tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label halal food. Show all posts
Showing posts with label halal food. Show all posts

Wednesday, September 13, 2017

Resepi Mudah : Jjajangmyeon / Mee Kacang Hitam

Yui ada bagitahu yang Yui beli pes segera makanan korea Jjajangmyeon kan? Jadi dalam entry kali ini, saja nak tunjuk cara Yui masak. Ecececececeh, senang sangat. Ada resepi di sediakan tapi Yui tambah juga bahan lain mengikut menu lain yang ada di Google.



Hasilnya bila tambah "tepung jagung"


Jom tengok macam mana nak sediakan resepi mudah Jjajangmyeon. Ok, untuk pengetahuan kalian, bila beli pes ini, memang disertakan sekali resepi ( tak pasti samada seller ini atau semua seller letak resepi ). 


Bahan-bahan & cara sediakan :

Lobak, timun jepun. kentang, bawang besar ( Yui guna 1 batang/biji ) dipotong dadu. Daging ikut kuantiti yang kita nak dipotong kecil. Sedikit minyak untuk menumis, setelah agak lembut, baru masukkan pes & air. Biar sampai masak sepenuhnya.



Tumis semua bahan asas dulu



Dah masuk pes ( setengah botol ) + air tunggu hingga masak 


Okay,
Macam mana nak buat kuah lebih pekat? Selepas Yui masak, yui hanya ambil sedikit sahaja iaitu cukup untuk satu hidangan. Ketika menggelegak, terus masukkan bancuhan tepung jagung ( sikit saja ) dan terus kacau. Autotamatik kuah akan jadi pekat dan likat seperti gambar bawah.




Lebihan kuah yang belum dimasukkan bancuhan tepung jagung, Yui masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh lagi digunakan keesokan hari.


Campur bancuhan tepung jagung atau tidak, kedua-duanya sedap di tekak Yui.


Oh ya,
Mee tu pun dijual sekali. Boleh tanya seller okay.


Selamat mencuba dan menikmati makanan Korea. Puas buat sendiri sebab banyak weiiii.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 11, 2017

Delivery Food : Kuih Nona Manis sedap area Ipoh Perak

Lama dah Yui perhatikan Nona Manis ni tapi belum berkesempatan beli dan merasainya sendiri. Asyik dok nampak seller post merata group untuk promote, maka semalam Yui terjebak beli sebab seller ada buat penghantaran area ST 18, hoyeayyyy!!



10 ketul RM 5
Caj COD RM 1
Sangat berbaloi!!


Orang Ipoh memang patut cuba sebab terasa lemak dan manisnya. Dengan tekak Yui memang ngam la. Yang penting ada pelbagai perisa seperti keladi, jagung & pandan. 


Jangan lupa beli dan rasa ya.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 07, 2017

[Delivery service] - Burger Chickenchop murah dan sedap di Ipoh

Ini adalah orang yang sama buat Pizza yang superb sedap, lembut dan tak kedekut dengan bahan. Tak percaya, meh tengok SINI.


Kali ini Yui cuba plak Burger Chicken Chop yang tengah viral di Ipoh Ipoh Ajer. Tengok kulit roti tu nampak menarik, macam pau cendawan tu kan. Hehehe.




Penuh dengan isi dan tak kedekut bahan.
Sedap!




Waktu Yui order ni Yui tengah puasa,
Jadi lambat makan tu sebab nampak melekat


Kalau tak silap harga sebiji burger ini dalam RM6-7 sahaja. Yang paling penting, ada cod terutama orang di Station 18, Ipoh. Ehhh tempat lain pun ada, korang tanya aje okay. Sebab permintaan tinggi, jadi merata dah akak ni boleh hantar. 



012 5739185
012 5739185
012 5739185


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 27, 2017

Nasi Dagang sedap di Ipoh

Kalau korang biasa tengok Yui update entry Nasi Kerabu, ini adalah owner yang sama. Makcik Kelantan yang berniaga di pasar malam di Ipoh. Yang Yui beli ni di pasar malam Station 18, Ipoh setiap hari Isnin.




