tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, April 30, 2014

Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Lama dah aku teringin nak mencuba "kehebatan" Ephyra. Dan disebabkan minggu lepas ada karnival Raudah di hatiku, maka aku tertarik nak singgah di gerai Ephyra. Teruja baca testimoni dan paling best dapat harga istimewa.


RM 150 dapat 30 sachet, sehelai tshirt, 2 kipas tangan, 2 beg & pamplet. Normal price RM 197 kalau tak salah.

Kenapa aku berani cuba Ephyra?

1) Untuk masalah rambut gugur ( setiap kali sikat mesti ada )
2) Kulit wajah ( nampak ada bintik coklat bila tengok dengan mata halus )
3) Rekahan kulit kaki ( walau tak teruk tapi nak tengok hasilnya )


Oklah untuk 3 perkara utama itu dulu. Yang lain-lain kira "bonus" apabila keberkesanan itu ada. So, sebelum aku pung pang maka kena tunggu dalam 30 hari dulu. Samada berkesan pada aku atau tidak. Maklum saja lain oran lain kesan yang dihadapi.


So Ephyra, tunggula aku review mu selepas cukup 30 hari. Berkesan tak berkesan lain cerita sebab yang  penting aku dah berani untuk mencuba pada diri sendiri.


Korang pun pasti dah tahu tentang kehebatan Ephyra. Tak tahu lagi? Bolehlah baca kat sini. Memang banyak testimoni yang berjaya. Memang buat aku lagi teruja!


Ephyra!! Moga kau berkesan untuk diri ini. Aminnn.


* Bukti bergambar sebelum mencuba telah aku ambil. Nak tengok kesahihan =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jubah baru untuk dijual semula

Aku ada sehelai jubah yang masih baru & hanya dipakai untuk mencuba. Jubah ini sebenarnya untuk mak tapi bila mak pakai dia kata tak confident & tak bersesuaian dengannya. Jadi dia minta aku jualkan semula kepada yang sudi.




Harga beli RM 5+.++


Saiz : 2XL 
Material : Lycra lembut yang tidak melekat pada badan
Bahu : 18"
Panjang tangan : 22 1/2"
Pinggang : 44"
Labuh : 55"


Harga nak jual termasuk poslaju RM 50
( postage FREE  seluruh Malaysia )


Aku boleh pakai tapi bahu jatuh. Jadi macam tak berapa sesuai pada badan sendiri. Maka ambil inisiatif jual semula.


Kalau ada yang berminat boleh sms nombor tertera. Nak gambar dekat boleh inform aku. Harap baju ini terjual secepat yang mungkin.


Terima kasih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 29, 2014

Jualan Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

Mini popia ikan bilis bakal "bergelora"
untuk tahun 2014
Tambah-tambah nak dekat Raya


Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencuba
Eh korang!
Harga masih sama macam lama
Berkemungkinan besar bermula Jun akan naik harga sedikit
Bersesuaian dengan kadar kos yang meningkat


Maka kalau nak merasa, time sekarang amat sesuai
Boleh laju-laju order
Yang dah pernah order & nak repeat
amat dialukan
=___=


Minimum order 500 gram 
Pek percubaan 200 gram 


Order sentiasa dibuka





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 28, 2014

CPUV 9 [2014] - Clinique



Alhamdulillah CPUV terkini yang baru ku nampak dari Clinique. Pasti ramai tahu tentang jenama ini kan? Macam aku sendiri tahu tapi tak pernah mencuba. 


Kalau nak tahu apa barang yang ada dari Clinique boleh rujuk { sini }. Kaum wanita mestinya suka bab-bab barang dari Clinique. Eh! Untuk kaum lelaki pun ada tau.


Produk makeup, penjagaan kulit & pelbagai lagi. Meriah!


Terima kasih Clinique sebab sudi beriklan di blog picisan ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^