tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label jaga diri. Show all posts
Showing posts with label jaga diri. Show all posts

Thursday, January 26, 2017

Barang kecantikan untuk wajah sendiri

Yang Zeeta Serum Mawar tu Yui baru beli. Saja nak mencuba. Bau sedap, haritu tertelan nasib baik takde apa. Hahahaha.




Yui jujur tak pandai makeup. Main bubuh aje asalkan nampak sikit "seri". Kerja berhadapan customer mestilah nak kena tampil bergaya sikit. Simple pun jadilah.


Jadi untuk wajah sendiri,
Lepas cuci muka, letak toner ( kalau rajin ), sapu day cream Tati ( calit sikit saja ), letak eyeliner, sapu lipstick matte ( tidak berkilat ). Sembur serum mawar bila rasa nak sembur. Biasanya Yui letak kat office, saja nak bagi segar muka.


Mudahkan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 12, 2017

Barang peribadi untuk manjakan diri sendiri

Kan haritu Yui cerita ada sale di Guardian. Pastu dapat plak voucher RM 5. Beberapa hari lepas itu pergi Guardian di ST 18. Maka, dengan tak sengaja beli barang-barang ini. Reward dan manjakan diri sendiri gitu. Eceeeehhhhh!




Shampoo Tresemme tu saja beralih pada jenama ini. Yui dah cuba, best pakai. Rasa lembut aje bila cuci. Bau pun sedap. Buat bertambah menarik bila ada argan oil. Banyak manfaatkan tuu.


Lotion vaseline pun pertama kali ambil bauan ini. Memikat hati. Suka sapu lepas mandi. Alaaaalalaaaaa lembut ajeeee rasa.


Eyeliner Maybelline tu beli disebabkan eyeliner silkygirl udah suam-suam kuku. 1 batang ni pun tahan berbulan-bulan wei.


Ramai tahu kebaikan vaseline intensive care. Jadi, tak perlu Yui cerita lebih lanjut =)


Jadi,
Rasanya cukuplah ini dulu untuk reward diri sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 10, 2017

Kasut sukan yang baru digunakan

Beli kasut sukan dah lama. Terperuk je dalam kotak. Kesian dia, tak bagi jasa pada tuan. Miahaha. Semua ini alasan!




Sebelum beli kasut dulu, punya semangat tiap minggu nak jogging luar rumah, nak berkayuh basikal tapi apakan daya, semangat tinggal semangat. Sampailah ada member ajak pergi gym. Ehhh, apa lagi, iyakan ajeee. Ada member best juga workout.


So,
Dah 3x kasut ini berjasa. Moga terus berjasa hingga lunyai dan hingga tuanmu ini dapat apa dia nak. InshaaALLAH.


Orang dok ingat kita kurus tapi hakikat tersembunyi, banyak lemak tepu kena hapuskan. Takpe, perlahan-lahan kayuh. Wahhh gitu sedapkan hati sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 14, 2016

Memanjakan diri dengan Vanilla Coffee Scrub

Sekali sekala merehatkan wajah dan memanjakan wajah pun bagus juga kan. Bagi free dari sebarang produk yang biasa kita pakai. Korang suka scrub? Masker? Lulur badan? Haaaa, ni Yui nak perkenalkan satu produk yang tentu buat korang jatuh cinta!



Vanilla Coffee Scrub 
Better than botox!




Bila Yui dapat je Vanilla Coffee Scrub tu, ya ALLAH serius jatuh cinta sangat dengan bau dia. Bau dia rasa nak makan jeee. Bau coffee yang dicampur vanilla mungkin sebab tak macam kopi biasa kita tu. Hehehehe. 




Fikir punya fikir, Yui buat jadi masker kat muka. Senang sangat guna, hanya bancuh dengan air ikut kesesuaian dan kepekatan kemudian sapu pada wajah. Rasa nak jilat muka sendiri sebab bau sedap sangat. 



Aromanya buat kita tenang!


Agak dah kering, cuci dan bilaslah muka. Lepas itu pegang kulit muka, wahhh lagi lembut tauu. Seronok sangat! Oh ya, tak perlu kerap buat masker, cukuplah seminggu dua kali. 


Antara benda lain yang boleh kita lakukan dengan Vanilla Coffee Scrub 










Kann pelbagai fungsi. Yang penting ada packing repack. Bolehlah korang beli untuk cuba. Mana tahu lepas ini terus beli yang banyak. Kan jimat. Satu keluarga boleh guna.




Macam mana? Best kan? Kalau korang nak dapatkan Vanilla Coffee Scrub, Yui sertakan sekali maklumat orang yang boleh anda hubungi.


18 gram promosi RM 8 150 gram RM 35 Tak termasuk postage


Facebook : Norhafidah Sapuan
No hp : 017 381 6639


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^