Sebenarnya Yui tak berapa suka nasi dagang tapi sebab haritu teringin, beli juga. Heeee, memang tak mengecewakan rasanya. Sedap dan lemak ikan tu.


Harga rasanya RM 4. Berpatutankan?


Selamat Bercuti korang!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 18, 2017

Western Food sedap di Klebang, Ipoh

Yui pernah up pasal kedai ini. Sebelum ini ada di Chemor tapi sekarang owner buat di halaman rumah aje. Haaaaa, walau halaman tapi tetap banyak permintaan.


Yui dok terbayang-bayang rosemary grill chicken dia. Kuah tu memang terbaik habaq! Pekat, sedap dan takkan tinggalkan kuah tu sebab akan hirup sampai habis.  Konon haritu nak tunggu adik yang tentera balik bercuti baru pergi tapi Yui tak sabar, tak menahan. So, ajak mak, abah dan bongsu pergi makan.





Beli rosemary grill percuma air teh o lemon


Kami bertiga order rosemary grill chicken. Abah Yui plak nak makan nasi goreng ikan rebus. Penuh satu pinggan. Sambal dia memang merecik!




Memandangkan nak juga rasa waffle dia yang penuh buah-buahan dan dilimpahi cairan coklat, Yui bungkus bawa balik. 



Waffle Mix Fruit
Ada pisang, kiwi dan strawberi


Jumlah harga bagi 3 set rosemary grill, teh o suam & waffle mixfruit RM 48.20 . Bagi Yui harga yang berbaloi sebab penuh satu pinggan!




Ada pelbagai lagi menu lain
Korang boleh telefon owner sebelum datang ya





Facebook : Diyana Rusli
No tel : 012 508 4604
Alamat : Laluan 3 No 7 
Taman Klebang Jaya
( berhadapan Aeon Klebang )



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 16, 2017

Kuih Keria terbaik di Ipoh (tak perlu pergi Melaka)

Mehmehmeh, sedia maklum tahu pasal viral kuih keria dari Melaka. Yang orang bercerita punya panjang nak beratur, nak tunggu siap. Lepas itu ramai yang teringin, tak kurang yang memuji dan ada juga yang bercerita rasanya biasa sahaja. Okay, tekak orang tak sama ya!


Ni nak bercerita kuih keria yang tengah viral di Ipoh. Montok sangat tauuuu. Boleh cod. Sampai pun dok rasa panas lagi kuih ni. Memang enaklah ceritanya!





10 pcs RM 6
Caj cod ikut kawasan




Okay, meh tengok isi dalam dan rupanya. Serius harga tu Yui rasa sangat berbaloi dengan rasa dan kesedapan. Moga terus sedap dan sedap selamanya. InshaaALLAH ramai akan repeat kannn. Macam Yui juga. Miahahaha.




Jadi,
tak perlu dah beriya ke Melaka. Takpun kalau nak rasa sangat, boleh je cuba dan bandingkan. Haaa, ingat, lain orang lain tekak ya.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 13, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart Chocolate

Akhirnya, dapat juga rasa perisa coklat. 2 kali sebelum ini makan yang original dan semestinya kena dengan tekak Yui yang sangat suka cheese.




Rasanya sedap. Tak rasa choc yang kuat tapi macam ada perisa lain yang buat baked cheese tart ni rasa berlainan.  




Jurujual tu ada cadangkan letak dalam peti ais dulu tapi Yui tak sabar, sebab tak tahan tengok rupa dan baunya. Muahahahahaha!


Tak menyesal cuba.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 27, 2016

Bubur Nasi sedap di Pasar Malam St 18, Ipoh

Kalau datang pasar malam hari Isnin di ST 18, Ipoh pastinya akan perasan kedai makcik-makcik jual nasi kerabu yang paling pemes. Situ juga jual laksam, nasi dagang. nasi lemak & kuih. Semua sedap belaka.



