Thursday, April 30, 2015

JATUH MOTOR DI TEMPAT SENDIRI

Aku dah dapat rasa lama. Sebab sebelum ini hampir-hampir. Malangnya pagi ini terus jadi. Hujan lebat dari rumah hinggalah menuju ke tempat kerja. Baju hujan pula ku tinggal di pejabat. Elok sangat redah terus, baju pun agak basah!


Jatuh motor?
Tak tahulah aku nak gelak atau nangis dengan diri sendiri. Aku jatuh ketika elok belok nak masuk ke kawasan tempat kerja. Maksud aku atas pejalan kaki ( lantai agak licin ). Aku letak motor di situ.


Sekelip mata.
Belok dan terus elok jatuh ke arah kiri. Nasib baik tak tertindih kaki sendiri. 
Kejadian pula boleh orang ramai tengok sebab depan kawasan jalan & lampu isyarat.


Ada 2 orang lelaki dalam kereta siap tanya dari jauh "Bolehka?". Agaknya dia takut aku tak larat nak angkat motor. Takpe abang, saya ok. Takde apa.


Sekarang dah rasa lenguh sikit-sikit. 
Alahai, mentang-mentang cuti panjang. suruh rehat lebih kot. Huhuhuuu.


Apa pun berhati-hatilah ya. Silap aku sikit saja tadi tapi impaknya besar juga!







Cerita terkini mengenai Dana Untuk Meow Yui

Masih ingatkah kalian akan projek peribadi aku iaitu Dana Untuk Meow? Lama aku tak update. Masih ada lagi item yang tak terjual. Masih lagi belum mendapat sambutan.


Sehingga kini, makin meriah rumahku dengan meow-meow yang ada. Sudah lebih 30 ekor. Sudah lama membela dan baru kini niat aku untuk spay & neuter kucing-kucing yang ada. Kos? Ya memang tinggi. Sebab itu aku wujudkan Dana Untuk Meow. Hasil jualan 100% aku salurkan untuk kos mereka.


Aku bukan orang yang senang. Tapi hati kuat menyayangi binatang yang ada yang telah ku anggap sebagai keluarga sendiri. Memandangkan aku taknak pembiakan lebih banyak ( atas faktor rumah & kebajikan mereka ), maka niat utama aku adalah untuk memandulkan mereka. Faktor kos sahaja. Sebab itu aku buat apa yang terdaya.


Alhamdulillah, ada rakan yang sudi menderma begitu sahaja tanpa membeli apa-apa walhal hakikatnya aku segan. Sebab aku mahu berusaha sebaiknya. Setakat ini baru  8 9 ekor aku mandulkan.


Maka aku jadikan blog salah satu medium untuk aku sampaikan hasrat & niat aku. Jika anda berniat untuk membeli sambil menderma, boleh rujuk album Dana Untuk Meow di fb page Nurul Yui Collection. InshaaALLAH di situ tempat lebih cepat untuk aku kemaskini.


Sangat aku alu-alukan jika ada di antara kalian ingin war-warkan hasrat aku ini. Aku berharap aku dapat buat perkara ini secepat mungkin demi kebajikan & kebaikan mereka. InshaaALLAH. Moga ALLAH permudahkan segalanya.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
[ entry ]


ENTRY STATIK UNTUK SEMENTARA
ENTRY BARU SCROLL BAWAH



Wednesday, April 29, 2015

JJCM : Gomok Ipoh, Perak

Selalu tengok orang post/review Gomok Cafe ini. Teringin juga nak rasa. Alang-alang orang tu ajak, angguk saja tanda setuju. Boleh juga rasa sendiri pengalaman makan & minum di sana.


Suasana santai tapi ruangnya tidak besar, Jadi kemungkinan meja penuh itu ada ( ikut nasib ). Aku pergi selepas Isyak. Memang tak tahu lokasi sebenar, dah puas pusing barulah jumpa. Huhu.



