tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label ♥Bicara Yui♥. Show all posts
Showing posts with label ♥Bicara Yui♥. Show all posts

Monday, June 20, 2016

Bila mak bercerita pasal duit raya

Sebelum memulakan apa yang aku nak ceritakan,
Ambil yang baik, yang buruk tinggalkan ya.


Di zaman ekonomi yang agak "teruk" ini, yang mana banyak perkataan TINGGI, yang rendah jarang sekali. Cuba sedaya upaya berusaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.


" Mak teringat sebelum ini. Bagi RM 1 kat anak sedara. Anaknya buka terus sampul dan cakap alaaa seringgit je. Pastu akaknya suruh diam konon taknak bagi mak dengar. Yelah, bagi pun seikhlas hati. Dah surirumah"


Aku yang dengar mak cerita terus cakap


" Nasib time tu orang takde. Kalau tak boleh dah nak nasihat sikit".


Oh ya, mak aku tu surirumah tau, ada kerja pun setakat sebulan dapatlah RM 150- RM 200. Kadang anak-anak bagi duit. Sampul tu pun dapat dari anak-anak atau yang free. Kira duit raya tu seikhlas hati darinya.


Motif utama yang aku nak sampaikan kat sini,
Kalau boleh tolong didik anak-anak terutama yang dah bersekolah rendah agar lebih beradab ketika dirumah orang. Tak syiok tau kalau orang tua terasa. Ini bukan budak hingusan punya peel tapi dah bersekolah.


Takpun sebelum keluar rumah tu,
Mak pak duklah dekat anak. Senang kalau tuan rumah bagi duit raya, mak pak boleh terus pegang. Takdelah jadi situasi seperti di atas.


Duit raya tu tak wajib, itu seikhlas hati tuan rumah.


Sekian dari insan biasa yang banyak kesalahannya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 18, 2014

Isu boikot Mcd

Aku taknak bercerita kenapa atau mengapa perlu boikot mcd tapi aku nak luahkan rasa kecewa melihat kejadian boikot yang hanya mengikut perasaan semata-mata. Apakah antaranya?


1) Menghina/mengherdik pekerja-pekerja yang kebanyakannya adalah orang Islam
2) Merosakkan harta benda
3) Merosakkan kenderaan yang menampal sticker mcd
4) Memulau mereka yang masih bekerja di mcd


Eh! Boleh tak guna akal waras? Jangan ikut nafsu semata-mata. Orang lain boikot juga tapi takdelah sampai nak menimbulkan masalah lain.


Sampai ada yang suruh berhenti serta merta, erm korang boleh bagi kerja terus ke kepada mereka? Kalau ya alhamdulillah. Letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin mereka dalam perancangan/pencarian kerja baru. Ya rezeki ada dimana-mana tapi usaha juga masih perlu.


Apa point utama aku di sini, boikot boleh boikot tapi tolong jangan tersilap langkah dengan buat benda tidak sepatutnya. Sampai ada kes baling batu, rosakkan kenderaan, meludah, memecahkan cermin. Apa ke hal manusia macam itu?


Jangan sampai kerana sikap "terlanjur" ada yang masuk penjara. Berhati-hati.


Islam tak suruh kita menganiaya manusia lain.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 04, 2014

Bazar Ramadhan kini

Hingga hari ke 5 berpuasa, baru sekali aku jejakkan kaki ke bazar ramadhan berdekatan rumah sewa di Station 18 Ipoh. Itu pun sebab ikut rakan serumah. Jadi, nak juga jenguk rupa bazar untuk tahun 2014.


Perbezaan? 
Hanya satu berbeza iaitu HARGA. Sebagai contoh, roti john besar sekarang RM 3.80. Air satu plastik besar RM 3. Lauk pauk paling rendah RM 3. Sambal ikan bilis pun sama. Purata kenaikan adalah 50 sen ke atas.


Bagi aku, harga dah naik. Kuantiti dah kurang. Rasa tak seberapa. Mungkin "terkena" dengan aku sahaja situasi macam itu. Sebagai pembeli, aku boleh terima harga naik tapi biar berbaloi dengan rasa yang bakal pembeli telan.


