tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

BR1M dah berubah status kepada LULUS

Haritu kan Yui ada update pasal brim Yui yang sebelum ni tak pernah pernah tak lulus, hehehe. Lepas je kejadian Dato Vida bayar cukai, ehh ehh lain dah. Mungkin kebetulan kan kan.


Dan ramai juga yang berubah dari TIDAK LULUS kepada LULUS. Tahniahlah kome. Bayaran katanya kelompok ketiga. Dengar cerita dekat raya nanti. Takpelah, tak kisah bila pun.


Sebenarnya Yui dah redha bila habaq tak lulus haritu. Dengan niat, moga bantuan itu disalurkan kepada yang betul-betul layak dan memerlukan.


Niat utama Yui kali ni bila dapat BR1M,
Yui nak spay/neuter lagi 3 ekor kucing Yui dan kalau ada lebih nak beli sangkar yang lebih besar dan selesa untuk mereka.


Doakan Yui ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 07, 2017

Tidak Layak dapat BR1M disebabkan ada SSM

Hooo yeaayyy, tahun ini 2017 buat julung kali tak layak dapat BR1M atas alasan mempunyai SSM. Haaaa Yui dah lama ada ssm disebabkan nak berniaga sambilan secara sah tapi tidaklah keuntungan ratusan ringgit setiap bulan. Berniaga sambilan, untung RM 1 pun dah seronok.


Yui mula dah rasa 50% je tapi semua jadi kenyataan. Hehehe.
Nasib badan. Katanya boleh buat rayuan tapi adalah beberapa prosuder kena buat. Tengoklah, kalau rajin Yui buatlah. Kita yakin kita layak dapat. Hahaha.


Buat anak anak bulus Yui,
Sorry naa sebab niat hati dapat brim nak spay/neuter hangpa 4 ekor. Takpe, kita ikhtiar cara lain nanti.



Korang dapatke BR1M?
Tahniah.


Yui tak kisah bantuan jika diberikan pada golongan yang benar-benar memerlukan tapi kalau ada yang gaji RM 4k pun dapat, nasiblah kan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 05, 2016

Kemaskini BR1M 2017 bermula 5 Disember 2016

Jika anda penerima BR1M, jangan lupa untuk kemaskini BR1M 2017 anda ya. Anda boleh mula kemaskini dari 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.


Juga boleh kemaskini secara online di SINI. Atau nak secara manual, boleh dapatkan borang di LHDN berhampiran anda.



Yui dah kemaskini pagi tadi


Kalau anda kemaskini secara online, adalah lebih baik untuk anda cetak sebagai bukti buat simpanan anda.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 30, 2016

BR1M bujang sudah diterima untuk pemegang CIMB

Lapuk tapi saja nak cerita juga
Kan sohsehsohseh cakap bayaran BR1M bermula 28/1/2016
Tapi ada juga yang terima 2-3 hari awal dari tarikh


Contoh terdekat aku sendiri
Selasa petang dah terima
Amaun untuk individu bujang


Tak banyak mana tapi duit itu dah ada hala tujunya
Nak sahut cabaran boleh guna untuk setahun!


Aku buat apa?
Kalau rajin aku share


Kalau dah "layak" terima, dah tau la kan amaun gaji
Sendu sangat
Memang buat lebih dari 1 kerja sekarang untuk menampung kos yang semakin tinggi!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 15, 2015

Kemaskini BR1M 2016 sehingga 31 Disember 2015

Yang mana layak & sepatutnya dapat BR1M, bolehlah kemaskini segera sebelum 31 Disember 2015. Ada perubahan atau tidak memang kena kemaskini.




Aku sendiri sebagai penerima bagi golongan bujang, dah buat & selesaikan apa yang patut. Apa yang aku nampak, agak "leceh" sedikit untuk update. Jadi, nak tolong orang lain, kena bersedia dengan lebih untuk maklumat penerima BR1M.


Contoh :
Dah kena letak nama pewaris.
Bagi golongan bujang, boleh letak nama mak/abah sahaja.
Tidak dibenarkan nama adik beradik.


