tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, November 26, 2012

RESEPI : Pavlova buah-buahan segar

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini { entry }, kali ini aku nak share resepi yang nampak ringkas cara nak buat pavlova. Memerlukan banyak kesabaran ya dik non.


Bahan-bahan 

Untuk basic :
1) 4 biji putih telur ( yang kuning goreng, buat ratah )
2) 3/4 cawan gula kastor
3) 1/2 sudu kecil esen vanilla
4) 1 sudu kecil cuka masakan
5) 1/2 sudu besar tepung jagung

Untuk topping/hiasan :
1) 1 kotak 240ml whipping cream
2) 1/2 sudu teh esen vanilla
3) Buah anggur dan strawberi

TIPS/ PERINGATAN KEPADA ANDA SEBELUM MEMBAKAR!

Pastikan ketika asingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit atau erti kata lain TIADA LANGSUNG telur kuning yang masuk dalam telur putih ya.  Periksa peralatan yang digunakan dan pastikan bersih dari sebarang air atau minyak. Jangan tanya kenapa meringue tak jadi kalau tak bersih apa semua ya.


Cara-cara :

1) Pukul putih telur guna hand mixer/stand mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul hingga adunan menjadi soft peak form. 

2) Dengan kelajuan tinggi, masukkan gula sudu demi sudu dan terus putar adunan, Masa ini adunan bertukar jadi putih tapi belum berkilat. Kalau pegang, terasa gula belum hancur.


- step 1 & 2 -


3) Teruskan putar dengan kelajuan tinggi hingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangakt akan menjadi tanduk. Macam dalam gambar bawah ini. Dah bertanduk bermakna jadilah meringue anda! Nak lagi besh, korang angkat mangkuk dan telangkupkan atas kepala. Tak jatuh, kira ok sangat dah tu. Aku dah try. Jika tak jadi lagi, pukul lagi dalam 2-3 minit.


- step 3, 4 & 5 -

4) Masukkan esen vanilla dan pukul hingga sebati.

5) Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul guna spatula atau senduk kayu. Aku guna senduk kayu baru. Jangan nak guna senduk bekas kari ke apa ea, kang rasa lain plak.


- step 6 & 7 -


6) Buatkan garisan bulat atas kertas minyak tapi aku tak buat. Aku just letak aje terus. Langgar pantang resepi asal. Haha!

7) Bentukkan meringue ikut lukisan bulat korang tu. Part tepi tinggikan ya. Macam buat benteng tu.


Cara membakar :

1) Panaskan oven 15 minit awal pada suhu 150'c. 

2) Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan kepada suhu 140'c. Masak selama 1 jam. Jangan risau, biarkan aje. Jenguklah kejap-kejap tapi jangan dok buka pintu oven plak ya.

3) Masak hingga warna meringue menjadi coklat muda. Bial kita pegang rasa garing diluar dan lembut di dalam. Tutup api. Buka pintu oven sikit. Jangan keluarkan terus meringue tadi dari oven, biar dia sejuk dalam itu.


- menjadi coklat muda -


Cara menghias/ sediakan topping :

1) Pukul whiping cream hingga kental. Petua mudah, masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku dalam 2-3 jam sebelum nak pukul ya.

2) Bila dah kental, masukkan esen vanilla. Kalau nak lagi manis, boleh tambah gula juga.


- step 1 -


- step 2 -

3) Masukkan whiping cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Sambil tunggu meringue sejuk dalam oven tadi.

4) Bila nak menghias, barulah guna whiping cream tadi. Hiaslah mengikut kreativiti anda ya. 


- bila dah letak dalam pinggan -




- bahagian dalam -





Tadaaa. Dah siap. Pandai-pandai komelah nak hias guna buah. Digalakkan guna buah, strawberi, anggur, oren, kiwi dan buah-buahan masam sebab meringue tadi dah manis. 


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera 






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

31 dak comei sayang YUI:

JaSSNaNi said...

terliur tengok pavlova ni.. whipping cream kat atas tu.. perghhh meleleh tengok.. hehehe

nur anis said...

teringin sangat nak rasa ni..

maszmadi said...

kalaulah ada oven kat umah, alangkah seronoknyer dok kat dapur.....

Che Rosliza Che mat said...

wow! nampak sedap giler...terliur tengok...

Shakira Pathi said...

sedapnye :)
nak try buat ni la pulak,baru2 ni baru jea try buat cupcake,jom tengok :)

http://cahayashakira.blogspot.com/2012/11/cupcake-vanilla-simple.html

ayut said...

fuyoooo...renyah sungguh siap ada peringatan..hihihi..spatula pon kaur..adehhh..slmt final overall nmpk cantik dan menyelerakan...nakkkk...anta PJ blh? :p

Anum said...

nyum2

syiela said...

ni yang buat akak tak sabar nak buat juga ni...

are_lin@yu said...

marvelous la yui!hihi

krole said...

ups..sory terjatuh air liur kat sni ngeee...nmpk sdap r resepi tu~

Tihara said...

as salam

wahh memang terer la yui..akak tk penah lg makan.nt yui wat durian crepe lak..yg tu pn akak tk penah wase:)

Cik Nur said...

Glup..Glup..!
mengodanya..!\kat umah xde pemutar tu la..huhhuhuhu

susah kot kalau guna tgn kan...huhuh

azizah :) said...

menariknya yuii! bahkan la takde pemutar n oven..hish kalau tak dah buat dah ni.. terliurrnya yui!! sedapp wooo~

Kesuma Angsana said...

tq share this ye

nanakimie said...

byk jugak step tu,huhu....cam xrajin nana nk buat:)

Izzie said...

gulp..telan air liur ha bc entry ni

[sutera kasih] said...

mesti manis tu kan hehe nmpk sdap :)

najihahfara said...

teringin jugak nak buat tapi mcm complicated

hnahdy said...

mcm senang tapi renyah gak ek

IntaNBerliaN said...

cara nk buat dia nmpksimple je kan...

sAkuRa rOckerS said...

menarik..leh cube ni..haha..mmg melnggar pntg membuat kek ni..

adyna said...

wah pandai yui buat :)

Myra Jay said...

Buat sendiri lagi puas hati dan sedap.. ;)


Akak penah buat sekali :D

Nurul Husna Mohd Hassan said...

terer la yui ni. malu akak tak terer masak :)

Cinta Misteri said...

Amboìì..nmpk mcm sedap je. Mntk skit

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

uishhhh yui mabeles betol la..tengs share resepi yer

اميره said...

macam sedap . nak buat tapi takut tak jadi je . hehe

ct kektus said...

bila lah dapat buat pavlova ni. teringin nak buat.

Aty_Fared said...

Peerrgghh....

Tetibe teringat master chef..heheh..:-)

Eca Dwinky Asha said...

bila nak buat pun xthu.uwaaaaaaaaaaaaaa

shidaR said...

aduihh bila ckp manis tera gigi nih huhuhu^^