tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Thursday, May 18, 2017

Short Vacation ke Penang (bertemu Blogger)

Percutian pendek untuk gugurl. Ekekeke. Asalnya ada 6 orang tapi hanya 4 orang yang boleh sertai. Percutian tetap diteruskan.


Niat utama nak bercuti sambil jumpa kali pertama dengan blogger dari Penang. Siapakah? Haaaa, entry seterusnya. Yang follow FB Yui dah tentu tahu siapa. Hihi.



Jambatan yang kami lalui 



Hai Penang!
14/5/2017 dan 15/5/2017 kami di sana. 2 hari 1 malam yang Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 11, 2017

Blog bercuti sama macam tuannya

ALLAH,
Tak sempat nak schedule entry apa apa sebab Yui sambung cuti.  Cuti tak dirancang.


Motif utama,
nak kasikan SEPET anak Seri.  Lepas itu Yui nak bawa anak anak bulus yang tak sihat ke veterinar untuk terima Rawatan lanjut.


Maka jangan pelik kalau sepi sampai 4 hari.

Time cuti ada yang inform Yui menang RM 50.  Alhamdulillah rezeki.  Rezeki untuk beli kibbles anak-anak bulus.


Nanti Yui up entry penghargaan.  InshaaALLAH.


Selamat bercuti uolss.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 13, 2016

Campur aduk

Oklah, sebenarnya takde benda nak update mana.


Lebih kepada hal-hal lain yang kena uruskan. Banyak entry kena publish selepas ini. Nak cari idea bina apa yang patut. Ecehhhh!


Macam mana raya korang semalam?
Aku buat pertama kali dalam sejarah balik kampung untuk beraya tak pakai baju kurung. Fuhhh. Maksudnya aku berseluar, blouse dan shawl sahaja. Nasib baiklaah sedara mara jenis nantak hang la. Hahahaha.


Biasa aje raya aku
Yang penting dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara mara tersayang.


Maaf tak tau nak letak tajuk apa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 09, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha

Isnin nanti bersamaan 10 Zulhijjah 1437 adalah merupakan Hari Raya Qurban atau AidilAdha. Sudah tentu ramai yang akan sambung bercuti memandangkan hari Jumaat jatuh cuti umum sempena Hari Malaysia.


Persiapan Aidiladha?
Jujur, takde langsung. Nak buat mini popia ikan bilis pun tak. Nak buka tempahan, langsung tidak. Tak tahu kenapa, nampak "sepi" untuk sambutan padahal kita patut lebihkan Aidiladha. Tapi setahu Yui, di negeri Kelantan, Terengganu & Kedah sambutannya meriah. Rasa nak pergi sana dan alami pengalaman itu.


Cuti
Yui cuti hari Isnin sahaja. Takde niat nak apply cuti tambahan.


Berhati-hati
Korang kena hati-hati walau di mana berada ya. Moga dipermudahkan urusan kita bersama. InshaaALLAH.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Ikhlas,
Nurul Yui




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 08, 2016

Cuti Raya 2016

Sebenarnya aku tak kisah aku cuti raya bila, selagi aku ni bujang, aku boleh beralah. Haaaa. Tapi sebab tahun ini kira macam turn, aku ambil cuti lepas raya.


Cuti Raya
6/6/2016 - 11/6/2016


Akan mula bekerja pada hari Selasa, 12/6/2016. Kiranya AL aku ambil 2 hari sahaja iaitu Jumaat & Isnin. Mujur raya kali ini cuti direct. Ekekeke.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 22, 2016

WW 13 [2016] - Salam Nuzul Al-Quran





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 19, 2016

Bercuti sebab dot dot dot

Hari ini Selasa 19/4/2016
Cik empunya blog ambil AL
Jadi segala jejak balas inshaaALLAH bermula esok


Apa yang dot dot dot ??
Ermm, tetttttt.
Titik
=______=


Terima kasih kepada yang sudi singgah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 25, 2016

Kembali setelah 2 hari bercuti

Emergency leave hari Rabu
Hari Khamis kemalasan melanda
Hari Jumaat baru datang kerja


Gitu pun boleh asalkan cuti ada
Huahuaaaaaa
Salam Jumaat
=____=

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 24, 2016

Hari ini cik blog AL

Hari ini cik empunya blog AL. Memang dah rancang nak cuti hari ini. Nak release tension yang ada sedikit.


Semalam alami perkara sedih akibat kematian kucing. Walau deme binatang tapi aku dah anggap macam keluarga aku sendiri. Yang pergi tetap pergi tapi yang ada akan tetap aku jaga hingga akhir hayat.


Segala jejak balas akan bermula esok inshaaALLAH jika aku tak sambung AL.


Baki AL : 15 hari

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 10, 2016

Bersiaran setelah 4 hari bercuti!

Fuhhh, lemau sungguh pagi ni nak bangun. Set jam 6.40, pastu sambung lagi 10 minit. Padahal mata bukan nak lena sangat. Faham kan erti MALAS? Haaaaa.


Tenang sungguh menunggang kuda arini.
Lapang je jalan. Tak sesak. Tak merungsingkan! Hahahaha. Kemain kan. Aku rasa ramai lagi sambung cuti minggu ni. Fuhh, sakan kan.


Oklah, jom memulakan semula blogwalking yang tertunggak selari dengan cuti panjang. Kat rumah dah takde WiFi, kira memang takdelah nak beronline bagai sangat.


Apa pun, kepada yang bekerja, selamat bekerja ya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 06, 2016

Selamat bercuti panjang

Dah sedia maklum, next week cny. so berturut cuti 4 hari. Ada juga yang apply sambung terus seminggu kan?


