tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Merasa juga Koko Krunch Bar

Terpengaruh tengok banner iklan di Speedmart. Hampanya berkali tanya, katanya habis. Rosak mood! Adalah satu hari tu ke Mydin, eh eh ehhh terjumpa plak. Tapi tak jual satu, jual satu kotak terus dengan harga belasan ringgit. Nak taknak, beli jugalah sebab teringin nak rasa. Haha.



Ada 6 pcs = RM 14.++


Teruja sangat nak cuba, bila rasa "Oh camni jeee". Hahaha, aduh. Rasa dia macam tambah madu dan susu je gitu. Takdelah terlalu manis. 





Apa pun PUAS HATI sebab dapat merasa sendiri. Korang pun kalau nak cuba sesuatu, kena cuba sendiri jangan cepat sangat terpengaruh dengan orang atau iklan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 13, 2018

Suzy Honey Herbs Produk 100% Bahan Semulajadi Sebagai Rawatan Herba Terkini

Kalau sebut tentang bahan semulajadi dah tentu yang terlintas di fikiran kita adalah hasil dari tumbuhan-tumbuhan semulajadi, kadang ada yang sukar untuk dijumpai, perlu bersusah payah redah hutan untuk dapatkannya. Yang paling menarik, bahan semulajadi pastinya buat kita rasa tenang dan selesa.


Alhamdulillah, Yui menerima satu set penjagaan rambut dan juga sabun sireh untuk digunakan dan dikongsi bersama korang. Haruslah Yui kena pakai dulu supaya dapat merasai pengalaman peribadi dan bercerita pada orang ramai.





Jom kita mulakan berkongsi dengan produk pertama iaitu  SET SYAMPU & PERAPI BUNGA KAMPUNG  250ML (RM 77)






Set ini mengandungi minyak kelapa dara, rosehip oil dan peppermint oil, kaffirlime juga rosemary eseential oil.


Mula-mula Yui buka, ALLAH wanginya bau. Bila Yui apply syampu, gosok sapu manja rambut dan biar sekejap. Yui dapat rasakan seperti berangin ( peppermint oil ) je kepala ini. Uihhh, tenang tau layan rambut macam ni. Bilas rambut dan guna conditioner pula. Biarkan dalam 5 minit. Guna conditioner jangan sampai akar rambut tau. Conditioner ada bau yang buat diri rasa nyaman sangat.


Bila dah bilas bersih,
Korang akan dapat rasakan rambut lebih lembut dan wangi sangat. Jom Yui kongsikan apa kelebihan Set Bunga Kampung.


1) Beri rawatan untuk rambut yang gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru
2) Jadikan rambut kelihatan lebih "volume" dan bersinar
3) Sesuai untuk rawatan rambut yang nipis dan yang berkelemumur/kulit kepala gatal
4) Sesuai untuk wanita bertudung dan mengelakkan berbau hapak
5) Beri keharuman bauan aroma yang sangat menyegarkan rambut dan kulit kepala



Kita cerita pula tentang SABUN SIREH (RM 18)

Sebut pasal sireh, dah terbayang dan terbau bauannya yang semerbak sehebat khasiatnya. Nak tahu apa khasiatnya? Hanya dengan RM 18, banyak manfaat boleh didapati. Yang penting 100% homemade dan dari daun sireh asli





Khasiat & Kelebihan Sabun Sireh
1) Menghilangkan bau badan dan bahagian keintiman wanita
2) Menegangkan otot vagina
3) Merawat keputihan
4) Merawat masalah jerawat badan
5) Menegang dan melicinkan kulit badan
6) Bertindak sebagai antiseptik mematikan kuman
7) Menghilangkan gatal-gatal kulit


Yui nak bagi tips penjimatan. Sebelum guna, korang potong kecil sabun tersebut. Dah habis, barulah ambil bahagian lain. Kan jimat banyak. Boleh juga share dengan orang lain.




Macam mana?
Bestkan produk keluaran Suzy Honey Herbs. Membantu orang ramai dengan cara mudah. Oh ya, Yui nak bagitahu juga, kalau ada di antara korang yang berminat nak sertai menjadi Agen/Dropship, amat dialukan. Terus contact untuk info lanjut. Produk hebat pastinya mendapat permintaan. InshaaALLAH.



