tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label makanan sedap tapi murah. Show all posts
Showing posts with label makanan sedap tapi murah. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

Biskut Yui vs Famous Amos



Belah kiri : Biskut Yui
Belah kanan : Famous Amos

Dua-dua sedap !!


Saja nak buat perbandingan
Lalalalaa
=___=


RESEPI : BISKUT CHOC CHIP 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 21, 2016

Nasi Magic RM 4 di Ipoh, Perak (2 lauk+1 sayur)

Apa itu nasi magic?
Itu satu nama saja. Dan orang faham itu adalah nasi bajet yang telah menjadi viral di merata tempat. Dengan harga RM 4, anda makan dengan puas sekali!!


Nasi magic ini asalnya ada di Meru Ipoh ajeee. Tapi mungkin selepas ramai pelanggan di area Ipoh "mengadu" nak merasai nasi bajet yang super jimat ini, jadi owner ambil inisiatif bergerak ke tempat tertentu. Kiranya lebih ramai dapat merasa.


Contoh sekarang dah ada di Station 8, Ipoh. Yang kat Meru tetap ada ya dari Isnin - Jumaat.



1 ekor keli + ayam + terung


Pertama kali beli, memang puas hati. Lagi seronok lokasi deme depan office aje. Hahaha. So, kita boleh nampak berapa ramai yang sanggup singgah beli. Kira tak menang tangan. Kalau dia dah buka payung, ada saja orang yang terjah. Jangan lambat takut banyak lauk habis !!


Paling best, ada pelbagai jenis pilihan lauk. Kita bagitahu saja dan mereka akan ambilkan untuk kita. Ingat ya, hanya RM 4.


Apa pun, moga perniagaan ini dengan nilai bajet akan kekal. Susah nak jumpa harga macam ini di saat ekonomi yang semakin teruk.


Lokasi : Berdepan Arrahnu Station18, Ipoh
Waktu operasi : Isnin, Selasa & Khamis
Bermula 11.00 pagi hingga habis 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 26, 2015

Nasi kerabu power original dari orang Kelantan!

Lebih kurang 5 tahun aku duduk di Station 18, memang takde tempat lain lagi boleh kalahkan nasi kerabu makcik ni. Yelah, aku memang aku cuba merata, tapi kalau tak sedap, memang tak beli. Tekak lain-lain kan?



Hanya RM 5.50


Kalau korang orang Ipoh,
Makcik ini biasanya akan ada di pasar malam. Kalau tempat kerja aku, setiap hari Isnin. Ada 3-4 orang wanita yang akan sibuk layan pelanggan yang ramai! Serious, seawal jam 5.30 petang, memang dah ramai kerumun nak beli.


Selain nasi kerabu, ada juga jual laksam, bubur, nasi lemak & kuih.
Semuanya aku dah rasa dan memang semua terbaik!


Sebenarnya aku dah pernah up entry pasal nasi kerabu ni [entry]
Tapi saja up lagi sebab sedap. Hahahaha.


Benda terbaik, haruslah kita share!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 30, 2015

Penghantaran makanan percuma Spagheti Curry Meatballs di Ipoh Perak

Kalau haritu aku ada cerita pasal penghantaran nasi ayam sedap area Ipoh, sekarang deme ada tambah menu baru.


Nama diberi Spagheti Curry Meatball. Waaaahh kelas nama kan? Kari ok, lain dari yang lain. Aku dah rasa. So nyummy dan puas hati. Harga pun sama juga, RM 5 sahaja.




- Diberi cheese yang diasing ( tabur bila nak makan )
- Ada 4 ketul meatball
- Kuah & rasa yang pekat
- Spagheti banyak & mengeyangkan



kasi zoom sikit =)


Pendek kata puas hatilah habaq! Murah pun murah. Yang penting sampai depan pintu pagar rumah. Ambil & terus makan. Fuhhh! Semakin mudah nak makan sekarang semakin malas orang nak masak. Ehh!! Hahaha.



RM 5 sahaja


Ni kalau tabur, pastu masuk microwave untuk panaskan. cheese cair, tu dia nanti mableeeeess leleh ayaq liuq. Kuikuikui.


Orang Ipoh, hangpa kena cuba. Sedap repeat lagi, war-warkan pada media sosial. Moga bertambah murah rezeki bersama. InshaaALLAH.



Call/SMS/Whatsapp : 017 578 3758



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 14, 2015

Chee Cong Fun orang Melayu

Di area Station 18, kalau teringin nak makan chee cong fun, aku akan pergi beli di kedai Ibu. Selalu kedai cina je ada jual. dah orang Islam buat, kita pun belilah.




Sedap tau, sangat biasa tapi kenyang!


Kalau macam gambar di atas, RM 3.00 aje sebab aku minta tambah. Biasa RM 2.50.


Aku suka bahagian sos. Nyum nyum nyum.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 31, 2015

Sushi di Aeon menjadi pilihan

Aku ni jenis tekak main belasah asal kenan. Haaaa. Ada faham?
Kadang keluar rehat, tak tahu makan apa, nampak pula sushi yang colourfull, mata bling bling pilih mana yang nak.




Biasa paling banyak beli 6 ketul. Itupun dah rasa cukup banyak. Kadang forward jadi 2 hari punya menu. Huhuhuuuu.


Ada yang suka sushi?
Kita tak geng sebab kita jarang makan sushi. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 05, 2015

JJCM versi Yui : ESAH SANTAI CAFE, STATION 18 IPOH

Satu persatu tempat best dah ada di Station 18, Ipoh. Gila teruja nak mencuba sebab anak owner ada tunjuk gambar makanan & minuman yang sediakan ( sebagai promosi ). Memang ramailah serbu walau kedai itu baru sahaja buka.



Amacam cantikkan hidangannya?
Harga pun berpatutan. Sesuai dengan suasana kedai dan kesedapan makanan yang disediakan.

Komen :
- abc buah sedap tapi kalau tambah sikit kemanisan lagi best
- nasi boom menarik sebab tak kedekut dengan bahan
- mee rebus sedap
- ayam lembut, ok!
- kuah cicah pedas tapi sedap ( rugi rasa tak habiskan kuah, haha )



Senang cerita bagi 4/5 bintang
Tambahan :
Kedai ini baru beroperasi jadi susun atur masih tidak sistematik & pekerja tidak mencukupi. Jadi tabahkan hati menunggu jika lambat sampai. InshaALLAH mereka akan perbaiki dari masa ke semasa. Support bisnes orang melayu!


Lokasi : Belakang aeon station 18, Ipoh
Off day ISNIN 
Operasi 11 pagi - 11 malam


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^