tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cabaran 30 hari. Show all posts
Showing posts with label cabaran 30 hari. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Kesan selepas menggunakan sekotak Ephyra

Sedar tak sedar dah habis sekotak Ephyra. Bermakna dah habis juga cabaran 30 hari untuk bersama Ephyra. Jujur ada hari yang aku terskip tidak sengaja terutama ketika sakit. Kiranya hari dah terlajak sahaja tapi masih guna 30 sachet.


Oklah terus tuju kepada point utama iaitu aku nak share antara kesan yang aku alami sendiri setelah minum Ephyra.


1) Proses pembuangan berjalan lancar

Sejak aku minum Ephyra, aku jarang ambil sayur. Saja nak test pada diri sendiri. Selalu kalau sehari aku tak membuang, aku confirm akan minum green tea atau clenx tea. Tapi sejak minum Ephyra aku tak ambil teh tu semua. Lancar je setiap pagi, Hahaha.


2) Ruang pori pada wajah berkurangan

Faham tak apa aku maksudkan? Kulit aku sebelum pakai liquid foundation akan nampak lubang/pori yang jelas. Tapi selepas guna Ephyra, alhamdulillah mengecut. Itu aku sendiri rasa. Jangan pula kalau tak minum nanti terbuka luas balik. Muahaha.


3) Menyegarkan biji mata

Pernah satu malam itu, aku mengantuk awal seawal jam 11 malam dah menguap. Lepas itu aku minum Ephyra, tak lama mata pun jadi segar. Macam pelik awalnya tapi itu hakikat sebenar. Terus boleh buat kerja lain.


So far, 3 kesan di atas yang ketara pada diri ini. Bab lain mungkin tidak sesuai untuk aku. Sekarang satu kotak dah habis & malangnya aku tak continue untuk kotak kedua. Tunggu offer satu kotak RM 150 nantilah pula.


Ekekekeke. Boleh? Bulan ini & bulan depan adalah bulan memerlukan lebih duit dari biasa. Jadi kena berkorban dulu mana yang tak perlu.


Oh ya, penerangan di atas TIDAK BERBAYAR. Ikhlas dari diri sendiri sebagai pengguna kali pertama Ephyra.


Kalau sempat nanti aku upload gambar perubahan pada diri aku.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 16, 2014

Genap 20 hari bersama Ephyra

Ingat lagi tak aku cabar diri aku sendiri { entry } nak rasai kehebatan Ephyra? Hari ini 16/5/2014 genap 20 hari bersama Ephyra.


Perbezaan? Ada perasan perbezaan sikit. Jadilah dari takde langsungkan? Hihi. Apa dia? Kena tunggulah cabaran 30 hari aku tamat. Hari ini saja update entry sebab tak sabar nak habiskan 30 hari.


Korang nampak tak aku excited nak bercerita apa perubahan yang berlaku padahal belum habis sekotak. Kalau dah habis ni, harap ada rezeki nak dapat Ephyra free dari contest Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga.


Bila dah cuba & berjaya, memang buat hati semakin teruja!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 30, 2014

Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Lama dah aku teringin nak mencuba "kehebatan" Ephyra. Dan disebabkan minggu lepas ada karnival Raudah di hatiku, maka aku tertarik nak singgah di gerai Ephyra. Teruja baca testimoni dan paling best dapat harga istimewa.


RM 150 dapat 30 sachet, sehelai tshirt, 2 kipas tangan, 2 beg & pamplet. Normal price RM 197 kalau tak salah.

Kenapa aku berani cuba Ephyra?

1) Untuk masalah rambut gugur ( setiap kali sikat mesti ada )
2) Kulit wajah ( nampak ada bintik coklat bila tengok dengan mata halus )
3) Rekahan kulit kaki ( walau tak teruk tapi nak tengok hasilnya )


Oklah untuk 3 perkara utama itu dulu. Yang lain-lain kira "bonus" apabila keberkesanan itu ada. So, sebelum aku pung pang maka kena tunggu dalam 30 hari dulu. Samada berkesan pada aku atau tidak. Maklum saja lain oran lain kesan yang dihadapi.