Order mana berkenan di hati. Ada juga set yang mencecah harga RM 60, tapi disebabkan berdua sahaja, order sendiri-sendiri punya sudah. Boleh saling rasa.


Menu di atas :

1) Air virgin mojito RM 8
2) Mango tango RM 9
3) Blasta potato RM 15
4) Crusted lamb shoulder RM 32
5) Duo of chicken RM 24

Total = RM 88 all in


Tengok harga memang agak mahal tapi jangan risau sebab kuantitinya berpatutan. Maksud aku banyak dan inshaaALLAH kenyang. Lamb & chicken sangat lembut. Air aku paling suka part bubble. Try ok! 


Menu yang aku sangat cadangkan ialah blasta potato. Campuran pelbagai jenis kentang & cheese yang mambless! Sesuai untuk hantu cheese macam aku.


Secara keseluruhan. aku suka. 
Bagi 5 bintang!


GOMOK IPOH
1 Jalan Leong Sin Nam
30300 Ipoh, Perak 
05-2413619

GPS 4.597380, 101.084261




Tuesday, April 28, 2015

Cashout Nuffnang untuk kali pertama di tahun 2015

Blogger lain tiap bulan boleh cashout. Berbeza dengan aku, suam kuku. Earning pun nak kumpul lebih RM 50 baru rasa berbaloi nak tunggu. Mehmeh. Padahal, risau banyak risiko sekarang.


Alhamdulillah, tepat jam 9.51 am, aku tekan button cashout.


Jadi, mengharap dalam sebulan akan datang, dapat emel dan terima cek. Moga semua dipermudahkan.


Earning sekarang tak banyak, sen-sen tapi bila dikumpul ringgit-ringgit juga. Jadilah lepas buat beli jajan. Hehehe. Alhamdulillah.


Korang yang ada lebih RM 50, cashout sajalah. Boleh guna untuk raya.



Monday, April 27, 2015

REVIEW : Fast & Furious 7

Jujur, aku tak follow sangat cerita ini dari awal. Nama watak pun aku tak ingat mana. Tapi aku suka dengan ceritanya. Baru ini, berkesempatan nak tengok cerita fast & furious 7 di GSC Ipoh Parade. Tengok lambat, tiket murah. Hahahaha!


Awal-awal cerita dah buat aku excited nak tahu kesudahan. Cerita aksi tapi penuh dengan isi. Ada iktibarnya.


Tak perlu aku nak cerita dari A-Z. Cukuplah aku katakan, cerita ini memang best walau di akhir, watak Paul sudah ditukar ( oleh kerana kematiaannya ). Nampak sangat badan & kepala orang berlainan ( di penghujung cerita dalam kereta ).


Cerita ini juga berjaya buat aku MENITISKAN AIR MATA. Aduhai, hati tak kuat! Konon kental. Hahaha.


Di akhir cerita, bila tunjuk mereka pergi ke laluan yang berbeza, kita dapat rasakan sendiri apa maksudnya. Sungguh tragis!


Apa pun aku bagi 4.9/5 bintang!
Lagu pun sedap didengar.


Terima kasih kepada yang sudi belanja tiket wayang.



Friday, April 24, 2015

PELANGI HADIR SELEPAS HUJAN BERHENTI

Kadang kita rasa sangat berduka
Kadang kita rasa sangat sukar
Kadang kita rasa sangat susah
Walhal ada yang lebih berduka dari kita


Memikirkan secara tidak "waras" membuatkan kita tidak terfikir secara positif
Dihimpit dengan masalah, menyukarkan berfikir lebih lagi


Kadang ambil masa
Kadang ambil ruang


Biarkan
Moga pelangi akan hadir mewarnai kehidupan
Hadirnya hujan mengingatkan kita
Kehidupan tidak selalu indah


Bersederhana..