Jadi, buatlah sebelum terlambat. Ini sebahagian hak anda!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 14, 2015

Bayaran BR1M 2015 untuk individu bujang telah diterima

Tengahari tadi baru gatal tangan semak online CIMB. Tengok ada dah bayaran BR1M. Rupanya petang semalam dah masuk.


Sebab dari semalam dah terima macam-macam berita, brim keluarga dapat, brim bujang dapat padahal dah diumum bermula 15 Januari 2015 baru bayaran akan dibuat.


Dapat awal kira alhamdulillah. Syukur dengan apa yang dapat. Maklum sahaja kita kerja swasta, takde dapat bonus dari pak jib. Dapat BR1M pun dah kira bagus walau rasa nak amaun lagi lebih. Mehmehmeh.


Yang lain bolehlah semak juga. Entah-entah dah habis. Ekekekeke.


Dah ada perancangan sebenarnya duit ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 11, 2014

Sudah kemaskini BR1M 2015

Balik saja dari kursus dah ada yang minta tolong untuk semak BR1M 2015. Secara tak langsung aku terus kemaskini untuk diri sendiri. Alhamdulillah, line ok. Tak suka buat awal-awal sebab tahu akan jemmmmm.


Tapi,
Aku check hanya yang bujang boleh kemaskini ( aku ubah nombor akaun ). Untuk yang berkeluarga, takde pula boleh update info lain. Aku tak pasti kenapa sebab lebih 5 nama penerima BR1M aku semak. Mungkin yang bujang duk ingat dah berubah status. Mungkinlah.


Laman web untuk kemaskini


Harap urusan ini dipermudahkan. Apa sekalipun kena bersyukur. Alhamdulillah.


Jangan lupa print semakan status permohonan untuk rujukan. Itu sebaiknya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 03, 2014

Pembayaran BR1M 2015

Pastinya ramai dah terima surat untuk kemaskini BR1M kan? Aku dan abah pun dah terima minggu lepas. Cuma belum kemaskini secara online lagi.




Tempoh kemaskini hingga 31 Disember 2014 sahaja. Jadi, jika ada masa terus buat untuk elak masalah lupa.


Individu bujang akan dapat sekaligus manakala bagi yang berkeluarga akan dibayar secara berperingkat.


Aku layak terima BR1M sebab gaji tak tinggi. Bersyukur dapat RM 350 walau kos sara hidup lebih tinggi dari itu. Duit itu sudah ada perancangannya  =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 21, 2014

Bantuan BR1M 3.0 sudah mula diagihkan

Alhamdulillah, bagi mereka yang sudah update akaun, bantuan BR1M 3.0 telah diberikan. Macam aku, guna CIMB. Juga terbaca pemegang hong leong & bank islam juga telah diterima.


Bagi pemegang akaun lain, inshaaALLAH rezeki anda bakal menyusul. Jangan pula merungut sebab tak dapat sama macam orang lain. Rezeki itu ada, cuma masa sahaja.


Dah dapat bantuan, gunakan sebaiknya. Perancangan aku? Beli aset baru mungkin. InshaaALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah rezeki di hari Jumaat.


Untuk yang tidak update akaun, proses pengagihan sama seperti sebelum ini. 


* Daku penerima bantuan BR1M 3.0 untuk golongan BUJANG





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 24, 2014

Kemaskini BR1M segera

Bagi yang dapat bantuan, sebaiknya anda kemaskini terutama jika nak bantuan dimasukkan terus ke dalam akaun. Jadi tidak perlu lagi pergi ke tempat bantuan diterima.


Itu cerita yang aku dengar. Aku pun kurang pasti kesahihan tapi harap betullah bila dah update nombor akaun, just tunggu amaun masuk sahaja lagi.




Apabila kemaskini sila berhati-hati kerana hanya sekali sahaja kemaskini dibenarkan. Kalau nak edit lagi, kena terus pergi ke LHDN. Jadi, sila double check untuk elak masalah lain.


