tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label tempat makan best. Show all posts
Showing posts with label tempat makan best. Show all posts

Tuesday, May 23, 2017

Makan tengahari di Kapitan Penang

Lepas ambik blogger Lyana, terus kami pergi Kapitan. Perut lapar kome oiii. Rasanya ini kali kedua Yui datang Kapitan di Penang. Yang di Falim, Ipoh dah tutup kedainya.





Ini menu kami berempat
Set Nan Cheese saja buat tambahan





Yui makan ini


Untuk menu yang Yui makan,
Bagi Yui dah rasa "kurang" dari sebelum ini. Ayam pun saiz kecil dah sekarang. Tapi itulah, mungkin nasib Yui tak baik hari itu.


Apa pun tetap habis sebab lapar kome oiii. Dahlah lepas hujan. Hihi.


Kapitan mana?
Kapitan di Georgetown, Penang. Yang tepi jalan corner tu. Macam dekat little india ke apa ntah. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 26, 2016

Tea Time Special Secret Recipe - Harus korang pergi waktu ini untuk penjimatan!

Haritu dah sekali. Tapi aku langsung tak perasan pasal ini.
Masuk kali kedua, tengok rupanya ada benda promosi atas meja.
Kira masa istimewa ja boleh dapat harga macam gini.




Apa yang murah dan berbaloi?
Korang order kek. Dapat free kopi atau teh. Kalau korang tambah air lain, hanya perlu bayar lagi RM 2 ( tak dapat dah kopi/teh ). Maknanya bayar harga kek dan tambahan RM 2.


Tak ke murah gitu???
Kalau selalu harga hampir RM 20, kali ini tak sampai RM 11 pun. Bergantung kepada harga kek juga ya.


Oh ya,
Hanya hari biasa bermula 3.00 - 6.00 petang sahaja. Hari minggu dan waktu lain, bayar macam biasa naaa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 08, 2016

Makan Best : Shell Out di Station 18, Ipoh

Keluar makan dengan budak-budak rumah. Layan shell out yang tengah meletop sekarang. Padahal, masak biasa aje sebenarnya, disebabkan fenomena & tekak nak mencuba, layankan ajeeee.





Inilah rupa shell out yang ada. Harga RM 26 kalau tak salah, dapat nasi untuk 2 orang. Apa yang ada dalam masakan itu, udang, lala, seekor ketam & sedikit sayur. Kuah memang tak banyak. Kira makan ala kadar saja.


Kami bertiga, jadi aku request tambah nasi lagi untuk seorang. 




Kesimpulan, makanan okay. Tapi kalau rajin boleh masak sendiri. Confirm puas hati! Heeeee. Selamat mencuba!


Lokasi :
Port Ikan Bakar
Station 18, Ipoh
( tepi Aeon Station 18, Ipoh )





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 07, 2016

Makan Best : Chicken Chop RM 5 di Ipoh, Perak

Selalu bab makan-makan biasa dapat info dari group Ipoh Ipoh Ajer. Jadi, haritu dengan berani nak cuba chicken chop RM 5. Susah nak jumpa harga macam ini!






Pendapat peribadi :

1) Ayam digoreng ( biasa ) dan saiz sederhana
2) Sos tak cair & tak pekat. Sedang-sedang aje
3) Bersesuaian dengan harga



Menu kedua yang aku rasa malam itu juga, char kotiau. Harga kalau tak salah RM 4.50.


Pendapat peribadi :

1) Kuah rasa biasa-biasa
2) Ada udang 2-3 ekor
3) Bersesuaian dengan harga


Lokasi Area NaNa Tomyam Pengkalan Pegoh ,
Depan Kedai Runcit Sri Helang
Boleh search waze Santai Divider
Waktu 6pm-11pm



Kalau datang habis jangan marah yeeeee 
UNTUK TAPAU SIAP2 KALAU TAKUT DAH HABIS KE 
BOLEH ORDER CALL TERUS 014-241 5653 (SYAFIE)


Kesimpulan, untuk edisi bajet, aku memang sarankan korang cuba di kedai ini. Kat tempat tu, ada macam-macam lagi jualan dari peniaga lain. Tinggal korang pilih nak makan apa ok.


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 30, 2015

Makan Best : Restoran Kapitan, Ipoh, Perak | review

Sebenarnya aku lama gila teringin nak nan cheese. Tapi bila baca review dari FB suruh cuba nasi beriani, aku abaikan tekak aku yang nak nan. Biar budak rumah yang order set nan cheese tandori.


Memandangkan deme kabor set ini cheese juga, tengok gambar pun terliur! Maklumkan, aku peminat cheese. Miahahahaha.



Ini menu aku
Beriani Milani Chicken
RM 13.00



Kuah yang creamy & bercheese
Sedap juga!



Ini pula set Nan Cheese Tandori


Bagi aku nasi beriani dia agak banyak. Ayam lembut, didatangkan dengan kuah yang manis & juga pudina. Sangat mengenyangkan! Memang puas dan boleh repeat makan lagi.


Kalau yang berada di Ipoh, boleh cuba. Lepas makan boleh shopping dekat Aeon Big Falim. Tak jauh pun, seberang jalan. Heeeeeee.


RESTORAN KAPITAN SDN BHD
No 37, 39 & 41
Persiaran Menglembu Suria
Pusat Perniagaan Menglembu Suria
30200 Ipoh, Perak
05-2862 811




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^