkan berbeza. Ikut tekak masing-masinglah ya. Nak tambah sosej pun boleh tapi yang ini aku banyakkan sayur. Sayur itu best!


* Aku masak kat opis sahaja




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 20, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Ayam & Sosej Grill Simple

Nama menu entah apa-apa. Merepek je. Tapi memang betul simple pun, so sesuailah nama macam itu. Nama tak penting, yang penting rasanya. 




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Isi ayam yang dipotong ikut saiz yang kita nak
2) 4 ulas bawang putih
3) Lada hitam
4) Sedikit garam
5) 2 batang sosej
6) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bawang & lada hitam ditumbuk
2) Gaul dengan ayam & masukkan garam
3) Perapkan  4 jam ke atas ( simpan dalam peti sejuk )
4) Cara perap sosej pun sama, guna bahan di atas
5) Grill dengan cara letak butter sedikit sahaja ( aku guna kuali biasa main letak-letak )

* Korang boleh tambah dengan bahan herba lain macam origano ke, original ke, yang macam letak pada topping piza. Ini resepi mudah sesangat yang aku cuba.


Yang buat terasa adalah dari bawang putih, aroma dia menarikkkkk! Korang boleh adjust tambah bahan lain. Simple sesangat. Nak buat ala-ala kepak ayam madu pun ok tapi ini disebabkan menu pantang diet atkins jadi bahan dia sangatlah mudah.


Tolong jangan nak bandingkan dengan resepi lain ok sebab ini cara masak aku. Aku suka simple asalkan boleh telan dan makan dengan kenyang. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 19, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Bebola Ayam Mudah

Kita sambung sesi masak memasak simple. Sangat boleh untuk mereka yang berdiet Atkins terutama dalam fasa induction.



Abaikan bentuk yang entah apa-apa ya


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 keping isi ayam 
2) Sedikit daun sup
3) Sedikit serbuk lada hitam
4) Sedikit garam
5) Sebiji telur


CARA-CARANYA
1) Ayam direbus terlebih dahulu & carikkan atau cincang halus
2) Daun sup dipotong halus. Masukkan kedalam ayam & masukkan sekali lada hitam, garam dan kuning telur
3) Gaul bagi sebati
4) Bulatkan atau bentukkan dan letak dalam bekas ( jangan tindih )
5) Masukkan dalam peti ais untuk keraskan dahulu ( 2 jam ke atas sebaiknya )
6) Untuk goreng, celup terlebih dahulu dalam kuning telur dan gorengkan hingga nampak garing


* Caranya sama macam buat bergedil juga. Boleh tambah bahan lain seperti bawang, udang, sedikit cili untuk menaikkan lagi selera anda.


Sangat mudah dan sesuai untuk orang malas masak macam aku ini. Muahahahaha!


Pelbagai resepi lain boleh anda cuba. Cari di bahagian header di atas ok. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 16, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Salad Brokoli Bersosej

Tak suka makan sayur? Kena abaikan entry ini. Kalau suka, teruskan pembacaan anda. Untuk penggemar makanan hijau.




BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 3 keping salad
2) 1 cawan brokoli
3) 1 batang sosej
4) Sedikit mayonis
5) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Brokoli dipotong, sapu sedikit butter & direbus terlebih dahulu bersama sosej
2) Salad boleh dipotong kecil atau dibiarkan seperti gambar
3) Letak mayonis sebagai perasa atau boleh gaul sekali

 * Nak tambah kobis purple, sayuran lain pun tiada masalah. Ikut selera.


Senangkan? Kalau dah bosan makan telur separuh masak pagi-pagi, kita makan pula salad. Lebih segar lebih umphhh!


Ini namanya resepi bermalasan. Huhu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^