tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, February 28, 2017

Tak berapa nak sihat

Ni pun masa taip dok rasa loya atau berombak je perut. Heeeee. Pagi tadi udah muntah air je banyak. Pakej makan malam tadi yang keluar. Hahaha.


Aduhhh,
Pehal entah. Takkan sebab makan dimsum tu. Beli kat pasar malam sebab baru pertama kali nampak dia menjual. Ke saja diri Yui je nak bermanja lebih.


Aihhhh,
Takde masa nak manjakan badan sangat. Satg lagi lemau badan ni.


Sama-samalah kita jaga kesihatan. Banyakkan minum air masak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 27, 2017

Big Apple Donut yang semakin hambar

Kalau korang memang mengikuti Yui, dulu Yui adalah peminat tegar donut. Mana taknya, asal keluar aje beli donut, asal jumpa aje bagi donut, eehhhh. Maka muka pun dah sebulat donut. Okay, cerita dululah ya.





Yang ni Yui beli di cawangan Tesco Ipoh. Hmmmm, memang dah hambar sangat rasa dia. Dah tak lembut macam dulu. Kalau dulu, 6 ketul sekejap aje habis. Tapi kali ini, boleh simpan balik.


Nampaknya dah tak jadi pebret laa. Selamat tinggal Big Apple.


Tingkatkan kualiti seiring dengan harga yang semakin meningkat.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 24, 2017

Kopi Ais Kaw





Yui bukan peminat tegar kopi
Tapi sekali sekala nak berkopi


Salam Jumaat semua




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 23, 2017

Bekal Bujang : Magi Goreng Udang

Ewahwahwahhhhh, kemain nama magi goreng udang. Haaa, sebab udang banyak. Mehmehmeh. Semalam Yui AL sebab ada orang nak belanja Yui makan. Makan free, siapa taknak kan?




Macam biasa,
Kalau mood rajin, memang Yui akan masak walau seringkas mana pun. Saja bagi cuba. Mana nak tau, tak kena kat tekak boleh diperbaiki. Orang kata, nak kena kenal "perut".


Resepi?
Tak payah kot kan, hangpa lagi hebat masak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^