LOKASI SURAU DI IPOH PARADE, PERAK

Kalau tak salah, nama Ipoh Parade sudah ditukar. Apa nama baru? Aku sendiri tak tahu. Sebab aku nak kongsikan benda lain bukan pasal perubahan nama. Hahaha.


Kalau lokasi surau di JJ Kinta City, aku dah tahu tambah pula memang ada signbord arah ke surau. Malangnya di Ipoh Parade, nan hado signboard apa. Berpusing aku cari semalam. Tanya makcik cleaner tapi jawapan macam tak meyakinkan.


Tengok gambar di tepi lif, pun takde.
Ambil inisiatif nak search melalui google, nan hado!
Akhirnya setelah "bertawaf" & putus asa, terus ke meja information.


Lega, dah dapat kenalpasti.
Memang surau di Ipoh Parade agak terpencil. Kalau tengok laluan, memang tak perasan. Jadi aku kongsikan di blog aku lokasi sebenar surau di Ipoh Parade ( setakat April 2015.


Level 3 - jumpa Tutti Fruti - sebelah kiri Beyond - jalan terus dan akan jumpa surau


Alhamdulillah jumpa juga semalam. Surau tersorok tapi lega kerana surau sangat selesa. Cuma keadaan telekung agak tunggang langgang & ada yang berbau. Harap pihak atasan boleh jaga & awasi kebersihan kawasan surau tersebut.


Inilah jadinya bila jarang ke Ipoh Parade. Hahaha!




Thursday, April 23, 2015

[GAMBAR] - SEDIKIT CERITA SEMALAM



Pabila mood menaip belum ada
Bagi gambar sahaja dulu
=___=



Wednesday, April 22, 2015

CIK BLOG BERCUTI

Nak juga update blog konon taknak sehari "senyap sepi"
Oh ya, cik empunya blog bercuti hari ini
Sempena dot dot dot


InshaaALLAH esok kembali bekerja seperti biasa
Dan kembali blogwalking seperti biasa


Selamat bekerja
Eh!


- Ini entry autopublish -


Tuesday, April 21, 2015

BAJU KURUNG MODEN COTTON VIETNAM MURAH








Ada 3 pasang seperti di atas
NEW ITEM

RM 50/pasang
Postage RM 6 SM RM 10 SS

Whatsapp 019-2331810



ANTARA TANDA KAU DAH MATANG


Aku tahap separa matang
Miahahaha!



Monday, April 20, 2015

SIBUK UNTUK URUSAN LELONG

Sedia maklum aku kerja dengan apa dan terlibat dengan apa.
Memandangkan esok akan bermula sesi lelongan, hari ini akan menjadi sedikit hari yang sibuk.
Perlu kendalikan apa yang patut untuk urusan esok.


Jadi kalau lambat menyinggah, maaf ya
Dah selesai semua, InshaALLAH jejak balas


Sambil itu, korang boleh cuci mata apa yang patut
Ada banyak stok baru dari kain pasang, baju siap, baju cotton vietnam dan macam-macam lagi
Lebih banyak boleh tengok di FB page : Nurul Yui Collection


Terima kasih.



KAIN PASANG CORAK BATIK MURAH


Kali ini ada corak yang berbeza dari [ entry ini ]

4 meter RM 40
Postage RM 6 SM RM 10 SS
( ikut berat )

Whatsapp 019-2331810


Terima kasih




Saturday, April 18, 2015

Resepi bergambar : Apam Susu


Aku kongsikan lagi resepi apam susu
Memang senang buat
Selamat mencuba!



Friday, April 17, 2015

BAJU PASANG PELIKAT WADIMOR MURAH







Pernah dengar pelikat wadimor?
Kalau biasa tengok tv 1, inshaaALLAH akan perasan iklan wadimor


 Sepasang hanya RM 90
Postage RM 6 SM RM 10 SS
Whatsapp 019-2331810

Saiz seperti tertera pada setiap gambar
Harga pasaran RM 120 ke atas
Kualiti inshaaALLAH terbaik



SALAH ATAU SENGAJA?

