tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label musim. Show all posts
Showing posts with label musim. Show all posts

Tuesday, August 23, 2016

Apa itu Munafie? Best ke tak?

Nampaknya musim Munafie sedang melanda. Dah beberapa minggu tapi baru hari ini aku ada kesempatan nak cerita pasal Munafie.


Aku beli dari beberapa pembekal, cuma ada 2 orang sahaja yang memenuhi citarasa dan menepati "paiawaian" yang dikehendaki.


Untuk pengetahuan semua,
Munafie ada beberapa gred. Yang terbaik haruslah yang banyak AAA kan. Tapi aku tak kisah pasal itu, aku kisah pasal kualitinya. Biar aku pegang dan rasa sendiri.





Ini antara warna yang aku dapat dari pembekal. Warna tak boleh pilih kiranya random, sebab permintaan terlalu banyak. Aku pun tak kisah, asal benda elok warna lain cerita. Ekekekeke.




Setakat 2 minggu dah terjual lebih kurang 50 pcs. Alhamdulillah rezeki. Yang ini aku jual sehelai RM 15. Kalau korang ada jumpa RM 10, memang ada. Tapi kena tahu kualiti macam mana. Macam mana nak bezakan?


Dari segi :
Kain, getah, grip getah atas tu 


Ok takpe, meh kita baca antara pengguna yang beli Munafie dari Nurul Yui Collection.










Ok dah baca semua? Haaaa, yang berat 80 kg pun inshaaALLAH boleh pakai. Takpe nanti aku bagi ukur lilit anggaran yang boleh pakai kalau korang berminat ya.


Yang penting selesa dan inshaaALLAH tak bergulung macam gred bawah. Munafie mampu sorokkan lelemak yang berada di perut. Jangan terpedayalah kalau kata pakai Munafie boleh kurus. Camne nak kurus kalau makan tak beragak kan. Ekekekeke.


Nak berkualiti dengan harga mampu milik, boleh cari aku ya. Munafie tau bukan Munafik. Kuang kuang.


Nurul Yui
019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 22, 2016

Musim buah rambutan

La ni dah musim buah
Durian, manggis, rambutan


Dah masuk kali kedua 
Makcik bagi buah rambutan dari kampung
Sekali bagi penuh plastik sampah hat besaq tuu




Buah rambutan kalau takde tangkai tak tahan lama tau
Maka, mak aku rajin kupas siap-siap
Tambahan dia tau anak dia ni "pemalas" nak gigit kopek buah tu
Hahahahah !!


Tengoklah
Seperiuk penuh buah rambutan dah di kopek
Buh dalam peti ais


Pergggh, nikmat!


p/s : Kopek a.k.a buang kulit




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 15, 2016

Bila tekak teringin sangat manggis

Awal-awal musim manggis, aku tak faham apesal tekak nak sangat
Yelah, bertahun-tahun tak makan


Udah teringin, beli juga
1 kg RM 10
Dapatlah dalam 11 biji saiz sederhana


Nasib baik sedap
Puas makan
Aku sorang hadap dekat 7 biji
Yang lain bagi mak
Hahahaha!




TIPS : Nak kenal berapa ulas dalam sebiji manggis


Tengok bontot manggis
Berapa jumlah "bunga", itulah jumlah yang ada
Macam gambar kat atas, ada 6 

Eh fahamke?
Tak faham sudah, haha




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 08, 2015

BUAH-BUAHAN TEMPATAN DARI RUMAH OPAH

Kelmarin berkesempatan balik kampung nak jenguk opah & saudara yang lain. Sampai sana, makcik pelawa suruh ambil buah apa yang ada. Yelah, dari jatuh terbuang busuk, baik bagi pada yang nak.


Aku apa lagi, laju saja pergi terjah ke pokok-pokok yang ada.
Paling tak menahan tengok jambu susu. Walau dah tak banyak tapi ini dah mencukupi.


Yang warna hijau itu kami panggil buah rembia. Macam buah staq tapi bukan. Ini tak masak lagi tapi boleh dimakan. Rasanya masam-masam, sedap sangat! Buahnya banyak seperti anggur.




Dapatlah 4 jenis buah. Tengok pokok durian, fuhhh banyak buah yang dah timbul tu. Tunggu musim je lagi. Nyum nyum.


Untungnya ada tanah keliling rumah, boleh tanam macam-macam. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 02, 2014

Musim hujan

Aku perhatikan sekarang musim hujan terutama di kawasan Ipoh. Sebelum hujan, awan pun gelap. Bukit pun dah tak nampak. Tiba-tiba terus turun hujan.


Bukan hujan biasa. Kadang lebat sangat. Dengan angin, guruh, kilat. Buat yang bertayar empat masih boleh teruskan perjalanan. Yang bertayar dua macam aku? Terpaksa berhenti tepi jalan atau kaki kedai. Cari tempat untuk berteduh sementara.


Selalunya aku jarang berhenti. Teruskan perjalanan. Dengan baju hujan Givi yang ada. Bukan apa, yang berhenti kebanyakannya kaum lelaki, aku pula takut. Bukan boleh sekarang ini. Macam-macam.


Apa pun, korang berhati-hatilah ya. Musim hujan ini risiko bahaya lagi tinggi. Pandu dengan cermat & jalanlah dengan selamat. InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^