tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, December 02, 2013

Kurang sihat sekali lagi

Macam baru sahaja aku taip aku ada mc 2 hari minggu lepas. Hari ini pun aku rasa kurang sihat. Pakej 3 in 1. Sakit tekak, selsema & demam.


Nak minta mc lagi memang tak lagi kot. Nanti ada pula fikir hari Isnin je memanjang nak mc. Selagi masih larat, masih mampu menaip kira oklah tu kan.


Doakan daku sihat sepenuhnya secepat mungkin. Memang tak tahan kalau selsema lama-lama. Sakit penghapus dosa kecil. ALLAH nak uji hamba-NYA.


In shaa ALLAH hari ini akan keluarkan senarai penuh peserta. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, December 01, 2013

GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

GA bulanan kembali lagi. Edisi November 2013. Maaf lambat sebab tunggu selesaikan GA Oktober yang lepas. Kali ini GA bertemakan PANTUN & MENANG.


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim

Syarat WAJIB untuk para peserta patuhi :




1) Ada blog beridentiti
( yang boleh daku view blognya )

2) Buat satu entry dengan tajuk, letak banner & link kan entry ini
" GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang "

3) Hanya perlu buat serangkap pantun ( lebih pun boleh )
tak kisah 2 kerat, 4 kerat @ sebagainya
dengan perkataan yang wajib ada
" KASIH SAYANG"

4) Berikan link entry anda di komen entry ini


CONTOH PANTUN :

Berkasih sayang bukan berdua,
Punah harapan beriye-iye,
Biarlah rasa itu lebih kepada keluarga,
Bukannya dengan pakwe makwe.


( Perkataan kasih sayang itu tak kisah kasih di rangkap pertama &
sayang di rangkap terakhir, asalkan perkataan itu ada )


AMARAN KERAS!
PANTUN YANG DIDAPATI BUKAN ASALNYA DARI ANDA
SAMA SEKALI DIBATALKAN
( CIPLAK DIELAKKAN! )


TARIKH BERLANGSUNG
28/11/2013 - 1/12/2013

SENARAI PESERTA
2/12/2013

PEMENANG DIUMUMKAN
3/12/2013


Ok faham semua?


Tak semesti bahasa kena baku, unsur lawak juga diterima
Pantun yang mampu membuatkan aku tersenyum atau ketawa
atau sebagainya berpotensi tinggi untuk menang


HADIAH
Topup RM 10 ( celcom/dg/maxis ) x seorang
Topup RM 5 ( celcom/dg/maxis ) x 2 orang


Andai peserta melebihi 100 orang
 hadiah tambahan akan diberikan
( boleh war-warkan )


Good luck!


PESERTA YANG MEMENUHI SYARAT
AKAN DIMASUKKAN DALAM SENARAI


ENTRY BARU SCROLL BAWAH



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

GA November 2013 Nurul Yui - Pantu & Menang tamat malam ini

Selepas berubah sahaja menjadi tarikh 2/12/2013 secara automatik GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang akan tamat.


Bagi yang masih sudi nak join, sangat dialukan. Terbuka luas peluang untuk anda menang. Hihi.


Takut nak join sebab takut tak reti berpantunkan? Takpe aku faham. Bakat terpendam tidak mahu diluahkan. Kui kui.


Nak join saat-saat akhir hari ini?


* Daku selsema dan sakit tekak




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Mahu berusaha untuk mencapai apa yang dihajati

Nak berusaha
Nak cuba kurangkan
Nak follow apa yang diarahkan


Mahu berubah
Mahu motivasi
Mahu kata-kata semangat


Sebab daku cepat "tergoda"
Tegur saat aku hampir terkandas
Moga aku berjaya


Bila nak mula?
Cadangnya esok
Cadanglaaaaa


* Pasti tak tahu aku nak buat apa kan? Nanti aku cerita lanjut setelah aku bersedia




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^