Jangan sekadar harga naik, kualiti kurang. Takut pelanggan lari.


Lagi satu, kalau ke bazar, paling sikit duit akan keluar adalah RM 5 ( untuk bujang ). Kalau berkeluarga paling rendah mungkin RM 15 ( beli lauk ). Ikutkan berbelanja di bulan Ramadhan lebih tinggi berbanding biasa melainkan anda pandai kawal bajet.


Kesimpulan aku, aku sehabis boleh nak kurangkan ke bazar. Tahun-tahun sebelum ini hampir setiap hari membeli. Tahun 2014, aku akan beli bahan sendiri dan akan masak sendiri. InshaaALLAH. Terjamin & puas hati.


Bazar kini memang banyak beza.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 13, 2014

Perancangan tidak menjadi

Kadang,dah siap rancang nak update cerita itu ini tup tup lupa. Terus tak terupdate. Terus ditinggalkan macam itu saja.


Kadang, berjanji nak berkongsi tapi terlupa. Bila dah lama berlalu baru teringat. Itu yang boleh timbul entry terperam.


Kadang, timbul entry berulang walau olahan berbeza tapi point tetap sama. Macam dah kering idea. Macam dah ketandusan kata-kata.


Kadang, terasa bosan. Terasa kosong. Terasa malas. Terasa nak tinggalkan segalanya yang biasa dibuat. Tapi berfikir semula. Apakah relevan berbuat sedemikian?


Itulah. Merancang tapi tak semestinya berjalan lancar. Kadang kita rancang sebaik mungkin tapi kalau ALLAH dah tak izinkan, kita tak dapat menolak. Kena terima seadanya.


Inilah namanya perancangan tidak menjadi.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 22, 2014

Kenapa komen di entry tiada atau sikit?

Mula-mula kita kena tahu apa matlamat utama untuk setiap entry yang kita hasilkan?

1) Untuk dijadikan kenangan
2) Untuk orang ramai search dah terus jumpa entry
3) Nak dapatkan banyak komen
4) Saja suka-suka


Kalau tanya aku, pastinya tujuan utama nak berpokpek lebih panjang, nak dijadikan kenangan mana tahu nanti keluarga, anak, cucu, cicit boleh tahu kisah aku. Sentuh bab komen di entry, serious kalau dulu macam terfikir juga nak setiap entry kena ada komen dari blogger lain. Konon at least kita tahu ada orang baca.


Sekarang? Erm aku tak kisah. Sebab aku tahu setiap blogger ada alasan sendiri kenapa dia nak/tidak untuk drop komen di entry kita. 


Contohnya :

Tak komen sebab?

1) Entry panjang berjela dan ditambahkan dengan pelbagai cerita dalam satu entry
2) Entry bercerita pasal cinta, seks & benda lucah
3) Susah nak drop komen sebab ada word verification
4) Susah nak komen sebab guna widget yang telah diubahsuai
5) Entry melalut tak faham motif apa
6) Hanya sekadar baca sahaja ( silent reader )


Rasanya ramai di antara kita tergolong dalam (6) termasuk aku sendiri. Bukan bermaksud malas tapi kadang-kadang kita ada sebab tersendiri. 


Walau apa pun, inshaaALLAH setiap blogger yang komen di entry aku, aku akan jejak balas dan akan tinggalkan juga komen di entry kalian. Bukan sekadar membalas tapi lebih kepada rasa teruja & hargai apa yang kalian lakukan.


Korang ada nak tambah apa-apa? Jom share nanti aku updatekan. Boleh juga tahu pendapat blogger lain.


Mungkin nanti nak share macam mana nak tarik perhatian agar orang tinggalkan komen =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 15, 2014

Kenapa tidak update blog?

Perasan atau tidak cik empunya blog ini sekarang jarang nak update terutama ketika cuti. Hari biasa pun update sehari sekali itupun kalau jari jemari nak menaip.


Kenapa boleh jadi macam itu?


1) MALAS
2) TIADA IDEA
3) TIADA PERASAAN


Sekarang baru aku rasa ketiga-tiga perkara di atas. Tiada perasaan, tiada idea & malas. Itu faktor utama. Bila difikir secara logik ada saja cerita boleh kita up kan tapi pabila penyakit 'M' wujud, semua kerja tak jadi.


