tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label lazada. Show all posts
Showing posts with label lazada. Show all posts

Saturday, December 17, 2016

Nestle Just Milk Full Cream

Lagi item yang ada dalam Parcel of Joy dari Lazada ialah air susu Nestle. Jenama pilihan orang ramai ni. Sedap plak tu.




Yui masukkan dalam peti ais. Keesokan pagi. minum susu dulu buat sarapan. Yui suka jenama ini sebab susunya tak rasa muak. Sedaaaaap!


Kalau korang belum cuba,
Cepat beli tau.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 14, 2016

Nestle Cerelac Pisang & Strawberi

Lagi antara barang yang ada dalam Parcel of Joy dari Lazada. Walau Yui takde adik kecil mahupun anak, tapi cerelac ini Yui yang telan. Mak Yui pun tumpang sama makan.




Rupanya sedap tau! Hahaha. Rileks je makan sampai tak sedar dah habis. Nampak gayanya, ada juga nanti saja beli cerelac ni buat kudapan sendiri. Lalalala.


Jajan baru =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 10, 2016

Nescafe White Coffee Rasa Pandan

Harum semerbak satu rumah bila Yui bancuh Nescafe White Coffee Rasa Pandan. Nikmat sangat bila hirup di waktu pagi. Nyaman je tekak.




Pertama kali Yui rasa, Yui dah jatuh cinta. Terutama suka dengan baunya. Yui jarang nak bancuh minum 3in1 tapi rasa kali ini memang umpphhhh!! Menyesal tak cuba tau.


Ini antara yang Yui dapat dalam Parcel of Joy dari Lazada dan untuk pengetahuan korang, korang boleh jimat bila beli Nescafe White Coffee Rasa Pandan sebab ada potongan harga sempena Lazada Online Revolution.


Jangan lepaskan peluang ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 29, 2016

Lazada Online Revolution 2016 - Parcel Of Joy | Brands For All

Zaman sekarang semua di hujung jari. Nak beli pun tak perlu bersusah payah bersesak, keluarkan duit minyak, mengambil masa yang lama. Hanya melalui online, mudah sahaja kan.


Jadi buat penggemar shopping online, Yui nak war-warkan mengenai jualan mega secara besar-besaran dari 11/11/2016 hingga 12/12/2016 khas hanya di laman web Lazada Malaysia.


Apakah maksud online revolution?

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.



Mengenai Lazada Group

Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.



Parcel Of Joy
Inilah yang Yui terima dari Lazada Malaysia. Meriah sebab ada pelbagai di dalam tu. Waktu buka, memang teruja sangat tengok dapat macam-macam. Sesuai sungguh dengan namanya, Parcel Of Joy.




1. Stikcer cermin kereta - Lazada Malaysia
2. Voucher - Lazada Malaysia
4. Baby Wipes - MamyPoko
5. Beg & pen - Lactokid
10. Krim & Gel Rambut - L'oreal 




Semua barang yang diterima sangat Yui suka. Lagi teruja bila dapat TP-Link Wi-Fi Range Extender . Memang membantu sangat bila ada Tp Link WiFi Range Extender ini. InshaALLAH nanti Yui cerita lebih lanjut di entry lain.



Lebih lanjut 


Apa lagi, Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah dengan harga yang pastinya lebih berbaloi. Pastinya anda tidak menyesal!



Klik bawah untuk terus ke laman web







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^