tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

Review Filem : Black Panther

Kali pertama jejak ke panggung wayang untuk tahun 2018 pada 7/3/2018. Dan filem yang menjadi pilihan ialah BLACK PANTHER. 


Ini review cara Yui ya
Yang mana rasa tak faham atau tak puas hati, itu bukan masalah Yui. Hahaha. Boleh gitu? Yui gurau jelah. Ini maksudnya review cara santai.




Jangan tanya nama watak sebab saat menaip, Yui dah lupa. Hahaha. Ingat pasal Wakanda rasanya nama negara. Ewahhh. Keluar panggung asyik wakanda je di mulut.


Cerita mengenai orang jahat yang berebut "harta" yang dimiliki oleh negara berkenaan, perebutan takhta, selit juga elemen terkini dan teknologi tinggi. Yelah, berlawan bila guna suit terus jadi "kuat". Dan macam tengok cerita power rangers pun ada. 


Yui takkan bercerita lebih lanjut di blog,
adalah lebih baik tengok sendiri. 


Ending cerita pun best. Tak melalut dan ada potensi cerita ini ada sambungannya.


Rating : 9/10




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 07, 2017

Kaki Wayang : Ghost In The Shell

Saja nak bagi pendapat peribadi lepas tengok wayang cerita Ghost In The Shell. Warning, ini pendapat peribadi Yui ya. Mungkin tak sama dengan kalian yang lain.




Jangan pelik kalau muncul nama-nama orang Jepun sebab rasanya memang ini cerita dari deme. Sebab apa? Banyak bangunan, motor pun letak HONDA. Wahhh, hebat! Kan Jepun maju dengan teknologi robot. Maka, jadilah cerita macam ini.


Pasal perempuan ni yang digelar Mejar, hanya kepala dan otak saja manusia, badan apa semua tu dah jadi robot ciptaan manusia lain yang ada kepentingan sendiri! 


Konflik muncul bila ada seseorang yang cuba bunuh seorang demi seorang orang atasan Mejar. Siapakah? Haaa, yang tu kome kena tengoklah sendiri. Mana boleh semua nak cerita sini. Hahaha.


Secara peribadi,
Yui bagi 8/10


Cerita ini P13 tapi macam rasa lagi baik untuk tatapan 18 tahun keatas. 


Lepas ini nak tengok cerita Fast & Furious 8 la =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 07, 2016

Review Filem : Doctor Strange

Lama tak tengok wayang. Yang terbaru sempat tengok cerita orang putih, Doctor Strange. Oh ya, nak habaq siap-siap, Yui review cara Yui sendiri ya. Jangan samakan dengan orang lain. Kira pendapat peribadi laa ni tauu.




Mula-mula tengok cerita ni, dok fikir eh pasal apa ni. Awat jap alam gini, jap alam lain. Ok, dah 20 minit faham dah. Jangan di tanya apa kisah sebelum sebab Yui bukan jenis follow cerita dari filem lepas ke apa jika ada. Heeeee.


Tengok yang perempuan botak tu, dok fikir pasal agama. Pastu fikir pasal magic, pasal ilmu dalaman diri. Pendek cerita, filem ni banyak berimaginasi dalam diam. Kalau korang jenis malas, memang tak layan sampai habislah.




Dari negara orang putih terus ke Kathmandhu if i'm not mistake. Huhu. Nepal kan tu. Haaaa, kemain cari penawar sebab Dr ni kemalangan dan agak kritikal dan sukar untuk pulih. Bila dia sampai sana, jumpa la lelaki belah kiri dia ( rujuk gambar atas ). 


Dia belajar dan belajar eh entah kenapa boleh plak dia ni jadi macam superhero. Boleh berlawan dengan orang jahat, ada kuasa dan boleh juga putar masa ( tu sebab rantai dia pakai kot ).


Paling tak menahan bab dia boleh sampai ke hospital balik tu. Nak rawat diri. Lepas tu "roh" berterbangan. 


Apa akhirnya?
Korang kena tengok sendiri tau. Haaaa, ni review cara Yui aje. Memang takdelah nak hafal nama semua. Hahaha.


Bagi 8/10.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 21, 2016

Review Filem : Train To Busan

Tak pernah Yui tengok wayang cerita Korea
Kira teruja jugalah ada filem dari Korea


Yang ini Yui tengok 4 beradik sebelum Aidiladha
Pertama kali kami berempat tonton wayang bersama
Pecah rekod!




Permulaan cerita macam tak faham
Tapi bila fikir dan fikir
Okayyy


Ada watak yang akan buat korang simpati
Ada yang lawak
Ada yang buat rasa teramat sakit hati
Rasa teraniaya


Apa pun bagi Yui 
Cerita Train To Busan memang seronok
Tak BOSAN 
Ada penyampaian tersendiri


Kalau nak banding zombie Malaysia
Lagi la rasa erkk


9/10 bintang


Yui menitiskan air mata bila akhir cerita
Opssss, kantoi lak!


Tak payah beli tiket sebab ada dah link free boleh korang tonton
Cuma terjemahan indonesia la ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 01, 2016

Review Filem : Boboiboy

Akhirnya ada peneman yang sudi nak tengok wayang cerita Boboiboy. Haruslah rakan serumah. Terima kasih kakak sayang !!


Takleh tahan bila ramai update cerita ni best. Aih, teruja sungguh. Filem dilwale tu pun aku tak tengok. Hahahaha. Penangan boboiboy naakkk juga tengok wayang.