Untuk info lebih lanjut :

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 30, 2017

Review Peribadi : Anis Chocolate Melt

Yui suka kek coklat keluaran Anis. Biasa Yui makan yang bekas macam love tu dalam RM 6 lebih. Tapi haritu nampak yang bekas kecil RM 4 lebih. Memang tak pernah try.




Lelehan coklat tu sama tapi bab tekstur kek rasa macam lain sikit. Agak kurang untuk tekak Yui. Yui lagi suka yang satu lagi lebih lembut dan lembap.


Apa pun,
tak salah mencuba kan?


P/S :
Kebanyakan entry makan/minum adalah hasil sebelum puasa atau waktu berbuka. Yui selitkan dalam entry blog untuk rujukan Yui sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 07, 2017

Kaki Wayang : Ghost In The Shell

Saja nak bagi pendapat peribadi lepas tengok wayang cerita Ghost In The Shell. Warning, ini pendapat peribadi Yui ya. Mungkin tak sama dengan kalian yang lain.




Jangan pelik kalau muncul nama-nama orang Jepun sebab rasanya memang ini cerita dari deme. Sebab apa? Banyak bangunan, motor pun letak HONDA. Wahhh, hebat! Kan Jepun maju dengan teknologi robot. Maka, jadilah cerita macam ini.


Pasal perempuan ni yang digelar Mejar, hanya kepala dan otak saja manusia, badan apa semua tu dah jadi robot ciptaan manusia lain yang ada kepentingan sendiri! 


Konflik muncul bila ada seseorang yang cuba bunuh seorang demi seorang orang atasan Mejar. Siapakah? Haaa, yang tu kome kena tengoklah sendiri. Mana boleh semua nak cerita sini. Hahaha.


Secara peribadi,
Yui bagi 8/10


Cerita ini P13 tapi macam rasa lagi baik untuk tatapan 18 tahun keatas. 


Lepas ini nak tengok cerita Fast & Furious 8 la =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 28, 2016

Review Peribadi : Dutch Lady PureFarm Coconut Delight

Sana sini ada entry pasal perisa baru susu Dutch Lady iaitu Coconut Delight. Dan kebanyakan bagitahu ada jual di 7Eleven. Oklah, beli lah kat sana walau kotak kecil pun dah RM 2.30. Pejam mata dan bayar sebab nak rasa.




Pendapat peribadi Yui,
Sedaplah juga dan ada juga rasa kelapa tu. Ala-ala coconut shake tapi versi tak berapa pekat. Ekekekeke. Gituuu. Minum sejuk memang sedap tauuuu!


Lepas ini boleh beli yang kotak besar plak.


Korang kena cuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 23, 2016

Review Peribadi : Jus Kurma

Sebelum ni menjadi viral orang mencari susu kurma dari Farm Fresh kan. Yui dah rasa, bolehlah dengan tekak Yui.


Yang jus kurma ini plak, Yui nampak dijual di TF. Pertama kali tengok, tertarik dengan design & botolnya. Macam beli ala pamoga, jus hidayah tu semua.



Atam pun sibuk sama nak masuk dalam blog
Hahaha


Yui pilih jus kurma berbanding 2 jenis yang lain. Harga 1 botol lebih kurang RM 4. Berapa ml Yui kurang pasti. Tapi botol jenis kurus dan tinggi.


Untuk tekak Yui.
Yui suka sebab tak terlalu manis. Sedap. Boleh repeat lagi =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 20, 2016

Review Peribadi : Chewing Gum Mentos Pure Fresh

Kalau nak tahu, bila Yui jarang ambil makanan/minuman bergula, Yui akan gantikan coklat/manisan dengan yang jenis sugar free.


Salah satunya adalah Mentos Pure Fresh. Ambil pun kadang-kadang kalau teringin. Saja nak bagi segar mulut & exercise kunyah. Ekekeke.




Dah lama Yui amalkan tapi ada jugalah ambil manisan gula lain. Sekali sekala. Kebanyakan ganti dengan makan buah-buahan. Manisan asli. Ekekeke.


Korang pun boleh amalkan kalau nak. Apa apa pun bersederhana dalam setiap kelakuan.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 19, 2016

Review Peribadi : Hokkaido Baked Cheese Tart

Haritu Yui ternampak blogger Aina buat entry pasal Hokkaido Baked Cheese Tart ini. Secara automatik Yui rasa teringin sangat. Padahal kedai ni dah buka lama, Yui takde plak nak p beli. Huhu.