So Ephyra, tunggula aku review mu selepas cukup 30 hari. Berkesan tak berkesan lain cerita sebab yang  penting aku dah berani untuk mencuba pada diri sendiri.


Korang pun pasti dah tahu tentang kehebatan Ephyra. Tak tahu lagi? Bolehlah baca kat sini. Memang banyak testimoni yang berjaya. Memang buat aku lagi teruja!


Ephyra!! Moga kau berkesan untuk diri ini. Aminnn.


* Bukti bergambar sebelum mencuba telah aku ambil. Nak tengok kesahihan =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, January 15, 2012

Day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah

Maafkan hamba kerana cabaran 30 hari di anaktirikan.. ahakz.. gila!! benda len ak leh update..apesal ntah cabaran sebulan ni dilupakan  dengan sengaja!! So, untuk memastikan diri ini menyelesaikan kerja dengan sebaik mungkin, ak teruskan.. tidak sesekali ak abaikan begitu sahaja * semangatlah konon!!


day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah

Okies,nak tau ea apa yang WAJIB ak bawa bila keluar rumah..




1) Semestinya beg duit 

Penuh ngan segala bagai kad yang PERLU dan DUIT paling koman mesti ada RM 50  kerana takut if ada emergency case.. tak ke naya lau duit ada RM 1 aje..huhu.. nak tengok apa dalam beg duit, tengok cabaran 13 ini..


2) Handphone

Tak bawa tiga xpe.. janji satu hp ak ni WAJIB ak bawa.. Dua lagi tinggal xkisah.. xwajib! ahakz..  takut orang-orang tersayang msg/kol.. muahaha!!


Eh,itu aje kot yang penting.. cukupla ea.. t ak kata bawa tudung,baju,suar, kang kome pelik lak kan.. hihi.. gurau aje wei..okies, settle cabaaran ke 21.. chaiyok2 yui.. cepat habiskan.. jelez tengok Cik Muda hapdet cabarannya..


 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 28, 2011

Cabaran YUI - day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?



untuk hari KESEMBILANBELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..




Mula-mula nak minta maaf..coz telah menganaktirikan cabaran 30 hari.. bukan main lama ak tak teruskan, last sekali 22/10/2011.. <-- lama kan?? padahal leh dikatakan tiap-tiap hari ak update blog.. nak ngan taknak aje buat.. 


day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?



Cian sungguh nasibmu.. jadi,apakah yang terjadi untuk hari ke 20 cabaran ini?? udah kompemlah jadi..ehem..jadi.. Mood nak meneruskan cabaran 30 hari kembali!! yeeehaaa!! hikhik.. ala..kira jadi gak ni kan cabaran ak untuk ke 20?? 


n/y : Idea kureng..tu otak jadi jemmm!!
jangan marah naaa...




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 22, 2011

day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda


untuk hari KESEMBILANBELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..

day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda


 Last cabaran ak buat adalah pada 19/09/2011..
perghh!! lama tu tak update ni..maaf ea..
so,arini kt teruskan dengan cabaran seterusnya..
rasa lama lak nak habis,tanda bosan sudah muncul..muaahahah..


Jenis manusia yang mampu menarik perhatian ak adalah??
jeng jeng jeng..

  • berpakaian pelik, cth: kalerpull, berjuntai sana sini
  • insan berkaca mata, nape?? ak xsure..tapi ak boleh terperhati 2,3x bila nampak orang mcm tu.. *lama lak tak tgk shapit berkaca mata
  • berbulu lebat termasuk eton..hahaha..

itu ajelah kot..cukup sikit-sikit..
 bgth banyak-banyak,payah lak t..
nantikan cabaran seterusnya yer...


n/y: cepat-cepatlah cabaran ni habis..
tak sabar ni..hehehe..
mood dah makin kureng lak..





