tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label resepi gambar. Show all posts
Showing posts with label resepi gambar. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Resepi Mudah : Chicken Wing Bakar

Maaf taktahu nak letak tajuk apa. Tapi biasa tak makan chicken wing kat pizza/domino? Haaa, Yui buat ala-ala gini tapi Yui rasa resepi Yui lagi sedap dari itu, hahahaha. Lawak je nooo. Hangpa cubalah kalau rajin.



Tergoda atau biasa?


Bahan & cara-caranya :

1) Bahagian kepak/yang kecil (rujuk gambar atas) dalam 7 ketul 
2) 3 ulas bawang putih ( tumbuk aje)
3) Untuk perapan : 2 sudu sos cili, 2 sudu sos lada hitam, 1 sudu sos tiram 
(kacau semua ni lepastu campak kepak tadi gaul sebati)
4) Letak dalam peti ais, esok pagi keluarkan kemudian ambil dalam 1 sudu butter jenama Anchor (salted), campurkan sekali & bakar dalam oven lebih kurang 40 minit, suhu 150" api atas bawah


Yui tak guna minyak sebab dah ganti dengan butter. Yui tidak letak garam atau gula sebab rasa perapan dah cukup lengkap untuk tekak Yui.



Kalau korang suka pedas,
Boleh juga tabur lada hitam (hancur).


Dah habis makan,
Jangan buang begitu aje minyak/perapan. Ambil sekeping roti, calitkan, mambleeeeessss!


Ini resepi bujang Yui. Bahan campak-campak selesai. Kahkahkah.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 04, 2017

Resepi Mudah : Kerabu Megi Thai

Kalau ada festival makanan Thailand, antara menu yang kena cuba haruslah Kerabu Megi Thai. Tapi korang boleh tengok bahan dipamerkan sebelum membeli ( sebab ada gerai letak banyak bahan ).


Kalau rasa macam nak lebihkan bahan & buat dengan lebih mudah, mailah try cara Yui. Memang Yui buat seringkasnya dan sesedap tekak sendiri. Takde tambah sos sotong/cuka.



Ini menu Yui malam tadi sampai ada yang minta cara
Maka, Yui up untuk entry ini ya




Bahan-bahan 

2 bungkus megi Thailand ( paket warna merah ) 
Sotong 
Udang 
1 biji tomato (potong dadu)
Sedikit daun sup 
Sedikit lobak 
1 biji limau kasturi


Cara-cara


Celur sekejap lobak, angkat dan masukkan pula sotong & udang. Sekejap sahaja. Toskan bahan tadi. Air yang digunakan, jangan buang sebab boleh masukkan magi Thai pula dalam itu ( ada serap rasa sotong & udang tadi ). Sama juga, jangan terlalu keras dan terlalu lembik. Toskan Magi.


Hiris daun sup halus-halus. Potong tomato bentuk dadu. Bahagian paling seronok, gaulkan semua bahan tadi termasuk perencah yang ada dalam setiap bungkusan magi ( perencah & minyak ). Gaulkan sebati. 


Siap untuk di makan. 




Yang ini plak cara orang menjual.
1 bekas biasanya RM 6
Saja Yui buat konon macam jual
Miahahaha!


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 16, 2016

Resepi : Bawal Masak Merah

Aku ni tak pandai masak tapi adalah inisiatif nak belajar masak. Sekurangnya reti lah juga. Heeee. Ini kisah berapa minggu entah. Pertama kali, buat kerja 98% sendiri. Hahaha. Yelah, sebelum ni rajin masak je, nak basuh ikan apa tu bagi mak.



Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
Sambal merah ( buat sendiri/boleh beli di kedai )
1 biji bawang besar (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 batang serai diketuk
2 biji tomato
Sos cili dan tomato secukup rasa
Sedikit garam
Sedikit daun bawang ( bagi wangi )


Cara-cara
Goreng ikan bawal separuh masak ( jangan terlalu garing ) dan ketepikan
Untuk bahan sambal masak merah
Panaskan minyak
Tumis bawang yang dah di blend hingga naik bau
Masukkan serai
Masukkan sambal merah
Masukkan sos cili dan tomato serta garam
Agak semua dah sebati, masukkan ikan yang dah digoreng
Masukkan tomato yang dah dipotong
Akhir sekali daun bawang dan terus angkat


Selesai.
Kira ni cara mudah yang aku buat.
Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 04, 2016

Resepi Mudah : Paprik Campur

Jujurnya, aku memang tak pandai masak. Tapi bila ada ja menu mak yang aku rasa terlalu suka, aku gigih tanya mak macam mana caranya. Cehhh, rajin kan tanya ?? Hahahaha.