Kalau tanya aku,
Jujur aku bukan jenis hafal nama watak. Contohnya macam Klamkabot dll. Jadi, aku bercerita berdasar pengalaman dan pendapat aku sendiri ya.


Ini antara filem kartun yang hampir berjaya buat aku menitiskan air mata.
Huaaaaa, waktu bila? Waktu Ocobot seperti dah takde harapan. Dengan apa yang Boboiboy cakap, buat aku terharu.


Aksi memang terbaikkk !!
Dengan sound yang gah, aksi yang hebat, aku rasa macam aku tengok kartun dari luar negara tau. Memang hebat laaa. Tak sia-sia aku bayar duit tiket.


Eh, korang harap aku review dari awal hingga akhir ya?
Memang tak lah. Hahaha. Korang nak, korang kena tengok sendiri ok.


Berapa bintang aku bagi?
9.5/10 bintang





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 27, 2015

REVIEW : Fast & Furious 7

Jujur, aku tak follow sangat cerita ini dari awal. Nama watak pun aku tak ingat mana. Tapi aku suka dengan ceritanya. Baru ini, berkesempatan nak tengok cerita fast & furious 7 di GSC Ipoh Parade. Tengok lambat, tiket murah. Hahahaha!


Awal-awal cerita dah buat aku excited nak tahu kesudahan. Cerita aksi tapi penuh dengan isi. Ada iktibarnya.


Tak perlu aku nak cerita dari A-Z. Cukuplah aku katakan, cerita ini memang best walau di akhir, watak Paul sudah ditukar ( oleh kerana kematiaannya ). Nampak sangat badan & kepala orang berlainan ( di penghujung cerita dalam kereta ).


Cerita ini juga berjaya buat aku MENITISKAN AIR MATA. Aduhai, hati tak kuat! Konon kental. Hahaha.


Di akhir cerita, bila tunjuk mereka pergi ke laluan yang berbeza, kita dapat rasakan sendiri apa maksudnya. Sungguh tragis!


Apa pun aku bagi 4.9/5 bintang!
Lagu pun sedap didengar.


Terima kasih kepada yang sudi belanja tiket wayang.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 06, 2013

KakiWayang : The Purge

Cadangan tengok cerita ini dari adik aku. Dari sebelum tiket dibeli asyik bagitahu "purge purge purge!". Padahal aku pun tak faham apa maksud purge mulanya. Hahaha. Layankan sahaja.




Mengisahkan dimana terdapat satu hari dalam setahun DIBENARKAN untuk melakukan kekejaman seperti boleh membunuh dan tiada halangan dari pihak berkuasa. Maksudnya anda berkuasa pada hari tersebut! Dan satu family ini yang si laki pencipta alat keselamatan. Ala-ala boleh lock rumah dari diceroboh oleh manusia yang kejam.


- pakat ramai-ramai nak bantai orang -


Satu hari, kejadian yang tak disangka terjadi. Rumah dah siap lock tapi anaknya pula benarkan seseorang yang diburu masuk. Maka? Berlaku kejadian tidak diingini. Kejam! Menakutkan! Memberi iktibar!


- meluat tengok watak dia! -


Nak tahu lebih lanjut? Apa lagi sila pergi tengok sendiri. Hihi. Barulah syiok. Tengok trailer { sini }.


Bagi aku, lagi berbaloi tengok The Purge dari Conjuring. Aku bagi 5/5 untuk cerita ini. Walau aku rasa memang tidak berakal kalau betul sistem ini wujud dalam dunia! 


* Emo tengok cerita ini okay. Serious! Tapi seronok sebab dapat nyanyi dengan penuh semangat lagu Negaraku sebelum cerita bermula




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 28, 2013

KakiWayang : The Conjuring

Minggu lepas aku berkesempatan tengok wayang dengan adik aku. Punya nak sangat tengok cerita The Conjuring. Beli tiket pun dah lambat maka dengan hampa dapat kerusi dua dari hadapan. Tengok jam 9.00 malam.





Aku review sikitlah ya. Nak penuh kena tengok sendiri. Hahaha. Bab nama memang aku tak ingat tapi izinkan aku cerita secara ringkas.


The Conjuring adalah berdasarkan KISAH SEBENAR. Kisah sebuah keluarga yang berpindah ke rumah lain dan bagiku rumah itu agak "suram" dan jauh dari kawasan orang. 


Satu persatu kejadian pelik berlaku. Dimulakan dengan kematian anjing kesayangan mereka sewaktu hari pertama duduk di rumah itu. Terjadi pada si isteri dan anak-anaknya. Paling teruk jadi pada si isteri! Kesan lebam dan kejadian rasukan dalam dirinya.




Terdapat pasangan suami isteri yang kerjanya mengesan,menghalau dan "membersihkan" hantu. Maka mereka berdua ini yang tolong pasangan keluarga tadi.




Macam-macam yang berlaku sepanjang usaha mereka untuk mengetahui apa yang hantu-hantu itu inginkan. Nak tahu akhirnya? Kena tengok sendiri dan lebih puas hati.


Bagi aku, 20 minit terakhir ada unsur seram. Permulaan just ada buat kejutan tapi ramai gelak-gelak termasuk aku. Nak kata seram sangat tidak juga. Bolehlah =)


Aku bagi 4/5 bintang. 


Selamat menonton bagi yang belum tonton





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^