tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kisah kucing 2015. Show all posts
Showing posts with label kisah kucing 2015. Show all posts

Friday, November 20, 2015

Kucing ke 14 & 15 dimandulkan - Omei & Lela

12/11/2015 yang lepas, sempena adik aku cuti sem seminggu, mak minta dia mandulkan 2 ekor kucing betina ini yang memang tengah mengawah garik kemain riuh. Huhuuuu.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80


Rupa selepas operation, masih mamai


Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.


Album : Dana Untuk Meow


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo 
5) Atam 



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 04, 2015

WW 17 [2015] - Geng Hamdan Karipuley


MAT OYEN

Peminat kucing inshaaALLAH  kenal Hamdan Karipuley
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 03, 2015

Aksi Kaka yang mencuit hati

Ingat lagi pasal Kaka, kucing yang ku jumpa di area pejabat [entry]. Yang ku open adopt tapi krik krik krik. Akhirnya aku bela. Ada hikmahnya.



Seekor kucing yang bijak & sangat manja. Satu keluarga aku senang dengan ragam Kaka. Sangat mencuit hati & mendengar kata. Walau suaranya sangat perlahan, tapi dia faham bila kita panggil.


Moga membesar dengan baik ya sayang. Kami akan jaga sebaiknya, inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 20, 2015

Kucing jalanan diberi nama Mok Cun

Ingat tak entry yang aku bagitahu ada ambil lagi anak kucing yang ku jumpa di kedai makan?
Tak ingat boleh tengok [entry].




Inilah dia kucing comel itu. Cantik sangat matanya!
Dah siap mandi, dah siap bawa veterinar cucuk apa yang patut. 
Sekarang jadi kawan baik kepada Kaka juga kucing jalanan di office [entry].


Moga membesar dengan sihat ya sayang.
Nama Mok Cun diberi oleh mak aku sendiri.


Bertambah lagi kucing, moga bertambah rezeki untuk membesarkan mereka.
InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 13, 2015

Ambil AL khas untuk Mat Oyen

Hari ini hari Selasa 13/10/2015, aku ambil AL khas untuk Mat Oyen kesayangan. Sebab dah berjanji nak bawa ke veterinar untuk kasi/mandulkan. Lagipun dia banyak luka sebab perasan jadi taiko tak sedar diri.


Memang aku akan cadangkan, kalau nak bela kucing tapi rasa kurang mampu, lebih baik dari awal ANDA MANDULKAN KUCING ANDA! 


Banyak kelebihan bila kita buat. Semua untuk kebajikan bersama. Lagipun kucing lebih sihat & kurang mendapat penyakit. Tak percaya, boleh rujuk ke veterinar.


Jadi, kita jumpa lusa lah ya untuk siaran langsung blog sebab esok cuti umum.


Mat Oyen adalah kucing rumah sewa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 12, 2015

Anak kucing baru!



Baru jumpa malam semalam di kedai makan
Sebab itu aku "TAK SUKA" pergi kedai makan
Ini kucing kedua aku ambil dari kedai yang sama!!!


Aku kesian, aku ambil
Aku biar, aku rasa aku kejam!
Huaaaaaaaaa!!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 08, 2015

Kucing ke-13 dimandulkan : Atam

Hari Isnin 28/9/2015, aku ambil AL motif utama nak bawa Atam kasi/mandul. Atam adalah kucing jantan yang sedang giat menggatal dan buat bising. Jalan penyelesaian, neuter!


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) hanya RM 40



Separuh sedar 


Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.


Album : Dana Untuk Meow


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
Kiut  (mati 12/9/2015)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka (mati 6/8/2015)
Muna



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 02, 2015

Mok Cun dah tiada selamanya

Berita sedih semalam. Mok Cun telah pergi selamanya pada 1/10/2015 jam 11.30 pagi. Bersungguh mak cerita Mok Cun sangat manja hari sebelumnya dengan abah. Siap abah rajin pergi pasar malam nak bagi Mok Cun makan ayam.




Takpe sayang, aku relakan sebab aku tahu kamu sedih bersendirian tanpa ibu di sisi. Walau sekejap tapi kenangan kita takkan pernah hilang, InshaaALLAH.


Aku tak balik SS untuk tengoknya buat kali terakhir. Tak sanggup rasanya. Mana-mana kematian kucing, memang aku dah tak sanggup nak tengok. Takut kesedihan aku makin melampau.


Kami sayangkan Mok Cun!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 30, 2015

Kucing ke-12 dimandulkan : Masdo

Masdo ini anak Kika. Tinggal 2 ekor saja waris Kika yang ada selepas kematian Kaka & Kiut. Masdo ada adik, namanya Silver. Wah cerita salasilah keluarga plak kan! Hahaha.