RM 2.50/bekas


Sedap rasa bubur ni. Memang kena dengan selera Yui. Selalu makan nasi kerabu aje, sesekali tukar selera. Mak Yui plak suka laksam. 


Banyak kali dah Yui up entry pasal nasi kerabu mereka. Memang terbaik! 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 24, 2016

Homemade Baker terbaik di Ipoh (murah&sedap)

Nak juga Yui share dalam blog sebab Yui suka beli dan rajin ulangkali beli. Haaa, nampak tak betapa berkenannya Yui pada apa yang baker ni jual.


Mula-mula tengok gambar dulu tau. Maaf kalau ada yang tension tengok aksi Yui macam ni. Hahaha.



Creamy Egg Tart



Choc Cake Baby Bite
Melty Durian Cheese Cake


Rasa macam dah lebih 3 kali beli. Setiap kali beli memang tak mengecewakan. Sebelum ini pernah cuba Creampuff Durian 24. Itu pun terbaik.


Harga memang dijamin berbaloi. Berbaloi sangat dengan kesedapannya. Korang kena cuba tau.


Mana nak dapatkan?
Orang Ipoh, Perak terutama di Station 18, boleh terus tempah pada sis Roslina Alin. InshaaaALLAH dia akan layan korang sebaiknya. Cakap tahu dari Yui, mana tau kot dapat diskaun. Ekekeke.


Mani-manis Homemade Ipoh Baker
Hp : 017 579 7043


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 22, 2016

Big Food Festival di Angsana Ipoh Mall

Bila tahu Yui share sama di blog. Kalau rajin korang pula boleh pergi. Heeee, haritu kat IT Mall Ipoh, yang ini tempat lain plak. Tambah 1 lagi negara iaitu Indonesia.

.

Yui dah pergi. Bagi Yui takdelah banyak mana tapi bolehlah dari takde kan. Haaaa, faham ke apa maksud Yui? Selain makanan, ada juga dijual produk lain seperti pakaian, kasut, mainan & lain-lain.


Jemput pergi dan cuci mata sendiri.


Tips awal dari Yui :
Kalau berniat nak beli kerabu megi, tengok dulu bahan-bahan yang dipamerkan baru order ya. Sebab Yui aritu bahan yang ada hanya sosej dan sayur. Huaaaaa, takde sotong dan udang. Harga RM 6. 


Saja jalan-jalan pun apa salahnya kan. 








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 21, 2016

Creampuff Durian D24 terbaik di Ipoh

Benda sedap haruslah Yui war-warkan. Bukan setakat sedap kat tekak Yui, kawan office pun suka. Yui bawa balik SS, mak siap cakap "Ni bagi mak sekotak pun takpe boleh habiskan", haaa tu dia. Bukan senang mak Yui nak puji bab makanan ni.


Al-kisahnya,
Yui selalu ternampak akak ni post itu ini di FB. Gila kau tak terliur. Kebetulan plak satu hari tu dia open order untuk ini, laju je tangan ni inbox dan terus order.




Amacam tengok gambar. Terliur ke tak? Jangan salahkan Yui. Heeee, oklah, orang area ST 18, Ipoh akak ni ada buat cod. Ada juga tempat tertentu dalam Ipoh. Korang boleh add FB akak ni okay. Tanya sendiri.


Harga macam di atas, RM 11 untuk 10 ketul. Percuma 2 ketul, moga semakin murah rezeki akak ya. Serius, memang sedap dan puas hati. Lembut dan nyummy. Montok dan tak kedekut dengan cream. Menyesal beli sekotakkkk!


Facebook : Roslina Alin




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 10, 2016

Laksa Pulas Telur Bersarang di Station 18, Ipoh

Haaa, yang ini memang aku cadangkan sangat-sangat korang cuba terutama yang berada di area Station 18, Ipoh. Sebab sangat sedap dan puas hati.




