tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label nasi magic. Show all posts
Showing posts with label nasi magic. Show all posts

Monday, March 21, 2016

Nasi Magic RM 4 di Ipoh, Perak (2 lauk+1 sayur)

Apa itu nasi magic?
Itu satu nama saja. Dan orang faham itu adalah nasi bajet yang telah menjadi viral di merata tempat. Dengan harga RM 4, anda makan dengan puas sekali!!


Nasi magic ini asalnya ada di Meru Ipoh ajeee. Tapi mungkin selepas ramai pelanggan di area Ipoh "mengadu" nak merasai nasi bajet yang super jimat ini, jadi owner ambil inisiatif bergerak ke tempat tertentu. Kiranya lebih ramai dapat merasa.


Contoh sekarang dah ada di Station 8, Ipoh. Yang kat Meru tetap ada ya dari Isnin - Jumaat.



1 ekor keli + ayam + terung


Pertama kali beli, memang puas hati. Lagi seronok lokasi deme depan office aje. Hahaha. So, kita boleh nampak berapa ramai yang sanggup singgah beli. Kira tak menang tangan. Kalau dia dah buka payung, ada saja orang yang terjah. Jangan lambat takut banyak lauk habis !!


Paling best, ada pelbagai jenis pilihan lauk. Kita bagitahu saja dan mereka akan ambilkan untuk kita. Ingat ya, hanya RM 4.


Apa pun, moga perniagaan ini dengan nilai bajet akan kekal. Susah nak jumpa harga macam ini di saat ekonomi yang semakin teruk.


Lokasi : Berdepan Arrahnu Station18, Ipoh
Waktu operasi : Isnin, Selasa & Khamis
Bermula 11.00 pagi hingga habis 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^