Biasa dah kan kalau makan kat luar, order nasi goreng paprik. Datang paprik kadang ada kuah, kadang langsung kering. Sedap juga telan sampai habis. Tengok bahan mudah sangat.


Jom kita belajar paprik campur yang sangat ringkas.


Bahan-bahan :

1) Lobak, bunga kubis, batang saderi, cendawan, ayam, 3 helai daun limau purut, 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih
2) Sedikit sos cili & sos tomato
3) Sedikit air ( untuk bagi kuah ) & sedikit garam


Cara-cara :

1) Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ayam & sayur yang lain serta daun limau
2) Masukkan air & sos
3) Gaul sebati & tambah garam secukup rasa
4) Siap dan sedia untuk dihidangkan

* boleh campur bahan seperti udang,sotong & lain-lain mengikut citarasa masing-masing. Yang penting kena ada daun limau purut, itu penyedapnya !!




Menu orang bujang macam ini jela ya. Jangan pelik sebab aku pemalas orangnya. Lalalalala. Dah tahu cara, memang senang.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 23, 2015

RESEPI MUDAH : Spageti Aglio Olio

Ini pula menu kedua yang aku sediakan selepas mashed potato. Disebabkan bahan dah ada, terus laju buat. Konon rajin, hahaha!




Bahan-bahan :

1) 1/2 paket spageti direbus
2) 10 ekor udang
3) Sedikit minyak zaitun
4) 5 ulas bawang putih ( dipotong dadu )
5) 2 sudu makan mentega
6) 2 helai cili kering ( dipotong kecil )
7) 4 biji tomato ceri kecil ( dipotong )
8) Sedikit lada hitam
9) Sedikit garam
10 ) Oregano, chili flakes
11) Sedikit cream for cooking ( pilihan )
12) Sedikit air


Cara-cara :

1) Rebus kulit udang dengan sedikit air ( boleh letak pati ayam sedikit )
2) Panaskan mentega dan goreng udang sebentar, Angkat dan ketepikan
3) Guna kuali yang sama, panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & cili kering. Kemudian masukkan air stok udang & cream
4) Masukkan spageti & bahan-bahan lain
5) Taburkan oregano & chili flakes


Sedia untuk dimakan. Boleh juga masukkan sosej atau bahan lain. Ikut tekak masing-masing.
Selamat mencuba resepi ringkas dari Yui =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 22, 2015

RESEPI MUDAH : Mashed Potato ala KFC

Pagi 16/6/2015 yang lepas ( di mana aku AL ), aku sempat masak 2 menu. Salah satunya mashed potato. Sebab cara masak & bahan yang ringkas.




Bahan-bahan :

1) 5 biji kentang
2) 2 sudu buttercup ( untuk rasa lemak )
3) Sedikit lada
4) 1 cawan/kotak kecil susu segar


Cara-cara :

1) Kupas kentang & potong 4
2) Rebus hingga empuk ( cucuk guna garfu untuk tahu kentang empuk/tidak )
3) Tapis air rebusan & lenyekkan kentang
4) Masukkan butter ( akan cair bersama kentang )
5) Campurkan serbuk lada ( ikut suka kuantiti )
6) Masukkan susu segar sikit demi sedikit sehingga nampak lembut


Sedia untuk dimakan. Memang sedap sebab rasa creamy. Kuah aku tak buat sebab malas. Hahahah. Makan macam ini pun dah rasa cukup. Sesuai sangat nak dijadikan makanan sahur.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, June 21, 2015

RESEPI MUDAH : CHOC BANANA



Ini pun sangat ringkas




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 20, 2015

RESEPI MUDAH : CHOC BALL CHEESE



Boleh buat sebab mudah
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 16, 2015

Resepi Bergambar : Popia Seaweed





Guna putih telur sebagai "gam" ya
Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, April 18, 2015

Resepi bergambar : Apam Susu


Aku kongsikan lagi resepi apam susu
Memang senang buat
Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, April 11, 2015

Resepi bergambar : Brownies tanpa telur



sumber : Resepi Ringkas


Tengok bahan mudah benor ni. Memang cadang nak buat, tunggu beli bahan utama yang takde. Kalau dah try, aku update di blog. Abadikan kenangan samada benda itu berjaya atau tidak, sedap atau tak. Miahahaha!


