tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kek sedap. Show all posts
Showing posts with label kek sedap. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Kek dan hadiah tema Hotwheels

21 Sept 2017 ulangtahun Shafiq. Pertama kali sambut birthday boy dengan bertema bagai. Sebenarnya bukan sambut mana pun, lebih kepada menghargai. Ewahhh. Kek tu pun memang suruh dia bawa balik je.




Tshirt HW : Hafis Idris




Kadang Yui juga terjebak dengan HW. Hahahaha. Ada juga koleksi sendiri. Kadang Yui juga jadi "mangsa" untuk hunting. Kahkahkah.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 27, 2017

Secret Recipe Cake Malaysia





Saja cuci mata pagi Jumaat 
Salam Jumaat semua
Salam menjemput rezeki
Berhati-hati walau di mana pun berada




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 26, 2017

Serbu Secret Recipe dengan rakan serumah

Kan Yui habaq semalam ada promosi di Secret Recipe beli 1 slice kek dapat 1 lagi secara percuma ( bawah harga belian ). Saja tunjuk kat group budak rumah, laju je memasing nak grab juga. Ekekeke.




Maka selepas balik kerja, balik rumah sewa then pergi sama-sama. Nasib baiklah tak ramai orang yang beratur. Sebab bos Yui habaq, kat Batu Gajah dah habis. Ehhh, boleh plak gitu kann.


Seorang 1 lah beli. Muka riang gembira sebab bakal melantak kek. Muahahaha.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 25, 2017

Promosi Kek Secret Recipe buy 1 free 1 [25/1/2017]


Cer baca t&c dahulu
Bermula jam 6 - 9 malam 
25 Januari 2017





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 24, 2017

Kek Secret Recipe : Beli 2 percuma 1

Haritu Yui ada share pasal SC buat promosi beli 2 percuma 1. Sempena apa tak ingat dah tapi satu hari tuu je. So, rehat tu taktahu makan apa, officemate ajak makan kek. Layankan aje.




Katanya hanya boleh makan situ saja. Tak boleh take away. Aiseeyyy. Mandey nak makan 3 ketul tu. Dulu ye Yui lalu, tapi sekarang tidak lagi. Dah tak berapa gemar dengan manisan dan lelemak gini. Kihkihkih.


Bukan peminat tegar kek dah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 20, 2017

Promosi Secret Recipe : Buy 2 Free 1




Siapa hantu kek tu bolehlah kot gagah nak beli
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 06, 2017

Kek Batik dari jiran

Alhamdulillah, rezeki hari cuti haritu, jiran belakang belakangggg rumah bagi kek batik. Pangkat adik Yui ja dia ni. Hehehe, rajin budak ni.




Dia bagi dan suruh rasa. Sedap dan tak manis. Sedang elok. Jadilah tu kan, sekurangnya dia mencuba dan yang penting dia memberi pada Yui. Mehmehmeh.


Takpe,
Nanti akak balas bekas kamu ni plak naaa. Katanya ni balas balik ( maybe sebab haritu bagi nasi lemak ). Lupa dahhhh.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 30, 2016

Brownies sedap area Station 18, Ipoh

Laaa ni mulut suka benor dengan brownies. Rasanya dah lebih 4 orang penjual brownies aku dah rasa. Semua ada citarasa tersendiri. Dan aku haruslah mengikut citarasa tekak. Yang mana sedap untuk aku, pastinya aku repeat lagi.




Oklah,
Ni nak bagitahu seorang lagi penjual brownies area Station 18, Ipoh. Saiz macam ni harganya RM 8. Bagi aku harga sebegitu releven dengan rasanya yang sedap. Badam pun banyak. Sedap sungguh bila masuk mulut dan kunyah. Woooow!!


Orang Ipoh terutama Station 18, bolehlah beli dan rasa sendiri. InshaaALLAH puas hati.


Facebook : Nur Muniza



Cepat kelebek FB tau sebab macam-macam ada. Tapi bagi aku yang terbaik adalah brownies. Kek coklat cheese pun dah rasa.


Nanti habaq tau dari Yui, mana tau dapat diskaun lagi. Ekekekeke.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 17, 2016

Review Peribadi : Anis Chocolate Cake

Kalau aku pergi Mydin Meru, Ipoh biasanya aku akan perhatikan kek coklat Anis dalam peti tu. Pastu dok fikir nak beli ke taknak. Beli macam sikit je macam tak cukup, tak beli nanti teringat-ingat. Huahua.



Akhirnya beli lah juga. Baru perasan harga dah naik. Sekarang RM 6+. Mahal tapi sebab sedap, ku gagah juga beli. Bukan selalu. Heeeee.


Kesimpulan,
Aku suka sangat kek coklat Anis sebab lembut dan coklatnya. sedap. Tambahan coklat dia lagi banyak dari kek. Kek pun moist ajee walau letak luar peti ais. Memang terbaikkkkk !! Kekalkan kualiti anda ya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 26, 2016

Tea Time Special Secret Recipe - Harus korang pergi waktu ini untuk penjimatan!

Haritu dah sekali. Tapi aku langsung tak perasan pasal ini.
Masuk kali kedua, tengok rupanya ada benda promosi atas meja.
Kira masa istimewa ja boleh dapat harga macam gini.




Apa yang murah dan berbaloi?
Korang order kek. Dapat free kopi atau teh. Kalau korang tambah air lain, hanya perlu bayar lagi RM 2 ( tak dapat dah kopi/teh ). Maknanya bayar harga kek dan tambahan RM 2.


Tak ke murah gitu???
Kalau selalu harga hampir RM 20, kali ini tak sampai RM 11 pun. Bergantung kepada harga kek juga ya.


Oh ya,
Hanya hari biasa bermula 3.00 - 6.00 petang sahaja. Hari minggu dan waktu lain, bayar macam biasa naaa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^