Kalau tadi bahasa terlampau sampai planet pluto
Sekarang kita tengok pula kesalahan atau sengaja




Sabar sajalah kalau anda menerima
Tapi kalau aku, aku pun copy paste balik apa dia hantar
Send balik pada dia
Hahaha!



BAHASA ORANG HUTAN MUNGKIN

Aku tahu zaman sekarang makin canggih
Tapi kalau sampai ayat pun nak jadi "canggih"
Susah macam tu!




Rasa nak tampor je sape yang guna ayat macam ini
Erm, aku nak bagitahu ni


Itew asew nuck nampor uke ome dua
Acham iler abi, hahahahaha!


Saja suka-suka ya =)



Thursday, April 16, 2015

APABILA KERJA TERTANGGUH

Dulu, sehari nak update dalam 5 -6 entry
Lepas itu turun kepada 4 entry
Sekarang paling sikit 1 entry sehari
Fuh!


Nampak benar kemalasan melampau
Kadang ada benda kita nak update
Konon nak tangguh
Pastu memang tertangguh terus!


Nak mulakan balik, malas
Ambil masa, ambil mood


Rasanya banyak entry aku nak update tapi tertangguh
Cerita pasal Asus zenfone 6, review tempat makan best, review hadiah diterima dari blogger dan macam-macam lagi


Ampun sangat
Nanti aku rajin, aku "ganti".
Huhuuu.


Jadi, jangan suka tangguh kerja
Sempat, terus saja buat
Takut jadi macam inilah.


Jemput cuci mata di FB Page / Instagram :
Nurul Yui Collection



Blouse Cotton murah ( bawah punggung )

Sekarang nampak dah trend pakai blouse or baju jenis kotak-kotak kain cotton
Aku pun ambil juga stok nak tengok boleh jalan ke tidak


Harga pasaran yang ku perhatikan sehelai RM 30
Pernah tengok jual RM 25
Dalam IG kebanyakan RM 39 - RM 50
Boleh search sendiri kalau tak percaya


Oh ya!
Cotton pun banyak jenis
Ada jenis kasar dan keras
Tapi yang aku ambil, jenis cotton lembut
Iron pun senang


Meh cuci mata tengok,
Yang penting jenis labuh boleh tutup punggung



Sehelai RM 30 sekali pos SM
Dari saiz M - XL
Whatssapp 019- 2331810


Berminat sila terus roger ya ;)



Wednesday, April 15, 2015

JJCM : SATE LEGEND SATE TERBAIK DI IPOH

Hari Sabtu lepas sempat keluar makan satu keluarga. Adik lelaki yang belanja sempena gaji pertamanya sebagai seorang askar. Alhamdulillah, rezeki.


Mula-mula kami cadang nak pergi kedai makan lain, tapi sebab suasana kedai itu nampak suram, mak aku taknak masuk. Jadi pusing-pusing area Meru Ipoh cari kedai lain. Nasih baik aku memang dah survey dalam group FB Ipoh Halal Food terlebih dahulu.


Jadi malam itu. kami decide makan di kedai makan Manora. Di luar, ada jual Sate Legend. Kami order sate ayam dan kambing. Sampai sahaja pesanan, memang terbeliak mata.


Sebab apa?
Sebab sate besar. Sedap & sangat berbaloi dengan harganya. Malam itu tiada sate daging mungkin disebabkan habis. Iyalah, benda sedap memang confirm orang repeat order.


Sate ayam : RM 0.80
Sate kambing : RM 1.00


Di kedai order 30 cucuk, rasa tak cukup, order lagi 30 cucuk bawa balik rumah. Fuh! Nampak tak betapa sedapnya sate legend ini?