Maka Jumaat lepas ketika rehat,
Yui beli 1 pcs sebab nak rasa + harga dia pun mak aihh tak boleh makan selalu. Hahaha. Seketul RM 6.30 kalau tak salah.






Ada jual 2 jenis tapi Yui lagi suka cheese/original. 


Bila gigit & masuk dalam mulut, perghhh terdiam kejap. Khusyuk merasai nikmat cheese tu. Bau pun sedap. Kulitnya pun rangup. Haaa, serius tak menyesal beli dan cuba.




Inilah rupa dalam. Saat taip entry ini, dok terbayang rasanya. Sedapppppp! Tapi tak boleh beli selalu. Kopak nanti. Baik beli kibbles anak-anak. Hehehee.


Sekali sekala teringin apa salahnya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

REVIEW : Air Sunquick Kotak

Haritu beli barang rumah di Mydin. Nampak plak botol Sunquick. Asalnya nak beli sunquick perisa lain, tapi ternampak ada free gift cuma di perisa sunquick asli, terus cakap kat mak nak yang tu juga sebab nak rasa.



Ada free 2 kotak kecil. Satu adik Yui ambil & Yui cuma rasa perisa berries. Ok lah juga, sama macam air kotak lain. Kalau sesaja nak beli, mungkin beli lagi tapi rasanya taklah sepekat air kotak biasa.


Tak terlalu manis, sesuai dengan tekak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 17, 2016

Nestle Just Milk Full Cream

Lagi item yang ada dalam Parcel of Joy dari Lazada ialah air susu Nestle. Jenama pilihan orang ramai ni. Sedap plak tu.




Yui masukkan dalam peti ais. Keesokan pagi. minum susu dulu buat sarapan. Yui suka jenama ini sebab susunya tak rasa muak. Sedaaaaap!


Kalau korang belum cuba,
Cepat beli tau.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 14, 2016

Nestle Cerelac Pisang & Strawberi

Lagi antara barang yang ada dalam Parcel of Joy dari Lazada. Walau Yui takde adik kecil mahupun anak, tapi cerelac ini Yui yang telan. Mak Yui pun tumpang sama makan.




Rupanya sedap tau! Hahaha. Rileks je makan sampai tak sedar dah habis. Nampak gayanya, ada juga nanti saja beli cerelac ni buat kudapan sendiri. Lalalala.


Jajan baru =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 06, 2016

Review Peribadi : Biskut Gery Cheese

Hari itu Yui ada bagitahu nak review pasal Biskut Gery. Ok, inilah entrynya ya. Ehehehe, kemain macamlah ada orang ternanti review ko Yui oiiii! Biskut yang sedang viral di media sosial sekarang.



Ini gambar Facebook


Pendapat peribadi Yui,
Bolehlah. Tapi tak seperti Yui harapkan. Dok bayang belum buka plastik, dah bau harum semerbak cheese, dok telan rasa rangup & masin cheese. Tapi itu semua bayangan Yui semata.


Rasanya biasa. Biskut tu bergula, dan sebelah disalut dengan cheese. Korang nampakkan rupa cheese tu? 


Sebenarnya Yui dah ada resepi untuk buat sendiri tapi sebab kemalasan melanda, Yui beli ajelah. Heeee, dah dapat dan rasa, baru Yui puas hati! 


1 bungkus ada 10 keping. Harga Yui beli RM 5.50.


Kalau tak salah, harga asal RM 2.90 tapi yela, nama pun berniaga, kenalah kira kos-kos lain sama. Bertolak ansur dan bertimbang rasa ya wahai buyer. Hehehe. 


Apa pun, memang jenis Yui rajin mencuba. Sedap pastinya Yui akan repeat. Setiap orang mempunyai lain citarasa. Yang belum cuba, p beli lekaih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 02, 2016

Hilangkan Lebam Bawah Mata | AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR

Perempuan ni kalau tak kisah pasal diri sendiri terutama tentang kecantikan macam tak sah plak kan. Perempuan vs cantik tak boleh elak. Kan?


Selain nak jaga badan, jaga kulit muka, ehhh korang jangan lupa antara masalah orang ramai tak kira lelaki mahupun wanita adalah masalah lebam bawah mata atau eyebag. Perghhhh, lingkaran hitam bawah mata memang buat rasa kureeennng keyakinan diri. Nak rawat, nak juga atasi!