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 19, 2011

Cabaran YUI - day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri

untuk hari KELAPANBELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri


first, nak minta maaf la sesangat..
terasa cabaran 30 hari di anak tiri kan plak..
bukan apa,pasal cabaran kali ni amat TERCABAR lak rasanya...
disoal benda apa paling mahal ak beli dengan duit sendiri pergh!! mahal sgt ni..hahah




kalau ak gtau HP, itu duit loan PTPTN..
kalau ak gtau moto, itu abah ak yang bayar penuh..
kalau ak gtau laptop, mak bapak ak yang bagi...




so,DUIT ak sendiri??? ak beli cincin emas..
baru-baru ni gak time pose aritu..
bagi nampak duit elaun ak ke Johor..
jadi lah kan. boleh gak ak bergolok gadai lau kesempitan wang.. ngeh3...






n/y: MAAF, gambar sebenar cincin ak lupa lak nak snap..
nak tunggu gambar,xberjalan la cabaran ak ni.. =)











guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 05, 2011

Cabaran YUI - day 17 - gambar bilik idaman anda



untuk hari KETUJUHBELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..



day 17 - gambar bilik idaman anda


last ak buat cabaran adalah untuk hari ke 16..agak lama tu ak menyepi..
ak bukan apa,sibuk gak nak publish entry lain yang lebih menyeronokkan.. yerke tu??
okies..cukup!! so,jom teruskan cabaran ini.. ak ngah semangat ni!!


kome nampak pic pertama kat atas?? lebih kurang gtula bilik idaman aku..
ak ni giler PINK dan PURPLE.. buat masa ni dinding bilik ak je purple..
pasaipa bukan pink?? kerana ak dah terbeli cat purple..waaaa...


- kalau camni pon suke..nampak simple+kemas-


 okies..so,mcm ni lah rupa bilik idaman ak..
kome punye bilik cmne lak?? tercapai dak idaman tu..huhuhu...


n/y : mood bw sudah kembali ni..manelah rakan-rakan blogger
yg giler sempoi sume pergi..xkan cuti lagi kotttt!! =p

_______________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
______________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 19, 2011

Cabaran YUI - day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka


untuk hari KEENAMBELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka


dah mcm dilupakan plak kan..ngeh2..last aritu pasal kalau dapat RM 1 juta
so,jom teruskan lagi kerana nak ilangkan mood geram pasal tadi..


kali ni tanya guru sekolah paling ak suka ea..
lau paling ak suka time skolah dah tentu time ak p tadika ketika usia 5 tahun..
kerana guru itulah yg mengajar ak kenal A,B,C,D sampai Z..
ajar ak kenal 1,2,3,4 sampai xtau nak sebut apa infiniti
ajar ak menyanyi..ajar ak menari..


ak lupa nama cikgu tu..tp ak still cam dia.. maaf ea!
terima kasih cikgu kerana mengajar anak muridmu yang "nakal" dulu =)


- comel dak ak time kecik?? mata ak daya tarikan dulu,hahahah -


n/y : pasni cabaran tentang gambar bilik idaman ak..wah2..berangan lagi!! besh2..

_______________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
______________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 12, 2011

Cabaran YUI - day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?


untuk hari KELIMABELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..

day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?

setelah menyettelkan cabaran ke -14 yg xbrape nak lengkap tu  
coz belum spnhnya berlaku time publish,
ak teruskan lagi utk minggu ini okies..
kali ni cabaran ibarat angan-angan minah jenin eh,adake??


alangkah seronoknya kalau betul-betul terjadi kan pada diri ini..
kome pon sonok gak kalau dapatkan?? dapat tgk gmbr jela


so,apa ak akan buat?? ini dengan seikhlas hati ak akan lakukan kalau BENAR terjadi!!

1) Nak bawa satu keluarga ak menunaikan umrah dan haji

2) Tolong settlekan segala hutang piutang mak abah, jika ada

3) Menyettlekan hutang ak pada PTPTN tu

3) Nak beli segala aset yang diperlukan masa kini seperti rumah, kereta, barang kemas

4) Berniat nak buat rumah kebajikan untuk KUCING

5) Melakukan amal jariah kepada yang memerlukan

6) Menyimpan bakinya secara selamat =)




okies,itu aje wat masa ni ak nak wat if ada..heheh..
ok lah yui,unk berangan pon jadilaaa... ngeh3...



