tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label review minuman. Show all posts
Showing posts with label review minuman. Show all posts

Wednesday, August 16, 2017

V-Soy Golden Grain Susu Kacang Soya

Siapa biasa minum susu kacang soya jenama V-Soy? Yui selalu beli yang kotak hijau sebab lebih pekat dan sedap. Satu lagi kotak warna putih. Masuk kedai, nampak pula keluaran baru gabungan soya+ oat + almond.



Laju tangan capai. Kalau tak salah, harga dia mahal beberapan sen sahaja. Yui beli dengan niat nak mencuba.


Pendapat Yui,
Untuk tekak Yui kurang suka. Sebab rasa dia macam something. Hehehe, mungkin sebab Yui jarang makan oat. Rasanya agak tawar sikit berbanding jenis lain. Jadi untuk kesihatan rasanya jenis ini lebih baik.


Korang dah cuba?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 08, 2017

Review Peribadi : Goodday Honey Flavoured Milk

Dah beberapa minggu rasanya perisa baru susu Goodday ni keluar. Ada perisa green tea & honey. Kedua-duanya Yui dah cuba.




Kita fokus perisa madu ya. Untuk tekak Yui, perisa ini macam rasa something but still boleh telan. Mungkin rasa madu tu buat tekak Yui rasa "pelik". Hahahaa. Pelik pun tetap habis ya sebab takmow membazir.


Untuk repeat,
mungkin fikir. Tapi kalau ada yang belanja yui terima seadanya. Kahkahkah. Tapi oklah wei. Rasa lain dari lain. Korang kena cuba sendiri. Mana tahu, jatuh cinta nanti.


Psssss :
Yui lama tak berblog. Ampun blog. Yui cuba dari sekarang untuk aktif seperti dulu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 05, 2017

Review Peribadi : [delivery] Susu Kurma Minah Latte di Ipoh

Okay, Yui pantang nampak jualan terutama makanan/minuman di fb. Lagi teruja bila ada buat penghantaran terus ke rumah. Memberontak nak order! Hahahaha.


Yang terbaru,
Yui dah cuba susu kurma Minah Latte, wowww kerlasss nama kan? Terus order 4 botol tanpa rasa was-was. Yelaahhh pertama kali nak cuba tapi berani beli 4 botol terus. Tak risau langsung rasa tu kena dengan tekak ke tak. Konsep Yui, redha. Hehe.




500 ml RM 7.50
280 ml RM 3.80


Dapat je malam tu,
terus buka 1 botol dan minum. Teguk punya teguk tak sedar nak habis. Penangan sedap weiiii! Pekat dan tak manis. Dah manis rasa kurma. Memang kenalah dengan selera tekak ni.


Korang orang Ipoh,
WAJIB cuba susu kurma minah latte ni. Kenapa? Orang Islam kita yang buat, tiada delivery charge, harga berpatutan & rasa yang sangat berbaloi. Memang tak rugi okay.


HP : 019-6668754





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 02, 2017

Review Peribadi : Ayaq Mangga by Bonda

Dalam bulan puasa, ternampak plak di FB pasal ayaq mangga ni, amboiii kemain tekak ni meronta je nak. Hahaha. Padahal air buah mangga yang pastinya kita sendiri boleh buat. Malas atau rajin je sebenarnya.



500 ml RM 8


Ayaq Mangga by Bonda ini Yui beli ketika berkunjung ke bazar ramadhan di Sg Siput. Rupanya ada pelbagai brand/keluaran. Ini pun beli secara tak sengaja sebab rasa menarik. Hahaha.


Untuk tekak Yui,
air ni memang rasa original manis buah. Maksud Yui, takde pemanis tambahan. Tidak terlalu pekat tapi kalau sekali telan habis je. Kahkah.


Jadi,
Bolehlah sekadar mencuba. Kalau rajin buat sendiri, lagi banyak air mangga yang korang boleh dapat. Kalau malas, beli. Senang.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 31, 2017

Review Peribadi : Nestle Bliss Edisi Terhad Perisa Kurma Gula Melaka

Benda baru ni rasa teruja juga nak cuba. Kali ini Yui pilih bliss perisa kurma gula melaka. Yui perasan ada satu lagi iaitu ros bandung. Sebab puasa, kurma didahulukan. Ececeh.




Untuk tekak Yui,
Bolehlah. Lebih terasa gula melaka. Tak terlalu manis, sesuai dengan tekak yui yang sekarang tak berapa suka kepada benda terlebih manis.


Harga 1 botol kalau tak silap RM 5+.