Oh ya, Masdo aku dah neuter/mandulkan pada 3/9/2015. Adik perempuan aku yang bawa sebab aku tak cuti. Memang tabiat aku, asal deme cuti panjang, aku akan suruh deme bawa mana-mana kucing yang memerlukan ke veterinar.


Nama : Masdo 
Nama manja : Mas
Jantina : Jantan
Neuter : 3/9/2015



Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.





Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
Kiut  (mati 12/9/2015)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka (mati 6/8/2015)
Muna


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 29, 2015

Si comel diberi nama Kaka

Lagi aku nak kongsi pasal si comel. [part 1] & [part 2]. Yang ini gambar hari kedua dia bersama aku. Dah bagi comel-comel.




Tengoklah keletahnya yang sangat manja walau dia kurang sihat sebenarnya. Sekarang dalam proses pemulihan. Aku bagi ubat & cmd untuk rawatnya.


Moga cepat baik ya sayang. 


Serious, kamu sangat manja. 
Rasa lebih terhibur dengan keletahnya berbanding keletah manusia yang bermacam ragam!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 28, 2015

[part 2] Open adopt si comel pada awam tapi agak hampa!

Okay, dah tengok & baca cerita [part 1]? Kalau belum sila baca dulu. Untuk lebih memahami entry bersambung.


Sebenarnya ikutkan hati, aku memang tak boleh nak bela sebab di SS dah terlebih kuata ( sekarang dalam proses mandulkan ). Di rumah sewa dah ada seekor kucing jantan yang semakin taiko.


Lagipun aku sedar kemampuan aku terbatas. Banyak faktornya.


Jadi, dengan cepat akal aku fikir, ambil gambar si comel & share pada beberapa group FB kucing. Dalam masa sejam aku perhatikan :


Like tak lebih 10 orang
Komen untuk up ada 2-3 orang
Komen bertanya 2-3 orang


Oh ya, aku bukan teringin sangat nak like bagai tapi aku nak perhatikan berapa ramai pencinta haiwan sebenar? Saat cantik dipuji, saat kotor dibiarkan. Itulah yang aku rasa serba sedikit kesan dari share yang aku buat.


Ya, semua ada sebab tersendiri. Dari situ aku sangat TERASA dengan apa yang terjadi. Kejadian macam ini bukan kali pertama, sebelum ini nasib Atam pun serupa. Akhirnya aku bela hingga dia dah dewasa.


Dalam masa sehari, ada seorang dua bertanya. Ya, mereka memang nak kucing itu.


Apa keputusan aku?


Entry akan datang. Nak cepat boleh skodeng FB aku.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 23, 2015

[part 1] Si comel yang dijumpai berkeliaran di kawasan pejabat

Kelmarin, sampai saja di pejabat, mata terfokus pada "objek oren" yang sedang minum air lopak. ALLAH, sangat kesian! Aku dekatinya, MasyaALLAH, sangat teruk keadaan wajahnya.


Mata tertutup penuh tahi mata
Muka & hidung berkuping keras
Telinga kotor


Aku masuk pejabat, ambil tisu, bergegas cuci dulu. Bagi wetfood padanya. Lahap sangat cara dia makan. Makan tak habis, aku biarkan dia dan perhati dari dalam pejabat, sayangnya dia merayap ke area jalan besar. Tak sampai hati, aku ambil dia dan simpan sementara.


Selepas dibersihkan sedikit dengan air suam


Aku ambil keputusan bawa balik rumah dulu untuk rawatnya. Balik rumah, terus aku bagi mandi & berikan ubat sepatutnya.


Dia sangat-sangat manja! Seperti bertuan sebelum ini. Buang air besar tak perlu di ajar, dia masuk dalam bekas pasir sendiri. Hmmmm, pandai sangat kamu sayang.


selepas dimandikan & diberi ubat


Nanti aku cerita lagi pasal si comel ini. Aku nak pokpek panjang dalam blog aku sendiri. Nak luah perasaan pasal kucing terbiar & sambutan manusia kepada mereka iaitu kucing biasa!!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 10, 2015

Gara-gara terpengaruh dengan cerita Makcun

Masih ingat aku ada baby-baby baru dalam rumah. Cik Tam dapat anak 3 ekor. Semuanya tak sama langsung macam dia. Hehehe. Anak bapak mungkin.



D.O.B : Hujung bulan Ogos 2015


Adik aku bagitahu, sebenarnya mereka bertiga dah ada nama. Aku baru nak fikir nak letak nama apa rupanya mak aku lagi hebat.