Lokasi : Restoran Manora Meru, Ipoh
( belakang klinik 1 Malaysia )

Untuk tempahan sate : 017-5773124


Malam itu, kami puas hati dengan sate berbanding makanan di kedai Manora. Miahahahaha!
Tak rugi korang cuba. Sangat sedap! Harap kesedapan ini kekal.



Terletak di luar kedai Manora



Kain pasang corak batik murah

Kain pasang corak batik
Kain jenis lembut dan mudah iron
Material sejuk dan selesa dipakai
Bukan jenis tarik & terburai benangnya
Sebab aku dah cuba!


Harga pasaran kebanyakan RM 70
Aku jual berpatutan dengan kos sepatutnya
Hanya RM 40 untuk 4 meter



4 meter RM 40
Postage RM 6 SM RM 10 SS


Special untuk pembaca blog ini
Whatsapp 019-2331810
dan bagitahu anda dari blog ini
Aku bagi lagi diskaun!


Mehlah beli, buat baju raya or baju pergi perjabat
InshaaALLAH korang puas hati!



Tuesday, April 14, 2015

Aksi spontan adik-beradik

Ahad lepas satu family kecuali bongsu hantar adik lelaki aku balik Alor Star
Sekarang dia tengah belajar di Air Force
Sempat juga nak berselfie aksi spontan
Layankan!




Gambar menggunakan hp Asus Zenfone 6
Tapi kalau lagi clear, suka guna Samsung Grand


Inilah kami si gila-gila
Dari kiri, sulung, no 2 & no 3
Bongsu lelaki di rumah layan coc, ceh!



Baju Kain Pelikat ala Songket murah

Tajuk haruslah ada murah
Bukan saja-saja letak murah tapi aku dah bandingkan dengan harga pasaran yang ada.
Tak percaya?
Boleh tengok google image atau hashtag di ig
Berlambak-lambak keluar nanti


Ini antara contoh warna yang ada untuk
Baju kain pelikat ala songket
( kain jenis lipat batik )

Harga sepasang : RM 90 ( tidak termasuk postage )
Whatssapp 019-2331810


Berikut adalah ukuran dari saiz S - XL ( ukuran dalam inchi )

Saiz S - TURQOISE
Bahu 14 1/2
Dada 38
Labuh tangan 22
Panjang baju 38
Labuh kain 39 1/2


Saiz M- PINK, BIRU & OREN
Bahu 15 1/2
Dada 42
Labuh tangan 22
Panjang baju 39
Labuh kain 42


Saiz L - UNGU
Bahu 17
Dada 44
Labuh tangan 23 1/2
Panjang baju 39 1/2
Labuh kain 39 1/2


Saiz XL - MERAH
Bahu 18 1/2
Dada 46
Labuh tangan 24
Panjang baju 39
Labuh kain 39 1/2
Punggung 46


Stok tak banyak yang aku ambil.
Tapi kalau ada yang berkenan, aku boleh pergi ambil lagi.
Belian 5 pasang ke atas, ada harga diskaun ku beri.
Terima kasih kepada yang dah membeli & bakal membeli.


Masih available M, L & XL




Monday, April 13, 2015

Stok baru di Nurul Yui Collection

BAJU PELIKAT SONGKET
( s - xl )


BLOUSE COTTON


KAIN PASANG BATIK 
( lembut & licin )


Ini antara stok baru & cubaan nak jual
Nanti akan ada entry satu persatu
Sesiapa nak beli boleh whatssapp 019 2331810



Hantaran masa kini





Bagus juga buat macam ini.
Memenuhi kelengkapan rumah.
Agaknya kalau aku kahwin, hantaran sebeginikah?
Hahaha, angan!



Saturday, April 11, 2015

Resepi bergambar : Brownies tanpa telur



sumber : Resepi Ringkas


Tengok bahan mudah benor ni. Memang cadang nak buat, tunggu beli bahan utama yang takde. Kalau dah try, aku update di blog. Abadikan kenangan samada benda itu berjaya atau tidak, sedap atau tak. Miahahaha!