Idea terbantut. Hasil tiada.


Secara kesimpulan buat masa ini aku bukan blogger tegar. 


Eh! Bercerita macam ini pun dah boleh jadi satu entry =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 07, 2014

Apakah identiti blog anda?

Sebelum berbicara mengenai identiti, jom kita fahami dahulu apa maksud identiti


Identiti (definisi Kamus Dewan Edisi Keempat – terkini) = (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dan sebagainya) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.


Entry kali ini khas untuk bercerita mengenai identiti blog. Sebagai contoh blog Corat Coret Nusha lebih banyak ke arah perkongsian diri, keluarga, persekitaran & kejadian.


Secara ringkas identiti blog ini adalah lebih ke arah PERSONAL.


Kalau isu, berita semasa selalunya jarang aku tampilkan. Kalau mula-mula berblog, memang itu topik setiap hari akan aku update. Tapi setelah bertahun berblog, kini topik personal menjadi pilihan diri.


Korang pula, secara ringkas apa identiti blog?


Personal? Random? Rojak?


Tak kisah apa pun janji ada pembaca walau diri sendiri yang baca. Ngeh ngeh ngeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 19, 2014

Perkara yang perlu diambil tahu sebelum memulakan diet atkins

Untuk group utama dijadikan sebagai panduan, pendapat, resepi & pelbagai lagi, anda boleh join group FB Kelab Diet Atkins Malaysia.


Dah request masuk group, tunggu sahaja para admin approve. Lepas itu apa?


1) Ucap terima kasih sebab sudi terima dalam group
2) Cari dan baca fail-fail dalam group yang telah disediakan terutama bahagian permulaan diet atkins
3) Rajinkan diri baca pendapat, komen & post yang dipaparkan. Kebanyakannya ilmu berguna
4) Screenshot atau catat dalam buku peribadi apa yang dibenarkan dan dilarang semasa berDA

* Sabar, baca dan cuba untuk ketahui hasilnya


Contoh anda memang TAK BOLEH TINGGALKAN NASI WALAU SEKALI DALAM SEHARI, aku cadangkan korang janganlah buat terkejut terus ( jika tak mampu ). Mulakan dengan kurangkan kuantiti. Kalau sebelum ini satu pinggan penuh nasi, lepas ini jadikan 1/2. Lepas itu suku & akhirnya tiada langsung.


Dalam berDA, jangan nak kata kita takde makan sedap-sedap. Ada okay! Kita sendiri olahkan. Banyak resepi yang dikongsikan dalam group, rajin tak rajin sahaja nak mencari dah olahkan versi Atkins.


Dalam berdiet, apa sahaja diet, hati kena kental & fizikal kena kuat. Disiplin itu penting. Kalau nak perubahan, ikut apa yang disarankan. Tolong jangan ada istilah cheat terutama dalam fasa induction. Itupun kalau nak nampak perubahan. Huhu.


Rajinkan google, inshaaALLAH akan keluar maklumat yang anda nak. Antara percaya atau tidak sahaja. Ingat ya, tiada paksaan dalam berdiet. Anda sendiri yang pilih dan tentukan. 


Bagi aku, apa yang penting, diet tetap diet tapi kesihatan itu juga diutamakan. Jangan paksa diri andai rasa tidak mampu. Perlahan-lahan inshaaALLAH ada hasilnya.


Entry lain :

Menu fasa induction minggu pertama { entry }

Menu fasa induction minggu kedua { entry }
Resepi versi atkins yang aku hasilkan { entry }



Sertai di FB :


Apa yang penting
Diet Atkin TIDAK PERLU
sebarang ubat untuk kuruskan & maintainkan badan anda
Jaga pemakanan & lakukan workout






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, February 16, 2014

Perasaan banggakan diri atau berlagak

Bila kita tanya tentang A
Bagi saja jawapan tentang A
Jangan seperti riak menambah cerita lain
Kisah B hingga Z
Sambil bercerita sambil bangga dengan apa yang ada


Alhamdulillah dengan kelebihan 
Bersyukur dengan apa yang diberikan
 Bersederhana dalam setiap perkara


Contoh situasi :

A : Kita makan kat gerai makcik kiah kejap lagi ya?
B : Aish, taknaklah. Gerai kecik, panas takde aircond.
Kita p mekdi jelah. Selesa, ada wifi lagi.