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 16, 2015

Resepi bergambar : Choc Cheese Ball


sumber : Resepi Ringkas


Bahan-bahan dia pergh nyummy sangat!!
Benda biasa saja tapi bila dah hancur & gabungkan, meletop!
Ini versi paling mudah ku rasa untuk sediakan.


Sebenarnya menu ini tiada nama, jadi aku memandai namakan sebegitu.
Hahaha!
Ada apa pada nama, janji rasanyakan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, March 14, 2015

Resepi bergambar : Apam Balik Lembut & Mudah


sumber : Resepi Ringkas


Nampak senangkan?
Kot ada teringin nak buat apam balik, boleh cuba resepi di atas.
Aku sendiri belum buat, inshaaALLAH mood rajin jadilah apam ballik.
Aku buat, aku share sini ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 04, 2015

Resepi bergambar : Teh 3 layer



sumber : resepi ringkas



Senang & sedap!
Sama juga kalau nak buat bandung layer
Mambless!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 13, 2015

RESEPI : Popia Pisang Choc Cheese

Kalau tengok group resepi ringkas, ada sahaja menu yang buat aku terliur. Arghh! Tension mak jemah. Hahahaha. Berikut salah satu resepi habis ringkas & mudah.



Bahan-bahan seperti dalam gambar. Mudahkan?


Sedang taip entry ini, aku terfikir kalau olah resepi ini lagi sedap. Celup pisang dalam susu pekat sikit, tabur gula perang sikit/madu dan baru tabur bahan-bahan lain. Lagi menarik dan umphhh tu.


Fuh, bab makan laju aje aku nak fikir. Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 09, 2015

Resepi Bergambar : Ayam Goreng Pandan



sumber : Resepi Ringkas


Satu lagi resepi yang memikat hatiku. Tapi diri sendiri belum cuba. Save dulu, mana tahu datang mood boleh terus buat.


Tengok gambar, dah terasa macam mana keenakannya. Fuhhhh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 28, 2015

Resepi bergambar : Biskut Tiramisu



sumber : Resepi Ringkas


Aku tak pasti kenapa nama resepi tiramisu sebab takde pula bahan tiramisu. Yang ada milo/serbuk coklat yang sedap di makan.


Ada apa pada nama?
Yang penting rasanya sedap dah cukupkan?


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 22, 2015

Resepi bergambar : Puding Biskut Crackers

Geram tau kalau kelebek fb group resepi ringkas. Tengok makanan & minuman yang ada semua menarik!



sumber : Resepi Ringkas


Cantikkan layernya? 
Sebenarnya aku masih tercari-cari kedai jual bekas itu. Warna biru. Plastik rasanya. Kat area SS aku dah cari tapi takde. Aduh! Bantut niat aku nak buat. Hahaha, alasan!


Jom try, mana tahu nanti banyak kali nak buat lagi sebab sedap.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 19, 2015

Resepi bergambar : Pengat Ngaku



Abaikan kesilapan perkataan nangku


Musim raya cina pastinya banyak jual ngaku. Selain buat kerepek, boleh juga buat pengat. Menarikkan?


Kalau harga ngaku di TF RM 2.99/kg. Tempat lain aku tengok mahal. Tapi kalau dah tak jumpa, beli sajalah buat lepas gian.


Oh ya, ngaku/china arrowhead bukan sengkuang cina ok. Lain sangat. Jangan tersilap nama & jenis =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 08, 2015

Resepi Bergambar : Kek Cheese Leleh Atkins

Ada yang tengah berdiet atkins? Kempunan nak makan kek tapi kek yang dijual tak memenuhi syarat diet atkins, sila cuba menu di bawah. Boleh buat cover kempunan tu serba sedikit. Hihi.



sumber : Kelab Diet Atkins


Aku pernah buat versi aku, bukan kukus [ entry ]. Yang kukus ini nampak menarik sebab 98% macam kek dijual di luar. Kau tengok dia punya tekstur. Menarik!


Fasa 1 boleh makan tapi aku rasa kalau fasa 1, 2 minggu tu buat "clean diet". Makan benda asas sahaja. Kalau lepas dua minggu masih teruskan induction, boleh buat resepi di atas. Yang penting. pandai kira carb intake ok.


Apa pun terpulang sebab badan masing-masing. Naik turun sendiri juga kena cover =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^