Selamat mencuba!



Friday, April 10, 2015

Beg yang patut dimiliki oleh perempuan





Ada yang pernah nampak design ini jual?
Kalau ada sila maklumkan
Rasa nak beli juga


Tiba-tiba terkenangkan pernah diragut ketika tunggang motor suatu ketika dulu
Ku kejar tapi tak dapat
Cehhh!


Harga poslaju selepas GST




Sangat penting untuk pengetahuan semua terutama peniaga
Walau macam mana pun, buat masa ini harga postage aku masih ikut lama
Yang sen-sen aku bayar walau untung tak seberapa
InshaALLAH ada hikmahnyakan?



Thursday, April 09, 2015

Perubatan buasir di Grik, Perak

Ada seseorang yang bertanya mengenai perubatan buasir yang pernah aku buat pada tahun 2011. Ya, dulu aku mengalami buasir tahap serius. Doktor siap bagitahu aku dah di tahap 3 di mana perlu melakukan operation untuk buang.



Antara perkara yang aku alami ketika buasir :

1) "Benda" itu terkeluar dan buat rasa tak selesa ketika duduk
2) Setiap kali buang air besar, akan ada darah pekat keluar


Tapi mak dan abah suruh cuba berubat secara tradisional terlebih dahulu. Aku pun taknak operation sebolehnya. Alhamdulillah abah dapat info dari kawannya mengenai perubatan di Grik. 


Kisah lanjut boleh baca entry lama.


Berbalik pada soalan anon/akak yang bertanya, maaf sangat sebab saya dah kehilangan nombor orang tersebut. Ada ura-ura juga bagitahu orang itu tidak mengubati orang lagi, dah digantikan dengan orang baru memandangkan dia sudah berusia.


Alhamdulillah, kesannya memang ada. 
Dalam tempoh sebulan, buasir tersebut tidak keluar dan aku hanya perlu pantang untuk tidak makan makanan terlalu pedas.


Dah 5 tahun
Sekarang aku dah baik dari buasir. Alhamdulillah.


Maaf kakak, saya tak dapat bantu. 
Moga ada tempat lain yang boleh cuba untuk merawat buasir ini. 



SANGKAR KUCING 4 TINGKAT

Sebelum masuk April 2015, di mana zaman kegemilangan GST, aku dengan mak berpakat nak beli lagi satu sangkar besar.
Khas untuk anak-anak comel.


Sedang elok letak 9 ekor dalam itu.
Sehari dua saja test nak tengok depa serasi atau tidak.
Akhirnya 4 ekor dikeluarkan dan tinggal 5 ekor anak kucing dalam sangkar 4 tingkat ini.




Harga beli dalam RM 250.
Bagi aku oklah sangkar macam ini. Senang nak handle.
Memang tak letak pasir, depa akan poo n pee di bahagian bawah sekali.


Yang penting anak-anak selesa bermain.


Lokasi kedai :
Petshop Station 18
Pasir Puteh Ipoh, Perak




Wednesday, April 08, 2015

Open order : Baju Kurung Moden Kain Pelikat



Nak dapatkan baju pasang kain pelikat dengan harga bawah RM 100??
Yang siap ya 
smile emotic
Tinggalkan no anda atau terus whatspp Yui. 
Yui akan add masuk group. 
Anda bagitahu ukuran dalam inchi
Minggu ini hari Sabtu 11/04/2015 nak pergi ambil lagi stok baju pasang.


Booking rm 50 ( sebelum hari Jumaat ) → yui update corak/ warna yang ada ( secara terus dari pembekal ) → anda bilih dan bayar baki → yui pos. 
Settle!!