Untuk mencuba tak salah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 16, 2017

Nestle Bliss Plus perisa Epal, Buah Prun & Ubi Merah

Kalau Bliss biasa kita dah selalu merasa kan, yang ni Yui beli di Mydin. Saja beli untuk mencuba memandangkan harganya hampir RM 5 untuk sebotol. Tak rajin nak beli kerap, hehehe.




Yui ambil perisa epal, buah prun & ubi merah. Bagi Yui rasanya lebih kepada prun. Mungkin rasa lain tenggelam sikit. Kalau bliss biasa, rasanya lebih kepada yogurt & terasa pekat. Kalau yang ini, macam ala kadar di tekak yui.


Ada beberapa perisa lagi. Kalau rajin Yui akan beli.


Untuk tekak Yui,
Yui suka rasa macam ni sebab tak berapa likat.


Korang dah cuba?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 27, 2017

Layer Japanes Motcha Green Tea Tealive




Sekali sekala minum air macam ni takpelah
Hihihi
Sekarang tak berapa gemar sangat minuman terlalu manis
Mungkin sebab orangnya dah manis
Cia cia cia
Hahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 28, 2016

Review Peribadi : Dutch Lady PureFarm Coconut Delight

Sana sini ada entry pasal perisa baru susu Dutch Lady iaitu Coconut Delight. Dan kebanyakan bagitahu ada jual di 7Eleven. Oklah, beli lah kat sana walau kotak kecil pun dah RM 2.30. Pejam mata dan bayar sebab nak rasa.




Pendapat peribadi Yui,
Sedaplah juga dan ada juga rasa kelapa tu. Ala-ala coconut shake tapi versi tak berapa pekat. Ekekekeke. Gituuu. Minum sejuk memang sedap tauuuu!


Lepas ini boleh beli yang kotak besar plak.


Korang kena cuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 23, 2016

Review Peribadi : Jus Kurma

Sebelum ni menjadi viral orang mencari susu kurma dari Farm Fresh kan. Yui dah rasa, bolehlah dengan tekak Yui.


Yang jus kurma ini plak, Yui nampak dijual di TF. Pertama kali tengok, tertarik dengan design & botolnya. Macam beli ala pamoga, jus hidayah tu semua.



Atam pun sibuk sama nak masuk dalam blog
Hahaha


Yui pilih jus kurma berbanding 2 jenis yang lain. Harga 1 botol lebih kurang RM 4. Berapa ml Yui kurang pasti. Tapi botol jenis kurus dan tinggi.


Untuk tekak Yui.
Yui suka sebab tak terlalu manis. Sedap. Boleh repeat lagi =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 19, 2016

REVIEW : Air Sunquick Kotak

Haritu beli barang rumah di Mydin. Nampak plak botol Sunquick. Asalnya nak beli sunquick perisa lain, tapi ternampak ada free gift cuma di perisa sunquick asli, terus cakap kat mak nak yang tu juga sebab nak rasa.



Ada free 2 kotak kecil. Satu adik Yui ambil & Yui cuma rasa perisa berries. Ok lah juga, sama macam air kotak lain. Kalau sesaja nak beli, mungkin beli lagi tapi rasanya taklah sepekat air kotak biasa.


Tak terlalu manis, sesuai dengan tekak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 17, 2016

Nestle Just Milk Full Cream

Lagi item yang ada dalam Parcel of Joy dari Lazada ialah air susu Nestle. Jenama pilihan orang ramai ni. Sedap plak tu.




Yui masukkan dalam peti ais. Keesokan pagi. minum susu dulu buat sarapan. Yui suka jenama ini sebab susunya tak rasa muak. Sedaaaaap!


Kalau korang belum cuba,
Cepat beli tau.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 01, 2016

Redbull minuman untuk tambah tenaga

Ewahhh, tambah tenaga yang macam mana?


Haaaa, ini pengalaman Yui dan sejujurnya Yui sekarang jarang minum air manis/bergula. Kadang adalah rasa pening ( mungkin kekurangan gula ) , jadi alternatif Yui ambil 1 tin air Redbull dan biasanya ambil tin silver dan minum.


Esoknya Yui dah ok alhamdulillah. Yui juga dah lama sangat tak ambil panadol. Memang sengaja cuba elak sebolehnya.


Kalau perjalanan jauh,
Risau pemandu mengantok, biasanya Yui singgah kedai serbaneka dan beli 1-2 tin air redbull. Buat kurangkan/hilangkan rasa mengantuk dan nak badan jadi lebih segar.


Apa pun, minum pun masih berpada. Jangan terlalu kerap ya.