6 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau juga lebih dikenali dengan istilah mata panda dan lebam bawah mata. 1. Keturunan Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat. 3 . Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.
4. Pertambahan Usia atau Penuaan Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun.
5. Alergik atau Alahan Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat.
6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam.


Jadi,
Yui nak perkenalkan satu produk inshaaALLAH sesuai untuk masalah di atas. Lebih mudah untuk anda guna. Tak perlu bersusah payah letak timun, hanya picit & sapu sekata. Guna sahaja Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator.




Merupakan produk gabungan formula dari negara Jepun & Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Kandungan bahan unik berkualiti & semulajadi yang menggabungkan ramuan sesuai untuk setiap golongan wanita dan juga lelaki yang berusia 18 tahun ke atas.


Keistimewaan bagi dalaman dan luaran khas untuk kulit bawah mata yang mampu membuatkan mata kembali aktif, tona sekata, sihat, cerah, lembap, licin, bersih dan gebu serta berseri.




Fungsi utama Ameena KSK III ialah :

  • Menghilangkan lebam bawah mata
  • Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata
  • Menghilangkan garis-garis halus bawah mata
  • Menghilangkan sel kulit mati bawah mata
  • Melancarkan peredaran darah bawah mata
  • Memberikan kulit bawah mata lebih sihat
  • Memperbaiki sel-sel bawah mata



Seawal 48 jam anda akan dapat merasai perubahannya, inshaALLAH. Untuk pengetahuan anda, Ameena KSK III adalah jenis aqua waterbase, sejuk & cepat serap, tiada kesan sampingan, tidak melekit/berminyak, mudah digunakan dan senang dibawa kemana sahaja.



Pengalaman peribadi Yui sendiri menggunakan Ameena KSK III, anda boleh rujuk gambar di bawah.
Hari pertama - ketiga 



Terkini


Cara & waktu sesuai untuk guna :
Hanya perlu picit sedikit & sapu secara sekata. Urut lembut.
Pakai pada waktu pagi & malam. 
Kalau Yui, selepas solat, Yui akan guna juga sebab seronok. Hehehe.


Produk berdaftar dengan KKM
NOT KKM 151205676 K


Macam mana?
Bestkan kalau dapat guna Ameena KSK III. Jadi, apa kata anda beli dan cuba sendiri. InshaaALLAH pengalaman yang tidak akan mengecewakan. Yui sertakan maklumat lanjut kalau anda berminat nak mencuba.


Puan Haida : 019 508 1433
Facebook : Ameena The Secret - Hilangkan Lebam Bawah Mata


#ameena
#lebambawahmata
#lebammata
#ubatmatalebam
#misiterusjalan



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 24, 2016

Homemade Baker terbaik di Ipoh (murah&sedap)

Nak juga Yui share dalam blog sebab Yui suka beli dan rajin ulangkali beli. Haaa, nampak tak betapa berkenannya Yui pada apa yang baker ni jual.


Mula-mula tengok gambar dulu tau. Maaf kalau ada yang tension tengok aksi Yui macam ni. Hahaha.



Creamy Egg Tart



Choc Cake Baby Bite
Melty Durian Cheese Cake


Rasa macam dah lebih 3 kali beli. Setiap kali beli memang tak mengecewakan. Sebelum ini pernah cuba Creampuff Durian 24. Itu pun terbaik.


Harga memang dijamin berbaloi. Berbaloi sangat dengan kesedapannya. Korang kena cuba tau.


Mana nak dapatkan?
Orang Ipoh, Perak terutama di Station 18, boleh terus tempah pada sis Roslina Alin. InshaaaALLAH dia akan layan korang sebaiknya. Cakap tahu dari Yui, mana tau kot dapat diskaun. Ekekeke.


Mani-manis Homemade Ipoh Baker
Hp : 017 579 7043


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 18, 2016

Konjac Food alternatif lain untuk anda berdiet

Korang biasa diet? Korang tahu ada pelbagai jenis diet. Yang penting korang boleh follow dan fahami setiap jenis diet itu. Fahamkan yang basic dulu ok. Pastu yang mana gian nak makan nasi/mee/kotiau, haaaa inilah untuk anda.


Ok, berbalik pada tajuk entry. Yui dah lama tahu pasal Konjac Food ini. Sebelum ini nak cari supplier yang boleh cod area Station 18, Ipoh ini punyalah payah. Alhamdulillah haritu nampak, terus order.