Harga pasaran :
Kain pasang pelikat RM 65
Upah jahit RM 65


Harga baju siap dari Yui?
Bawah RM 100
Jimat
=___=




[LAST STOCK] - Baju kurung kain pelikat murah

Sebelum ini ada juga jual baju kurung kain pelikat & alhamdulillah mendapat sambutan. Ini ada last stock nak jual.




Nak jual RM 80 tidak termasuk pos. Kalau fast payment, aku akan bagi best price. Boleh terus whatspp 0192331810.


Aku dah tengok di Jalan TAR, harga untuk kain pasang pelikat 4 meter - RM 65. Tak pun, boleh google image dan bandingkan harga. Material sebiji sama macam aku jual siap. Nak tempah pun lebih kurang RM 50.


Meh beli siap lagi senang dan jimat. Sape nak, cepat hubungi aku ya. Terima kasih.



TAPAI PULUT

Kemain tengok cara bungkus tapai
Elok pula dekat setiap tangkai ada lebih kurang 5 biji




2x ganda gambar di atas kuantitinya hanya RM 10
Bagi aku sangat berbaloi harganya
Berbaloi dengan tenaga & masa untuk buat tapai
Bukan mudah ya


Sebab silap buat, tak menjadi tapai itu
Antara tips diberi
Jangan buat tapai bila keadaan "kotor" dan lebih senang buat ketika malam
Itu nasihat seorang makcik yang dah biasa buat tapai
Adalah sebab musabab tersendirinya tips itu


Ada juga kenduri kahwin dihidangkan sebegini
Ada juga dalam bekas kecil
Yang penting sedap!
Saya suka saya suka!!





Tuesday, April 07, 2015

Instant shawl murah tinggal sehelai!



Tinggal sehelai sahaja lagi untuk instant shawl di atas
Warna kuning baris pertama
Harga biasa RM 30 sekali postage


Nak clear stok ini
Terus whatsapp 0192331810
Best price bagi!
Harga rugi terus!




Kucing ke-9 dimandulkan : Minah

Kalau aku AL mahupun mc, pastinya akan terfikir pasal anak-anak bulus. Itulah waktu di mana aku perlu buat apa yang patut ke veterinar. Tak kisah cucuk cacing, bulu, mandul or sebagainya. Sebab aku memang tiada masa lain melainkan ketika cuti sahaja.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor


Alhamdulillah, Minah adalah kucing ke-9 yang aku mandulkan. Lega sangat sebab seekor demi seekor berjaya dimandulkan. Mandul bukan sebab suka-suka tapi lebih untuk kebajikan bersama. Banyak faktornya.


InshaaALLAH dalam minggu ini akan mandul Kika ( pesakit kanser payu dara ) atas nasihat pihak veterinar. Adik aku yang akan bawa memandangkan dia cuti seminggu.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka 

Muna


Doakan semua dipermudahkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli & menderma khas dana untuk meow.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]

Mencari adopter anak bulu area UUM Sintok

Adik perempuan hantar gambar. Kesian bila tengok keadaan anak kucing tersebut. Mata penuh nanah dan tak mampu buka. Adik ambil keputusan bawa ke veterinar.


Apa yang menjadi masalah, minggu ini dia akan bercuti. Jadi mana mungkin nak bawa anak kucing balik dengan bas. Jadi dia minta bersama untuk share mencari sesiapa yang sudi ambil anak kucing ini dengan segera.


Ubat akan diberi & aku akan bagi serba sedikit wang untuk tampung kos perbelanjaan makanan & ubat untuk kucing tersebut.




Lokasi : UUM Sintok
Mencari yang sudi ambil tanpa memilih bulu
Whatsapp 019-2331810
Kucing ini perlu diberi ubat & dicuci matanya sehingga benar-benar sihat


Harap ada yang sudi. Dah lebih 10 group aku share. Terbayang andai adik aku dah bercuti tapi tiada lagi sudi ambil anak ini, berkemungkinan besar dia akan terbiar. ALLAH, sedih bila mengenangkan.


