tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label shawl halfmoon plain. Show all posts
Showing posts with label shawl halfmoon plain. Show all posts

Monday, February 01, 2016

Shawl warna pastel yang menambat hati

Aku tak pasti kenapa aku kenan benor dengan warna-warna macam ni sekarang. Duluuuu, pink pink pink! Sekarang rasa bosan dah sebut pink. Yela, pink dah dikaitkan dengan dato Vida, kuasa pink padanya. Ecehhh!



Sumber : FB


Cantik tak warna-warna macam kat atas? Ini kalau tengok depan-depan, ada juga yang rembat berkodi-kodi. Pakai, dah bosan jual. Huhuuuu. Haruuuuu sungguh.


Dulu pernah buat shawl sendiri. Tapi sekarang lagi senang beli. Banyak kos yang dapat dijimatkan!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 06, 2013

Shawl Halfmoon Lace dari Nurul Yui Collection


Untuk lace sahaja RM 10 +
Beli di kedai jahitan


Firstime daku jahit lace pada tudung. Sebelum ini letak manik. Huhu. Oh ya gambar di atas adalah hadiah untuk pemenang Like, Share & Win di page fb daku.


Lace dijahit 100% guna jari jemari comel daku. Muahahahaha!


Kalau nak order boleh roger daku. Harga bermula RM 35 + ( berbaloi dengan jahit menjahit juga ok ). Korang boleh pilih kain jenis macam mana,  warna apa untuk kain & warna lace. Aku akan cuba dapatkan seperti yang diimpikan.


Terima kasih & salam Jumaat.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 20, 2013

Shawl Halfmoon Plain 2 Layer Nurul Yui Collection

Rasanya aku dah bagitahu yang aku berkenan sangat dengan warna baju mak Mawar iaitu pengasas tudung Fareeda. Hijau jorengggg gitu.


Misi nak cari kat Kamdar tapi dapat yang ala-ala warna itu pun jadilah. Motif memang nak buat halfmoon 2 layer pula. 


Pilihan kain lebih mahal sikit harganya sebab chiffon jenis ini lebih berat & jatuh terletak. Eh faham tak bahasa aku? Combination colour pun aku pilih bila nampak kain depan mata. Kira rembat terus.


Halfmoon plain 2 layer ini memang untuk kegunaan aku tapi kalau ada yang nak order pun tiada masalah. In sha ALLAH aku boleh layan order sebab sekarang tengah gian bershawl pula. 


Boleh request nak warna apa, aku akan cari & siapkan. Ambil masa sedikitlah ya. Bukan kau order harini, lusa dah kena sampai. Tidak ok.


Harga? In sha ALLAH berpatutan dengan harga kain, jahit, kos-kos lain & layanan mesra free dari daku. Bawah RM 40. Sebab shawl aku buat lebih lebar. Korang boleh adjust sendiri nak labuhkan ya.


* Harga promosi shawl halfmoon plain RM 16 sehelai, ambil 2 helai RM 30 masih berjalan hingga hujung Nov 2013. Rujuk { entry }.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 107 - Shawl Halfmoon Plain 2 Layer



Gambar sewaktu belum dipotong
Sekarang dah siap =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 11, 2013

Tutorial pakai shawl halfmoon

Sebab aku ada jual shawl halfmoon plain, ada yang request tanya macam mana cara pakai. Ok, mak jemah tak letak muka mak jemah untuk buat tutor nanti ada nangis taknak pakai. Haha!


Jadi, ambil dari page yang memang jual shawl. Jangan risau sebab daku KREDITKAN SUMBER.













Rasanya tengok gambar pun dah fahamkan? Atau nak daku berikan step?


Mudah sebenarnya yang penting kena cuba. Yang pasti anda boleh adjust shawl untuk labuhkan. Selamat mencuba ya!!


Dapatkan shawl halfmoon plain
dengan harga promosi hingga Nov 2013
sehelai hanya RM 16





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^