Apa pun,
Selamat bercuti panjang. Berhati-hati walau di mana anda berada. Buat yang berjalan-jalan, jaga diri baik-baik. Sabar walau dimana pun.


Semoga semuanya selamat, inshaaALLAH.


Aku tak apply sambung cuti sebab takde benda nak buat. Heeeeee :)



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 27, 2015

Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Hari ini aku cuti sempena Keputeraan Sultan Perak.


Aktiviti?
Niaga online macam biasa
Buat kerja rumah
Rutin biasa basuh sangkar kucing/bersihkan tempatnya
Kalau sempat, nak mandikan kucing-kucing yang ada


Itu jelah perancangannya.
Jadi atau tak itu lain cerita.


Sesi balas kunjungan akan aku buat nanti ya
Direct cuti 3 hari :)







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 24, 2015

Saya AL hari ini

Sukacita dimaklumkan cik empunya blog
ambil AL untuk hari ini sahaja
Selasa 24/11/2015


Segala urusan bw dan seangkatan
akan dilaksanakan bermula esok


Dengan rasmi
Baki AL yang ada hingga hujung tahun 2015
3 hari sahaja lagi!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 11, 2015

Selepas 4 hari bercuti

Mood malas gila nak bangun pagi ni nak p kerja.
Sebenarnya hari Isnin haritu terpaksa ambil AL.
Gara-gara tiket ETS semuanya habis hari Ahad, jadi postpone sampai Isnin berada di KL.


Jadi, pagi ini, mood memang malas!
Nak p kerja pun malas, nak mulakan kerja pun rasa malas-malas.


Ni mesti ada antara kome yang sambung cuti lagikan?
Huntung huntungggg. Cuti lama-lama lepas itu rasa malas macam aku. Huahua.


Malassss!
Sila jauhkan dariku.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 13, 2015

Ambil AL khas untuk Mat Oyen

Hari ini hari Selasa 13/10/2015, aku ambil AL khas untuk Mat Oyen kesayangan. Sebab dah berjanji nak bawa ke veterinar untuk kasi/mandulkan. Lagipun dia banyak luka sebab perasan jadi taiko tak sedar diri.


Memang aku akan cadangkan, kalau nak bela kucing tapi rasa kurang mampu, lebih baik dari awal ANDA MANDULKAN KUCING ANDA! 


Banyak kelebihan bila kita buat. Semua untuk kebajikan bersama. Lagipun kucing lebih sihat & kurang mendapat penyakit. Tak percaya, boleh rujuk ke veterinar.


Jadi, kita jumpa lusa lah ya untuk siaran langsung blog sebab esok cuti umum.


Mat Oyen adalah kucing rumah sewa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 16, 2015

Selamat Hari Malaysia & Selamat Bercuti

16 September adalah cuti umum. Merupakan Hari Malaysia. Bagaimana terjadi Hari Malaysia? Sila kelebek sejarah kembali. Hehehehe.


Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Hari Malaysia.


Kepada yang bercuti, selamat bercuti
Yang bekerja, selamat mendapat tripple gaji.


Cuti sehari duk rumah aje. Keadaan jerebu semakin teruk, kurangkan aktiviti luar ya.


Esok kerja, jangan nak mengelat!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka & Selamat Bercuti

Tanggal 31 bulan 8 57
Hari yang mulia hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka


Wah sila baca dengan nyanyi ala arwah Sudirman
Selamat Hari Merdeka Malaysia


Walau di mata nampak merdeka tapi secara halus banyak yang belum merdeka
Itu yang aku rasa sebagai rakyat yang marhennnnn


Kepada yang sama bercuti macam aku, selamat bercuti
Esok masuk kerja ya, jangan nak mengelat!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 15, 2015

Tiba-tiba diberi cuti raya

Semalam aku post di FB sendiri pasal jawapan aku kenapa aku cuti Jumaat, Sabtu & Ahad iaitu cuti umum saja. Takde cuti AL lain.


Tak lama lepas itu, terima emel dari pihak atasan bagi cuti pada hari Khamis.
Alhamdulillah, selalu esok raya hari ini akan kerja half day.


Nampaknya tahun 2015 terus bagi cuti sehari.
Bagus macam ini. Buatlah macam ini tiap-tiap tahun lagi baik. Kihkih.


Sebenarnya cuti sehari ini kena potong AL yang ada.
Tak kisahlah mak jemah, asalkan orang dah bagi cuti, bukan senang!


Secara rasmi, bermula Khamis akan bercuti dan akan mula bekerja pada hari Isnin.InshaaALLAH.


Berhati-hati kepada yang pulang ke kampung
Ingat orang tersayang =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 16, 2015

CIK BLOG BERCUTI

Hari ini Selasa bersamaan 16/6/2015
Cik empunya blog Corat Coret Nusha
BERCUTI


Segala jejak balas atau pertanyaan 
akan dibuat selepas urusan cuti aku selesai


Sekian, terima kasih
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 09, 2015

CUTI YANG BELUM TENTU JADI

Sebenarnya hari Rabu ini aku ada apply cuti. Apply kena seminggu awal dibuat melalui sistem yang telah disediakan.


Semalam datang kerja, kawan sekerja inform dia kena admit. Masalah pada kandungannya.
Memandangkan office aku ini pekerja hanya 3 orang, kalau seorang tidak ada, lagi 2 orang wajib ada sebab semua sistem memerlukan sekurangnya 2 password.


Jadi, cuti yang aku mohon belum tentu jadi cuti lagi walau dah approve.
Kena tengok macam mana petang ini, kalau dia datang, esok aku boleh bercuti kalau tidak terpaksa abaikan cuti.


Sedih tapi nak buat macam mana. Setiap perkara ada hikmahnya kan?


Ini namanya perancangan manusia tapi perancangan ALLAH mengatasi segalanya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^