________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
_______________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 11, 2011

Cabaran YUI - day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini



untuk hari KEEMPATBELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini

 okies,smlm dah tgk apa ada dalam beg duit MERAH ak tu..
dan skg nak tau apa yg menarik ak buat kan???
 sbnnrya lom jadi lg,bakal jadi lepas ak balik keje petang ini..

al-maklum, harini hari lahir adik lelaki ak yang ke 15..
bercadang balik keje t nak beli kek..potong kek pas terawih nanti..
insyaALLAH,xder apa-apa,esok ak upload gmbr kalau adala,hehehe



jadi,xdptla ak nak cerita skg perkara menarik itu.. =)


n/y: seminggu ni ak berulang-alik ke SS..tu pasal malam xder on9..
dok ngah wat tutor blockquote =)
____________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
___________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 10, 2011

Cabaran YUI - day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda

- beg duit MERAH kesayangan hati -


untuk hari KETIGABELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda

 Cabaran ke-12 dok tanya apa ada dalam beg makeup ak tu..
arini nak plak tau apa ada dalam beg duit ak tu..ish3... saje ni..
habis nak diselongkar nya apa ak ada ni.. duit tak bykla!!hahaha

 so,meh sama-sama tgk apa yang dok ada dalam beg duit MERAH ak ini..

- ni apa yg ada hari ini -

macam biasa lah, ada
DUIT, GAMBAR, KAD-KAD BANK, KAD-KAD LAIN, RESIT ATM, 
DUIT RAYA THN LEPAS, RESIT PENTING DAN LAIN-LAIN..

ok tak?? habis tgk beg merah ak ni..huhuhu...

__________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
__________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 09, 2011

Cabaran YUI - day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda


untuk hari KEDUABELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda

semalam ada tanya tentang gadget ak,arini nak tau plak apa ada dalam beg make up ak..
okies,gmbr di atas sekadar hiasan..xdernya ak ada mcm tu!!  
ak bkn reti bermakeup semua ni..
beg make up?? erm..ak guna beg kecik..ala,yg mcm letak kad tu ke..
yg bg free dgn beg besar tu ke..
mcm pic bawah ni ea..


 dan dalam beg sekecil itu,ak hanya letak 2 barang shj..



so,itu sahaja yer..yang lain xder..mmg 2 ini yg WAJIB ada..
so,jangan pelik lak lau ak gtau kome ak mmg XPANDAI bermakeup..
huhuhuh.. slalu pom suka makeup kan??


_________________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
_________________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 08, 2011

Cabaran YUI - day 11 - gadjet yang anda ada



untuk hari KESEBELAS setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 11 - gadjet yang anda ada

aritu tanya apa yang berlaku walau setakat pagi jer
dan hari ni,nak tau lak GADGET apa yang ak adakan??
apa itu gadget?? p cari sndiri pe maksudnya ak pon xtau sgt!!hakhak

so,jom tgk apa yang ak ada+miliki ade guna duit sndiri dan ada yg belas ehsan org len, hekhek


- mak dan abah, smpena ak p belajar -

- abh kasi -

- ak sndiri, PTPTN -


- ak sendiri -


- dari my shapit -


itu je kot yang ada..yang lain ak xingat lak..rase xder dah..
so,kome leh tgk,kbyknnya orang bagi secara ikhlas..hekhek..ke ak yg merengek mintak ni??
arghh!! xkisahla,janji ak dapat..hahahha.. gelak jahat


_____________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
_____________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 05, 2011

Cabaran YUI - day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?



untuk hari KESEPULUH setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..



day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
jika semalam kisah perasaan ak yg mengalami pening-pening lalat..
 dan harini disoal pula apa yang berlaku..
walau belum penuh satu hari,meh ak citer pe yg jd setakat ini ea...

stakat ni,apa yang berlaku adalah ak kini berada di pejabat.. ok x jwpn ni =)
kome nak tau,xramai customer mggu ni..yerlah,duit gaji byk lg kan..ngeh3..
t nak dekat raya,kompem ramai!! terus ak pon lambt la nak update blog ak ni..


so,itu sahaja yang berlaku sehingga jam 8.30 pagi, 5/08/2011..TQ..
 
