tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label western food. Show all posts
Showing posts with label western food. Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

Makan Best : Konda Kondi Cafe Ipoh

Assalamualaikum. Hai uollsss. Perghhh tenggelam timbul owner blog ni. Hahaha. Oklah, nampaknya dalam hp penuh dengan gambar makan makan dan makaaaaannn, jadi Yui nak coretkan lah di sini buat tatapan yang lain.


Mana tahu, yang berdekatan boleh pergi cuba dan rasai sendiri. Pertama sekali, Yui nak habaq, dah lebih 3x Yui pergi Konda Kondi Cafe di Pekan Ipoh. Kalau dah lebih tu kiranya kena dengan selera dan tekak Yui la gituuu.


Baru-baru ini Yui pergi dengan akak rumah. First time untuknya. Jom tengok apa kami order untuk makan malam. Maaf Yui ingat lupa nama menu dan harga sebab sedap jadi lupa ambil gambar menu. Hahaha!



Yang ini minuman yang ramai akan cari
Kopi dan ada whiping cream
Memang sedap!






Chicken Wing Teriyaki 
Sos tu mamblesss!



Chicken Chop (gril)
Lemon suam



Spagheti Creamy Spicy
Hat ni memang win di hati Yui
Food Truck di Meru pun ada
Memang Yui sarankan hangpa rasa sendiri



Yui yang makin kembang setalam dan akak rumah
Kahkahkah


Jumlah harga untuk menu kami di atas lebih kurang
RM 47


Page FB 


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 09, 2017

BBQ Lamb Ipoh - Roasted & Grill, Jalan Ampang Baru 6

Rabu bersamaan 22/2/2017, ada orang ajak makan grill grill bagai. Special kat situ ada daging itik & kambing. Perghhh mamblesss sangat sebab bukan senang ada kedai yang jual dan masak daging itik. Selalu kedai cayanunalif aje kan.



Maaflah snap gambar takde flash time ni
Hahaha



Air naga & kelapa shake




Opss senget plak gambar



Inilah smokey duck
Ada 3 sos diberikan




Yang ini nasi kambing




Kambing grill


Jangan tanya apa nama menu sebab Yui dah lupa. Hehehe. Keseluruhan sangat memuaskan hati. Tak menyesal kali pertama pergi. InshaaALLAH boleh repeat lagi.


Kedai ini terletak di Jalan Ampang 6, Ipoh. Tak jauh dari Politeknik Ungku Omar. Korang boleh waze, memang senang cari. Semua sedap belaka tapi untuk yang kuat makan, kena order lebih ya. Hehe.



019-507 7207


Orang Ipoh kena cuba ya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 18, 2017

Western Food sedap di Klebang, Ipoh

Yui pernah up pasal kedai ini. Sebelum ini ada di Chemor tapi sekarang owner buat di halaman rumah aje. Haaaaa, walau halaman tapi tetap banyak permintaan.


Yui dok terbayang-bayang rosemary grill chicken dia. Kuah tu memang terbaik habaq! Pekat, sedap dan takkan tinggalkan kuah tu sebab akan hirup sampai habis.  Konon haritu nak tunggu adik yang tentera balik bercuti baru pergi tapi Yui tak sabar, tak menahan. So, ajak mak, abah dan bongsu pergi makan.





Beli rosemary grill percuma air teh o lemon


Kami bertiga order rosemary grill chicken. Abah Yui plak nak makan nasi goreng ikan rebus. Penuh satu pinggan. Sambal dia memang merecik!




Memandangkan nak juga rasa waffle dia yang penuh buah-buahan dan dilimpahi cairan coklat, Yui bungkus bawa balik. 



Waffle Mix Fruit
Ada pisang, kiwi dan strawberi


Jumlah harga bagi 3 set rosemary grill, teh o suam & waffle mixfruit RM 48.20 . Bagi Yui harga yang berbaloi sebab penuh satu pinggan!




Ada pelbagai lagi menu lain
Korang boleh telefon owner sebelum datang ya





Facebook : Diyana Rusli
No tel : 012 508 4604
Alamat : Laluan 3 No 7 
Taman Klebang Jaya
( berhadapan Aeon Klebang )



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^