tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label BR1M 2017. Show all posts
Showing posts with label BR1M 2017. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

BR1M dah berubah status kepada LULUS

Haritu kan Yui ada update pasal brim Yui yang sebelum ni tak pernah pernah tak lulus, hehehe. Lepas je kejadian Dato Vida bayar cukai, ehh ehh lain dah. Mungkin kebetulan kan kan.


Dan ramai juga yang berubah dari TIDAK LULUS kepada LULUS. Tahniahlah kome. Bayaran katanya kelompok ketiga. Dengar cerita dekat raya nanti. Takpelah, tak kisah bila pun.


Sebenarnya Yui dah redha bila habaq tak lulus haritu. Dengan niat, moga bantuan itu disalurkan kepada yang betul-betul layak dan memerlukan.


Niat utama Yui kali ni bila dapat BR1M,
Yui nak spay/neuter lagi 3 ekor kucing Yui dan kalau ada lebih nak beli sangkar yang lebih besar dan selesa untuk mereka.


Doakan Yui ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 07, 2017

Tidak Layak dapat BR1M disebabkan ada SSM

Hooo yeaayyy, tahun ini 2017 buat julung kali tak layak dapat BR1M atas alasan mempunyai SSM. Haaaa Yui dah lama ada ssm disebabkan nak berniaga sambilan secara sah tapi tidaklah keuntungan ratusan ringgit setiap bulan. Berniaga sambilan, untung RM 1 pun dah seronok.


Yui mula dah rasa 50% je tapi semua jadi kenyataan. Hehehe.
Nasib badan. Katanya boleh buat rayuan tapi adalah beberapa prosuder kena buat. Tengoklah, kalau rajin Yui buatlah. Kita yakin kita layak dapat. Hahaha.


Buat anak anak bulus Yui,
Sorry naa sebab niat hati dapat brim nak spay/neuter hangpa 4 ekor. Takpe, kita ikhtiar cara lain nanti.



Korang dapatke BR1M?
Tahniah.


Yui tak kisah bantuan jika diberikan pada golongan yang benar-benar memerlukan tapi kalau ada yang gaji RM 4k pun dapat, nasiblah kan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 05, 2016

Kemaskini BR1M 2017 bermula 5 Disember 2016

Jika anda penerima BR1M, jangan lupa untuk kemaskini BR1M 2017 anda ya. Anda boleh mula kemaskini dari 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.


Juga boleh kemaskini secara online di SINI. Atau nak secara manual, boleh dapatkan borang di LHDN berhampiran anda.



Yui dah kemaskini pagi tadi


Kalau anda kemaskini secara online, adalah lebih baik untuk anda cetak sebagai bukti buat simpanan anda.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^