Cuti Nuzul Al-Quran ku manfaatkan dengan mencuba biskut lidah kucing. Macam biasa resepi aku ambil dari rakan di
resepi ringkas. Walau nampak leceh tapi kepuasan itu menjadi keutamaan.
Cara-cara
1) Ayak tepung jagung, tepung gandum & emplex
2) Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit putih telur
3) Masukkan pula tepung yang diayak & putar hingga sebati
4) Bahagikan adunan ( ikut berapa warna nak letak )
5) Dengan gunakan piping beg atau plastik yang dipotong halus hujungnya, bentukkan biskut lidah kucing
6) Bakar selama 15 minit dengan suhu 150'c
* Putih telur perlu 100 ml ( anggaran 3 biji telur gred A )
Tips sediakan biskut lidah kucing :
1) Jarakkan biskut ketika piping sebab bila dimasak akan kembang
2) Apabila keluarkan dari oven, biar seketika sejuk. Kemudian baru masukkan dalam bekas. Kalau terus masuk biskut akan jadi lembik
3) Jangan terlalu lama masak takut warna akan menjadi pudar. Jadi, rajinkan diri jenguk oven
4) Griskan sekali sahaja tray anda
5) Boleh beli tray khas di kedai bakery ( RM 15.90 ) atau boleh cuba cara aku seperti di atas
Resepi memang mudah tapi masa yang diperlukan? Ya ampun lama bangat. Hahahaha. Tapi takpelah sebab suka tengok colourfull jadi aku gigihkan juga.
Percubaan pertama alhamdulillah berjaya. Baru ku faham kenapa biskut ini dijual mahal ( 30 sen sekeping ) padahal bila masuk mulut rangup begitu sahaja. Ekekekeke.
Aku tak pasti kenapa biskut ini dinamakan lidah kucing walhal lidah kucing tak semeriah warnanya. Nasib baik sedap. Hahaha.
Selamat mencuba!
* Aku hanya mencuba biskut yang mudah, bahan yang senang dicari & senang disediakan. Berjaya atau tidak itu lain cerita yang penting aku dah cuba. Sekian.