Ingat! Sebelum wujud mekdi
gerai tepi jalan yang lahir dahulu
Jadi, jangan nak over tak bertempat
Berkata ikut sedap
Takut nikmat kelebihan ditarik ALLAH


Moga kita sama-sama dijauhkan seperti itu





 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 23, 2013

HOT! Komen untuk entry pakai tudung hidung bertindik

Entry itu dipublish pada 29/06/2011 tapi sampai sekarang mendapat perhatian komen terutama dari ANON. Termasuk ada komen terbaru pada hari ini 23/9/2013.




Aku rasa entry itu biasa sahaja. Tiada sesi nak kutuk mengutuk bagai. Siap aku letak soal jawab lagi. Tapi sejak kebelakangan ini, terima komen ANON yang kemain komen dia macam tak puas hati sahaja.


Eh ANON, sila baca entry aku yang satu lagi okay.





Pendek kata, ikut kalian lah macam mana. Jangan pandai nak jatuhkan hukum pada orang semata-mata. Nak puaskan hati sendiri tapi sampai bab hukum hakam nak pertikaikan pun masalah juga.


So, ikut andalah. Malas dah. Makin dilayan makin menjadi. Tak suka nak kecoh-kecoh. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 15, 2013

Cara bersahur ketika berpuasa

Memandangkan sekarang mood berpuasa, maka haruslah banyak entry berkenaan puasa. Korang tak kisahkan? 


Macam mana cara korang bersahur? Takpe aku bagitahu cara aku dulu ya. Tapi sila jangan gelak bila dapat tahu cara aku dan kenapa aku bersahur macam itu.


1) Makan apa sahaja kecuali nasi dan pelbagai jenis mee
Kenapa aku tak boleh bersahur dengan nasi? Sebab nanti perut aku cepat berkeroncong. Aku pun tak tahu kenapa tapi itulah hakikatnya.


2) Minum dengan kuantiti yang sedikit
Ala kadar macam sekotak air pun sudah memadai. Kalau lebih nanti kerap pula pergi toilet. 


Jadi, sahur aku cara mudah. Paling ringkas makan kurma. Paling berat makan kentang goreng tak pun seketul kuih. Cukup sehingga berbuka.


Korang pula bersahur macam mana? Mak aku WAJIB ada nasi. Katanya takde nasi nanti dia tak boleh buat kerja. Hihi.


* Time bersahur sikit tapi time berbuka nauzubillah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 02, 2013

[alternatif] Cadangan pemilihan pemenang baru

Memandangkan dah masuk 3x pemenang baru GA Jun 2013 Nurul Yui - Like & Menang diumumkan, aku nak buat alternatif cara lain untuk pemilihan baru in case pemenang kali ketiga TIDAK LAPOR DIRI sebelum 12.00 tengahari esok.


Korang ada cadangan? 


Aku rasa if esok tak umum, aku taknaklah buat cabutan undi lagi. Rasa macam kecewa. Agaknya yang terpilih tak sudi nak terima hadiah craft dari aku. Ayat sedih! Hihi.


Aku ada beberapa cadangan. If korang rasa setuju, komen di entry. If ada cadangan, bagitahu sahaja terus. Dipertimbangkan.


1) Untuk para peserta yang join, siapa komen lebih awal di entry, dialah bakal dipilih.

2) Pemilihan melalui perkhidmatan random.org


Rasanya mana satu sesuai? Atau kedua-dua dah tak sesuai? Sedikit berduka sebab tak alert walau GA sehabis ringkas. Mungkin korang ada masalah lain kan. Kita tak tahu =)


Positif positif sahaja.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=



Update : Pemenang dah lapor diri




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 20, 2013

Jauhkan rasa keegoan itu

Keegoan yang tinggi yang ada pada manusia takkan berkurang jika diri sendiri tidak berusaha untuk hindarkan.


