tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label puding karamel. Show all posts
Showing posts with label puding karamel. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Resepi puding karamel yang paling mudah disediakan

Hari Sabtu lepas, di kampung ada buat makan-makan bersama pakcik-pakcik, makcik-makcik dan sepupu-sepupu yang lain. Nak bawa apa tak tahu jadi mak aku syorkan supaya aku buat puding karamel. Ok mak, anakmu turuti perintah.


- puding diletak bertindih -


Untuk gambar seperti diatas, aku buat 2x ganda adunan. Sebab ramai orang. Nak tahu resepi mudah?


Untuk 2-3 orang makan

Bahan asas :
1) 3 biji telur
2) 1/2 tin susu cair

3) 1 sudu kecil esen vanila
4) 1 sudu tepung kastard ( jangan lebih nanti keras )

Cara :
Blender kesemua bahan asas

Bahan gula hangus :
1) 1 cawan gula
2) 1 cawan air

Cara :
1) Kacau gula dengan api perlahan hingga kekuningan
2) Perlu kesabaran. Jangan sampai hangit.
3) Dah cair gula, masukkan sedikit demi sedikit air

Cara kukus:
1) Masukkan gula hangus dalam loyang
2) Tuang bahan asas
3) Kukus dalam masa 20 minit


Itu sahaja. Mudahkan? Sebenarnya resepi ini dah sedia ada dalam blog aku tapi takpe, aku bagi lagi supaya mudah korang terus tengok.


Lama tak cuba masakan baru. Nan hado rajinnya!


Update :
Boleh cuba guna microwave kalau tiada pengukus
Belum cuba belumt tahu
=__=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^