 ____________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
____________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 04, 2011

Cabaran YUI - day 9 - perasaan anda hari ni



untuk hari KESEMBILAN setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..

day 9 - perasaan anda hari ni

kalau semalam dok kisah pasal pergaduhan,hari ini.tntg perasaan pulak..
dan apakah perasaan ak hari ini???

ak rasa terkejut+sedih sikit..

PASAIPA???

TERKEJUT kerana ak hampir-hampir nak telan panadol pg td sblm p keje..
nasiblah ak tersedar bahawa ak berpuasa..ish3..

SEDIH kerana kepala ak sakit ni..xpasal-pasal ak tampal koyok aje kat kiri kanan dahi ni..
aduuhh!! mintak-mintak customer xperasan.. terlindung dek tudung

tapi sebenarnya bagus gak xtelan ubat..orang dok pesan jgn selalu sgt dok telan ubat..
tak elok!!
tmbh-tmbh lau kes pening pale cmni..len la kalau migrain ok!! lau leh biar dlu,jgn terlalu bergantung kepada ubt!! kecuali if ada penyakit

so,ini sahaja PERASAAN ak buat masa ni..terima kasih..settle cabaran ke-9 ni.

_______________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
_______________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 03, 2011

Cabaran YUI- day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami



untuk hari KELAPAN setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami

oppsss!! BERGADUH??? ingatan tentang hal ini telah lama ak lupakan..
tapi bila dah tanya ni,aiseyman..ai kena la jawab gamaknya..
so,nak jawapan jujur or bohong sunat?? ahakz,citer benar aje ea

oklah,ak gtau ni..erm,pergaduhan yg ak rasakan teruk adalah time ak
dengan ex ak..dah berapa tahun la,time tu ak still belajar kat PUO..


apakah PUNCA nya???

yang boleh ak katakan kerana orang ke-3..ak sendiri dapat tau.. titik!!
baru smlm ak wat entry pasal orang ke-3 di sini..

apa yang aku BUAT??

dah ak tau,ak nak blah ar balik umah..tension!! tapi dia lak halang ak..
aish!! api membara ko taruh lagi minyak kan..kira baik beb!!
so,ak lakukan aksi berikut kerana ilang sabar..


- kucing itu ak,anjing itu dia.. aish!!perumpamaan ea -

so,ak tumbuk muka dia!! byk kali!!
okies,ak tipu laaa...ak ni perempuan lemah lembut.. wek,sila jgn percaya!!
ak tumbuk dada dia weii..
rasanya sakit gak kot coz dia dok urut dada dia.. padan muka!!

so,puas hati ak!! sape suh halang..dah wat salah,pastu nak halang-halang ak..
padan muka ko!! tp ak dh mintak maaf ea
kekuatan ketika marah amatlah luar biasa..

tapi itu kisah lama..skg ak makin matang sikit nak berfikir..
dengan shapit skg,alhmdulillah,kami dapat handle hbgn kami dengan baik..
walau pernah terjadi antara kami kisah perempuan ini, dan ini,tp ak fikir logik aje..
yg berlalu biarkan berlalu..


doakan yang terbaik untuk ak kali ini..aminnn...

___________________________________________________________________________________
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan
___________________________________________________________________________________

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 02, 2011

Cabaran YUI- day 7 - tiga perangai baek anda



untuk hari KETUJUH setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..


day 7 - tiga perangai baek anda

kalau semalam kome tgk perangai burok ak,arini meh tgk perangai baik ak lak..
ak xderlah jahat mana,nakal sikit aje..huhuh..


bila ak dok cter ni,jgn lak ckp ak dok bangga diri ke apa ea..
org yg create benda ni tanya,jd ak pon jwbla..hahah...


