tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label viral televisyen. iklan. Show all posts
Showing posts with label viral televisyen. iklan. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

Waktu Iklan OKAYA di televisyen 29/5/2017- 4/6/2017

Seperti Yui bagitahu sebelum ini, Yui akan senaraikan waktu iklan OKAYA di televisyen. Mana tahu ada yang nak tengok sendiri depan mata macam mana penggunaan OKAYA.


Isnin 29 Mei 2017
11:02 Wanita Hari Ini
14:05 Azalea
21:02 Majalah 3
23:00 Muzik-muzik


Selasa 30 Mei 2017
11:02 Wanita Hari Ini
12:02 Jom Singgah
24:00 Nightline


Rabu 31 Mei 2017
00:40 Nona
11:02 Wanita Hari Ini
21:02 Lestary ( Mak Cun 3)
23:00 Sembang Sahur


Khamis 1 Jun 2017
11:02 Wanita Hari Ini
22:00 Samarinda (Andainya Takdir)
24:00 Nightline


Jumaat 2 Jun 2017
00:40 Kias Ramadan
11:02 Wanita Hari Ini
13:02 Al-Hidayah
21:02 Lestary (Mak Cun 3)


Sabtu 3 Jun 2017
00:40 Sembang Sahur
13:30 Buletin 130
14:05 Panggung Sabtu (Sivaj The Boss)
22:00 Cerekarama (Ramadan Terindah Nurani)


Ahad 4 Jun 2017
14:05 Nona
15:00 Syurga Nur
23:00 Inspirasi Ramadan


Bolehlah tengok macam mana rupa iklan ya. Siap ada yang rekod lagi. Ekekekeke =)


Nak beli OKAYA,
Cari Yui 019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 25, 2017

Review peribadi : Croissant dari Munchy's

Yui perasan croissant ni pun dari post member di FB. Lepas itu, waktu beli barang di TF, Yui ternampaklah. Tapi waktu tu ada 2 perisa, rembatlah dua-dua sebab nak rasa.




Buka 1,
Eh lembut. Eh sedap. Eh inti best.


Terus buka paket kedua =)


Tengok plak ada masuk berita. Oh, rupanya ada 3 perisa. Caramel, coklat & vanilla.




Kesimpulan,
Yui sangat suka. Harga baru RM 1.30. Mampu milik dan sedap. Bolehlah beli buat menu sahur. Yang belum cuba, korang wajib cuba okay. Berbaloi sangat harga tu + ada inti lagi. Memang terbaiklaaaah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 15, 2017

Mister Potato perisa Ubi Keledek

Lama dah keluar perisa ni tapi Yui baru merasa. Hihi. Biasalah, jenis bukan teringin sesangat nak rasa. Haritu pergi beli barang rumah di TF, nampak Ubi Keledek ni, harga pun ok aje tak sampai RM 4 sebotol.




Bagi Yui,
Yui suka tapi terasa manis sangat. Apa pun oklah sebab terasa ubi keledek tu. Sedap. Untuk repeat, memang Yui akan buat.


Mesti korang pun dah lama rasakan terutama yang rajin singgah 7eleven tu. Hehehe.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 14, 2017

Ayam Goreng Pedas Mcd yang viral tu

Dah berminggu Yui beli, saja up harini memandangkan ada gambar dalam hp. Beli pun sebab kebetulan tak tahu nak dinner apa. Jadi, Yui dengan akak rumah cubalah ayam goreng pedas hat dok viral sangat.


Kau tengok iklan di televisyen, perghh teruja tau! Hebat sungguh marketing dia. Iklan macam tu buat hati rasa tak sabar pergi dan mencuba sendiri.



Ini rupa ayam pedas itu
Lokasi : Mcd Station 18, Ipoh


Sampai je mcd lebih kurang 8.40 malam, tu diaaaaa punya ramai manusia. Beratur panjang, yang dimeja pun penuh dengan orang. Lebih kurang 15 minit juga baru nak selesai pembelian.