Mana nak dapatkan maklumat pasal Redbull?
Boleh tengok [SINI]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 17, 2016

Review Peribadi : Ribena Lightly Sparkling

Air Ribena bancuh dan kotak tu mesti korang dah biasakan. Ini saja ja Yui ambil sebab tak pernah cuba. 1 tin lebih kurang RM 1.80 kalau tak silap.




Pendapat Yui,
Rasanya ok tapi Yui lagi suka rasa asli. Rasa tanpa gas. Gas dia tak berapa kuat dan masih boleh telan. Tapi itulah, otak dibayangi air ribena yang pekat dan sedap tu. Hahaha.


Maka,
Yui tak berapa kenan air sparkling macam ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 08, 2016

Review Peribadi : Air Kopiko Coffee Latte

Masuk kedai runcit. perasan pula air dalam peti tu. Macam baru tengok, mungkin Yui je baru perasan kewujudan air Kopiko. Haaa, apa lagi, ambil sebotol.




Teguk sekali, ermmm sedap gak! Heee. Tapi apa pun Kopi Wonda masih kekal di hati. Kopiko ni pun sedap juga cuma kepekatan masing menang pada Wonda.


Not bad, boleh beli lagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 27, 2016

Review : Air Tinge Mango Tango

Biasa dah tengok air Tinge kan? Lama dah minuman ni ada di pasaran. Sebut pasal Tinge, automatik terfikir air masak yang mempunyai perisa buah-buahan. Sedap tau. Sebab bukan sekadar air kosong biasa. Heeeee.




Haritu ternampak la jenis mango tango. Kira baru juga Yui tengok. Sebab tak pernah rasa lagi, jadi belilah sebotol. Harga lebih kurang RM 1.20.


Bagi Yui,
sedap juga. Takdelah masam sangat dan takdelah manis sangat. Sedang molek elok ajee.


Boleh repeat lagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 20, 2016

Review Peribadi : Nescafe Tarik

Jalan-jalan beli barang rumah sikit kat TF
Yui tertarik dengan Nescafe Tarik 
Baca kat bawah, minuman kopi




Bagi Yui
Sedap juga
Tapi masih takleh kalahkan Wonda Kopi Tarik
Itu masih terpahat di hati


Apa pun Nescafe Tarik ni sedap
Yui bagi 7.5/10 bintang


Korang kena cuba ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 11, 2016

Review Peribadi : Kopi Tarik Wonda

Nak kata aku hantu kopi idaklah juga
Tapi aku ambil kopi biasanya
bila aku rasa pening


Sebab aku jarang minum air manis sekarang




Ni dah beberapa kali aku minum
Baru sekarang berpeluang nak bagitahu pendapat peribadi


Bagi aku
9/10 bintang!


Sedap dan kena dengan tekak
Suruh repeat, sure why not!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 10, 2016

Review Peribadi : Susu Kurma dari Farm Fresh

Ini cerita sebelum Ramadhan. Sana sini viral pasal susu kurma dari Farm Fresh. Gigih juga cari kat Tesco & Aeon, nan hado! Rupanya ada seller yang jual. Siap boleh cod.




Rasanya aku beli sebotol RM 7. Dah selamat rasa. Bolehlah.


Pendapat aku,
Rasa macam manis gula melaka dalam susu. Mungkin itu hasil bila kurma udah blend sehabisnya. Sebab sebelum ini biasa blend kurma tak hancur.


Secara kesimpulan.
Aku lagi suka susu original. Heeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 08, 2016

Review Peribadi : Tropicana Frutz Sparkling

Ada promosi di Shell katanya 2 botol RM 4. Beli jelah sebab tak pernah cuba lagi. Biasa beli Tropicana oren aje. Takde sparkling apa ni.




Pendapat peribadi aku,
Aku tak berapa berkenan dengan rasanya. Lebih suka yang biasa. Lebih umpphhh!! Heee, sorry Tropicana tapi ini pendapat peribadi.


Lain orang lain selera tekaknya.


Yang Tropicana biasa memang sentiasa di hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 12, 2016

Air RM 9.90





Inilah air berharga RM 9.90 untuk cup tinggi. Kalau rendah tak silap RM 7.90. Rugi ambil rendah. Hahaha.


Apa nama entah air ni. Ada di food court AEON Station 18, Ipoh.


Tea 3 layer gamaknya. Bawah tu ada kacang merah, ada cincau, teh, susu, aiskrim. Sedaplah juga tapi tak habis pun. Mak aku plak habiskan sebab dia suka. Heee, takpe mak, nanti orang belikan yang baru untuk mak.


Air macam ni nak beli sekali sekala takpelah. Selalu, kopak weiii.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^