tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label BR1M 2015. Show all posts
Showing posts with label BR1M 2015. Show all posts

Tuesday, March 07, 2017

Tidak Layak dapat BR1M disebabkan ada SSM

Hooo yeaayyy, tahun ini 2017 buat julung kali tak layak dapat BR1M atas alasan mempunyai SSM. Haaaa Yui dah lama ada ssm disebabkan nak berniaga sambilan secara sah tapi tidaklah keuntungan ratusan ringgit setiap bulan. Berniaga sambilan, untung RM 1 pun dah seronok.


Yui mula dah rasa 50% je tapi semua jadi kenyataan. Hehehe.
Nasib badan. Katanya boleh buat rayuan tapi adalah beberapa prosuder kena buat. Tengoklah, kalau rajin Yui buatlah. Kita yakin kita layak dapat. Hahaha.


Buat anak anak bulus Yui,
Sorry naa sebab niat hati dapat brim nak spay/neuter hangpa 4 ekor. Takpe, kita ikhtiar cara lain nanti.



Korang dapatke BR1M?
Tahniah.


Yui tak kisah bantuan jika diberikan pada golongan yang benar-benar memerlukan tapi kalau ada yang gaji RM 4k pun dapat, nasiblah kan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 14, 2015

Bayaran BR1M 2015 untuk individu bujang telah diterima

Tengahari tadi baru gatal tangan semak online CIMB. Tengok ada dah bayaran BR1M. Rupanya petang semalam dah masuk.


Sebab dari semalam dah terima macam-macam berita, brim keluarga dapat, brim bujang dapat padahal dah diumum bermula 15 Januari 2015 baru bayaran akan dibuat.


Dapat awal kira alhamdulillah. Syukur dengan apa yang dapat. Maklum sahaja kita kerja swasta, takde dapat bonus dari pak jib. Dapat BR1M pun dah kira bagus walau rasa nak amaun lagi lebih. Mehmehmeh.


Yang lain bolehlah semak juga. Entah-entah dah habis. Ekekekeke.


Dah ada perancangan sebenarnya duit ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^