Bila akal menguasai diri, emosi mengganggu pemikiran, maka serba serbi jadi tidak kena. Bahkan keegoan yang semakin tinggi membuatkan syaitan semakin gembira bergelak sakan. Manusia mudah leka.


Ya ALLAH, hindarkanlah perasaan itu jauh dari diri ini. Jauh dari sifat yang pastinya mendatangkan keburukan.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 19, 2013

Bertepuk sebelah tangan

Bertepuk sebelah tangan takkan ada bunyi melainkan bunyi angin. Begitu juga dengan hidup. Andai niat sahaja ada tapi usaha nan hado, tidak akan ada hasilnya.


Untuk peroleh kejayaan atau hasil, kedua belah tangan harus bersepakat, bekerjasama untuk sama-sama berusaha. InsyaALLAH ada hasilnya.


* Bermadah helah sejak peristiwa itu. Peristiwa apa? Biarlah itu menjadi rahsiaku.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 13, 2013

Bersikap tenang dan sabar

Aku sangat respect pada insan yang mampu bersikap tenang walhal besar dugaan yang dihadapi. Boleh bersikap tenang walau badai melanda diri. Boleh bersikap tenang walau diri sendiri makan hati.


Jarang nak jumpa insan sebegini. Sifat sabar tebal dalam diri. Ya ALLAH, apa pun dugaan yang kau beri, kuatkanlah diri ini. Moga tenang hadapi hari mendatang. InsyaALLAH.


Ya, aku seorang yang ceria. Ya, aku sedih tapi jarang ku ceritakan kerana aku masih mampu menyembunyikan perasaan itu dengan satu senyuman. Hanya kaburkan mata manusia tapi ALLAH mengetahui segalanya.


* Masalah peribadi tak boleh bercampur dengan hal lain. Be positif! Itu yang diamalkan.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 05, 2013

Cara nak dapatkan idea untuk update entry blog

Pasti ada yang pernah mengalami perasaan hilang idea untuk update apa dalam blog masing-masing. Aku? Buat masa ini macam tak pernah lagi. Kih kih. Kemain gtuuuu. Meh nak share apa caranya if anda dah ada "sindrom" hilang idea.


1) Baca isu semasa : Mengenai berita dalam negeri, luar negara, isu artis

2) Pengalaman peribadi : Peristiwa pahit, percutian, perkahwinan dan mungkin juga majlis berkaitan

3) Informasi semasa : Mengenai jawatan kosong

4) Isu agama : Boleh rujuk jabatan agama dan kita pula sampaikan untuk berkongsi ilmu

5) Tutorial : Tutorial berkaitan blog, jahitan, masakan dan seangkatannya


Okay, buat masa ini itu informasi yang aku rasa berguna. Kadang-kadang update perasaan pun dah boleh walau ayat sehabis singkat. Kadang-kadang kita suka menulis sebagai meluahkan perasaan, macam aku.


So, dah dapatkan idea apa nak buat entry? Cepat-cepat update, senang aku pergi terjah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 03, 2013

2 orang berserban di pagi hari

Dalam jam 7.20 pagi aku dah start motor nak panaskan enjin. Tiba-tiba ada suara lelaki memberi salam. Aku jawab dan tanya kenapa.


Kelihatan 2 orang lelaki berserban dan berjubah. Tidak muda dan tidak terlalu tua. Baya-baya 30an. Ditanya ayah ada tak, aku jawab tak. Ditanya ada abang tak, aku jawab tak. Oh tiada lelaki la? Ya aku jawab walau yang pasti ada adik lelaki bongsu dalam rumah masih tidur.


Bila mereka berlalu pergi bersama moto lc warna merah, aku bagitahu mak. Kenapa mereka datang pagi-pagi dan tanyakan perihal orang lelaki ada atau tidak? Tak tahukah mereka hari kerja pastinya ramai pergi kerja.


Laju aku pesan pada mak, berhati-hati. Kunci pintu sebaiknya. Jangan dilayan sesiapa yang datang walau mungkin hajatnya baik tapi demi keselamatan mak dan adik, hati harus keras!


Zaman sekarang, yang nampak baik belum pasti baik juga hatinya begitu juga sebaliknya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 08, 2013

Berapa lama masa diambil untuk siapkan tempahan craft?