Kena beli 5 paket terus = RM 25 
Kotiau/Mee/Nasi


Yui dah biasa makan mee/bihun macam ini. Jadi bila dah beli, mood nak diet kemain tinggi. Hahaha. Padahal semangat aje tinggi. 


Nak guna/basuh pun sangat mudah. Masak pun senang. Pendek kata senang belaka. Takpe, nanti kalau rajin Yui tunjuk gambar menu yang Yui gunakan Konjac Food sebagai bahan asas. Sedap habaq hangpa. Haha.


Nak tahu lebih lanjut apa itu Konjac Food?
Korang boleh tengok sendiri di page berikut. Baca dan fahami dulu naa. Rasa berminat, bolehlah beli. Paling menarik, banyak kelebihan Konjac Food ini tauuu.




Dalam apa jua kita lakukan, BERSEDERHANA ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 17, 2016

Review Peribadi : Ribena Lightly Sparkling

Air Ribena bancuh dan kotak tu mesti korang dah biasakan. Ini saja ja Yui ambil sebab tak pernah cuba. 1 tin lebih kurang RM 1.80 kalau tak silap.




Pendapat Yui,
Rasanya ok tapi Yui lagi suka rasa asli. Rasa tanpa gas. Gas dia tak berapa kuat dan masih boleh telan. Tapi itulah, otak dibayangi air ribena yang pekat dan sedap tu. Hahaha.


Maka,
Yui tak berapa kenan air sparkling macam ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 15, 2016

Jus Qalbi Al Ehsan Kawal Kolestrol & Agen Pelangsingan Semulajadi Terbaik

Perkara yang melibatkan kesihatan ini kita jangan pernah ambil mudah sangat. Tambah jenis yang jarang nak buat pemeriksaan doktor, makanan atau supplement tambahan memang perlu untuk kita.


Bab kolestrol, jantung, peredaran darah tidak mengenal usia. Maka kita sendiri kena jaga sebaiknya pemakanan dan gaya hidup kita. Oh ya nak bagitahu korang, Yui perasan ada satu jenis jerawat tumbuh bawah mata Yui. Biasa, muka Yui memang sukar nak naik jerawat, tapi kali ini jerawat tu lambat sangat hilang.


Fikir dan fikir serta sedar itu mungkin salah satu tanda kolestrol. Alaaa, biji kolestrol tu. Memang tumbuh tak hilang/lambat hilang. Nasib baik ada seketul. Jadi, Yui ambil supplement tambahan.




Alhamdulillah, Yui diberi peluang untuk cuba satu jenis produk  iaitu Jus Qalbi Al Ehsan. Apa yang menarik tentang Jus Qalbi Al Ehsan ialah dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan, mampu membaikpulih dan merangsang sistem peredaran darah dan juga mengurangi risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan.




Mula-mula buka penutup, bau bawang putih memang kuat. Terus terfikir mampuke telan, dan bila telan, ehhh sedap plak! Ada rasa masam tau. Senang cerita, lagi sedap diminum begitu saja ( ini cara Yui ). Korang boleh juga tambah dalam bancuhan air.




Jus Qalbi Al Ehsan terdiri daripada 5 bahan asli semulajadi yang terbukti berupaya untuk menurunkan kandungan kolestrol dalam badan.

  • Cuka Epal
  • Bawang Putih
  • Madu
  • Halia
  • Lemon


Yui kongsi minum dengan mak Yui. Haruslah kita berkongsi dengan orang yang kita sayangkan. Nak sama-sama sihat dan cergas walau usia semakin bertambah.


Paling menarik untuk Yui, Jus Qalbi Al Ehsan juga merupakan agen pelangsingan semulajadi terbaik. Lemon, Halia, Cuka Epal ini semua antara bahan asas kalau kita nak turunkan berat badan. Tak payah dah susah payah, telan saja jus ini.


Nak minum pun sangat mudah. Hanya perlu ambil 1 sudu pada waktu pagi dan 1 sudu pada waktu malam. Sila guna sudu plastik untuk menjamin khasiatnya, inshaaALLAH.


Ada 2 saiz yang boleh korang cuba.

250 ml = (RM 79 SM) (RM 89 SS)
500 ml = (RM 149 SM) (RM 159 SS)


Yui bagi mak Yui minum juga. Dia suka sebab buat dia lawas & rasa lebih bertenaga. Kemain seronok dia. Hehehe.


