Sebenarnya aku selalu beli sayur ni kat pasaraya TF. Biasanya nama dia lain. Bila tengok label harga namanya jadi SAYUR MINYAK. Aku pun laju google. Memang betul ramai panggil nama sayur tu macam ini.
Berdasar entry resepi semalam { entry } macam ramai tak tahu kan. Atau mungkin aku rasa korang pernah makan cuma panggilan tu dah jadi lain. Huhu. Meh kita sama-sama tengok rupa sayur minyak hasil carian google.
Kenalkan? Kalau tak salah ada yang panggil baby sayur ke apa. Lupa pula.
Sayur ini sedap dimasak tumis macam itu sahaja. Boleh jadi sup. Boleh juga terus makan & dijadikan salad. Sedap ok! Crunchy! Yang mana nak biasakan budak-budak minat pada sayur, boleh cuba bagi ini.
So, dah tahu rupa sayur minyak ea. Aku google sahaja gambar sebab aku tahu korang malas nak googlekan? Hahaha.