Aku harap bantuan aku baik hendaknya. Begitu juga kepada mereka yang layak. InshaaALLAH. Amiin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 03, 2014

Permohonan & kemaskini BR1M 2014 secara online


Ok aku dah kemaskini borang BR1M
Masukkan nombor akaun
Mana tahu kali ini terus masuk akaun
Tak perlu nak AL pergi ambil bantuan 


Aku sendiri lupa hari itu mohon guna borang
Atau atas talian
Harap layak dapat untuk tahun ini
Sebagai individu bujang


Untuk permohonan baru atau kemaskini BR1M 2014 
{ link }


Info ( entry )
Bayaran terus ke akaun jika anda update





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 19, 2013

Permohonan BR1M 3.0 dibuka 23 Disember 2013

Sekarang rancak isu itu ini naik tapi jangan sampai terlepas info penting pasal BRIM 3.0. Buat yang berkeluarga & bujang dengan memenuhi syarat yang ditetapkan, boleh memohon bagi melayakkan anda menerima bantuan BRIM.


Bagi yang dah pernah dapat sebelum ini, boleh kemaskini maklumat. Bagi pemohon baru, anda boleh memohon bermula 23 Disember 2013 samada melalui online atau borang. Pastikan maklumat lengkap untuk elakkan masalah lain.


Peluang yang ada, kita rebut. Sekurangnya ringan sikit dengan duit yang bakal diterima. Bersyukur. Semua ada hikmahnya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 02, 2013

Bantuan BR1M 2 kali setahun

Baru-baru ini dengar berita bagitahu BR1M nak diberi 2 kali setahun dan dicadangkan terus masuk ke dalam akaun. Bagi aku ia bagus dan sangat-sangat elok kalau terus masuk dalam akaun. Tak perlu nak pergi ambil sendiri.


Tapi yang kata nak naikkan amaun tu jadi tak? Kalau jadi lagi bagus. Sesuai sangat sebab kenaikan yang ada menyebabkan kenaikan lain merebak sama walau tak sepatutnya ia terjadi. Gaji naik tapi benda lain turut naik menyebabkan tak terasa gaji itu. Cewaaahhh!


Apa-apa pun kalau betul berita itu dan nak naikkan lagi amaun BR1M, alhamdulillah. Daku sebagai golongan bujang menerima dengan hati terbuka. Tahun depan kalau bujang lagi, layak sungguh menerima. Muahahaha.


* Nak buat pinjaman pun basic gaji 2k okay. Macam mana nak beli rumah. Aishhh.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 27, 2013

Cara menyemak status BR1M 2.0

Berdasarkan entry { ini }, aku terima maklum balas melalui emel yang telah ku kirimkan. Sebenarnya selepas aku tengok kawan-kawan terdekat dah dapat surat BR1M, aku rasa pelik sikit kenapa aku tak dapat feedback apa-apa.


Maka setelah aku baca sebuah blog, macam mana cara nak semak status samada lulus/tidak, aku terus follow cara beliau. Laju saja taip untuk hantar emel. Oh ya, jangan pelik kenapa kalau dalam masa seminggu emel anda belum dibalas, aku pun dapat selepas 13 hari!




Member opis ada bagitahu, telefon terus LHDN untuk bertanya status. So, boleh telefon LHDN berdekatan anda.


Cara nak semak melalui emel :

1) Hantar emel dengan tajuk sesuai ke br1m2@treasury.gov.my
 contoh : Status permohonan BR1M2

2) Mulakan dengan kata-kata permulaan seperti salam dan ucapan selamat pagi/petang. Letak nama penuh anda beserta nombor kad pengenalan. 

3) Akhiri emel anda dengan ucapan terima kasih


Mudahkan? Bila dah hantar emel, mohon sabar menunggu balasannya. Mesti ramai bertanya sebab itu ambil masa. Fikir postif ya kawan-kawan.


Bantuan yang aku pohon untuk bantuan orang bujang RM 250. Hingga hari ini belum tiba surat rasmi. Moga cepat sampai suratnya dan permudahkan segalanya. Amiiiin.


# Bila kita berbudi dengan orang, insyaALLAH orang itu lebih berbudi dari kita




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 77 - Maklumbalas emel mengenai BR1M 2.0


Akan aku ceritakan perihal BR1M 2.0
dalam entry selepas ini




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^