1) ak ni mudah sgt simpati..xkisah manusia or binatang!! lau manusia,contohnya ak kesian kat dak2 yg dok kutip derma.. kat binatang terutama kucing,ak kesian tgk mereka berkeliaran..
dan ak PANAS HATI lau ada kes penderaan binatang!! yg mcm kes baru-baru ni..leh lak dia pijak kucing tu!! ak pijak pompuan tu balik baru tau.. opsss!! sabar,puasa =)


2) ak cepat memaafkan..insyaALLAH,lau kes tidak berat! heheh..xdelah,stakat ni ak memaafkan sesapa shj..harap sesapa juga sudi maafkan ak yer..


3) ak ni giler-giler riang!! mudah cerita,ak ni FRIENDLY!! toi xkwn-kwn blogger??
ahakz!! gler perasan toi unk yui!!
tp siyesla,ak suka mengusik org terutama keluarga ak..xcaya??
 p tnya sndiri..heheh..


ak juga penyayang,bek hati,peramah..eh,lbh dari 3 lak..hakhak..
okies,ini shj utk cabaran harini yer.. TQ..




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 01, 2011

Cabaran YUI- day 6 - tiga perangai burok anda


untuk hari KEENAM setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..
day 6 - tiga perangai burok anda

opss!! lau cabaran 1 - cabaran 5 ak update setiap hari,tp yang ke 6 trpksa ditunda ke harini..
yerlah,sabtu ahad ak jarang bebenor nak berON9 ni..
so,harini bersempena puasa+ramadhan pertama,ak teruskan lagi cabaran ni ea..


3 perangai buruk ak?? erk!! apa ea..mcm byk je!!hahah..
org kata perangai kt,org lain yg nilai kan?? tp xpe,ak korek sikit apa ak rasa
yg buruk tang perangai ak naa...


1)   ak suka menangis!! ceh..even muka ak 
nampk garang tp dalam hati ada taman bunge..
hakhak.. ak menangis bkn apa,sbg ubat penenang la..ak rasa,dgn menangis,air mata tu ibarat masalah dan mengalir laju n insyaALLAH ak berkurang/hilang terus!!!


2) ak jarang memasak!! tp ak suka cuba sesuatu resepi yer.. 
terutama bila ak search kat internet..
x caya?? ni ha,antara yg pernah ak buat okies.. buat kek dan coklat..


3) ak ni PANTANG ditipu!! bila orang dah tipu sekali,ak mcm teragak-agak sikit nk caya..
erm,bkn brmksud xcaya lgsg tp berwaspada.. 
eh,ni perangai buruk ke?? ntah2..huhuh..




haa,cukupla sikit-sikit ni..tak elok bulan pose ni..hahahha...
so,nantikan cabaran seterusnya ea..

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 29, 2011

Cabaran YUI- day 5 - status anda ? relationship anda?



untuk hari KELIMA setelah ak dgn berbesar hati nak wat Cabaran 30 hari ini..

day 5 - status anda ? relationship anda?


erk..malu ak nak kabor ni.. sejak bila malu gini ntah..hahaha!
 hari kelima ni agak mencabar gak soklannya..
nak tau apa STATUS ak, PERHUBUNGAN ak kan..
ok3..ak citer ni..nk percaya 100% ak xkisah.. ++100% lagi bagus!! 
  
 status ak sekarang??

* masih menjadi anak dara kepada En. Ahmad Shah dan Pn. Saayah
* masih belum "terikat" dengan apa-apa hubungan sah yang lain ada peluang ag,ahakz!
* mempunyai hubungan yang "istimewa" dengan insan bernama Mohd Shafiq Hasbullah


perhubungan ak??


* bila dah tau STATUS ak kat atas ni,automatik tau apa 
PERHUBUNGAN ak kan xtau??ak panggg!!
* yg boleh ak katakan,prhbgn kekeluargaan sampai ke akhir hayat tetap ada smpai MATI
* prhbgn dgn Shapit ak harapkan berkekalan dan mencapai apa yg kami hajati.. 
itu doa kami dan keluarga kami


so,ini sahaja kisah ak utk hari ke-5 yer..
moga apa yang ak doa dan harapkan tercapai..amiiinn..
kome juge turut doakan yer utk ak..


erm,ak cam rasa penyakit lama ak bakal datang..risau hati ni..

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^