Jantan : Akob
Betina : Mokcun & Atol


Aduhai!
Nasiblah kalian sayang, nenek kamu bagi nama macam itu. Itulah, pengaruh tv lebih! Tak memasal anak kucing pun dapat nama inspirasi dari cerita Makcun.


Lepas ini kena mandulkan Cik Tam pula. Kuota dah banyak sangat, kena sekat apa patut.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 24, 2015

Lagi bertambah cicit Yui

Tak perasan sungguh si Hitam bunting. Sedar-sedar dah beranak. Itu pun adik yang perasan bunyi anak kucing sebab daku dah berada di tempat kerja.




Ada 3 ekor kesemuanya. Warna sama macam gambar. Sekali tengok dah macam rupa kera kecil tu. Kihkihkih.


Lahir pada 17/8/2015 bersamaan hari Isnin.


Tahniah Cik Tam sebab dapat baby comel. Takde sekor ikut warna hang! Hehehe. Ikut warna pak mungkin.


Cik Tam adalah anak Nenek Eton.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cinta hati : Puteh

Ini dugong dalam rumah. Kenapa dugong? Sebab dia dah rupa obesiti. Kalau tengok dari belakang, kepala dah tak nampak. Nampak badan je besar. Miahahaha!




Ini adalah kucing terbuang. Hanya dia seekor yang dapat bertahan dari kecil. Alhamdulillah sekarang membesar bagai juara.


Puteh telah dimandulkan demi kebajikannya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 21, 2015

Cinta hati : Lela

Selain dari darah daging aku sendiri, aku juga ada cinta hati yang lain. Ramai, eh banyak! Banyak sebab dia binatang tapi aku anggap macam keluarga aku juga.



Inilah satu-satunya kucing yang sangat eksyen. Anak dara yang berlagak. Susah kalau panggil dia sebab dia takkan pandang melainkan waktu dia lapar. Haaa, macam dalam gambar. Itulah gayanya minta simpati nak makanan. Hahahaha!


Lela oh lela, walau kamu eksyen tapi mummy yui sayang kamu.


Umur Lela dekat 3 tahun.


Lela sewaktu kecil [entry]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 04, 2015

Ibu muda, Omei

Inilah ibu muda, namanya Omei. Ada anak 2, Labu & Labi. 


Kelebihan : Mampu jaga anak sebaiknya walau masih remaja

Kekurangan : Tak suka dicium ( terjadilah gambar di atas )


Tengoklah gaya dia takmau dicium. Aku memang suka kacau dia.
Hahahahaha!


Wajah keluarga Omei





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 30, 2015

Dobok kini dibela oleh orang lain

Tak tahu nak mulakan macam mana, sebab benda tiba-tiba. Memang aku ada rancang untuk open adopt anak-anak kucing yang sudah membesar kepada sesiapa yang berminat, tapi tak sangka ALLAH cepatkan.

ALLAH pilih Dobok sebagai permulaan.



Gambar Dobok ketika usia 1 bulan


Ceritanya bermula begini,

Sabtu pagi 25/7/2015 tiba-tiba datang seorang anak gadis berbangsa India. Terus meminta kebenaran untuk dapatkan seekor anak kucing untuk dibela. Katanya kucing dia baru saja mati. 


Mula-mula dia nak anak kecil, tapi aku tak bagi sebab dia nak seekor sahaja.
Sebenarnya berat hati juga nak lepaskan. Kalau boleh sebaiknya ambil 2 ekor ( sebagai teman ).


Bila difikir, usia Dobok sekarang sudah 7 bulan, sudah agak remaja.
Dia sendiri pilih untuk ambil Dobok sebagai "keluarganya". Sayu hati lepaskan tapi aku fikir maybe mereka lebih baik & lebih mampu untuk menjaga Dobok. 


Dobok sayang,
Berbahagialah dengan keluarga baru. Maaf untuk segala kekurangan selama kami bersama kamu. Kami doakan yang terbaik buatmu sayang.


Saat menaip, air mata ini mengalir.
Walau ia hanya HAIWAN PELIHARAAN, tapi telah ku anggap sebagai keluargaku.
Ku lepaskan demi kebaikanmu.


InshaaALLAH doakan Dobok dalam jagaan yang sangat baik.
Jangan ada penganiayaan kepadanya & anak bulus lain.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 23, 2015

Raya 2015 Yui bersama anak bulus



Selamat Hari Raya buat acik-acik
terutamanya yang ada anak bulus


Wakil,
Taiko Shinchan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 21, 2015

Nenek Eton berhari raya



"Ate, mane duit rayanyaaa?"




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^