tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kesan diet atkins. Show all posts
Showing posts with label kesan diet atkins. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

Kisah cincin dengan diet atkins

Bila tengok cincin belah kiri tu, automatik aku teringat masa zaman aku tak kenal diet atkins. Heeeee, untuk pengetahuan korang, cincin tu sekarang dah tak sesuai aku pakai di jari manis sebab dah longgar! 


Itulah antara kesan lepas aku buat diet atkins. Diet tanpa produk kurus. Diet yang tidak membebankan aku sebab masih boleh makan. Hanya memerlukan kawalan & ikut apa sahaja yang telah disediaka dalam fail.




Tak percaya aku dulu pakai cincin ini di jari manis? Korang boleh baca & tengok sendiri gambar [baca sini]. Gambar perubahan muka [tengok sini].


Cincin tak berubah tapi jari yang mengecil. Alhamdulillah, dah lama aku tinggal diet atkins tapi tetap maintain. Itu yang aku suka! Korang pun boleh kalau tekad.


Kira cincin ni tanda warning, kalau boleh pakai ke jari manis, itu bermakna semakin mengembang dengan baik. Kalau tengah, kira selamat lagi. Hahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 29, 2014

Perubahan yang dirasai selepas amalkan diet Atkins

Memandangkan ada yang tanya, meh aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku. Entry mungkin sedikit panjang tapi lahir dari hati yang penuh ikhlas ketika menaipnya. Ececeh!


Mulakan diet Atkins
Diperkenalkan oleh salah seorang sahabat baik aku. Selepas aku google, banyak feedback yang baik maka aku request masuk group KDA. Dari situ aku mulakan pembacaan, baca segala fail, komen ahli & lihat gambar.

Dah rasa ilmu asas itu ada, aku mulakan diet Atkin pada Disember 2013.


Dalam 2 minggu induction
Perubahan atau teguran awal yang aku terima dari kawan-kawan sepejabat, pipi aku dah nampak surut. Kalau sebelum itu, ala-ala donut big apple! Kau tahu, bukan seorang dua tegur, tapi sebab ramai, aku percaya memang itu satu perubahan.

Gambar perubahan pipi
[ entry ]


Berapa kg hilang ketika induction?
Aku kurang berat badan dalam 4 kg sahaja. Aku tahu jenis badan aku susah turun. Jadi bila angka 4, itu dah cukup membanggakan. Aku bermula dengan berat lebih kurang 61 kg ketinggian 157 cm. Berat ideal aku seharusnya 57 kg.


Senaman yang diamalkan
Setiap hari sekurangnya 50 kali squat & 50 kali lompat bintang ( aktiviti wajib ). Jika rajin akan berzumba 3 set ( 9 minit ). Ada juga lakukan crush, plank, sit up, push up ( ikut mood ). 


Hasilnya, ada pengurangan inci! Ya ALLAH memang best. Peha, betis, punggung, pinggang & lengan tangan masing-masing menunjukkan pengurangan inci. Jari pun susut sedikit tau! Cara aku, aku akan catat 2 minggu sekali ukuran dalam buku. Senang nak refer.

Pengurangan saiz jari
[ entry ]

Ketika bulan puasa
Aku kurang lagi lebih kurang 3 kg dan sekarang berat aku antara 54-55 kg. Hampir 1/2 tahun mencuba diet atkins, aku memang puas hati. Sebab dengan makan sedap-sedap masih mampu ubah apa yang perlu. Alhamdulillah.

Hasil terkini
[ entry ]


Kesimpulan perubahan yang aku rasa :
1) Pengurangan berat
2) Pengurangan inci
3) Mudah untuk lawas ( setiap hari akan buang air besar )
4) Mampu mengawal diri dari makan tak ingat dunia ( kuantiti sedikit )


Aku banyak share menu, resepi, workout, tips dalam blog. Korang boleh cari di bahagian atas ( tutor /tips ).


Apa pun kena sentiasa beringat. Itu sahaja aku amalkan. Diet juga perlu menitikberatkan kesihatan. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara.


Good luck!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 08, 2014

Jari menjadi mangsa kesan diet Atkins

Macam poyo tapi itulah hakikatnya. Sebelum ini, cincin itu aku beli ikut saiz jari manis. Lama aku tak pakai & baru ni sarungkan ke jari manis, longgar! Siap boleh main tarik keluar dengan senang je.




Ku ingatkan muka & badan je, sekali jari pun sama. Oh ya, kaki aku pun terkena tempias. Selalu kasut sarung pakai saiz 7 ( Vincci ) sekarang dah kurang sikit. Erm, seronok tapi ada juga sedikit geram sebab benda aku sayang tak boleh guna pulak dah. Eleh ngadakan!


Oh ya, ku sekarang diet on off sahaja 70% follow. Apa ku ambil semua dalam kawalan. 


Tak menyesal cuba diet atkins. Korang pun boleh try juga kalau nak.


Kalau banyak ke laut, tak mustahil kembali ke asalkan? Mehmehmeh. Moga aku kuat!


Lepas raya, aku ingatkan dah tak muat/kembali pada asal tapi ternyata tidak. Ekekeke. Misi nak turunkan berat hanya dengan cara diet atkins sebab melantak tak ingat dunia time raya lepas. Huhu.


Boleh cari menu diet atkins cara aku { sini }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^