tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label keperluan wanita. Show all posts
Showing posts with label keperluan wanita. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

Jangan masuk SEPHORA kalau diri tak kuat

Tajuk macam minta kena kecam. Kahkahkah. Ini cerita berapa bulan lepas tapi saja dok up lagi. Biasalah, ketandusan idea. Selama Aeon Klebang, Ipoh tu wujud, Yui selalu laluuuuu sahaja depan Sephora.


Tapi entah kenapa satu hari "termasuk" tanpa sengaja dengan niat utama nak cari lipstik. Payahhh oooo bila beli dan pakai tak kena dengan jiwa. Jumpa lipsmate cream NYX kod 19. Aduhhh, tak menyesal beli.






Round plak arah lain. Alamak, terjebak dengan lotion dan mandian bauan Mango. Ya ampuuuunn, wangi sangat bau tu sampai rasa nak telan. Hahahaha.



Secara kesimpulan,
Jangan sesekali nak masuk andai takut terjebak. Sebab Yui sekarang terjebak sampai dok beli NYX kod lain. Hahahah. Kena dengan jiwa dan tahan!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 17, 2017

Vaseline Lip Therapy Rosy

Dah nampak viral pula Vaseline comel ini. Lepas itu ada pelbagai perisa. Eh, ni bukan untuk dimakan ya. Untuk disapu luaran sahaja. Macam vaseline yang beli di guardian/watson tu juga cara penggunaan.




Saiz memang comel. Senang letak dalam beg. Nak guna, sapu sahaja. Deme kata guna ni untuk pink kan bibir, juga sebagai pelembab bibir. Ehhh, nak tahu menjadi ke tak, kena cuba sendiri ya.


Yui pun terjebak beli dan jual. Hahahaha. Saja gatal ambil dengan supplier nak tengok sambutan macam mana. Baunya memang wangi. Sedap jee hidu.


Oh ya,
Yang oren tu LABU. Sibuk ajee mana orang duk, nak menyempit. Manja sangat.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 02, 2017

Beauty Blender sponge wajib ada untuk si cantik

Dah guna foundation OKAYA, selain guna jari jemari bolehlah guna sponge tau. Ada pelbagai gred sponge, dari yang selembutnya hingga sekerasnya. Heeee, harga pun kalau original hampir RM 100.




Yui baru je beli Beauty Blender ni, 90% copy original. Ada 2 saiz, RM 20 & RM 25. Yang Yui beli RM 25. Lembut dari yang pernah Yui beli di Mr Diy ( RM 6). Seronok dok main tekan-tekan. Hahaha.


Eh, fungsi utama haruslah nak dap dap kan foundation tu supaya lebih rata dan tak berkecapuk. Jangan sesekali dok tonyoh tau, itu tips dari MUA terkenal Bellaz.


Oklah, tu ja nak share. Motif takde idea nak update. Hahaha.


Oh ya,
Alhamdulillah Yui dah upgrade jadi Stokis Okaya untuk negeri Perak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 09, 2017

Sale di Guardian yang tak patut dilepaskan

Cuti Krismas yang lepas, sajalah pergi Guardian di Aeon Klebang. Puncanya lepas tengok surat khabar. ada jualan yang macam "ehhh tak boleh jadi ni. Jimat banyak!". Maka, ajaklah mak dan abah.




Sebelum beli,
Yui akan perhati harga sebab kebiasaan Yui tahu harga barang tu. Sila jangan klentong kau tulis beli 1 free 1 padahal harga tu kau letak double dari biasa. Hahaha. ( kadang terkena juga! )


Jadi, macam barang di atas, kebanyakan Yui rasa memang berbaloi.


Sumber Ayu beli 1 percuma 1 RM 9.90
Gel Mandian Guardian RM 5/botol
Pencuci tangan 3 botol RM 11.48
Darlie beli 1 percuma 1 RM9.81
Pantene beli 1 percuma 1 RM 20.90
Dr Mist Body Spray RM 10.96


Kadang ada masa harga tu memang berbaloi dan kena rembat lebih untuk buat simpanan. Heeeee, jimatlah berpuluh juga.


Dapat lagi voucher RM 5 tapi valid cepat sangat. Haaa, tu nanti story lain.


Rajin-rajinlah kelebek surat khabar ya.