Pendapat peribadi Yui,
Biasa aje sebab tepung dia. Kakak rumah bagitahu, di mcd lain tepung dia nampak berbeza. Pedas tu memanglah pedas tapi kalau dengan tekak Yui pedas ini masih boleh diterima. 


Lagi satu,
Ayam kakak rumah tu, ya ampunnnnn. seketul tu kecil. Jauh berbeza. Kalau betul nak letak 2 ketul, letak la saiz tu hat relevan sikit. Berbaloi dengan harga. Sepatutnya dah kena get ready tempat akan diserbu, jaga kualiti tu sama ya.


Repeat ayam pedas?
Tidak. 


Maaf kalau pendapat kita tak sama. Sebab tekak lain-lain. Ini pendapat peribadi. Oh ya, di mcd Station 18 ni, kalau malam korang nak order aiskrim/sundae dan seangkatan, jawapan sama saja dari dulu "tengah cuci mesin". Haihhhhh.


Setakat ni ayam KFC lebih hebat walau dah nampak kekurangan dia berbanding dulu.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 23, 2016

Apa itu Munafie? Best ke tak?

Nampaknya musim Munafie sedang melanda. Dah beberapa minggu tapi baru hari ini aku ada kesempatan nak cerita pasal Munafie.


Aku beli dari beberapa pembekal, cuma ada 2 orang sahaja yang memenuhi citarasa dan menepati "paiawaian" yang dikehendaki.


Untuk pengetahuan semua,
Munafie ada beberapa gred. Yang terbaik haruslah yang banyak AAA kan. Tapi aku tak kisah pasal itu, aku kisah pasal kualitinya. Biar aku pegang dan rasa sendiri.





Ini antara warna yang aku dapat dari pembekal. Warna tak boleh pilih kiranya random, sebab permintaan terlalu banyak. Aku pun tak kisah, asal benda elok warna lain cerita. Ekekekeke.




Setakat 2 minggu dah terjual lebih kurang 50 pcs. Alhamdulillah rezeki. Yang ini aku jual sehelai RM 15. Kalau korang ada jumpa RM 10, memang ada. Tapi kena tahu kualiti macam mana. Macam mana nak bezakan?


Dari segi :
Kain, getah, grip getah atas tu 


Ok takpe, meh kita baca antara pengguna yang beli Munafie dari Nurul Yui Collection.










Ok dah baca semua? Haaaa, yang berat 80 kg pun inshaaALLAH boleh pakai. Takpe nanti aku bagi ukur lilit anggaran yang boleh pakai kalau korang berminat ya.


Yang penting selesa dan inshaaALLAH tak bergulung macam gred bawah. Munafie mampu sorokkan lelemak yang berada di perut. Jangan terpedayalah kalau kata pakai Munafie boleh kurus. Camne nak kurus kalau makan tak beragak kan. Ekekekeke.


Nak berkualiti dengan harga mampu milik, boleh cari aku ya. Munafie tau bukan Munafik. Kuang kuang.


Nurul Yui
019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 24, 2016

Aiskrim Magnum Pink Pomegranate

Ini lagi satu pengaruh tb. Nasib baiklah aku dah tak amalkan diet Atkins, kalau tidak mau terliur aje. Hahahaha.


Teringin sangat nak rasa yang ini. Lagipun packing dia warna pink memang menarik perhatian kaum wanita. Ewaaahh.





Bila dah rasa,
HAMPA. Itu je yang pertama. Aku lagi suka perasa lain. Yang ini, macam rasa biasa. Tak terasa apa pun sangat. Huaaaaa, rugi mak jemah beli tau. Nasib baik beli 1 jeeee.


Korang pernah rasa?
Suka ke atau tak suka, macam aku juga. Tapi kan, lain orang lain seleranya. Gituuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^