tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label jus buah. Show all posts
Showing posts with label jus buah. Show all posts

Friday, June 02, 2017

Review Peribadi : Ayaq Mangga by Bonda

Dalam bulan puasa, ternampak plak di FB pasal ayaq mangga ni, amboiii kemain tekak ni meronta je nak. Hahaha. Padahal air buah mangga yang pastinya kita sendiri boleh buat. Malas atau rajin je sebenarnya.



500 ml RM 8


Ayaq Mangga by Bonda ini Yui beli ketika berkunjung ke bazar ramadhan di Sg Siput. Rupanya ada pelbagai brand/keluaran. Ini pun beli secara tak sengaja sebab rasa menarik. Hahaha.


Untuk tekak Yui,
air ni memang rasa original manis buah. Maksud Yui, takde pemanis tambahan. Tidak terlalu pekat tapi kalau sekali telan habis je. Kahkah.


Jadi,
Bolehlah sekadar mencuba. Kalau rajin buat sendiri, lagi banyak air mangga yang korang boleh dapat. Kalau malas, beli. Senang.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 08, 2016

Review Peribadi : Tropicana Frutz Sparkling

Ada promosi di Shell katanya 2 botol RM 4. Beli jelah sebab tak pernah cuba lagi. Biasa beli Tropicana oren aje. Takde sparkling apa ni.




Pendapat peribadi aku,
Aku tak berapa berkenan dengan rasanya. Lebih suka yang biasa. Lebih umpphhh!! Heee, sorry Tropicana tapi ini pendapat peribadi.


Lain orang lain selera tekaknya.


Yang Tropicana biasa memang sentiasa di hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 26, 2015

APAKAH RASA TIMUN BETIK/TIMUN AIR ATAU SEANGKATAN NAMANYA?

Merujuk kepada [resepi air timun betik], aku dihujani pelbagai soalan.
Eceh, poyo sungguh! Hahaha. Takpa-takpa aku explain di sini naaa.


Apa rasa timun betik?
Kalau kau makan macam itu saja, takde rasa.
Ini serious. Struktur macam buah tembikai susu.


Bentuk timun betik?
Macam betik bentuknya.
Warna kulit berbeza. Isi macam tembikai susu warnanya.


Perlu letak gula dalam resepi air timun betik?
Aku lagi suka tak letak. Dah cukup dengan rasa lemak yang ada ( dari santan & garam ).
Kalau nak letak pun boleh, cuma jadi manis sahaja.


Adakah ia bermusim?
Sudah tentu. Sama juga macam musim buah durian.


Apa pun, kena cuba dulu baru tahu macam mana. Kadang tekak lain-lain.
Jangan pelik sebab lain orang lain panggilan nama buah tapi hakikat BUAH YANG SAMA.
bagi aku, memang aku suka. Sedap!


Saja aku taknak letak gambar, nak suruh korang rajinkan diri google image
Miaahahahah!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 24, 2015

MINUMAN TIMUN BETIK PENYEJUK TEKAK

Eh, aku tau lain orang lain panggilan untuk buah ini kan? Kalau aku, aku panggil timun betik atau timun air.




Resepi untuk sediakan minuman timun betik :

1) Timun betik ( dipotong kecil )
2) 1 kotak kecil santan ( suka guna jenama Kara )
3) Sedikit garam
4) Ketulan ais


Campur semua bahan & kacau sebati. Masuk peti ais ( sejukkan kejap ). Memang sedap sebab berlemak ( sebab garam ). Sesuai sangat diminum ketika musim panas & berbuka puasa.


Tak kenal rupa buah?
Google image "timun betik" & anda akan jumpa. Selamat mencuba!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 27, 2015

RESEPI : Jus Avokado atau Alpukat



Kalau pergi Bandung, air wajib dicuba ialah jus alpukat. Perghh nikmat!


Jom buat sendiri untuk lebih puas hati.


Bahan-bahan
1) 1 biji avokado
2) 1 cawan susu
3) Sedikit gula
5) Susu manis jika perlu


Cara-cara
1) Blend semua hingga sebati
2) Boleh tapis jika nak


Cara hidangan 
1) Picit coklat hershey's dalam cawan
2) Tuang jus tadi
3) Siap!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 26, 2015

RESEPI : Jus Oren Susu




Jus yang sangat mudah disediakan.


Bahan-bahan
1) 2 biji oren
2) Satu cawan susu penuh krim/rendah ( guna susu kotak )
3) Gula jika perlu


Cara-cara
1) Guna shake & take
2) Blend sampai sebati


Kalau nak jadikan ala slurpee, tambahkan kiub ais. Mabless diminum ketika sejuk! Hidangan di atas boleh dapat 2 gelas seperti dalam gambar.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^