- SALE INI DAH TAMAT YA -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 09, 2016

Liquid lipstick Anastasia

Pengaruh kuat! Hahaha. Sebenarnya kan, aku sendiri baru perasan aku suka beli lipstik tapi yang kerap pakai adalah sebatang dua. Yang lain, sekali guna pastu peram. Pftttt.




Sana sini update pasal Anastasia ni. Aku pun carilah dalam group Ipoh Ipoh Ajer. Alhamdulillah jumpa seorang seller yang sangat mudah berurusan.


Harga sebatang RM 10 tapi ambil dua dapat RM 15. Maybe dia tengah buat promosi. Dengan harga itu, memang ok sangatlah. Tu pasal tak sedar diri ambil lebih 1. Hahahaha. 


Nanti kalau rajin aku update gambar setiap jenis yang aku cuba. Setakat ini memang puas hati guna. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 24, 2016

Perfume Precious by Che' Ta

Jujur,
Aku jarang pakai perfume. Tapi kalau ada bauan yang aku suka, memang aku beli. Bila dah beli, sayang plak nak guna. Hahaha. Entah apa-apa.


Ok, berbalik pada perfume Precious by Che' Ta.
Memang viral sebab ramai aku tengok yang beli. Mula-mula dulu tak terpengaruh tapi sebab sendiri nak hidu bau, beli jugala. Harga RM 29.90.




Aku pakailah sekali dua lepas itu masuk dalam kotak. Dan dah selamat letgo pada yang nak. Aku jual RM 20.


Heeee,
Kenapa letgo? Sebab aku tak berapa kenan bauan macam ini. Aku lebih kepada bau sweet buah atau bunga yang lembut. Contoh perfume Escada.


Hat satu lagi pun tak pernah hidu. Tapi ada satu jenis perfume dari Rita Rudaini, aku agak berkenan. Tengoklah nanti macam mana.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 29, 2016

Baju yang menarik untuk dimiliki



Material saree, beli siap lebih kurang RM 200
Kain pasang 6 meter lebih kurang RM 100
Tapi aku lebih selesa beli pakaian yang aku boleh pegang sendiri


Serius suka warna ni !!
Adakah bakal menjadi baju raya?
Tengoklah, hahaha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 20, 2016

Bubble Shawl Printed murah untuk dijual

Pernah dengar material bubble? Bukan bubble belon tu tau. Hahahaha. Alaaaa, senang cerita jenis mudah pakai dan paling penting ironless. Suka kan gituuu.




RM 13/helai


Biasa aku nampak orang jual dari RM 15 ke atas. Yang mencapai RM 30 pun ada. Oklah, khas untuk mereka yang sukakan jimat, aku jual RM 13 aje sehelai. Baru yaa bukan terpakai.


Senang bentuk. lebar, tak jarang, ironless atau tak perlu langsung & murah.


Yang berminat boleh terus roger aku, 019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 08, 2016

Barangan wajib ada di dalam bilik air

Eh dah kenapa tunjuk benda ni semua? Alaaaa, faham sajalah maksudnya aku takde idea nak update blog. Huahuaaaa.




Antara barangan wajib ada dalam bilik air. Haaaaa, barangan mampu milik semuanya. Yang penting selesa guna.


CMD tu memang pelbagai guna. Pencuci epal tu dari Revell. Nak beli, roger aku ya, agen sah Revell. Eh sempat plak nak promote tu. Lalalalaaaaa.


Yui, 019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 16, 2016

Sophie Santarypad antara pad terbaik!

Bercakap pasal pad, sebelum itu nak habaq awal-awal, ini adalah entry secara umum. Baca dan fahamkan sebagai keperluan manusia terutama kepada seorang wanita.


Eh, kenapa aku mention gitu awal-awal?
Sebab duluuuu, aku ada cerita pasal pad herba [entry]. ada plak si anon komen kata aku tak malu. Gila apa? Bukan aku buat entry lucah. Grrrrr !!




Memandangkan haritu ada sale untuk pad jenama sophie, aku saja gatal cuba beli. Alhamdulillah, memang puas hati. Tak menyesal rembat 4 bungkus terus. Hahahaha.


Korang pernah cuba?
Kalau susah jumpa, beli jenama Feminine Comfort. InshaaALLAH merata kedai jamu ada jual. Terbaik dua-dua jenama.


Boleh beli dari agen Sophie.
Kalau taktau kat mana, kakak serumah aku agen Sophie. Boleh roger kalau nak order ya ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^