Dah masuk minggu ke-3 minum
Jus Qalbi Al Ehsan


Untuk maklumat lanjut mengenai Jus Qalbi Al Ehsan, Yui sertakan info berikut untuk korang tengok ya. 


Facebook : JUS QALBI AL EHSAN 


Atau anda boleh hubungi terus

Algae Park Sdn Bhd
No 80A Jalan Renang 13/26
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-5511 4366

HP : 017-7300 366 / 017-3730 366




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 08, 2016

Review Peribadi : Air Kopiko Coffee Latte

Masuk kedai runcit. perasan pula air dalam peti tu. Macam baru tengok, mungkin Yui je baru perasan kewujudan air Kopiko. Haaa, apa lagi, ambil sebotol.




Teguk sekali, ermmm sedap gak! Heee. Tapi apa pun Kopi Wonda masih kekal di hati. Kopiko ni pun sedap juga cuma kepekatan masing menang pada Wonda.


Not bad, boleh beli lagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 07, 2016

Review Filem : Doctor Strange

Lama tak tengok wayang. Yang terbaru sempat tengok cerita orang putih, Doctor Strange. Oh ya, nak habaq siap-siap, Yui review cara Yui sendiri ya. Jangan samakan dengan orang lain. Kira pendapat peribadi laa ni tauu.




Mula-mula tengok cerita ni, dok fikir eh pasal apa ni. Awat jap alam gini, jap alam lain. Ok, dah 20 minit faham dah. Jangan di tanya apa kisah sebelum sebab Yui bukan jenis follow cerita dari filem lepas ke apa jika ada. Heeeee.


Tengok yang perempuan botak tu, dok fikir pasal agama. Pastu fikir pasal magic, pasal ilmu dalaman diri. Pendek cerita, filem ni banyak berimaginasi dalam diam. Kalau korang jenis malas, memang tak layan sampai habislah.




Dari negara orang putih terus ke Kathmandhu if i'm not mistake. Huhu. Nepal kan tu. Haaaa, kemain cari penawar sebab Dr ni kemalangan dan agak kritikal dan sukar untuk pulih. Bila dia sampai sana, jumpa la lelaki belah kiri dia ( rujuk gambar atas ). 


Dia belajar dan belajar eh entah kenapa boleh plak dia ni jadi macam superhero. Boleh berlawan dengan orang jahat, ada kuasa dan boleh juga putar masa ( tu sebab rantai dia pakai kot ).


Paling tak menahan bab dia boleh sampai ke hospital balik tu. Nak rawat diri. Lepas tu "roh" berterbangan. 


Apa akhirnya?
Korang kena tengok sendiri tau. Haaaa, ni review cara Yui aje. Memang takdelah nak hafal nama semua. Hahaha.


Bagi 8/10.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 20, 2016

Name card percuma 100pcs dari Pixajoy

Korang dah buat kad FREE dari Pixajoy? Apa FREE? Yaaaa, sahih free selagi masih ada promosi itu. Yui tahu pun lepas banyak entry dari blogger. Secara tak langsung dari taktau terus tahu. Dah tahu terus buat. Haaaa gituuu.


Al-kisahnya nak buat design lain. Bila sampai peringkat akhir, entah macam mana tiba-tiba hilang, maybe silap Yui tertekan apa-apa, terus takde. Aduhh, berkali juga akhirnya buat habis simple. Edit info aje. Hahaha.



Cerita bab service.
Memang terbaik. Buat harini, lusa sampai. Ehhh cepat sungguh! Kalau ikut apa yang ditulis dalam seminggu tapi dapat awal, itu sudah bagus kan. Dahlah percuma, service cepat, memang Yui suggest korang guna perkhidmatan Pixajoy.


Macam mana nak buat?
Pergi ke web http://www.pixajoy.com.my , cari bahagian products , klik name card dan buatlah step seterusnya. Senang aje.


Kalau time korang nak buat, tapi dah takde free jangan salahkan Yui ya. Yui taktahu sampai bila dia buat promotion. Cuba nasib jelah naaa.


Akhirnya ada juga kad untuk blogger. Huahuaaaa. Lupa habaq, korang hanya perlu bayar kos postage lebih kurang RM 8. Berbaloi sangat dah tu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^