Haritu aku beli laksa dan teh ais. Harga RM 5.50. Telur bersarang ya.




Nampak tak kuah laksa dia macam mana? Pekat likau sedap habaq hangpa. Kena sangat dengan tekak. Teh ais dia pun kaw. Tak rugi beli.


Kat mana nak beli?
Deme ni buka payung dok berniaga tepi jalan je. Tepi jalan belakang Petron. Dekat dengan TNB, Taman Desa Aman. Atau nak lebih mudah, korang lawat terus fb mereka ya ( takut berubah tempat )


Aku bagi 9/10 bintang. Terbaik. Teruskan dengan rasa sebegini ya. InshaaALLAH lebih ramai pelanggan nanti.

Facebook : Laksa Pulas




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 27, 2016

WW 14 [2016] - Kimchi halal di Aeon





Cari yang ada HALAL




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 25, 2016

Shell Out di Omm Cafe cawangan Medan Istana, Ipoh

Ini kisah lepas. Edisi jalan-jalan cari pasal makan.


Rabu bersamaan 29/6/2016, aku berkesempatan berbuka puasa bersama dia di Omm Cafe. Last minute tempah nasib baik ada lagi kekosongan.




Ini lokasi baru Omm Cafe




Kami order satu set shell out. Cukuplah untuk makan berdua. Air pula free maybe sebab ketika Ramadhan.



Zoom lebih dekat


Secara kesimpulan.
Aku bagi 7/10 bintang. Bahan banyak tapi tang rasa macam kurang sikit dengan tekak berbanding shell out tempat lain yang aku pernah cuba.


Apa pun aku puas hati sebab dapat penuhi kehendak orang tu nak bershell out. Cehhh.




Muka ketika sedang menunggu untuk berbuka
Hahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 03, 2016

Nasi Kerabu terbaik di Station 18, Ipoh

Aku rasa dah lebih beberapa kali aku update pasal nasi kerabu ni. Peniaga yang sama. Memang terbaik sebab kalau ko lambat datang, tengok bakul dan bekas kosong jelah ya.



Ada daging, solok, 1/2 telur masin, ikan seekor dan sayuran lain
RM 6 sahaja

Bagi aku harga yang sangat berbaloi. Sesuai dengan kesedapan. Kalau nak beli, peniaga ni ada menjual di pasar malam hari Isnin di Station 18. 


Aku bagi 5 bintang penuh !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 24, 2016

Cuba juga Ramen Samyang hot spicy yang jadi viral kat Facebook tu!

Wahh kau kemain Yui, sibuk juga nak rasa. Benda ni dah viral. Sejak deme kata ada cabaran makan ramen hot spicy dari Korea ini. Time tu aku lalu kat Aeon, tak laku weiii !! Berlambak aje stok.


Sampailah tahap ada yang menjual dengan ambil keuntungan RM 2 per paket kecil, stok senantiasa nan hado. Aku yang berniat nak cuba, terbantut.


Baru ni tengok stok banyak, rembat 1 bungkus RM 24.90.




Inilah rupanya. Pastikan ada cop HALAL. Sebab kata deme, ada yang takde cop itu kau jangan gegatal nak makan plak.




Sekali suap,
Wowww leh tahan. Dia punya terasa pedas tu bila mee dah selamat telan tau. Hahahaha. Tapi mee dia serius sedap. Bagi mak rasa, 1 sudu je dia dapat telan. Hahahaha.


Aku dapat habiskan sebungkus tu dalam masa 30 minit. Makan 2-3 sudu, berhenti sat. Pastu sambung. Heeeeee. Takdelah sampai menangis. Kira oklah dengan aku. Aku tunggu juga kot esok aku sakit perut, alhamdulillah okay aje.


Air masak memang letak tepi je. Senang telan. Hahaha.


Orang kata kalau nak atasi pedas, minum susu, Aku tak cuba plak. Lepas ini boleh cuba.


Kesimpulan,
Boleh aje kalau nak makan lagi lepas ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^