Ehem-ehem diingatkan terlebih dahulu,
entry ini adalah pendapat peribadi dari aku semata-mata dan melalui pengalaman yang ada. Untuk pendapat yang lebih baik, boleh rujuk pada yang arif.
Blogger sis Diana ada bertanya aku berapa banyak sangkar yang aku ada?
Secara kasar
sangkar yang ada lebih 10. Saiz sederhana hingga yang mencapai ketinggian orang dewasa.
Tak semua kucing aku duduk dalam sangkar. Ada yang berkeliaran bebas keluar masuk rumah. Ada yang jadikan bilik air sebagai tempat poo & pee mereka. Ada yang poo & pee dalam bekas pasir. Jadi, sangkar lebih memang
spare untuk kucing yang beranak.
Berbalik pada soalan sis Diana
Sangkar apa yang sesuai untuk seekor kucing dewasa

Model terpaksa : Lela
Sangkar seperti dalam gambar di atas, ku rasakan antara yang sesuai untuk letak seekor kucing dewasa. Aku ada banyak sangkar seperti itu. Contoh di luar rumah, 2 sangkar ini digabungkan dan letak 4 ekor kucing yang bersaiz sederhana.
Harga lebih kurang RM 40. Harga bergantung kepada kualiti sangkar. Ada yang jenis tebal. Yang ku beli jenis sederhana.
Kalau kucing jenis guna pasir, belilah sangkar lebih besar untuk letak sekali bekas pasir. Jadi, kucing ada ruang untuk bergerak ke sana sini. Yang penting perlu ada ruang untuk mereka tidur.
sumber google
Kalau sangkar jenis bertingkat, harga bermula RM 300 biasanya. Juga mengikut kualiti & saiz sangkar. Boleh letak 3-4 ekor. Bahagian bawah boleh letak bekas pasir. Senang untuk bersihkan sebab ada roda.
Senang cerita beli sangkar biasa. Ada bajet lebih boleh beli yang besar. Lebih berbaloi.
Jadi, beginilah pendapat aku. Harap
sis Diana puas hati dengan jawapanku. Nanti aku ukur ikut inchi sangkar tersebut ya. Lupa pula haritu =)
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^