Berdasarkan entry { ini }, Sis MJ ada bertanya berapa lama masa diambil untuk siapkan tempahan. TQ sis untuk pertanyaan ini. Terus datang idea nak buat entry. Kih kih.


Sebelum ini, untuk pengetahuan kalian, kerja untuk mengerjakan craft dan menyiapkan order yang diada hanya dilakukan pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum. Hari biasa aku tak buat sebab barangan craft semuanya ada di Sg Siput ( SS ).


Berbalik kepada soalan, tempoh yang diperlukan bergantung kepada list order yang ada. Selalunya if cust nak tempah, aku akan bagitahu siap-siap bila barang mereka akan dipos. Bermakna takdalah mereka tertunggu sebab dah tahu tarikh sebenar.


Ada juga bantal yang dapat disiapkan sehari sahaja untuk 1-2 bantal. Itupun KALAU cust bagitahu design yang nak & paling utama bayar dahulu tak kisah 50% dari bayaran atau full payment termasuk pengeposan.


Aku paling senang hati sikit jika cust bagi design, warna dan corak macam mana depa nak. Takde aku buntu idea. Wei! Nak amik idea tu makan masa tau. Stress sikit mak jemah! Kih kih.


Bagi tempahan yang banyak, sangat digalakkan buat tempahan 2-3 minggu sebelum due date. Lagi awal lagi bagus. Memudahkan kedua belah pihak.


Okay terjawab sudah semuanya ya. Ada apa-apa lagi nak tanya pasal craft? Hihihi.


Update :
Daku buat seorang sahaja tanpa bantuan
Huhuhuhu! Tak bagi mak buat, kesian =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 05, 2013

Menabung untuk kegunaan diri

Korang suka menabung tak? Kalau tak suka, lebih baik buang jauh-jauh sifat itu. Menabung itu perlu walau sehari ko simpan 20sen! Berguna sangat kalau tiba-tiba "sesak".


- patung tabung baru ku beli di Daiso sebab ada PINK -


Aku suka simpan paling koman RM 1 sehari { 5 hari kerja }. Hari Sabtu & Ahad tak menabung. Aish, patut buang sikap itu. Sila jangan ikut contoh aku. Menabung biar setiap hari.


24 x RM 1 = RM 24 { sebulan }
RM 24 x 12 = RM 288 { setahun }


Bagi aku, menabung digunakan untuk masa depan. Dan paling penting jika dalam keadaan "sesak". Contohnya nak bayar roadtax, bayar rosak itu ini dan lain-lain. Jangan pula guna untuk shopping, macam tak berapa bermakna menabung. Hahaha.


Jom kita menabung. Menabung untuk keperluan diri juga =)


Motif sebenar aku beli tabung baru di atas sebab ada PINK yang comel itu. Teruja nak beli! Motif utama  haruslah untuk menabung.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 03, 2013

Bila istilah TOLONG disalahguna

Pernah tak apabila niat anda hendak TOLONG tapi pertolongan anda disalahguna?


Contoh situasi macam inilah :

A : Beb, tolong hantar aku ke pejabat boleh? Kereta aku rosak.

B : Boleh aje lagipun kena lalu tempat ko juga. Takde masalah.


Okay, si B berniat baik nak tolong tumpangkan kawannya walau dia sendiri mungkin terkejar masa, ada urusan lain. Mungkin! Bukan si A tahu pon.


Dalam perjalanan

A : Tolong singgah kedai makan. Nak bungkus.

A : Lepas ini kita singgah pejabat pos kejap, nak pos surat.


Uiks, dari kata nak tumpang ke pejabat, terus terjebak ke merata tempat.


See, korang yang minta tolong, please faham juga situasi orang lain. Kalau kata nak ke pejabat, pejabat je terus. If nak pergi tempat lain, tanya baik-baik boleh ke tak. Ok ke tak. Ini tidak, terus nak pergi.


Yang menolong rasa serba salah nak tolak. Maka kesimpulannya, FAHAMILAH SEKURANGNYA SEDIKIT ORANG LAIN JIKA NAK ORANG LAIN FAHAMI DIRI ANDA.


Sekian terima kasih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^