Harap ada di antara kalian sudi panjangkan berita ini
SANGAT MERAYU!


Update terkini :
Adik dah hantar pada seorang kakak di Jitra
Kakak tu juga ada bela kucing buta, subhanallah
Alhamdulillah

Monday, April 06, 2015

Pelbagai berita hanya dalam masa seminggu

Minggu lepas aku ada seminar di KL. 3 hari di sana. Hari kedua aktiviti memang padat sampai nak tengok berita pun tak sempat. Banyak kejadian dan berita yang terjadi hingga ke hari ini.


Awal Ashaari terlibat kemalangan
Pernikahan anak PM & TPM
Menang t-shirt budak sempena GA dari blog Intan Berlian
Menang shawl sempena contest blog Naura


Dan paling best, 1 April 2015 baru checkout hotel dan terus merasa "menderma" untuk GST sebab beli barang di Jalan TAR. Miahahahaha!


Berita baru ini pula


Budak maut terjatuh di Kenanga City
Ayah Anwar meninggal dunia
6 maut nahas helikopter


Top berita adalah GST!
Syabas Malaysia
Kita tingkatkan ekonomi negara yeeee
Majulah sukan untuk negara!
Eh!




Musim buah staq

Kami panggil buah staq.
Hangpa tang tempat lain taktaulah panggil buah ini apa.
Hari tu pi parit buntaq, nampak pulak buah ni.
Menggigil habaq hangpa bila tengok.
Kecuq ayaq liuq!!




Harga haritu beli RM 14/kg.
Ada nampak kawan post kabor kat tempat depa ada sampai RM 24/kg.
Tu dia punya mahai no lain tempat.
Apa pun memang layan makan buah ini!



Sunday, April 05, 2015

Perasaan yang berbelah bahagi

Aku sekarang mood tak stabil
Nak kata gembira tak juga
Nak kata sedih tak juga
Macam samar² sahaja
Tak tahulah


Dah suku tahun 2015
Banyak hambar
Sedih bila mengenangkan
Marah bila diingatkan


Maaf ya wahai insan sekeliling
Kadang aku perlu "berpura"
Untuk melihat senyuman orang
Walau diri "merana"



Friday, April 03, 2015

Sarapan pagi hari ini

Edisi bekal belum lagi sebab mood masih bercuti.
Jadi untuk sarapan pagi ini, beli saja.




Ini namanya chee chong fun. 
Main belasah je ejaan. Hahahaha!
Jangan risau sebab beli dari kedai orang melayu.
Alhamdulillah sedap. RM 2.50 sahaja.
Takde lagi kenaikan harga.



Mini popia ikan bilis 250 gram & 500 gram

Alhamdulillah bulan ini banyak tempahan mini popia ikan bilis. Rezeki mak sebab bisnes popia tujuan utama nak tambah pendapatan mak sebagai seorang suri rumah. Seronok tengok dia suka.




500 gram = RM 22




250 gram = RM 12


Bekas penutup merah hanya untuk cod. Untuk pengeposan aku akan guna bekas empat segi. 


WhatsApp 019 2331810 untuk maklumat lanjut


500 gram RM 22 
Poslaju RM 9 SM & RM 13 SS

Untuk COD dalam bekas bertutup warna merah


Kenapa harga poslaju sebegitu? Mohon baca sebaiknya [entry]. Kalau ada yang nak order, boleh terus hubungi daku seperti tertera dalam gambar.


InshaaALLAH sedap sebab daku gunakan ikan bilis asli! Hehehehe.


Terima kasih kepada yang sudi order.


Order sentiasa dibuka dengan minima 500 gram.


Thursday, April 02, 2015

Masih bercuti

Semalam sampai ke Perak jam 8.30 malam. Hari ini memang dah apply AL. Dah tahu malas nak kerja. Hahaha.


Banyak juga cerita nak kongsi. InshaALLAH satu persatu.


Esok baru ai kerja =)